Rabu, Disember 09, 2009

ngantok nya....

ya,allah..hari ni aku susah betol nak bangon pagi.mungkin sebab semalam aku makan ubat dan ubat tu belom reda lagi kesan nya.

bayangkan lah aku dah mandi sekalipun.mata still leh nak lelap lagi.padahal sejuk giler.ptot nya mesti ar teros segor mata tu.ni ewah..mata semakin longgar otot nya untuk di buka.




dapat lelap macam ni sedap nya...puas aku pujuk2 mata nih.rasa ngatok tu still ada.menyesal aku ambik ubat tu.tapi kalau tak makan memang kepala aku berdenyut2.

ubat ni mak aku yang bagi.leh makan waktu malam saje.kesan nya selain mengantok.bila bangon pagi akan rasa kehausan sangat2.

pagi tadi sebelom kuar rumah aku dah minum dah air.dalam perjalanan nak gi keje pun suruh nana belikan air mineral sebab dia nak beli surat kabo.pastu singgah beli sarapan aku tapow air gak bawak balik ofis.habis jer air tu aku minum air kosong lak.sebab tekak aku memang rasa kering sangat2..

dah nak mati ke rasa haus sangat2 nih??? aku ada buat perangai yang buang tebiat tak?kalau ada tu tegur 2 kawan sekeliling yer.. sebab nya aku tak pernah minum air byak2 macam nih.kalau tapow pun aku jarang ar dapat habis kan.kalau habis pun aku tak de nya nak minum2 lagi air kat ofis nih.dan kalau beli lagi memang tak habis punya.tu yang pasti.

tak pe lah.untuk sedap kan hati anggap jer la air dalam badan aku dah kurang..hehehe
tu yang dok sebok2 cari air tuh..haus..haus..

semalam lupa pulak nak bagi tau aku dah boleh bedal benda2 sejok nih..batok tinggal suam2 hati jek..mula2 tengah hari tu aku makan nih....



kak sue ajak gi singgah OLD TOWN.aku tak moh makan berat2 sebab pagi tu dah makan mee hoon goreng.kenyang masih terasa.tapi roti aku di ganti putih coz roti biasa dah habesh..redho jer la..memang sedap.

bila aku selak lagi menu yang lain tekak lagi rasa nak makan.tapi sabo2..kak sue kata lain hari jer.sebab ada yg lain lagi menanti..huhuhu




taaaraaaaa....aku dapat minum cool blog dan wafer! memang la orang lain tak rasa apa2. tapi aku dah rasa teruja nak benda2 ni dari minggu lepas lagi.kalau tak sebab batok dan selsema.dah lama aku terjah jer benda ni.lagi2 cool blog.shedap sangat.

tapi semalam aku tak dapat minum yang capucino.tukar order ambik perasa mocha tanpa pearl..hari ni tak tau la dah ada ke belom perasa capucino tuh..harap2 jer la





akudankehidupan: mato ngantok ni weiiii.....

Sabtu, Disember 05, 2009

batok oh batok....

hari ni xde yang menarik pun.batuk aku tak surut2.agaknya nak suruh aku makan ubat batok kot.aku makan ubat.tapi bukan ubat batuk ar.just ambik pil selsema.ais lagi la tak minum seminggu ni.

tapi hari ni aku langgar jer pantang.dah tu makin aku minum air yang hangat2 makin tak hilang gak batuk nya.bedal saja lah.



yer..air teh ais..lega rasanya dapat air nih.pas tu ambik ko batok tak henti2.tapi galak minum lagi tu..huhuhu...degil kan aku.tak pe malam kang aku minum ubat batok.




neskepi ssss....







akudankehidupan:keputusan yang aku kena pertimbangkan..

Selasa, Disember 01, 2009

selsema yang tak berkesudahan

balik hari tu jalan jem giler.walau pun aku guna kan 'touch n go' line tu tetap la macam tak bermakna.naik kebas kaki aku tunggu turn.keta yang lain tu biasa la.kena pemandu yang berhemah macam aku tunggu ikot giliran.kena yang jenis bute hati dan mato main selit mana boleh jer.




apa dia ingat aku ni tengah tido ke dalam keta?memang hangin gak bila jumpa perangai pemandu yag macam ni.tau la nak cuti raya.tapi sabo2 la.kebetulan lak hari tu nana aku tumpang kan sekali sampai air hitam.so tak la boring aku mandu balik hari tu.

tapi memang penat belaka.hampir 3 jam setengah baru aku leh sampai kampung.
sepanjang highway tu kemalangan jangan cakap la.tu la tak sabo sangat kan.kan dah dapat.walau pun hanya kemalangan kecil.tapi pada aku kalau keta dah tekemek ke,tecalar ke.mau terguris sama hati aku nih.naseb aku sabo dan selamat sampai kampong.alhamdullillah...

sambutan raya haji kat rumah aku ala kadar jer.ketupat tu wajib ar ada.tapi aku tak makan ketupat2 nih.aku makan nasi.huhuhu




dia orang nih pantang aku cakap nak ambik gambo.sebok berpossing bagai..

tapi malam tu mak aku masak sup tulang macam nak wat kenduri mana tak nya.mak aku masak satu piuk besar.memang tak dan aku nak ambik gambo.aku makan esok nya.malam2 aku nak makan sup tulang.oh, tidak.lemaknya tebal ar..lagi pun esok masih ada kan.kang kata buruk lantak lak.

hari sabtu tu aku dgan yang lain dah plan nak bawak mak n abah aku gi makan2 kat muar.port kita orang biasa la.mana lagi kalau bukan bus stand bas xpress muar.ayah dan mak aku suka gi situ.jadi tak payah la kita orang nak susah payah nak fikir menu apa yang nak kena order.sah2 tau dah makanan kegemaran dia orang.






kak long aku dengan akak aku tak tau pun aku nak sambut harijadi dia orang sekali.sebab nya aku hanya cakap hari jadi ni untuk farahin.bila aku kuarkan kek.ketawa la memasing bila tengok nama ada kat atas kek.

surprise!

farahin lagi la suke.bila aku nak nyanyi jer akak aku kata jangan la.malu ar..
geli jer nak malu2.
tapi malam tu memang best..gambo yang lain2 tak sempat ambik sebab tangan aku dah kotor.nak suap haziq lagi.dia bukan nak ikut mummy dia.asyik berkepit jer duk dekat aku..layan kan jer.sayang tuh.

balik malam tu pala dah start sakit dan bersin2 aku makin menjadi2.makan ubat terus tido.

akibatnya.pagi ahad tu aku bangun awal subuh terus mandi.jarang ar aku mandi waktu sejok bute.tapi badan aku masa tu macam merelakan jer.lagi ar pas mandi aku bersin tak berhenti2.pas tu meleleh2 lak kuar kat hidung.tu yang jadi leceh.pala aku dah jadi makin berat.aku just makan ubat selsema. sambil2 tengok tv tapi makin mengalir jugak cecair kat hidung aku.aku makan lagi ubat up 2 biji.terus aku tido.

tapi tak leh lena sebab badan aku rasa panas sangat.aku asyik terjaga jer.mungkin sebab tu aku rasa tak selesa.entah kali ke berapa aku terjaga aku tengok suasana senyap jer.aku bangun badan rasa sakit2 sangat.aku tengok jam hampir 6 ptg.macam mana aku nak drive balik nih.pala makin berdenyut.

aku just baring jer.mak aku tanya larat tak.soh aku gi klinik.aku diam jek.agak nya sebab badan ni panas.bila aku baring mata kuar air.bukan nagis ok.bab2 ni la yang buat aku lemah.haziq memang tak kacau.macam tau2 jer aku tengah demam.pas maghrib aku terus tepon bos aku minta cuti.naseb dapat pelepasan.pastu call kak sue n nano.aku tak larat nak taip msg.pas bagi tau dia orang terus aku makan ubat dan tido.

