Rabu, Disember 31, 2008

PEDOMAN

semalam pas maghrib aku kuar gi KOTARAYA..tujuan utama nak gi bank bayor hutang..hehehe..sampai sana tak susah pun nak cari parking.aku pun tak tau mana gi orang2 kat JB ni..selalu susah gak nak dapat park kat kotaraya nih..bior kan je la..aku trus tuju bank untuk buat urusan aku..tapi sampai2 jer aku tegok mesin nya OUT OF SERVIS...apa kes! saja la tu nak suruh aku ulang alik..tak pe..hari ni balik keje cuba lagi...dah alang2 kat kotaraya tu si nano ajak aku jalan2 kat dalam..tengok apa yang ptut..sebab dah bayor parking kan, tak kan nak balik lak...sebenar nya aku nak gi City Square..tapi layan jerr....jom! kita enjoyyyyy.......



masa ni dah bersedia nak gi Kotaraya..ambik posisi dulu..hehehe..nano kat belakang nak tumpang 'nempel' kat gambo aku..sorry tak sempat..


si nano ni kata nak carik tudung or baju tapi haram satu pun dia tak beli..last2 aku masuk kedai kasut (lupa lak nama kedai tu).masa aku tengah mencuba kasut, si nano pun cuba gak.tapi bila aku nak cuba kasut saiz aku, budak yang jual tu semendang kata tak de jer saiz aku..terbantut terus aku nak beli..nano dah cuba 1 kasut sangat la sesuai dengan kaki dia dan akhir nya dia yang berjaya dapat kasut yang dia nak walau pun aku yang nak beli kasut sebenarnya.tapi kegunaan nya sama jer..kami beli kasut ni sebab nak guna untuk satu majlis yang memerlukan kami mengguna kasut bewarna hitam jenis bertutup..

bila nano dah dapat apa yang dia nak dan aku tak dapat lagi, jadi nya usaha harus diterus kan..tak de nak gi ulang alik lagi nak mencari benda nih..aku cuba masuk 1 kedai ni.kalau tak dapat gak mau aku balik terus..sedih siot..kedai satu ni tak yah nak pilih bukan2 aku pilih yang aku rasa suka jer..ada 2 jenis..bila aku cuba dedua kasut nih akhir nya aku dapat dah apa yang aku nak...nak tengok???


caaaakkkkk!




ni la kasut pilihan aku..harap aku akan guna lagi dan bukan guna untuk sehari jer...huhuhu

Selasa, Disember 30, 2008

hari itu, hari ini hari malas saya



sebelum cuti tak sempat lak nak hupdet blog ni..kekonon sibuk ar..huhuhu..tengok tajuk pun leh faham..alang2 dah menaip ni buat jer la citer apa yang ada..tapi hari jumaat tu memang lepak giler..hari jumaat tu aku sarapan macam biasa la.tapi kena cepat2 sebab nak kena gi EGM untuk 1 company nie..tugas aku cuma ambik kedatangan pemegang2 saham dan sapa2 la yang datang kat mesyuarat tu..senang kan! tapi aku akan jadi kalut bila tetiba orang jadik ramai nak mendaftarkan diri..nasib ada kak sue.suke giler aku dia ada.semua nia pun dia yang ajar aku,apa yang aku kena dan akan buat bila ada kat tempat macam ni. sebab tu dia rileks jer handle benda2 nih..aku dah beberapa kali ikut tapi memang rasa gigil tu tetap ada gak bila orang datang nak isi borang kedatangan..penyakit gak nya..

habis mesyuarat baru leh balik ofis..tapi dah nama pun hari jumaat kan..aku dengan kak sue gi jejalan kat kotaraya aku nak cari tudung Cik Kikin..masa nih semangat tak hengat...pusing2 last2 jumpa gak kedai yang jual tudung tu sebab kak sue dah beli dulu dah..nama kedai nya 'LAVINIA BOUTIQUE'. nyah yang layan aku promote gitu...seb dia tak makai tudung tuh..aku ambik 2 dan dedua warna coklat beza nya cair dengan pekat jer...yang cair tu aku tak geti pakai lagi.sebab main belah2 tengah..yang coklat tu dah lenjan dah...



ni ar tudung nya..kalau nak lipat tudung nya macam ni yer nokkk..untuk elak kan cover tudung yang atas tu rosak..nyah tu yang pesan macam tu...

dah dapat tudung jenjalan dulu baru balik ofis..nak balik ofis gi City Square dulu beli suratkabo bosh aku.kat kotaraya tak nak jual..(aku pun tak tau napa kat kotaraya tu tak jual suratkabo tu..saja la tu nak soh aku gi CS) tapi sian kat kak sue ar..dia pakai kasut tumit..nasib aku pakai sandle jer kalau aku pakai sama pasti berkaki ayam la aku..orang nak tengok ke nak pandang ke suka hati aku la..dah kaki aku yang sakit...tapi macam aku kata kak sue tetap rileks..walau pun dia memang dah betul2 penat..dah dapat suratkabo balik ofis ler...

habis keje macam biasa cabut...bawak diri sebab nak balik kampung.cuti pun sampai isnin jadik nya banyak ler aktiviti nak di buat..yang aku tau nak gi air hitam dan mak aku konfirm kan yang tunang abang aku dah sampai kampung..patut ler beriya2 nak gi air hitam.rupanya ada tetamu yang nak datang dan ikut sekali..tak pe layannnn...

dah oleh kerana kemalasn di tahap ini sudah meningkat ke 77% aku bagi ler gambo jer yer..banyak yang aku tak ambik sebab masa tu dan masa ni aku memang malas tahap shrekkkkkkk.....



ni hari sabtu..sebelum gi spupu aku datang..dah sampai rumah aku pun waktu makan tengah hari kan, hidang ler apa yang patut..



tetamu dah balik..siap ler nak gi air hitam..baju baru..huhuhu..sajer tayang...



dah sampai air hitam..pilih ler apa yang ptut..lupa ar nama kedai ni..dapat potongan 50% sebab ada kad members..





ni la tunang abang aku..nama penuh lupa ar..aku panggil dia kak nana..bukan nano sebilik tu...






Rabu, Disember 24, 2008

jangan ambil tahu hal orang!

semalam balik keje 'abg sayang' aku janji nak jumpa pas dia habis keje.tapi oleh kerana menunggu terlalu lama kat ofis hingga hampir jam 6 petang.aku ajak nano balik..sampai bilik sewa aku buat hajat kecik dulu pastu niat nak mandi baru kuar balik. seb baik otak terlintas nak chek henpon mana tau ada masej ke panggilan ke..sekali tu ambik ko 3 panggilan tak berjawab dari 'abang sayang'. terus aku masej dia tanya dia kat mana.dia kata tempat biasa, dia dah sampai..dah sampai? cepat nya.napa la aku tak dengar bunyi henpon tadi.bila tengok, rupanya aku silent kan masa nak balik tadi.gatai tol tangan ni.pas tu leh lupa lak tu..patut la tak dengar bunyi.tak pe itu bukan perkara utama.janji dapat jumpa..dah nama pun si dia dah sampai tak le jadi aku nak mandi.kuar jer la dengan baju balik keje tu..

aku soh si nano siap2 tapi dia tak nak.ntah angin apa ntah tak nak ikut.gaduh dengan balaks ar tuh..(ada aku kisah..) tak nak ikut sudah! aku sampai tempat yang di janjikan tu (kedai makan) mak aii..ramai lak kawan2 lori dia..tapi aku dengan 'abang sayang ' aku dok kat meja lain..huhuhu.ada perbincangan sikit. habis perbincangan dan makan aku balik bilik terus..ingat kan nak gi paso borong.dah sensorang malas lak.kang esok lusa pepandai ar korek apa yang leh di buat benda nak masak atau nak makan.

sampai bilik sewa, aku kuar dari keta jer nampak la adegan drama keluarga atok pening..aku takut gak..yer la hal kuarga dia kan..nak lalu ke tak nak nih..kalau tak lalu macam mana nak masuk bilik aku..memang le bilik aku belakang rumah atok pening..tapi kena melintasi depan rumah dia dulu baru leh lalu ke belakang..last2 aku bagi salam sebab kat luar rumah tu yang ada pun bini atok pening jer..masa tu tengah ada la sikit2 skrip drama yang sedang di luah kan bini atok pening ni..(tengok sopan tak aku..hehehe) seb baik dia jawab salam aku kalau dia senyap jer, mau aku bukak langkah 180 darjah nak lari masuk bilik..mood orang mana tau kan..aku mintak tumpang lalu..aku masej bagi tau kat abg sayang aku..tak pasal2 kena sound ok! dia kata bior kan jer..jangan ambik tau..aku kalau dah nampak benda2 macam tu mana leh tahan..dan2 nak jadi pembela kaum wanita..hahaha..tapi tak berani ar time2 tegang macam tu na menyebok.mau kena halau kang..dah dia kata gi tu, aku mandi2 pastu tengok citer KU MILIK MU sambung citer FARA pastu titon...

Selasa, Disember 16, 2008

cite pakej....

dah berhari2 nak up date blog..tapi tak tertaip2 gak..hari ni buat2 rajin sebab nak konsi cite..kalau tak, buat penat jer aku snap gambo sana sini..huhuhu..


kisah hari jumaat...(12/12/2008)


kat ofis biasa2 jer..tapi yang pasti mak aku dah SMS soh aku balik kampung...bukan apa pun..dia soh aku ikut dia gi Port Dickson coz sepupu aku tamat latihan (askar). spupu aku ni anak kakak mak aku.makcik aku ni aku panggil dia mak ngah coz anak kedua dalam adik beradik mak aku..mak aku lak anak ketiga..anak makcik aku tak ramai pun.3 orang jer. yang sulong anak dia tak sihat (istimewa). yang kedua spupu aku yang askar ni la dan yang ke-3 lak baru 5 tahun..makcik aku ajak mak dan ayah aku gi sebab mak aku paling rapat pun dengan makcik aku ni.kiranya ayah aku biasa dengan jalan2 nak ke PD..mak aku ni cepat kesian, dia yer kan jer la bila makcik aku ajak gi.. tak pasal2 aku terlibat sama gi ikut...ikut kan, aku memang malas nak gi.tapi dah mak aku kata kang ayah aku penat, aku leh gilir mandu keta..gerak dalam kol 3 pagi (sabtu)..fikir2, aku sian lak bapak aku kang mandu sensorang.lagi pun ni kira anak makcik aku pertama yang mula bekerja..jadi nya serah diri jer la gi jugak aku ikut gi PD.

balik keje singgah bilik kutip baju kotor untuk di bawa balik ke kampung.tak kan nak kumpul bebanyak.tak sanggup aku nak basuh kemudian..nak jemur pun berkira tau..siap semua aku gerak balik kampung..bebaik jiwa tenang ada pulak yang buat kacau..hangin gak la aku di buat nya..nak tau napa?meh tengok nih




ni la salah seorang pemandu yang berhemah yer...mau aku tak hangin.dah tau ko nak kuar simpang sah2 ler aku yang jalan tegak ni kena lalu dulu.ni tak de nya magkok ni nak tunggu.aku dah dekat simpang si magkok ni main terjah jer kuar.nasib baik aku sempat brek..woii manusia, orang lain pun nak hidup gak.aku nak balik kampung nih..sedor2 sket ko mandu tu kat area taman..sampai kat hujung simpang jalan besar tak pulak ko main terjah jer macam tadi..tadi tunjuk hebat sangat..so pada pemandu yang di atas..lu fikir la sendirik...nyawa ni berharga tau..(pada aku nyawa tu memang berharaga sebab aku tak nikah lagi weiiii... ;P ) bila aku lalu sebelah kiri tak mandang pun driver ni nak angkat tangan ke, kaki ke atau apa2 la yang leh dia buat untuk says sorry.tak pe hari ni hari ko..siap ar ko karang..(ugut nampak...hehehe) lantak ko!

alhamdulillah..aku sampai kampung awal. dalam 8 lebih..masa baru tiba bandar Batu Pahat mak aku tepon tanya aku dah tiba mana.sebab nya ada perubahan jadual perjalanan.makcik aku nak gerak ke PD malam ni jugak..tunggu aku sampai jer..aku penat seh...mak aku dengar aku merungut dia diam jer..sampai kampung aku mandi2 pastu makan.siap makan trus gerak gi rumah makcik aku kat Parit Jawa. sampai rumah makcik aku nak jadi satu hal dia tak siap lagi..tadi nak gi berkobar2..tak nyabo2..last2 aku sampai tak siap.mak aku tetap mendiamkan diri sebab kalau dia layan rungutan aku ada yang aku tak gi kang..makcik aku kelam kabut gak siap2 sementra tu mak aku tolong kemas kan apa yang makcik aku nak bawak.biasa la anak dah lama tak jumpa.banyak gak habuan yang nak di bawak..gambo makanan tak de.....masa ni mood tak baik




aku tak tau la aku gerak dari rumah makcik aku kol berapa.masa sampai kat area Melaka Sentral ni dalam kol 12.00 tengah malam..masa ni aku dalam keta pakcik aku. bukan aku yang mandu pun walaupun makcik aku mintak tolong aku mandu keta dia sebab pakcik aku bukan larat nak mandu jauh2. dah pakcik aku nak mandu dulu..aku layan jer...masa ni mood dah ok ar..pakcik aku yang drive sampai PD agak nya dah semangat nak gi jumpa anak gak nya..masa tu dah kul 1.15 pagi..belah2 mak aku ni ramai yang jadi tentera. sampai PD aku tepon abang sedara aku (yang ni aku tak tau sedara macam mana). nama dia MAJER OTHMAN.tak tau la nak eja benda tu..tepon pun sebab kita orang akan bermalam kat rumah dia.dah malam2 ni mana leh suka2 hati nak masok area kem. mau kena tembak kang (yg ni aku agak sendirik jer..).tapi memang tak leh masuk pun kalau tak de URUSAN..jadi, abang man ni tunggu kita orang kat guard room..MP kat situ muka garang2 jerk..kerek...ada aku kisah.janji lepas...dalam kol 3 pagi baru aku dapat tido sebab dia orang ni dok berbual..aku dah la penat tak habis lagi..ngantok lak tu..




yang dok bawah tu la abang spupu aku...


hari sabtunya..........(13/12/2008)





pukul 6 pagi dah kena bagun.pala aku mula la pening2..masa tu abang sepupu aku dah nak kuar. dia nak tengok budak2 dia..dah nama pun askar kan..time2 macam ni mesti ar sibuk..kita orang ni kena kuar awal bukan sebab kita orang yang nak berbaris tapi kalau kuar lambat2 ko duduk ar tepi padang panas2 tu.aku mandi kan 3 orang askar kecil aku.pastu baru aku mandi.mak aku yang pakaikan dia orang baju. dah siap semua, kuar ar rumah dengan hati yang semangat menbara nak tegok orang berbaris katakan..makcik dan pakcik aku tentu la lagi membara..kita orang kuar rumah tak sarapan pun ok! budak2 kecik dah dapat dah candu masing2 (botol susu).tapi tak kan aku nak numpang lak. botol susu tu...tak pe tahan lagi..



yang ni aku tak tau bangunan apa..rasa nak ambik aku snap jer ar..



tengok tu..awal2 lagi dah ramai orang..dengan pantas gi cari tempat duduk


tempat duduk dah dapat..haziq aku bagi pada ayah aku sebab ada 2 orang askar lagi yang aku nak kena kawal..kang tak pasal2 aku yang jerit bagi kawat kat budak2 ni..anak makcik aku, aku tak campur sebab dia memang tak makan saman..blah la ko,seb baik ada ayah ko.kalau tak memang kena jerit ar dengan aku..tapi tak leh gak sebab ramai 'sayang-sayang' askar kat situ.tergugat iman..aku tak ambik pun gambo 'sayang-sayang' tu, kang dia orang pasan naya aku..dapat cuci mata pagi2 tu ok ler...oleh kerana lama menunggu,aku turun kat padang kawat.bukan aku nak masuk kawat.kira area yang aku masuk ni memang di benarkan la..bukan aku mandai2.tapi dah terang2 ramai orang awam dok kat situ..aku lak nak standby jer.nak ambik gambo spupu aku.pakcik aku soh tolong ambik kan..aku tak rasa gambo2 tu leh nampak muka anak dia.sah2 dia orang jauh kat tengah padang..tak pe, aku tetap laksanakan..tunggu2 sampai matahari dok atas kepala..peh panas nya.pewot aku lak tetiba nak 'nyanyi' (lapo).sabo2...kang dengar orang kiri kanan ingat bunyi semboyan lak..huhuhu




budak2 ni aku dah tak terkawal dah.ni pun dia orang datang pas main lari2 soh ambik gambo.tak lama pastu bermula la acara..tak tau kul berapa masa tu..



panglima tengah peksa barisan...



ni kalau aku zoom mau kabur giler...nampak sayup jer kan..



yang ni memang dia orang lalu depan tempat aku diri..zoom gak ni tu gambo kabur2..tapi kira ok la nampak gak








budak2 ni bab gambo teror.cakap nak ambik gambo jer terus possing.bunga kat tangan okie tu bukan untuk dia. tapi aku beli untuk sepupu aku..okie pegang jer..ntah apa yang dia suka sangat nak pegang bunga tu..masa ni pewot dah lapo giler..haus jangan ckap la.bila nak tuju kat keta, mak aku kata askar dah nak kuar padang..cepat2 ketepi bagi laluan..



dapat pun ambik dekat dan dekat lagi....terang kan..




masa askar2 ni lalu, pakcik aku kata dia dah nampak anak dia.aku haram tak nampak.yer la nak ambik gambo lagi mana nak nampak..pastu gi kat keta..makan time




ayah aku dengan pakcik gi carik spupu.yang kita orang ni nunggu tak nyampai2..lagi2 makcik aku..jap2 "mana dia orang nih, napa lama sangat..." mak aku layan jer.sambil motong ketupat segera.ketupat segera?haaaa..tu la kenyataan nya..nasik tak de..sapa yang sengsara?tak ke aku.perot dah lapo.last2 aku minum air jer.nak jamah makan pun tak lalu sebab nasi tak de.sedih nya.."makkkkk ateh lapor nih.."


ni la mak ngah aku.dia ni gi mana2 memang macam ni la pesen pakai nya..penat aku soh molek2 sket.tak mau nya...tak reti katanya..





tengah mak aku suap budak2 makan sampai pun spupu aku.suasana macam hiba sket ar.mak ngah aku ler nangis.buat perasaan aku tersentuh jer..aku pun sedih dan bangga gak akhir nya spupu aku nih leh habis kan latihan dia..tahan tak tahan la kalau dah kena ragging dalam askar..tengok muka tu hangus..dah salam semua spupu aku terus duduk mintak pinggan nak makan..kek tu jiran dia yang bagi.hari jadi dia bulan 9. tapi masa tu dia masih dalam latihan macam mana nak bagi.jadi bila jiran dia tau makcik aku nak gi tengok anak dia ni.dia kirim la..

pas spupu aku siap makan.kita orang balik semula rumah abang spupu.nak numpang mandi kan budak.dah berlengas (melekit).lagi pun ayah aku nak gerak dulu sebab nak gi jemputan kawen rumah kawan askar dia gak.sebelum balik sessi bergambar dulu..bila nak guna kamera pakcik aku jer tetiba jem lak.tak tau napa.baterinya kot.last2 guna henpon aku jer ambik gambo.



family time.......



