Isnin, Januari 31, 2011

kursus

26hb-28hb minggu lepas aku kena gi kursus bina insan kat kem asahan.ni kira kaki gunung ledang.aku memang malas nak pergi.ye la, keje tengah menanti sebab ada sorang kerani tengah cuti sakit.tapi nak tak nak tetap kena pegi walau 1000 alasan aku bagi.huhuhu
sedih2.

hari selasa malam tu aku tak buat apa2 pun just longgok je baju kat bilik.biasa la nak memberontak.masa tu mcam nak lari jer rasa.hihihi...tapi nasib la aku ni duduk dengan akak aku.dia la yang tolong kemaskan baju n siap masukkan dalam beg.kalau nak harapkan aku...hampeh!

pagi tu (rabu) abg ipar aku yang hntar aku gi persada.kalau aku drive sure kena tinggal keta 3 hari kat persada.kebetulan cik grey ada masalah sket hari tu.tak pasal2 dia mati kat traffic light.tu yg aku tinggal je kat rumah akak aku senang nnt akak or abg ipar aku tolong hntarkan ke bengkel..hihihi..untungkan aku.semua ada orang tolong buatkan..

sambong sedih lagi ni..yang kena pi kem ni semua dari jabatan berlainan.tapi ada yang hntar 2 orang staff dalam 1 jabatan.aku dan ada kot sorang dua yang dihantar sorang je mewakili jabatan untuk kursus ni.tak pe la.redho jek...



ni dah nak bergerak ke kem asahan




ni berhenti sarapan kat hentian pagoh.masa ni pala macam nak pecah.sakit migrin.tak pasal2 jek.




ni dah nak sampai kat gunung asahan..sejok je kan pemandangan.dah le hujan je sepanjang perjalanan.







ni dah sampai pun..tak tau apa fungsi bangunan ni.mungkin rumah guard kot.sebab terletak kat sebelah kanan pintu masuk.tapi tak nampak pun guard nya.

layan gambo lagi.....

















ni baru turun bas..kena masuk kelas untuk sesi suai kenal dan ambik kunci bilik..



sesi suai kenal....



area aku tak tau nak suruh sapa ambik kan pic..juast snap jer la mana yang boleh...




masa ni tengah mencari arah bilik.hujan belom benti lagi masa ni.so kena pastikan btol2 bangunan yang di tuju tu arah bilik kita orang.kalau salah leh lencun dalam hujan tu semata2 nak cari bilik.bila dah pasti baru le kita serrrbbuuu...

pala masih berdenyut2 walau dah telan panadol 2 biji masa ni.



ni la biliknya..

yang gi kursus ni wanita hanya ada 8 orang.jadinya yang ada dalam bilik ni hanya enam.lagi 2 orang duduk bilik lain yg khas ada 2 katil.hanya 3 katil ini je yang hujung kepala ada tingkap.untuk 3 katil lagi hujung kepala adalah dinding..bila pandang tingkap nampak la hutan2.bila malam pandang luar hanya nampak kegelapan yang membuat hati aku, serius kecut!

tak banyak pic yang aku ambik sebab time kelas tak boleh pegang henpon.leh di denda tu kalau ada yang pegang tanpa sebab.termasuklah bila kena jungle tracking.ikutkan banyak benda yang boleh di snap.tapi henpon dah tinggal nak wat mcam mana kan..huhuhu...


ni malam pertama sementara tunggu kelas malam..sempat tengok berita.



hari kedua...ni pose ala cute sebelom gi panjat gunung...




ni adalah selepas panjat gunung ledang..masing2 dah lepak.puas la memasing jatuh n mengelongsor.kena derma darah kat si pacat lagi..sakit2 badan masa ni.padahal ada imam muda dari pejabat agama melaka datang bagi tazkirah pas maghrib.tapi aweks2 ni dah penat sangat.semua bantai pengsan.terlindung balik tabir la katakan..




tu dia...siap menyarap lagi.renggang2kan otot....




ni hari ketiga..masa nie dalam bas n dah nak balik dah..tetap hujan.tapi aku yang dah tak sabar nak balik.nak baring kat bilik.tak tahan kepala makin sakit n di tambah sakit2 badan.nak jalan pun susah.



baca doa dulu sebelom bas bertolak balik...



*hari ini genap 3 hari pemergian orang yang pernah berada di hati aku.yang pernah menjadi kekasih dan kawan hingga akhir hayat hidup nya dan semestinya akhir hayat aku.bila teringat kisah dengan arwah dan gurauan bersama arwah buat aku rasa sedih sangat2... " saya btol2 rindu awak!
pasnie dah takde orang akan call saya 1,2 pagi lagi...."



arwah zulkifli @ zulkarnain

AL-FATIHAH....




MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Selasa, Januari 25, 2011

akhirnye...

cik grey buat hal ahad lepas..tak memasal mati kat traffic light (pic nnt aku upload).nasib masa tu dekat lagi dgan area kg aku jadi aku call abg long aku suruh dtang.kiranya cik grey ada masalh 'jantung' yang lemah.esok dia akan di hntr ke'klinik' untuk check up.harap2 ok semuanya..

esok adalah hari yang leh buat perasaan aku btol2 down..ermmmm...mcm mana la esok gamaknya aku ni.mula2 terselamat pas kakak aku kena gi leh pulak nama aku naik balik kena gi kursus..

apela yang akan jadi gak nya esok dan 3 hari ni nanti.gmbar tunggu la aku balik kang ye..


sedih..sedih..sedih...



*hupdet yang membosanan.tapi mengurangkan tekanan aku...

Jumaat, Januari 14, 2011

cerita kite

hari ni pagi2 dah kena.mungkin sebab pagi kot.ntah.aku pun macam tak de perasaan je masa tu, just mengalah je.kisahnya macam ni, pagi tadi aku gi keje bersama2 kak sue dan kami singgah restoren mamak ni sebab kak sue teringin makan tosei (sesekali ubah menu.pada sesapa yg tak pernah makan jangan tanya aku macam mana rasanya ye). aku ok je sebab dah memang lalu pun...

nak dijadikan cerita memang takde tempat nak park keta so aku park sebelah keta yang memang dah sedia park kat petak parking tu. dalam beberapa minit menunggu tu ada la seorang manusia berkenderaan mewah leh park betul2 sebelah aku.bila itu orang sudah buat itu macam....for sure jalan tertutup untuk kenderaan lain.apa lagi,orang pun tan tin ton la.tapi pemandu tu ignore jek.aku jugak yang kena alih kereta untuk bagi kenderaan lain lalu..ok tak macam tu?hihi

bila dah alih kereta aku takut la park jauh dari kedai mamak tu.sian pulak kak sue nak sampai ke kereta kang.so aku park n tutup satu lorong laluan belakang bangunan.eh, boleh pulak ada satu keta nak lalu belakang bangunan tu.kena alih lagi kenderaan aku ketempat lain.kiranya kedudukan agak jauh sket dari kedai mamak.so, menapak le kak sue nak dapat kan keta aku sebab pemandu berkereta mewah itu...(kak sue hangin je dengan pemandu kerenggg tu).

ni intro jek..aku nak cerita pasal keratan akhbar ni sebenarnya...



cerita ni keluar semalam..so perkara ni berlaku kelmarin (sesapa ada beli harian metro tau la cite ni).aku tak sempat nak paste cerita ni semalam.aku letak kat sini pun bukan sebab peragut tu kawan aku ok.yang aku nak bagi tau ni aku lalu kat tempat kejadian ni.dah tempat tu laluan aku nak gi keje.mesti la tau kan...memang sedih tgok mayat tu.yang buat aku kesian kat si mati ni kot2 dia ada anak or isteri.ada mak n ayah yang dia nak kena tanggung ke sapa tau kan? bayangkan bila keluarga simati ni tau dia meninggal dan dalam keadaan macam tajuk berita tu, apa perasaan family dia ek..

aku kesian dengan orang2 yang macam ni.fikir jauh tapi benda yang bukan2 di fikirnya..haishhh...wallahualam.

eh, aku dah lama tak post kat mana aku melepak bila hari jumaat kan?



tu dia...port aku kat OLD TOWN..macam kan dah lama bebenor tak gi tempat nie.apa lagi.balun le cukup apa yang aku suke.hihihi




*dah pi melawat kakak sepupu.keadaan dia memang di luar jangkaan aku.sangat menyayat hati.kelmarin call anak sedara aku dia cakap mak dia dah bgi respond bila dia becakap.alhamdulillah....(nanti aku cuba ambik gambar.hari tu tak berkesempatan)

Isnin, Januari 10, 2011

sakit yang tak diduga dan pemergian utk selama2nya

sekejapnya dah masuk hari kesepuloh dalam tahun 2011. masa yang berlalu menunjukkan peningkatan usia,berlalunya perjalanan hidup kita dan perkara baru yg akan kita tempuhi pada hari2 mendatang.

tiba2 aku rasa hidup ni macam terlalu singkat.cepat nya usia aku yg menjangkau ke 30 dan cepatnya perpisahan yang tak akan menemukan kita dgan mereka2 didunia ini setelah mereka tiada.minggu lepas aku balik sungai muda pastu ajak mak aku balik parit sulong kampung abah aku. aku nak hantar baju keje rumah sepupu aku untuk dijahit.sepupu aku cakap anak arwah mak long aku masuk ward ICU.macam tergamam jugak bila dengar berita tu.aku tak pasti apa sakitnya.dah beberapa hari di sana katanya."pergi ziarah..." itu yg mak aku pesan.InsyaAllah harap2 aku sempat menziarahi kakak sepupu aku tu.

pukul 12 lebih malam semalam aku dapat sms dari kakak angkat aku bagi tau bapa mertua dia meninggal...terdiam jugak bila baca sms tu.macam tak percaya.aku tak jumpa pun dia lagi.lagi la mak angkat aku tu .langsung aku tak jengah.rasa teruk nya diri ni walau pun aku berkecil hati dengan cara dia (mak angkat).mungkin pada saat2 ayah sakit,aku tak ptut pentingkan diri sendiri.entahlah, mungkin kesabaran aku tipis agaknya...wallahualam...

pagi ni pakdin aku call bagi tau satu lagi berita kematian. makcik saudara aku.walau pun aku ni jenis tak kenal saudara mara tapi kena la ambik tau (aku ni tak kenal nama tapi kalau tgok orang aku kenal la..)

makcik saudara aku ni kemalangan jalan raya.lama jugak dia kat spital.keadaan nya parah jugak kata pakdin aku.aku tau pun hari ni..tu pun berita yang orangnya dah tak ada.aku tak pergi melawat hanya minta pakdin sampai kan salam pada keluarga arwah.

esok insyaAllah akan pergi melawat kakak sepupu di HSA.aku doakan yg terbaik untuk diri kak sepupu aku tu..


AL-FATIHAH... (buat arwah ayah n makcik aku)