Isnin, Oktober 05, 2009

kisah raya aku 2

eiii..apalah dasat nya malas nak hupdet blog nih.
dah masok blog tapi tak juga hupdet2..ok, kita mula kan...

raya kedua hari tu balik kampung belah ayah aku.tu pun kejar masa.ni pun gi rumah2 yang di anggap penting..kira nya rumah sedara2 tua ar..gambo tak de la..

raya ke tiga tak kemana pun sebab tunggu oarang serbu rumah pulak.kol 8 pagi jer rumah aku dah penuh dengan sedara mara.tapi kita orang dah standby dah.
oleh kerana mereka datang pagi2..terus la di beri kan sarapan mee goreng..
mana yang datang tengah hari di hidang makanan tengah hari..menu utama asam pedas.malam pun menu sama gak asam pedas.penat sangat2.

mak nak wat kenduri tapi kakak aku suruh buat hari khamis (raya ke-5).sebab raya ketiga tu kakak n abg aku balik belah mertua pulak.jadinya tengah hari tu aku sorang jer wat keje.mak n ayah aku mesti la dah melayan tetamu..huhu
aku balik JB malam sebab abang long aku singgah Negeri Sembilan dulu rumah biras dia wat kenduri kekah.memang kena tunggu la jugak.kalau tak nak balik macam mana kan..

bila nak balik macam biasa la si haziq akan wat show..
bila tengok aku salam mak dengan ayah aku.dia pun sama naik gi salam.pastu terus nuju keta aku nak naik..

aikk..jangan wat pasal..bila aku kata tak boleh dah cemek dah muka..kalau aku layan kan kagi lambat aku gerak balik Jb.

bila lambat balik makna nya aku akan lambat sampai.
bila lambat sampai aku akan lambat la tido.
bila lambat tido aku akan lambat la jugak bangun..
bila dah lambat bangun, nak kena tembak dengan meriam buluh kak sue la tu jawabnya.. hahaha
alasan bangun lambat...

last2 ayah aku ajak haziq naik motor.bior dia leka..aku pun apa lagi C.A.B.U.T.....

tapi hari khamis tu aku keje half day..sebab nya malam tu ada kenduri..
kenduri ni pun bukan nya apa..anak2 buah belah ayah aku kalau datang beraya penuh dari rumah depan jejak ke dapur.macam orang wat kenduri kendara lah kiranya.tu yang ayah aku nak wat kenduri tahlil tu. ada la ayah aku jemput orang surau sket..

nak di jadi kan cerita.sepupu2 aku tu wat hal pulak.naseb ayah aku tergerak jempot orang2 surau..kalau tak aku makan nasi dan lauk2 kenduri tu anak bernak 3 hari 3 malam lom tentu habis..

mana tak nya selalu elok2 leh sampai rumah ayah aku petang.ni dah masok waktu isyak baru sampai.dia orang gi beraya sampai ke JB.aku yang keje pun dah sampai kampung dah sebab mak aku kata nak wat kenduri.mak dan ayah aku macam kecewa gak la.sedang kan dia orang dah tahu dah perkara nih.aku nak kata apa..layan jer.minta maaf pastu settle ar..nama pun raya kan..

layan gambo kenduri..tak banyak pun..




lauk2 kenduri ni mak aku yang masak.aku adik beradik n mak aku.aku tolong sket2 jer sebab sampai dah petang.yang tolong bebenor kakak aku n kak ipar aku (kak long).

mak aku masak nasi tomato.sedap!sedap!sedap! ayam tu masak apa ntah.yang pasti bukan masak merah pastu ada kari daging (suka aku..).kuih yang ada tu kak ipar aku yang no 3 buat.semangat tu.percubaan pertama kali katanya.naseb jadik..huhu







baju kurung biiru nih adik spupu aku.baju merah yang suam2 kuku tu la kakak aku.dia wat 'CASTARD PUDING' (terbalik ke hapa nama puding nih.lantak la janji ada sebut) memang kakak aku rajin sangat buat benda ni.dan aku rajin sangat makan kan untuk dia..ahaks..
