turn ayah, mak aku n budak menyelit..si adam


kol 12 lebih kita orang gerak balik.haziq dah mengsan dulu dah.aku la kena dokong dia masok keta.budak2 2 orang ni keta gerak tak lama trus lena.penat sangat kot..kuar dari kawasan kem aku lak drive.ayah aku dok belakang. nampak jer orang jual air cepat2 aku berhenti.mana tak nya, aku dah haus dan lapo giler dah ni..aku tanya ayah aku nak air apa dia senyap jer sekali aku toleh belakang dah mengsan sama ngan cucu2 dia..adam dok depan leh pulak terjaga last2 dia yang order air tuk diri dia iaitu air cincau..aku soya dan pisang goreng.mak aku air soya dah kuih donat nya..pastu tunggu apa lagi, tadi kata lapo sangat..kita makan dulu..har..har..har..


keje kawen anak kawan ayah aku ni kat melaka. sampai sana okie yang terjaga lak.dia la ikut turun aku tunggu dalam keta dengan haziq dam adam..tak lama mak aku turun haziq lak jaga.layan jer la dia main..lama gak kat rumah orang kawen tu.ayah aku kalau dah jumpa kawan2 lama dia memang jadi macam ni la..sampai muar tak tau pun kul berapa.singgah parit jawa ambik anak2 abang long aku sebab minggu lepas aku dah janji dengan anak sedara aku si farahin.kalau aku balik kampung lagi nanti aku datang ambik.kalau tak ambik kang dia nuntut lak.tepon2 bagai.malas aku nak ulang alik..sampai rumah kemas2 apa yang ptut pas tu tido...badan letih giler.tapi sempat layan main congkak dengan nulia (kakak si farahin)



kisah hari ahad lak........(14/12/2008)



bangun pagi aku gi paso lambak hantar mak aku.kekonon nak basuh baju dulu.dah mak kata gi paso dulu.bawak jer la..kang tutup paso tu nagis lak kang mak puziah..aku malas nak jalan kat paso.poket tengah jimat nih..huhuhu..setakat tolong hantar no hal punya..balik paso mulakan la aktiviti membasuh.sementara cuaca panas..puas aku kuar masok bilik bakul baju aku tak de.setahu aku aku letak kat dapur tadi.gi tengok kat mesin basuh dah berputar2 didalam nya baju2 aku..rupanya anak sedara aku tolong basuh kan baju..huhuhu..baik nya..bior kan jer la..tapi aku yang sidai la baju nya..tak lama sidai baju leh pulak hujan lebat..tak sempat baju aku nak berjemur dengan matahari lama2..bila balik JB bawak baju lembab ler.sidai kat bilik jer.sekara kan cuaca tak menentu...


aku gerak balik JB pas maghrib.sebelum balik tu mak aku tunjuk kan la dia belikan nulia tudung sekolah..tahun depan nulia dah tingkatan 1..farahin lak masok darjah 1..cepat tol masa berlalu..aku suruh nulia cuba tudung tu mana tau laboh ke leh betul kan sket2...pas nulia cuba aku pakaikan si haziq ni tudung tu..tengok la...




comei tak? suka si haziq ni aku pakaikan tudung ..pastu aku ambik tudung mak aku lak aku ikat kebelakang...tengok la bertudung tapi pakai suar pendek..ni la namanya sessi dera anak sedara..hahaha

habis semua orang dia salam sebab dia selalu kalau tengok aku pakai tudung mesti nak gi jalan.dia pun salam la semua orang..dia tak tau aku nak balik...bila dia tengok aku seorang jer yang masok dalam keta melaung ler budak ni..tak leh terima kenyataan yang dia kena tinggal..nak buat macam mana dah aku kena balik Jb isnin nak keje..bye haziq..

senin tak de story selasa nya.......(16/12/2008)


paginya kak sue sampai ofis dia bagi cenderamata dari THAILAND..(khap kung khap..masuk ikut pintu kuar ikut tingkap..leh gi tu..) hehehe..husband kak sue yang gi sana..kak sue tanya aku nak warna apa.pink tak de aku ambil merah.ada dua, satu key chain dan satu lagi pen..comei jer key chain tu..suka..suka..suka..time kasih kak sue!



ni la cenderamatanya..comei kan key cjain tu..ada selipo kecik..


tetiba dalam otak dah fikir dah nak letak apa kat key chain tu.rasa tak sabo nak balik..balik keje aku dengan nana gi kedai kunci...yer kedai kunci...aku buat pendua kunci stor dengan kunci bilik..siap jer pendua kunci bilik tu aku terus lekat kan kat key chain yang kak sue bagi tu..hehehe memang tak sabo kan..tokey tu kedai tu senyum jer..tapi ada 1 kunci stor yang dia tak leh buat..dia soh aku gi kedai seberang cuba tanya..aku tak kisah janji kuncu bilik aku dah siap...



ni ar kedai nya pertama yang aku gi buat kunci...



ni kat kedai kunci kedua..nana tengah merenung nasib diri..keje part time jadi jaga kat pintu kedai..huhuhu



itu makcik (aunty) tengah buat pendua kunci stor.seb baik dia leh buat kan..tunggu jer la..


dah siap balik la.....apa nak tunggu lagi.....layannnnnnnn

Rabu, Disember 10, 2008

pelawat



ni la pelawat yang datang bilik aku semalam.kakak aku.abang ipar aku tak nak masuk,tunggu dalam keta je.masa tu aku tengah kemas dapur.nano baru pas siap basoh baju. kakak aku SMS bagi tau dia ada kat luar rumah.nak tengok bilik sewa aku.nanti senang le nak tengok adik dia, dah tau bilik nya kat mana..huhuhu.. masa ni si nano tengah gosok baju.tu yang mandang ke lain dedua ni.