esok nya aku cuba bangun seawal yang boleh.nak gerak awal konon nya.tapi pala makin terasa berat nya.aku gi mandi dulu.pastu aku duduk untuk selesakan badan.aku nak balik.nak hantar nulia rumah kakak aku.last2 tengah hari baru aku gerak.tu pun gagah kan diri drive keta.

kelajuan aku masa tu 60-70 km/j..dah habis rasa laju dah.sampai rumah kakak aku hampir kol 4.aku hanya baring jer kat rumah kakak aku.agak2 rasa ringan sket.pas waktu maghrib aku gerak balik larkin.sampai hari ni hidung masih tak ok lagi.selsema yang terok setakat ini.pada sapa la aku nak pas selsema nih..






akudankehidupan:kak sue cuti 4 hari.aku baru cuti sehari tinggal kan dia..minggu depan baru jumpa kak sue.huhuhu

Khamis, November 26, 2009

hari nih gi keje lengang jek jalan.
sampai ofis hanya aku dengan nana.aku pandang dia, dia pandang aku.paling2 bising pun soure radio.
bosan nya.ramai dah coti2 malaysia nampak nya.kak sue pun xde..buat kuih raya.eh, masak untuk raya..aku pas keje nih terus balik kampong. tak sabor lak rasa nya.sebab minggu lepas aku tak balik.ni yang rasa beriya2 nih nak balik.

untuk kalian semua aku ucap kan...


Glitter Words



dan walau pun kak sue tak de di sisi kala ini aku dah ada pengganti...



hehehe..jangan mare..selamat hari raya haji kak sue!







akudankehidupan: balik kampongggg..lalalala

Selasa, November 24, 2009

zaza kawen

minggu lepas aku tak balik kampung coz hari ahad aku nak gi jemputan kat felda air tawo 2.memang semangat giler sebab aku ada sebab lain selain nak gi jemputan.haaa...nak gi mana tuh!




masa ni dah lepas kota tinggi dah.aku gerak dalam 11 pagi..tak de lah tepat2 pukul 11.sajer gerak awal sebab banyak agenda nak wat.

sebelum gerak tu aku peksa2 keta dulu pagi2 tu.nak jalan jauh jugak la katakan..
pastu binik tuan rumah tegur aku.dia tanya jalan nak ke TAMAN BESTARI INDAH.aku pun laju jer la terang kan.sah2 rumah akak aku kat area tu.tak masal2 dia ajak aku skali.katanya kawan kilang dia jemput gi rumah ada wat jamuan makan2.aik, dia ni bior betul.tak kan la dia lupa yang dia dan suami di jemput ke majlis kawen yang aku nak pegi sama nih.

**untuk pengetahuan korang majlis kawen yang aku nak gi nih adalah majlis kawen budak yang dok sewa satu rumah dengan aku (tapi bilik lain).sebulan awal dia bagi aku kad jemputan.harap sangat aku dengan nana gi.tak gi tak patut la.walau pun jarang jumpa tapi budak ni jenis manja2 sket orang nya.kiranya aku leh terima pakai lagi la cara dan perangai dia.kalau sekali sekala jumpa tu ada gak duduk melepak kat bilik (ngumpat adalah motif utama!) hohoh..dah nambah dosa.haiiii...**

aku pun malas nak ingat kan kat binik tuan rumah tu.masa aku sebok2 panas kan enjin keta dan masok kan barang2 dalam keta.binik tuan rumah tu panggil lagi.dia kata nak tumpang kan anak lelaki kesayangan dia sampai bus stand larkin.aku ok jer.jap pastu cakap tak jadik lak nak mintak numpang.ok jugak la pada aku.pastu..

