Khamis, Januari 12, 2012

rumah sewa di datangi 'tetamu'...

pagi tadi su (budak rumah sewa) call tanya kenapa saya kuar rumah tak kunci pintu...statement yang hagak gila ok..tak kan la saya suka suki nak tinggalkan rumah macam tu je..

tapi memang btol (bukan btol saya tak kunci), su cakap pintu rumah hanya di rapatkan je dan ada barang yang hilang.....dan barang yang hilang itu adalah LAPTOP kakak bilik sebelah.berderau darah saya..

kol 9 pagi tadi balik rumah sekejap dan kami bertiga gi wat report kat balai.su sangat2 sedih sebab akak bilik sebelah templak dia macam2 sampai la saya tiba.terpaksa la tenangkan perasaan akak tu.harap dia tak kata saya nak bela su.saya tau barang berharga dia hilang tapi..ntah la.ayat yang dia guna memang saya tak leh nak jawab balik.katanya 'bukan barang sendiri yang kena sedap la cakap...'

masa ni rasa macam nak break je keta dan suruh dia turun walau pun saya yang drive keta akak bilik sebelah untuk gi balai..

barang lain tak de yang hilang.alhamdulillah..gambar nanti2 saya akan masukkan...

tdi su bagi tau akak bilik sebelah balik kampung..saya pun tak tau apa yang dia fikir.harap2 saya boleh tenangkan perasaan kedua2 hati mereka ini..

doakan yang terbaik untuk saya ye!nak balik on time. su tengah demam.tak rasa dia akan ambil cuti sakit.tapi bila saya sampai rumah awal akan mengurangkan tekanan hati dia...harap2 la...

Selasa, Januari 10, 2012

cerita haziq dan nurlia....

dah 10 hari dah 2012 menjelang.rasa cepat jer masa berlalu.bila nak hupdet blog tak pernah sempat.mengalahkan banyak keje sesangat.hehe..

keje tu memang la ada tapi semalam sebelom balik keje saya dok sebok main satu game nih dan akhirnya saya BERJAYA! poyo kan.balik keje lambat semata2 nak score game ni...




terasa bangga bila dapat habiskan game ni...


ok la, benti cite game tu.rasa tak menarik pun.saya cuma nak cerita tentang haziq dan Nulia di sekolah barunya. haziq tetap tadika lagi tapi berlainan sekolah untuk tahun ni. Nulia pulak telah saya suruh tinggal di asrama.biar dia belajar berdikari sikit..



KISAH HAZIQ

haziq di tukarkan ke tadika yang lain adalah kerana mak saya kata cikgu kurang perhatian pada murid. yang tu saya tak dapat nak pastikan kesahihannya..tapi dah mak kata nak tukar memang kena tukar la..mungkin untuk kebaikan haziq jugak.terlupa pulak mana letak gambar haziq masa daftar kat sekolah tadika baru hari tu..

tempat baru ni budak lelakinya 3 orang je.tapi sorang tu tak cekal hati.bila mak nya balik, memang budak tu meraung semahu2 nya.saya mesti la dah risau sebab haziq hanya mendiamkan diri je.tapi mujur ada sorang budak perempuan yang memang muke slumber.dia ajak haziq main sangat la senangnya. tak silap namanya PUTERI NUR AISHAH (saya curi2 tgok nama budak tu).dia datang kat haziq, tanya nama, pastu terussss pimpin tangan haziq ajak main....senang nya budak pempuan tu..sangat2 peramah!haziq hanya diam je...

bila saya dah selesai sesi pendaftaran dan nak balik. haziq tak bagi saya dan mak balik sebab budak lelaki yang tengah emo tu masih lagi sedang menangis semahu2nya. agak nya dia rasa sebak kot tengok budak tu meratapi nasib kena tinggal kat sekolah.tapi nak buat mcam mana kan, sekolah tetap sekolah. nak tak nak haziq terpaksa la redho walau pun dia tak rela.

esok paginya (05.01.2012) bila saya nak hantar ke sekolah....

Haziq: kita nak gi skolah mana acik?

Saya: sekolah semalam la..sekolah yang makcik dengan mak hantar tu..

Haziq: sekolah yang budak nangis tu ke?

Saya: ha'ah..*sambil tgok muke haziq.dapat nama baru la sekolah tu..hehe...*



KISAH NURLIA

Nurlia adalah cucu sulung dalam family saya dan merupakan anak kepada abg long saya. terpaksa suruh dia buat pilihan tinggal di asrama..tapi rasa macam tak percaya pulak terpaksa biarkan dia kat asrama.sebab ni pertama kali dia duduk asrama.teruja gi jengok dia kat asrama.




pemandangan pintu masok






blok asrama..masa ni dah sedia nak naik tangga sekali....



nampak tu papan merah tu kata apa...terus patah balik tunggu kat keta je..


menangis la jugak saya dengan dia...huhu..mengada kan?sedih memang tak boleh kontrol...gambar memang tak leh tunjuk sebab mate masing2 tengah merah.sangat memalukan...

hehe...bosan kan cite ni...

Isnin, Januari 02, 2012

selamat datang 2012

assalamualaikum semua...

Agak berkurun gak saya tak hupdet blog ni kan.dah naik berkulat baru terhegeh2 nak hupdet. sekarang ni rasa sekejap jer masa berlalu.sekarang dah pun masuk hari kedua di tahun 2012.usia pun makin bertambah...alhamdulillah..masih di beri kesihatan dan peluang menikmati hidup ni. azam?ermm.. saya punya azam yang utama tak lepas2 lagi.hehe..takpe2..akan di usahakan.haha..ok, tak kelakar.

disebabkan saya buat blog saya nie naik berkarat.jadi, saya akan menempel baki peristiwa yang berlaku sepanjang 2011.mungkin akan jadi panjang berjela bila korang baca or tgok.maaf kalau bosan..selamat mencuci mata di blog saya...


Bulan Jun
Majlis pertunangan adik sepupu (Ina)











Align Centre









Bulan Julai
Sambutan hari merdeka utk tadika daerah muar (termasok sekolah haziq)


















Bulan September
1. Majlis perkahwinan adik saya















2. Jamuan hari raya di ofis












Bulan Oktober
Majlis bertandang belah lelaki



















Bulan November
Mewarna bersama keluarga d Kolam Air Panas, Sg Gersik (sekolah tadika Haziq)


















Bulan Disember
1. Majlis perkahwinan adik spupu (zila)





























Majlis bertandang....


















2. Majlis pertunangan adik sepupu (Izah)







Sekian.