yang sorang ni bukan kisah pun orang tengah buat apa.sebok nak bergambo.sapa lagi orang nya kalau bukan adik spupu aku nih.masa ni kakak aku tengah basuh2 cawan kat 'sinki'.nak jugakkk dia datang bergambo.

gambo aku ada.tengah basuh pinggan kat dalam bilik air.tapi sangat la tak di galak kan untuk tontonan awam yer..huhuhu




agak2 dia dah kepenatan.ni la keje nya.aku pun ambil peluang.dan dah pasti aku tunai kan kata2 aku..nasib ko la kak.gambo ko tengah makan kakteh sebor kan..huahuahua.control comel la tu!

siap semua..sepupu2 aku minta bawak diri dulu.aku dah standby nak landing ni.sebab esok nya (jumaat) aku keje. tapi terbantut.sebab nak berposing pas kenduri.dan yg lebih2 bergambar adalah mereka2 ini...













ada banyak lagi..tapi ni jer lah yag aku leh bagi tengok.haziq dah tido dah masa ni..

















akudankehidupan: aku gerak dari kampung pukul 6.45pg.confirm sampai ofis lambat hari tu...i'm sory.

Khamis, Oktober 01, 2009

kisah raya aku..

dah lama naik keje.tapi blog aku tak hupdet2..dasat tol malas aku..hahaha
aku bagi ringkas jer yer..jom! kita layan gambo..kalau rajin aku selit2 ar citer..


RAYA PERTAMA..




tema baju aku lebih kurang dengan haziq..warna lain sket..jalur2 pun lain kot..




aktiviti ni wajib.raya pertama pas gi rumah atok ke rumah MAK NGAH aku (kakak mak aku).beraya di sana...








pas raya rumah mak ngah aku.mak dah awal2 cakap nak gi pontian.dia nak raya rumah adik dia (MAK ANDAK).layan kan jer..

yang ikut konvoi aku. adik lelaki mak aku (PAK TAM) n keluarga..



ni la MAK NDAK aku..yang berskaf hitam yer..



ni masing2 dah bergegas nak balik..ayah aku ada tahlil pastu dia akan memulakan rombongan Marhaban nya..so kena sampai kg sebelom maghrib..

aku 1 keta dengan ayah aku coz keta aku abg long aku guna untuk balik beraya belah bini dia kat jengka, pahang.aku lagi suka jadi penumpang.mana tak nya senang nak membuta.hahaha
tak sampai setengah jam aku dah belayor dah.sedo2 dah sampai bandar batu pahat..ish..ish..ish..dasat tol..

haziq tengok aku tido dia pun sama naik tido.kami sampai rumah ngam2 azan maghrib berkumandang. ayah aku terus bersiap2.sementara tu aku mandi kan haziq untuk ikut marhaban bersama ayah aku.okie dengan adam pun join sama..

marhaban malam tu disambung ker raya kedua.bila budak2 tu balik dari marhaban aku kena lap kan haziq sebab nya badan dia dah naik melekit dah dengan peluh.main lebih ni..siap ganti baju tido.merengek nak join adam n okie main bunga api..layan kan jugakkk.jangan ko ngigau sudah..







happy ok dapat main bunga api...dah agak2 aku malas nak nunggu.aku wat pengumuman kat budak bertiga nih. "sapa lambat masuk rumah makcik (aku) kunci pintu.." terus aku lari.hahaha...
tak bagi muka langsung.bila dengar jer macam tu mencecet si adam n okie ikut larisama.sebab dia orang takut gelap..si haziq ni yang tak tau pa pe pun sama lari..layannnn





akudankehidupan: kisah raya ke-2 sambung esok eh..penat ar..(wah!boleh g tu?)hehehe