binik tuan rumah: eh, nana dengan ateh tak gi rumah zaza ke?
aku&nana: ni nak gi la ni.
(aku dah berbaju kurung tak kan nak gi beraya haji lak..)
binik tuan rumah: atok nak tumpang boleh?dia nak mandu jauh tak larat.
aku: kak ida kan pandai drive.tak nak gi ke?
kita orang pas gi rumah zaza ada hal lain.nak ke ikut?takot balik lambat je.
binik tuan rumah: jauh2 akak tak berani la. tak pe la kalau macam tu.

aku pulak paling pantang dengan orang2 macam ni.kalau dah tak nak gi tu tak yah la buat2 bertanya kat aku ni.sebab nya kang jadi macam ni la.wat nampah dosa aku jer nak ngata orang.hakikatnya ko sebagai orang tua tak nunjuk pun yang elok kat aku yang mude belia nih..mude ke?erkk..muda..muda..muda..tet.

yang aku tau pasal tuan rumah ni bab jalan shopping bagai tu tak sakit lak.lagi2 binik dia nih.peh..kalau bab2 jualan murah ni tau sesajer.kira panas punggung kalau tak gi.satu lagi kalau ada perlawaan dari kawan.memang panthang..seboleh2 nak sampaikan diri tu.eiii...penat ar nak citer pasal orang2 tua jenis nih.tak de nyedor nya.

lantak la yang penting aku nak begumbira menuju ke sinun.

perjalanan di terus kan dengan jaya nya.tak perlu nak laju2 sebab jalan nak menuju ke felda tu memang tak sesak pun.nak kejor kan apa sangat.aku tiba pun dalam 12 lebih tengah hari.tak ramai lagi orang2 jemputan.tak tau la kalau awal pagi tadi dah ramai.

aku masuk dalam jumpa zaza dulu.dia terkejut gak sebab aku ada.sebab nya aku dah plan dengan nana cakap yang aku tak datang majlis dia.huhuhu

masa aku masuk bilik tu dia baru nak di 'kerjakan' mak andam.jadinya aku dengan nana gi makan dolu.siap makan masuk balik.sebab masih awal lagi kalau nak terus kan perjalanan.walau pun mata dah ternampak2 tempat yang nak di tuju tu.sabo2..

jam baru 1 suku.aku bajet pukul 2 pengantin bersanding.tapi bila tunggu2 hampir ke jam 2.oaran kompang pun aku tak nampak.dengor nya orang nyanyi karaoke je.bayang2 rombongan pengantin laki pun tak de.jadinya,terpaksa la masuk bilik pengantin lagi sekali untuk mintak diri.sebab ada misi lain..hehe

eh..lupa lak nak tunjuk gambo pengantin..









ni la tempat yang aku nak gi tu.hehehe..




bila nampak pintu gerbang nih.lagi bertambah2 semangat nya.tetiba nampak laut jer depan mate..dasat kan..aku dah lama giler tak gi tempat ni.last gi tak ingat langsung.lantak jer la kan?kan?

bila dah sampai tepi pantai aku tengok ombak nya mak aii..tinggi.aku dah agak.aku bajet mesti ada larang mandi punya.rasa sedikit hampa la bila aku tengok ramai yang dok tepi tengok laut.nana ajak gi tempat lain.tapi pada masa yang sama dia gi tengok laut.aku ikut kan jer.sekali nampak laut baru lah aku nampak orang2 yang sedang bermandi manda.apa di tunggu lagi...tukar la baju.

masa ni gambo2 takde.sebab tak de sapa pun yang nak jadi tukang ambik gambo.tu pun aku mintak tolong makcik penjaga bilik salinan pegangkan kunci keta aku.kira serah naseb ar..gara2 nak mandi laut.apa pun sanggup tinggal kan.

memang best giler.sampai naik mabok2 gak la sebab bila kena ombak jer dan terasa diri di tarik ke laut.jadik kelam kabut di buat nya..tapiii...memang best.pas ni dah ada plan dah nak gi lagi.tapi tempat lain pulak..hehehe

agak2 dah naik pening dan muke rasa panas.aku dengan nana terus naik. nak balik.kang nak singgah rumah makcik pulak.sebelom balik pose dolu..







