Isnin, Mei 21, 2012

aktiviti mak puziah dan my bujang haziq

semalam adalah aktiviti yang agak memenatkan diri saya.mana tak nya memenuhkan jadual untuk mak encik (mak puziah) dan tuan kecik (haziq).tak de masa untuk rehat sampai la saya balik JB pukul 5 petang.

hari sabtu malam, mak saya minta tolong hantar kan dia ke balai raya di kg parit bugis.katanya ada aktiviti untuk wanita.saya pun ok kan je.sebab lepas aktiviti untuk mak saya ada aktiviti untuk si bujang saya pula.haziq ada pertangdingan mewarna.mewarna lagi?layan kan je la..

jadinya pagi ahad tu kami pun bersiap2 nak gi hantar mak saya.kebetulan ada orang kampung nak tumpang.saya ok je sebab keta memang ada kekosongan.bila kami sampai tempat yang di tuju puas cari balai raya yang di maksudkan tapi kami tak jumpa.jadi mak saya minta kakak yang tumpang kami tu tanya kan semula di mana tempatnya.

sekali dia cakap bukan balai raya.tapi MASJID.hohemji!!??
jangan ingat saya ni takut dengan masjid ye.tapi saya....
bila sampai kat masjid mak ajak turun sekali.saya turun juga walau hati berat.
saya tau semua orang tengok saya.
bukan sebab saya ayu tapi sebab pakaian saya.ye pakaian saya.




semua yang hadir kat masjid tu pakai baju kurung.kecuali saya.saya hanya pakai jeans n blaus untuk majlis khatam al-quran.
saya ingat ada aktivit dari KEMAS.tak le saya nak berbaju kurung bagai..
tapi apa kan daya.nak tak nak,saya join gak majlis tu.tapi duk dekat dengan pintu utama senang nak kuar nanti dan yang penting sekali mesti duduk dekat sebelah mak saya.huhu





nasib la saya tak terasa dengan masa yang berlalu.sebabnya memang kami tak sempat nak tunggu majlis berikutnya.kami nak pergi aktiviti untuk haziq pula.

tapi sebelum balik mak ajak singgah gi beli pokok puding.sekarang orang tengah gile2 nak tanam pokok ni katanya.



tuan pokok adalah orang yang berbaju putih.wanita itu adalah kakak yang tumpang keta saya (kak ngah) dan si kecil itu adalah haziq.




akak yang tudung putih ni la yang tunjukkan rumah penjual pokok puding ni.siap beli singgah rumah hantar kak ngah sebab notor dia, dia park kat rumah mak saya dan nak salin kan haziq baju pastu terus ke jeti Nelayan, Prt Jawa.

suasana sangat la panas nya.alhamdulillah..masa tu hausnya tuhan je yang tahu.sampai je, cari balai raya sebab pertandingan nya di adakan kat situ.yang ni betul2 buat kat balai raya ye bukan kat masjid macam aktiviti mak saya tadi.hehe







dalam balai orang nya sangat la ramai.sampai dia orang kena buat kat luar balai sebab dah sesak dalam balai raya tu.

haziq duk dalam balai raya sebab murid tabika yang sama2 dengan dia semua ada kat situ.

pertandingan mewarna ni lebih kurang macam yang haziq pernah sertai masa kat sekolah tabika lama dia dulu.MEWARNA bersama KELUARGA.

bila dah mewarna bersama keluarga.apa lagi.mak saya pun join mewarna sama.kami di beri masa sejam je.ni la hasilnya bila mak,acik n haziq mewarna...



tengok dari jauh tak la nampak kesan cela pada lukisan itu.kikiki...








selesai mewarna kena tunggu di khemah hadapan sebab dia orang tunggu peserta memasak pula.

saya memang dah tak tahan panas kat situ.haziq lagi la.dah naik melengas saya tengok muka dia.saya minta balik awal dari cikgu haziq sebab masa tu dah pukul 2 petang.saya pun nak bersiap untuk balik JB.barang2 saya tak kemas lagi.



didalam khemah hadapan



saya balik tanpa tahu keputusan mewarna.tapi tak kisah la.datang pun sebab nak haziq enjoy mewarna je.

ni ada satu kes si haziq di cekau oleh kawan nya di tabika jumaat hari tu.



tengok la mate saya.....



inilah orang yang bertanggungjawab itu.....

Tiada ulasan: