Rabu, Februari 03, 2010

tikus oh tikus

agak lama jugak aku malas nak hupdet blog nih.bukan tak de benda nak tepek kat sini.ada..
cuma malas jer nak hupdet.

ok2..kita lupakan jer pa yang dah berlaku pada minggu yang sudah.aku just nak citer apa yg aku dah buat malam semalam..

dah lama dah aku nak buat pojek nih..tapi oleh kerana asyik terlupa.maka,sampai naik lemak dan gemok lah haiwan nih.haiwan yang aku maksud kan ni adalah CIK TI.bukan si TARI TIRANA tu yer..ni cik tikus.orang kata tak baik nak maki2 haiwan spesis nih..sebab nya tak pasal2 dia bawak lari barang2 rumah kang.tu kalau barang masak tak per.wat nya dia pun sama nak meng'test" spenda or 'cemin mata' seksi tu.sapa nak jawab?

tapi oleh kerana aku dah terlebih manjakan haiwan ini maka aku telah nekad untuk mendenda hewan ini..apa lagi...





tu dia..habuan untuk cik ti semalam..puas gak la aku dengan nana nak cari papan untuk letak gam tikus nih..last2 papan frame yang jadi mangsa..




umpan di tengah2 adalah tongkeng ayam..saja bagi cik ti selera sket..nana yang letak benda ni.aku tolong sket2 jek.bau ini gam..masya'allah..kuat engko.

aku target cik ti tak kenan punya.sebab bau tongkeng ayang goreng tu pun tenggelam..bila lampu terpadam jer.mula la episod hewan ini berlari berkejaran..

sekali tu..hah! hambik ko..bising mulut cik ti nih bila terlekat. nana jadi lagi semangat pulak nak pasang 1 lagi letak kat dapur..aku yer kan jer.samapi tido semalam pun aku bukak lampu.takot punya pasal.tido pulak tu jenis tersentak2..kejap2 tgok bawah lemari tikos tu bunyi lagi tak..buat nya sekali tersedo hujung kaki aku.mau melaung azan malam2 bute tu..

bila aku keluar nak gi mandi pagi tadi..tersentak aku tgok ada 2 ekor cik ti kat luar melekat pada gam yang nana pasang kat luar tu..melaung gak la pagi tu..tapi melaung sopan jek..bila nak masuk bilik memang aku tak pandang pun cik ti..geli siot..






akudankehidupan:balik nak baung cik ti..tapi macam mana nak buang cik ti yang dah melekat tu ek..mak, tolonggg..eiii..geli nya!