Selasa, Disember 09, 2008

dah pindah dah....



walau pun sehari dah berlalu dan dah masuk hari kedua, aku tetap nak wish satu nih..ada yang tuntut ok! nama pun raya kan?tak de ucapan tak best la..apa pun terima kasih pada yang hantar SMS2 ucapan raya ni..memang best kat kampung semalam raya dalam hujan.aku rasa semua tempat sekarang ni memang merasa ar hujan sehari suntuk..tapi pada yang kena beraya dalam banjir tu harap2 sabar2 la ye.dugaan tuhan sapa tahu.kat kampung, aku tak gi pun tengok orang buat korban sebab hujan.dari aku basah kan diri dengan hujan baik aku kemas baju2 aku untuk balik JB sambil tu leh rehat kat rumah.penat pindah barang tak habis lagi.peha aku ni naik sengal..

aku dah pindah dah bilik sewa aku.semalam mula tido bilik sewa.dapat kemas sikit2 sebab badan aku terlalu penat. mana tak nya dari hari jumaat sampai hari ahad aku kena punggah barang2 yang nak di hantar ke kampung.nasib baik mak dan ayah aku datang hari jumaat tu untuk tolong kemas kan barang2 kat rumah, kurang sikit penat aku.malam tu pas maghrib aku ajak mak dengan ayah aku gi makan kat dataran.nama nak masak2 ni sory yer bila masa lak aku nak munggah barang dengan sibuk nak masak.memula mak aku tak nak gi.tapi aku pujuk2 baru jalan.bapak aku ok jer.dia layan jer makan kat mana2 pun boleh.janji halal.huhuhu..mak aku kalau tak kena gaya memang susah nak ajak makan luar.nasib la yang niaga kat dataran ni orang kampung mak aku..tu yang dia ikut tu... layannn...


tu si haziq tengah tak sabar tunggu aku suap kan makanan kat dia..aku kena jadi 'blender' untuk hancurkan makanan dia.last2 kat rumah aku yang lapar..


kekonon menghayati makanan...

masa ni ada 2 lagi askar yang ikut (adam dan okie)..jangan ingat haziq jer yang ada.tapi aku tak ler ambil gambo.tangan kotor malas nak pegang henpon. siap makan balik terus dan mulakan aktiviti mengemas..bila kumpul2 banyak tol barang2 yang nak di packing dan di packing. kalau ikut kan memang ler masa akak aku pindah dulu dah pack dah barang2 dia orang tapi ni bila nak kena kosong kan rumah tu lagi banyak rupanya barang2 yang lom di pack..tak pe buat pelan2..






mak aku balik petang sabtu pas siap kemas dan pack barang.mak aku nak balik pun sebab adik beradik aku yang lain nak balik kampung.kang dia orang sampai kampung tak de orang lak kat rumah..lagi pun lori yang nak datang angkat barang2 ni, hari ahad baru datang.jadi aku ajak mak dan ayah aku balik rumah kakak aku kat TIRAM.aku masak kat sana jer.lagi pun jimat sikit..hehehe..bukan berkira.tapi banyak dah aku bayar untuk bawak pindah barang2 ni.ingat senang2 jer nak pindah..dah nama pun zaman duit terpaksa la.sapa larat nak angkat barang2 tu semua.nak harap aku dengan nano jer?kem salam..ada yang nangis kat dalam rumah tu kang.nasib baik kuarga aku datang.kalau tak, mana nak aku nak cekau untuk bayar orang angkat barang..tu pun dah buntu takut tak de sapa nak tolong.last2 mak aku kata ayah dan abang aku datang sekali dengan lori yang nak angkat barang aku ni..alhamdulillah kurang beban sikit.

hari ahad tu dalam kol 10 pagi mak aku tepon bagi tau ayah aku dah gerak gi JB..aku siap2 dengan nano gi sarapan dulu, pastu aku terus gi bilik sewa sebab ada barang yang dari kampung untuk di turunkan di bilik sewa aku.dia orang sampai JB dalam kul 12 lebih..alang2 dah sampai bilik sewa aku mintak tolong abang aku repair kan pintu bilik sebab bila kunci guna mangga pintu ni renggang..bila dah renggang mesti la nampak yang dalam2 nya.aku sangat la tak suka..maklum la yang pasang kan tempat kunci ni pun tuan rumah.sah2 pakcik ni bertambah pening nak madan kan cara nak letak tempat mangga pintu ni..hahahah (jahat ek aku..tapi masih mengekalkan budi bahasa..tuih..tuih..) aku tak hina pun...



