Jumaat, Oktober 12, 2012

World Hunger Relief


hai..hai..hai..ni citer minggu lepas.nak hupdet tak sempat2.
ntah apa la yang sibuk sangat tu.
Sapa tau/pernah join World Hunger Relief?
Untuk orang seperti saya.ini adalah yang pertama kali.
saja nak beramal sambil berhibur.cewah..
meh tgok gambar.cite banyak2 kang bosan semua..




(dari kiri: zati, cik srek.ijo dan nurul)
ni masa baru sampai putrajaya.
kami diminta memakai pakaian merah dari JB sebab wakil syarikat induk.
eh, betul ke ayat saya ni?betul la tu kot.
dah sampai putrajaya baru di beri t-shirt.
tapi sedih sebab baju saiz saya tak de.
kata pihak pengurusan kite orang, mungkin budak KL dah tukar sebab saiz yang selalu kite orang pakai akan dapat saiz kecil.
jadi kalau awak pakai saiz S kena ambil saic M, saiz M kena ambil saiz L begitulah seterusnya.

mula2 sedih sangat2.
tapi tak pe la.bukan rezeki saya untuk baju tu.
dapat join pun dah ok rasanya.
jadi, kami solat dulu di masjid kemudian siapa yang ada baju yang serasi di badan boleh lah tukar sekali. 
 




ni la t-shirtnya.
yang zati pakai tu baju saya.tapi bukan saiz yang saya minta.
tak pe la kan.pinjamkan pada yang boleh pakai.
saya suka sangat2 t-shirt ni sebab warna t-shirt tu warna pebret saya.huhu
jangan la tertipu dek kotak pizza tu.pizza nya hanya sepotong jek..
jadik la wat tambah tenaga untuk jalan nanti. 






aktiviti jalan lambat lagi.
oleh sebab cuacanya panas, kami bertiga gi jalan2 cari bekalan air sejuk buat pelega tekak yang kering ni.
yang lain2 tak tau gi mana.
gi bergambar kot.hehe





kite orang dah dapat air. harus la tenaga bertambah.
apa lagi, pi jalan2 kat khemah2 yang ada.
nak bergambar la apa lagi.hehe
zati dengan nurul semangat nak naik motor.
layan kan je.kang takot ngigau dalam bas sebab tak dapat naik motor.



dah jalan2 ni dengar pengumuman nak mula dah aktiviti jalan kaki.
kelam kabut gi cari yang lain2.
orang memang ramai.
nak bezakan pun susah sebab masing2 pakai warna baju yang sama.
tapi kita orang jumpa 





ni baru sikit yang jumpa.
patut nya ada lagi.
yang lain tu gi ambil gambar,jadi guna kamera saya untuk dia orang possing. 

 

 



ni la sebahagian rombongan kami.
masa ni baru nak mula berjalan
tapi benti kejap untuk posse sebab dia orang takot nanti tak jumpa.
ada yang memang dari kl dan ada yang datang sendiri.
jadi elok sangat la bergambar dulu walau orang lain dah mula berjalan.
 





tengok.bergambar lagi...
pantang ada kesempatan kite orang ni.
sebenarnya seronok join aktiviti macam ni.
jumpa macam2 ragam orang.
yang berusia pun sporting2 semua jayakan jalan kaki amal ni.
jadi yang muda ayuh kite!

tak larat lari kita jalan je pelan2.janji sampai garisan penamat.
dapat macam2 kat sini. 
tahun depan kalau saya masih ada, di panjang kan usia memang nak sangat join lagi.
best sangat2..

 






bila dah naik bas masing2 mengelupur kelaparan.
pihak pengurusan bagi rasuah jajan n roti untuk bekal perot yang tengah gelodak.
Kl nak ke hentian pagoh.jauh tu weii..
nak tak nak kena la makan.
kalau tak tanggung sendiri kelaparan tu.hehe

Khamis, September 27, 2012

stor dan gambar salingan


pe kabar semua...rindu ye nak bace blog saya..auwwww
eh.ada ke orang nak rindu blog ni?( ayat skema) hehe
ye saya tau saya dah lama abai kan u my darling blog..
citer pasal raya pun saya tak cite.macam sibuk sesangat gamaknya..tapi tak pe.
sabar ye.nanti saya masukkan gambar raya saya.gambar je.cite tak yah la.

hari ni saya kena pi stor.sebab lepas berpindah stor terus saya tak jenguk perkembangan dokumen yang ada kat stor ni.





abaikan model yang ada tu ye.

 








dah tengok tu.sekarang ni kalau nak disusun balik memang tak muat.sebab ruang terlalu terhad.rak yang ada memang tak cukup.

 



ni baru masuk sikit.dah penuh.nak suruh saya susunkan balik memang la tak larat.leh berderap tulang di buatnya.cukup2 dulu kena kemas nak pindah stor.
tapi bos dah cakap nak upah orang.cuma kena tengok je apa yang perlu di buat.
senangkan?hehe..
jadi saya gi hanya la untuk ambil gambar saja. 




 





dah tgok tak berapa ruang yang kosong.memang tak banyak.kita orang gi ramai kat stor ni sebab yang lain ikut nak cari dokumen.
yang saya dah ambil gambar terus cari port duduk bersila tunggu dia orang.hehe..hebatkan.



 

nak tolong tak tau apa yang dia orang nak.jadi penunggu pun ok la...
peace yo!




dah jom tgok gambar raya keluarga saya.
tahun ni tema oren.mana yang tak ikut tu, itu adalah ikut kata hati masing2..hehe
jom picture (Oh, my English!)






 anak2 sedara saya.ada 3 orang takde kat sini iaitu anak abang ngah saya




ni la mak dan abah saya (maaf gambar gelap.tak perasan pulak masa dah ambil gambar, gambar tak ok) hehe
saya yang snap.memang salah saya.hehe







memperkenalkan, adik beradik saya........


 



abang long (mesti la yang sulong) dan keluarga







 abang boy (yg ketiga) dan keluarga

 

 akak (no. 4) dan keluarga



 adik (semestinya bungsu) dan keluarga



abg ngah (no. 2) dan saya (no. 5)
oleh kerana saya tak de pasangan lagi, kena la bergambar dengan abang ngah saya..
(abg ngah dah kawen ada 3 orang anak.jangan tanya mana keluarga abg ngah ye.eh, ada ke yang nak tanya?eh, ayat skema lagi...) 

 

  
inilah keluarga saya di pagi raya...


kata jer tak yah cite.tapi cite gak..puiii.. :P

Jumaat, Julai 20, 2012

Hangin



agak dah lama saya tak buka gmail saya sebenarnya. bila dah buka dan check email yang ada kat SPAM, kemain banyak rupanya email untuk hupdet akaun bank.

masalah nya, saya tak ada akaun untuk bank berkenaan. sape lah yang rajin menghantar email peringatan ni. lain kali bangi la email awk menang 5 juta.mungkin saya akan layan kot.hehe...

hari ni pas lunch je ada insiden kat ofis yang wat saya naik hangin.tak pasal2 pale saya berdenyut2.tahan marah gamak nya.nasib dah berjaya settlekan.

sebenarnya kalau settle awal leh melencong tempat lain.haha..jahat kan

untuk kawan2 smua.selama berpuasa (tetibe terselit ucapan berpuasa gitu)
rasa masa berlalu sekejap je kan.esok memulakan ibadah puasa.tau2 nanti dah nak raya.eh.

Isnin, Mei 21, 2012

aktiviti mak puziah dan my bujang haziq

semalam adalah aktiviti yang agak memenatkan diri saya.mana tak nya memenuhkan jadual untuk mak encik (mak puziah) dan tuan kecik (haziq).tak de masa untuk rehat sampai la saya balik JB pukul 5 petang.

hari sabtu malam, mak saya minta tolong hantar kan dia ke balai raya di kg parit bugis.katanya ada aktiviti untuk wanita.saya pun ok kan je.sebab lepas aktiviti untuk mak saya ada aktiviti untuk si bujang saya pula.haziq ada pertangdingan mewarna.mewarna lagi?layan kan je la..

jadinya pagi ahad tu kami pun bersiap2 nak gi hantar mak saya.kebetulan ada orang kampung nak tumpang.saya ok je sebab keta memang ada kekosongan.bila kami sampai tempat yang di tuju puas cari balai raya yang di maksudkan tapi kami tak jumpa.jadi mak saya minta kakak yang tumpang kami tu tanya kan semula di mana tempatnya.

sekali dia cakap bukan balai raya.tapi MASJID.hohemji!!??
jangan ingat saya ni takut dengan masjid ye.tapi saya....
bila sampai kat masjid mak ajak turun sekali.saya turun juga walau hati berat.
saya tau semua orang tengok saya.
bukan sebab saya ayu tapi sebab pakaian saya.ye pakaian saya.




semua yang hadir kat masjid tu pakai baju kurung.kecuali saya.saya hanya pakai jeans n blaus untuk majlis khatam al-quran.
saya ingat ada aktivit dari KEMAS.tak le saya nak berbaju kurung bagai..
tapi apa kan daya.nak tak nak,saya join gak majlis tu.tapi duk dekat dengan pintu utama senang nak kuar nanti dan yang penting sekali mesti duduk dekat sebelah mak saya.huhu





nasib la saya tak terasa dengan masa yang berlalu.sebabnya memang kami tak sempat nak tunggu majlis berikutnya.kami nak pergi aktiviti untuk haziq pula.

tapi sebelum balik mak ajak singgah gi beli pokok puding.sekarang orang tengah gile2 nak tanam pokok ni katanya.



tuan pokok adalah orang yang berbaju putih.wanita itu adalah kakak yang tumpang keta saya (kak ngah) dan si kecil itu adalah haziq.




akak yang tudung putih ni la yang tunjukkan rumah penjual pokok puding ni.siap beli singgah rumah hantar kak ngah sebab notor dia, dia park kat rumah mak saya dan nak salin kan haziq baju pastu terus ke jeti Nelayan, Prt Jawa.

suasana sangat la panas nya.alhamdulillah..masa tu hausnya tuhan je yang tahu.sampai je, cari balai raya sebab pertandingan nya di adakan kat situ.yang ni betul2 buat kat balai raya ye bukan kat masjid macam aktiviti mak saya tadi.hehe







dalam balai orang nya sangat la ramai.sampai dia orang kena buat kat luar balai sebab dah sesak dalam balai raya tu.

haziq duk dalam balai raya sebab murid tabika yang sama2 dengan dia semua ada kat situ.

pertandingan mewarna ni lebih kurang macam yang haziq pernah sertai masa kat sekolah tabika lama dia dulu.MEWARNA bersama KELUARGA.

bila dah mewarna bersama keluarga.apa lagi.mak saya pun join mewarna sama.kami di beri masa sejam je.ni la hasilnya bila mak,acik n haziq mewarna...



tengok dari jauh tak la nampak kesan cela pada lukisan itu.kikiki...








selesai mewarna kena tunggu di khemah hadapan sebab dia orang tunggu peserta memasak pula.

saya memang dah tak tahan panas kat situ.haziq lagi la.dah naik melengas saya tengok muka dia.saya minta balik awal dari cikgu haziq sebab masa tu dah pukul 2 petang.saya pun nak bersiap untuk balik JB.barang2 saya tak kemas lagi.



didalam khemah hadapan



saya balik tanpa tahu keputusan mewarna.tapi tak kisah la.datang pun sebab nak haziq enjoy mewarna je.

ni ada satu kes si haziq di cekau oleh kawan nya di tabika jumaat hari tu.



tengok la mate saya.....



inilah orang yang bertanggungjawab itu.....

Khamis, Mei 17, 2012

sakit belakang




sebenarnya dah seminggu saya mengalami sakit belakang.sampai nak tidur pun susah. pergerakan rasa terbatas sebab sakit sangat2..






tu dia bagi gambar tulang.memang sakitnya area2 tu la.agak nya sebab faktor usia kot.maklum la dah tua2 ni.sakit yang datang macam2.agaknya la.hehehe





malam ni nak wat operasi tampal 'koyok' tiger balm.saya dah cube 'koyok' salonpas tapi tak berkesan (agaknya lemak tebal sangat kot).jadi kita usaha ke arah 'koyok2' yang lain pula.

jumpa kat hupdet yang akan datang ok...

Jumaat, Mei 11, 2012

mulut macam bau longkang atau memang mulut longkang ek?

pagi2 dah dengar berita2 yang menyentap hati.apesal la suka sangat menyetan kan orang lain sesuka hati.saya tak kacau orang pun.tak ambil tahu hal orang pun.saya dengan keje saya je.buat hal saya.tu pun masih nak mengata?

pernah tak awak bau mulut awak sendiri?kalau awak guna produk pembersih gigi/mulut paling mahal,walau awak mampu bayar beribu pun.hati tu kalau busuk,pecaya la.produk tu tak berkesan untuk awak.awak ni mesti ada penyakit hati kan?patut la dapat rezeki tak cukup je.belajar2 la bersyukur wahai hamba allah.kalau awak rasa sakit mate dan hati dengan adanya saya di sini.jangan risau.saya tak lama dah pun kat sini.


*************************************************************




semalam semangat gi latihan boling sebab dia orang nak buat pemilihan sapa2 yang berbakat tu boleh la wakil syarikat masa sukan nanti.saya gi pun sebab dapat main free.hehe
saja2 pun ye dari tak de wat pa pe malam tadi.




main boling mula pukul 8.30 malam.masa saya sampai baru ada 2,3 orang dah sampai.jadi saya dan nurul (budak satu ofis dengan saya) duduk sambil tengok orang main boling sementara nak menunggu yang lain2 sampai.




bila semua dah sampai.masa untuk ambil kasut.eh, kaki sapa tu?





aksi nurul bersama bolanye.dia ni jaguh main masa sekolah dulu.mula2 kelongkang bila enjin dah panas.....





bila break je saya pun berjalan le ke tempat team lain main.budak peace tu Ema.dia budak praktikal kat tempat keje saya.main juga ni..dia cakap dengan saya,"kite sama kak". sama sebab tuju longkang je bola nye.kikiki








seronok juga dapat main boling ni.insya'allah bila dah mula main balik ni rasa memang nak gi dan gi lagi.point saya?tak yah la tunjuk sini.nanti dah pandai saya bagi tau ye.hehe


Khamis, Mei 10, 2012

kawan


gambar pembuka cerita...hehe


Semalam seorang kenalan lama tepon saya.mulanya memang tak cam suara.tapi bila di amati....




sebenarnya agak mengejutkan saya jugak.tapi saya tau dan dia pun tau kalau dia gunakan no. dia mesti saya tak mo jawab.dia tepon pun untuk minta maaf.ni kawan perempuan.jangan salah faham ye.hehe




dulu hubungan kami lebih kurang gambar hiasan diatas ni.sayang di sayang.berat memberati.payung di payung dan apa jua suasana dalam hubungan 'kawan' itu saya lakukan tanpa berkira,tambah,bahagi jauh sekali nak menolak.

tapi lepas peristiwa itu saya rasa saya lebih rela duduk diam2 dan asingkan diri dari dia atau sesapa pun yang berkaitan dengan dia.saya tak kacau awk dan awk tak yah kacau saya.kan? saya dah maafkan awak walau hati saya tetap terluka lagi.







mengadakan? nak terluka bagai.kalau di lenyek macam hewan tu.naik kuning pulak saya nanti.hehe...
saya perlukan masa.biarlah hari yang mendatang ni mengubati luka yang ada tu.dah ok esok2, saya cari awak ye.
wah, macam madah pulak rasanya.ngehehe
benti sini dulu ye.saya kena balik sekarang.sebab nak bersiap2.pas maghrib nanti saya nak gi main boling.kekonon untuk ofis.padahal nampak jer nama 30 terawal dapat main free.apa lagi.tak geti2 nak hantar nama walau pun tak geti main.ekekeke....




kena pegang kuat2 ni.takot jatuh..
tata semua...(nak lambai tak leh nanti tergolek pulak)