aku masa nih dah naik kehausan walau pun dah makan ais krim.sebab nya tau2 la kan. bila dah mandi pastu air masin banyak termasuk dalam mulut.tekak jadik kering..masa ni nak air..air..air..




bila balik baru nak ambik gambo kiri kanan jalan..tapi tetap best dapat gi mandi gak kat desaru.








aku singgah makan kat RR Sg. Mas.tak tau kenapa aku pilih gerai makan yang ni.adakah sebab aku dah kehausan dan kelaparan?

layanan yang aku terima bila meletak kan ponggong di gerai ini adalah kurang bagus nya.kalau ada kertas suruh tinggal kan komen.konpem aku ambik sepuluh komen pasal gerai ni..



ni nana punya..cencol pulut..dan yang pasti pulut tu aku la yang kena makan kan untuk dia.dia tak leh makan pulut.nanti gagap.




aku minum air epal.dah takde air lain yang boleh di minta.kita orang makan nasi goreng kampong.nana tambah ayam kunyit.aku nak mintak yang tidak2 tak de la.sebab terbantot dek kerana muke dan layanan yang aku dapat dari gerai nih.jadi, makan dan cepat2 belah dari situ.




antara gerai2 yang ada di RR Sg. Mas.


aku sampai rumah makcik aku dah maghrib.saja tanya kabo.alang2 dah lalu simpang kota...aku tumpang solat dan duduk borak2 jap.kol 8 lebih aku minta diri sebab nak singgah rumah kakak aku lak.mak aku kirim laksa untuk aku.yum..yum..

sampai rumah dah pukul 10 lebih.badan rasa letih sangat2.pala lak makin denyut2.mabok kena ombak kot..malam tu tido memang lena.ngigau ke tak.tu dah tak tau.sebab masing2 dah penat.tapi rasa best sangat2.





akudankehidupan: terima kasih kak sue...

Isnin, November 16, 2009

apabila tidak tahu memilih kehendak atau kemahuan a.k.a BUNTU

aku tahu satu hari nanti aku akan meninggalkan mereka2 yang berada di sekeliling aku..

orang yang paling rapat..
orang yang paling comel..
orang yang aku sayangi..

hati ini jadi berbelah bagi..
akan sampai lagi kah masa itu
atau
masa itu tidak akan lagi memberikan aku ruang untuk memikirkan nya..





akudankehidupan:buntu..

Khamis, November 12, 2009

cool blog

hari isnin aku cuti sebab mak aku tak de gi kursus anjuran GIATMARA.aku cuti sebab jaga anak2 sdara aku.dia orang kan tinggal kampung.2 hari sebelom tu kak ipar aku (kak long) jaga.sian gak kat dia tak kan nak suruh cuti lama2 kan..

pada jumaat yang lepas....

aku dengan kak sue macam biasa akan mencari idea kemanakah arah tuju yang harus kita orang pergi.dan kak sue telah memutuskan untuk mencuci mato di sini...






kita orang gi persada.jalan kaki jek..kat sana ada wat jualan mega metrojaya.agaknya la..hehehe
habis aku gi meronda dalam tu.tapi belinya tak jugak.sebab tengah bajet belanjawan 2010 (ayat ganti)..walau aku meronda jauh mana pun,aku akan pasti kan kak sue tak hilang dari pandangan aku.ye la mana tak nya.buat kat persada.macam dalam gudang.gudang tu kira bosar la jugak ni kira macam dewan.

dah tu sesak jugak la dengan orang.naik pinor gak mata ni kalau terpisah dengan kak sue.maklum la nak mengenal pasti orang yang di cari.tu yang payah.kang jadik kes jejak kawan lak.kena lapor kat kaunter DJ.tok seh ar...