operasi memecah tempat mangga. baju biru golap tu la abang aku. tu abang yang kedua. yang baju merah tu abang gak tapi 'abang sayang'...huahuahua..(keji..keji...) dia la yang drive lori.dah memang keje dia pun.

sampai kat kuaters, kakak aku tepon tanya aku dah sampai mana.rupa2 nya kakak aku dan husband dia dah sampai kuarters dulu. patut le aku tengok kotak barang yang kita orang pack hari tu dah ada kat bawah..aku suruh nano naik dulu sebab aku nak park keta.lagi pun kakak aku tunggu kunci rumah.barang2 yang abang ipar ngan kakak aku angkat tu dah memang sedia ada kat luar pintu..bila park jer keta leh pulak hujan hari ahad tu.nak wat macam mana abang ipar aku pun panjat ler belakang lori tutup ngan 'kembes'.




tak lama abang ipar aku tutup belakang lori ni, hujan behenti. kita orang pun masuk kan ler barang2 yang dah di bawa turun. bila tengah nyusun barang2 ni leh pulak hujan semula.kelam kabut gak nak tutup balik.sebab kalau tak ditutup alamatnya basah ler kerusi sofa..mau 7 hari 7 malam tak kering kusi tuh..rasa macam kelako lak.bila buka kembes hujan bila pasang hujan lak behenti..last2 kita orang tutup jer..buat nya buka pastu hujan, sapa nak lari turun ke bawah.bukan setingkat dua.tapi tiga tingkat.mau main terjun jer kang..naya lak patah tulang bagai..tengah sibuk2 angkat barang terlupa lak aku nak citer yang ni..aku jumpa bayi yang ditinggal kan oleh mak kandung nya..masa sibuk angkat barang tu aku dengar ada suara bayi.tengok2 bayi lelaki tengah makan 'HANGER'..kuat gak bayi ni..anak sapa la ni.patut la mak dia tinggal kan bayi ni..aku sempat ambik gambo bayi ni..TENGOK JER LA KALAU TAK CAYA..





ni la bayi yang kena tinggal tu..betul kan aku cakap....bayi ni makan penyagkot baju...hahahaha..kalau akak aku tau ni mampos aku..




tengok ler keadaan lori nya..penuh.masa ni dah siap angkat dah.almari tu aku angkat berdua tapi setingkat jer yang aku berjaya bawa turun pastu aku pas kat abang aku suruh hantar sampai bawah.ada la beberapa jenis barang yang aku kena bawa turun kebawah.bila dah kena naik turun macam tu mau tak rasa nak tanggal lutut aku.dah ler aku ni mahluk tuhan yang gebu..dan2 rasa nak tukar diri jadi hijo...nak jadi shrekkkk..( kuat gak per shrek...).dah siap angkat2 barang ni aku possing jap soh nano ambik gambo aku.penat tu memang ar tapi saje jer tuk suka2..






lom habis lagi...pas ni gi TIRAM lak nak ambik katil kat rumah kakak aku.sampai je aku kat sana dia orang tengah angkat tilam.sementara dia orang angkat benda2 tu aku gi mandi sebab badan dah melekit.kena hujan lagi tadi...bila nak balik BATU PAHAT aku naik lori dengan nano.sajer nak dating..hehehe..(bukan dating dengan nano tapi dengan driver nya lah) time tak 'selisih lutut' ( salah 1 bahasa perumpamaan aku) ni naik apa pun kalau ada dia (abg driver) aku tak kisah..ayah, abang aku dan okie naik keta aku..masa untuk enjoy...



duduk jap ambik tenaga sebelum gerak balik batu pahat







aku turun kan nano kat air hitam.nak hantar dia ke kluang tak sempat sebab barang2 kat lori nak kena punggah turun balik.mak aku dah SMS tanya aku dah tiba mana.dia takut aku singgah gi makan asam pedas sebab dia dah masak asam pedas kat rumah.sampai rumah mak aku dalam kol 8 lebih..tu la sebahagian barang2 nya.yang lain ada kat luar rumah.siap turun barang aku kemas meja bagi abang sayang aku makan..(mesti la aku makan sekali semeja dengan dia)...best..best..best...