agak2 dah puas ambik barang sana sini.apa lagi,ambik la bahagian untuk beratur dan bayar.ingat hambik2 percuma! kang ada yang hambik kau...aku ikot gak beratur.saje nak manjang kan barisan.kalau tak sebab tengah belanjawan 2010 pasti aku tergoda dengan barang2 jualan murah yang memang murah sangat2.ermmm...lain kali kot..
agak2 dah sampai turn kak sue nak masok barisan ke kaunter bayaran.aku pun terusssss jugak ke pintu keluar... tu yang dok sebok ambik gambo orang bayo sana sini..meriah2..

on the way balik tu kak sue telah menyurakan hasrat perot yang sedang kelaparan..hohoh
aku kehausan sebab kena manjat tangga nak ke city square..pehhh..tu la mak suwoh ringan2 kan badan tak nak..eerrkkk..

untuk keselamatan.kita orang gi tempat yang paling cepat dan dekat untuk melegakan badan..




ni port biasa kita orang.budak2 yang keje kat sini dah kenal sangat2 kita orang.kadang2 dah leh agak dah menu kita orang.cuma kali ni dia orang pasti tersasar tekaan daripada biasa..ewahhh..




nasi lauk rendang..aku pun tak pasti nama sebenar menu nih..kak sue kata shedappp...




aku punya menu nasi asam pedas ikan pari.tapi dalam menu tak la dia tulis macam tu..confirm sedap..masa ni hilang terus menu sedap chiken plate.dah nama pun tempat pun "SEDAP CORNER".memang sedap la.

dan hari tu kak sue belanja makan untuk harijadi miera..ermm,wakil dari pihak miera katanya.apa pun terima kasih kak sue n gedot.tak patut kan miera kena banje akak ateh.huhuhu


mari melawat mak di tempat kursus a.k.a menghilangkan rasa rindu

hari sabtu tu aku dah niat nak gi tengok mak aku (macam la mak aku tu budak2) dan mentang2 la tempat tu tak la sampai 2 jam nak kena gi.tu yang nak redah jer.tapi entah la ek.aku rasa bosan sebab nya bila balik kampung mak tak ada.selalu nya nampak gak muke mak.ni langsung..

petang tu aku bawak anak2 sedara aku gi mandi kat kolam air panas.kebetulan kakak aku balik.jadi nya aku bawak budak2 yang senang di kawal.di pendek kan cerita masa mandi tu jadilah satu tregedi lemas.sapa lagi...



ni la mangsa lemas tu..masa ni dah naik kering darah aku bila terpandang haziq ni terapung dalam keadaan telangkup.masa tu nak makkkkkkkkkkkk...masa angkat haziq naik ke atas tebelahak2 budak ni..nasib malam tu dia tak demam.takot aku..




ni la tempat kursus mak aku.masa nampak mak rasanya macam jejak kasih.tapi kontrol ayu la sebab ramai orang tu.kursus ni buat kat batu pahat je.kat Hotel Crystal Inn. sebab tu aku sanggup drive gi jumpa mak aku..hehehe













dua hari berturut2 aku gi tempat mak aku.lantak la orang nak kata apa.tu pun nasib ayah aku tak jadi gi kursus sama.jadinya hari kedua tu aku ajak la ayah aku dan lain2 gi turut sama tengok mak aku.kadang2 rasa macam kelakor pun ada.orang sebok kursus.ahli kuarga leh datang lak.macam kan setahun tak jumpa..lantak la.

aku balik ke jb pagi selasa.sian lak nak tinggal kan ayah aku jer dengan budak2.mak aku habis kursus hari selasa tu gak.tapi kena tunggu la sampai kol 11 pagi.baru leh balik.banyak sessi nak kena buat katanya.aku gerak dari kampung kol 4 lebih pagi..masa drive tu pun pala noneng jer rasa.tu pun dah habis 'bagging' ke 'banging' jangan bengong dah la.sebab nak hilang kan nagntok.naseb selamt gak sampai jb.aku singgah rumah jap hantar barang dan terus gi keje.

keadaan masa tu amat la ting tong.

tu yang simpan cerita nak hupdet blog betahun.hahaha..alasan kukuh ok!

citer pasal semalam...

kak sue kata nak makan wafer jer untuk makan tengah hari tu.aku pun gi la singgah season beli roti bagai..pastu baru gi beli wafer kak sue.tapi si kak sue ni dengan selamba jer terus beratur kat tempat ni..




COOL BLOG.

tempat ni memang ramai banget peminat nya.aku kadang2 dengan kak sue tertanya2 sedap sangat ke budak2 ni minum air pengat ni.kenapa aku panggil air pengat?mana tak nya.dalam air tu ada biji2 warna hitam.bila lalu kawasan ni confirm bau wangi pengat.korang penah makan pengat tak?bila tengok dia orang minum rasa masa tu,kuno sangat aku ni.yer la tak pernah rasa dan tau benda tu.

tu yang kak sue beratur tu.dia kata nak cuba je.kalau tak sedap tak yah beli lagi.bila lagi nak cuba.aku pulak naik bedebor nak pilih order.yer la tak pernah beli.kang salah cakap kang orang pandang badi je..

akhirnya aku tanya kan budak yang beratur depan aku dan kak sue.menu apa yang best.bila dia dah cakap tu baru la aku leh faham..oooooooo..macam tu rupanya.




ni aku punya..kak sue punya tak sempat ambik.bila dah rasa...ermmmm..shedappp sangat2..nak lagi..nak lagi..hohoh



mari nikmati cool blog.





akudankehidupan:siap sedia nak gi jemputan kat kota minggu depan.

Khamis, November 05, 2009

balik awal

hari ni aku satu ofis gi makan kat tempat yang aku citer hari tu.gambo masih tak sempurna.jadinya aku tak letak dulu.

hari ni gak aku mintak kebenaran dari bosh untuk pulang awal.nak jumpa kakak aku.kakak aku kata citer dalam tepon susah.puas aku tanya apa yang penting sangat sampai tak leh nak tunggu malam.dia kata jumpa dulu baru cite.dia cuma cakap pasal jijah(adik aku).

aku kan dah tahu pasal jijah.ada pa pe yang aku tak tau lagi ke?


renung2 kan...






akudankehidupan:tak kan jijah ada masalah lain lagi kot???

Selasa, November 03, 2009

hari2 yang ceria..ceria ke???

hari ni keadaan aku dan keje biasa2 je.ada keje.tapi wat main2.kang bosh mintak baru kelam kabut nak buat.terok kan?

ni nak siap kan la ni.tapi siap kan blog.hohoh (mati aku kalau bosh tau)

hari ni tak memberangsang kan minda aku pun.sebenarnya dari semalam lagi tak memberangsang kan.tapi apa yang penting! KERJASAMA!

ada ke kerjasama tu dari semua pihak?kalau aku layan benda ni leh jadi masalah.sebab nya aku memang dah ignore dah benda ni.tapi semalam betul2 wat aku terkentot2 la.kenapa ek nak wat macam tu..


moh masok sini.jangan tahan2.bahyo!

mungkin aku lupa tuhan ciptakan manusia ni berbeza sifat dan watak.tapi jangan la tunjuk kat aku sifat dan watak yang jelek lagi menjengkel kan.leh sakit hati aku di buat nya.
hanya sebab manusia?ada anggota badan.ada rupa.ada akal.tapi sejauh mana kita guna kan akal tu?

aarrggghhhh....jom minum!



apa tengok2?nak mintak sikit la tuh


jadi.langkah senang yang aku ambik.terus2 kan la abaikan sifat manusia yang begitu rupa.kalau nak sedo.sedo la tu kang.kalau tak lantak la.bukan diri aku pun kan..sapa lah aku ni disisi mereka (manusia2 ini)..muntah ar korang baca..