Jumaat, Disember 05, 2008

ketawa...ketawa dan ketawa...

biasa nya setiap jumaat port aku waktu rehat adalah City Square.hari ni gi CS bertiga.aku, kak sue n nano (suka lak aku panggil nama dia macam ni) nano ni jarang sangat time rehat dengan aku dan kak sue.coz nanti aku nak ngumpat susah (huahuahua).sampai dekat CS nano nak ambik duit..ni nak soh banjer nih...sementara tunggu dia aku dengan kak sue macam biasa ada jer aktiviti bebas kami berdua ni..aku jadi 'model'.bukan model glamor pun... aku bergambar kat dinding yang diahias dengan tulisan "HAPPY X'MAS DAY"..salah ke? gambo takde sebab aku jadi model untuk hp kak sue jer..(hahaha..rasa kekiutan diri ini..) tak kan ler aku ni tak sedar diri..kang sebelum aku kena kutuk baik aku ngaku dulu..tapi kalau orang yang kutuk tu bukan apa jelesss..sebab2 utama dia orang jeles ni bukan apa..dia orang dah tentu la bukan dari saiz2 aku dan kalau yang saiz2 aku lak, biasanya dia orang akan kata "eleh,dah tau saiz macam tu pun sibuk2 nak bergambar...tempat orang lalu lalang lak tu"..(ni ayat2 yang aku guna pun bila aku ngata orang..) sebenarnya dia orang nak buat tapi tak berani.cuba bagi ramai2 possing kat tempat tu.konfem nak jer..mula la aku mengarut fikir pasal fikiran orang lain...abaikan.

siap possing kak sue ajak singgah kat jualan mega POPULAR.aku ni biasa la mana tempat pun nak di tuju aku layan jer..biasa nya kalau kak sue ajak singgah mesti ada benda dia nak beli (ni kisah aku ke, kak sue nih?layannnn).tu aku tak tanya lagi.sambil2 tunggu kak sue aku behenti kat tempat VCD.tetiba terpandang ler aku kat 1 benda ni.aku memang suuukkkkaaaaaa banget! nak tau apa?nak tak?cakap la..nak..nak..nak...ni la dengan bangga nya aku nak tunjuk..

Cak!!!



best..best...best..ni la cite yang aku minat sangat2..citer hantu..yang cite hantu ni kelako..lagi satu aku tengah nak kumpul citer "MR VAMPIRE"..yang ni banyak siri..tapi carik2 tak nampak lak malas ar..kak sue konfem angkat tangan..dia tak layan cite2 ni.takut. pastu siap leh terbayang2 lagi..si nano ni leh layan lagi citer2 macam ni walau pun dia kalau tengok citer hantu dia yang suka melompat (tekezut)..ntah apa2 jer minah sorang ni.aku bukan takut tapi seram jer kadang2..tapi, oleh kerana dah memang suka tengok layan jer la. kang balik rumah nak layan dulu tengok 1 sebelum mak sampai rumah aku.

singgah watson jap tegok2 apa yang berkenan.tak de pun.. pastu kak sue panggil aku, dia nak tunjuk barang yang dia nak kalau aku nak bagi dia hadiah.



ni la benda nya.memang aku ikut pun belakang dia tapi bila aku nampak dia nak tuju kat teddy bear ni aku cepat2 nyorok kat balik rak.konfem dia tengah cakap sensorang pasal patung tu..bila aku jengah berderai ketawa masing2..korang imagine la semangat nak tunjuk ni tapi aku gi bantai sembunyi.mesti orang yang ada kat situ inga dia cakap sensorang...(hahahaha..sory kak sue..wat lawak tadi)..memang tak leh lupa..


sekarang aktiviti makan lak..makan tengah hari gi medan makan.takde sedap corner nya..dah jemu (jemu kerrrr). aku dengan nano makan nasi ayam claypot.kak sue makan nasi ayam berlauk. berlauk ni aku tambah sendiri perkataan tu sebab aku tengok dia bagi sayur.sajer jer nak bagi nama makann tu sedap.asyik bunyi nasi ayam jer kang ingat makan makanan ayam lak..(kan dah merepek meraban lagi) makanan2 yang aku bagi tau tadi tak ler di ambik rupa gambo nya.kerana aku malas..makan jer trus lagi baik.sebab nak kena layan makanan tu panas sangat..bila nak ambil gambo lagi mesti dah buang masa kan...(sebenarnya alasan semata2 dah memang malas...cakap jer la pa pe). siap makan beli makan boss "ta paw". gi kapitan beli la barang2 rumah sket..pastu gi kedai ni pulak..




sebelum balik ofis giliran aku lak nak singgah bank.aku lupa mak aku nak datang.duit tinggal berapa jer.kang nak makan lagi..tak kan nak cakap "bah, bayo bah.." melampau la tu.masa tengah beratur kat ATM.si 2 orang amoi ni main sorok2..aku kuar jer dari bank dedua tak nampak bayang.aku kuar ar nak lalu tepi bank tu.rupanya dedua ada kat situ baik jer landing masing2 bersandar kat dinding (kekonon nak nyorok ari aku la tu).tapi masa aku sampai kat dia orang, dedua ni sibuk mandang kat keta2 yang lalu behenti kat lorong tepi bangunan CS ni. aku cakap JOM! siap melatah dedua ok!..teperanjat ker...hahaha

tu ler..main nyorok2.kan dah khayal tengok orang lalu lalang..tapi memang best hari ni..rasa nak gelak jer..mak akan datang hari ni.dia nak tolong kemas rumah aku.sebab hari ahad nanti nak angkat barang.masa untuk memunggah....