-tet-


hari ni aku gi launch kat food court City Square.

kekonon nak mencuba menu kat tempat makan baru.tak jauh pun dari tempat keje aku.esok kalau pegi aku letak gambo eh.

tadi tak jadi pegi sebab ada urusan kat City Square.tu yang alang2 gi sana terus makan.sian lak kat kak sue nak ajak dia ulang alik.

oleh kerana bosh aku pernah meng'order' nasi ayam 1 ketika dolu. maka aku tetiba jadi lah teringan banget nak menyantap makanan itu.maka beriringan la aku bersama2 kak sue menuju ke medan makan..lapo..lapo








oleh kerana kak sue dalam proses membersih kan 'hati-hati' (ayat ganti). so dia di galak kan mkan yg ringan2 saje.aku tak pe.dah memang borat pun.haha





aku ambik dari blog peridotsepi.sungguh bermakna kata2 ini.








akudankehidupan: jom balik.tido!

Isnin, November 02, 2009

lama nya berehat

agak lama jugak aku tak hupdet blog.bukan takde cerita.tapi terlalu banyak cerita.sebab tu sampai tak sempat nak cerita.hahaha...keji2

nama pun hidup kan.mesti hari2 ada jer perkara yang berlaku kat sekeliling kita.benda tu terpulang pada kita nak menilai nya..

erkk..emo jap

jom! kita gi SPA.


aahhh..leganya dapat berendam.ops! 'ter' open lak




baru la clear pemandangan aku..cute tak cermin mata aku..


macam biasa.hari jumaat jer mesti aku balik kampong.dah mak ayah kat sana.kalau dia orang dok bandar konpem aku cakap balik bando.

aktiviti di kampung tak la banyak sangat.sedang2 je.benda yang biasa aku lalui bila balik kesana pegi paso lambak.aktiviti wajib tu.bawak mak puziah cuci mateeeee..beli nya idok gak.

hari sabtu hari tu abah aku suruh gi bayor kan keta dia.tak mandai nye dia nak nekan2 mesin duit tu.so aku gi la dengan mak aku.gi bando batu pahat.yer la.kampong mana ada mesin2 cash deposit nih.kekonon gi dengan mak aku tu aku nak ngajor mak aku cara2 mengguna kan mesin tu.sekali sampai,aku nengok.baik jer line manjang.orang tengah ramai dok beratur. aku pun sama beratur la.nunggu tu tak lama pun tapi bila tengok orang yang ramai.berdiri tak sampai seminit pun dah rasa lama.bila sampai turn aku.tak kan aku nak wat sessi latihan menekan botton mesin gak.ada kena sumpah dengan orang belakang kang.tak per la mak lain kali la belajar ye.



sayang mak..pokok lop untuk mak.untuk tengok jer yer..kalau la rupe ni pokok bunga mak aku.hbis pokok ni di tunggang anak sdara aku

balik dari bandar batu pahat baru pukul 6 tapi rasa dah macam waktu magrib sebab nya hujan lebat giler2.keadaan jadi makin gelap.budah dah siap mandi.tu pun nulia yang pasti kan semua mandi.

aku sampai rumah cari nasi..maklom la hujan.tapi aku memang lom makan nasi pun hari tu.

pas waktu maghrib aku tgok hujan tetap nak melebatkan dirinya menyimbah2 bumi.tiba2!

aku masok bilik.ambil towel dan baju terus gi bilik air yang berada di luar rumah..masok bilik air baju dan towel letak tepi dulu.aku kelaur jer farahin ada sama.tersenyum2 tengok aku.aku ok je.apa lagi kita orang pun....wachaaaa



aku bantai mandi hujan dengan farahin.nulia hanya dapat melihat saja sebab dia dah mandi.

sakan gak la aku mandi malam tu.selagi hujan berhenti selagi tu la aku dengan farahin lari sana sini.memang best giler...




peace!







akudankehidupan:sapa2 yang tau di mana bilik untuk di sewa tinggal la masej yer..rumah sewa tak mau.