Selasa, April 26, 2011

makan tengah hari

hari ni makanan tengah hari aku sandwich ikan tamban a.k.a sardin. kak sue yang beli semua barang2.aku cuma bawakan bawang dan cili je.hihihi...

yang membancuh nya jugak kak sue.mesti la dia,biar lebih afdol..wakaka...aku tolong sket je.tolong tgok banyak la.




bahan2 nya...yg lain lupe nak snap..hihi



tu dia..sudah di lenyek2 kan..nyum3...


pas siap selet apa yang patut kak sue gak yang bakar dan kuarkan..hihi..memang sedap sangat2..kak! buat lagi kak...




gmbar ni di ambil pas aku dah makan utk yg kedua kalinya...huahuahua
bukan sengaja tak ambil gmbar.tpi memang terlupa sebab sedap banget!

Isnin, April 18, 2011

menyibukkan diri di majlis kawen

semalam dalam perjalanan balik jb ada kemalangan kat ayer hitam.masa tu aku benti kat area pasar malam tengah tunggu dalam keta kot2 ada keta nak kuar leh aku ganti parking tempat tu.hehe

tengah menunggu tu aku dengar bunyi kuat sgt2..bila aku pandang cermin pandang belakang keta aku.....



haaa..tu dia.keta proton merah tu gi sondol keta waja yang ada kat depan dia.pemandu keta proton pemuda cine.keta waja pulak pakcik 50an..keta Myvi tu kedudukan dia di belakang proton.pas belanggar,keta Myvi tu trus park sebelah keta proton.tiba2 aku tgok pemandu proton merah tu kelam kabut kuar dari keta belari ke pintu penumpang depan.bila dia kuar kan penumpang tu aku tgok muke penumpang tu berlumuran darah.



keta waja yang di sondol...


aku rasa macam tengah tgok dvd je.sebab memang aku nampak macam mana berlakunya pelanggaran tu (rasa mcm wartawan buletin utama lak) hehe..pastu bleh pulak aku syok sendiri dalam kereta layan sakit kepala tibe2.bedenyut2 rasanya.dah mcam aku lak yang terlibat dalam kemalangan tu.nama pun kemalangan kan.mesti la jalan jem seketika.ramai la yang bagi bantuan.tolong tumpang kan mangse ke hospital,kawal lalu lintas sementara polis datang..yang nie memang aku respect la kat org2 mcm ni..bila sakit macam ada tak de.aku pun teruskan balik perjalanan balik jb..


sebenar nya sepanjang cuti hujung minggu dalam dua minggu berturut2 ni,masa aku terhad sangat2.sebab nya sepupu belah ayah buat majlis kahwen anak sulong mereka.kang aku tak datang rasa tak paut pulak.anak pertama katakan.masa majlis nikah 9.04 hari tu aku tak dapat hantar sebab aku keje.lagi pun majlis nikah tu buat siang.so, memang aku tak dapat nak join la..tu pun kakak sepupu aku dah sebok tanya kat mak aku sebab dia tak nampak muke aku.

last2 sebelom balik jb aku ikot gi hantar anak spupu aku sanding rumah pempuan kat yong peng.tak sangka jugak aku jauhnya nak sampai ke rumah pengantin pempuan.mungkin sebab aku tak pernah masuk kawasan kampong tu.tu yang buat perjalanan terasa jauh.



sementara menunggu penganting lelaki bersiap..






setelah siap..baju merah hati tu la kakak sepupuku..yg pengantin sure la anak sedaraku.termasuk budak pempuan yg menyangkung itu..hehehe.lupa lak yang sorang lagi tu..tu la mak pujiah (mak aku)


apa lagi..mulakan kompang...







tol dah ready..masa ni aku tak snggup tunggu sebab keadaan cuacanya sgat la panas.sudahnya aku tunggu kat tepi jek..lama la gak nak melepasi tol ni..yang byar tol tak pandai mengayat..huhuhu..laluan masuk kerumah kena lalu bawah khemah makan,alhamdulilah..redup sket.tapi sesak la sebab rmai tetamu yang baru smpai
masa tu dan berjalan untuk mengambil makanan.agak2 aku la..haha




lepas je laluan bawah khemah.sekali tu laluan nak masuk ke dalam rumah pulak jem.rupanya depan pelamin dah di penuhi oleh sanak saudara pantin pempuan.macam mana aku nak msok ni.mak aku dah dok memanggil2 jer.kalau ikot sedap hati aku memang aku rempuh je org yang diri depan aku.tapi aku kan insan yang comel dan sopan.mana leh buat macam tu..no..no..no..noty tu!

oleh kerana aku ni insan2 yang sobar..make dapat la gak ke depan pelamin.bukan untuk 'mencanai' pengantin ye.tapi untuk ambik gambar je..hehe. pas ambik gambar sekeping dua aku tunggu mak aku kat luar rumah.tak sanggup aku nak berhimpit..hilang pulak rasa comel tu karang...huahuahua





.

.

.

.

.

.




ni masa hari sabtu 16.04..mesti la datang rewang masa ni sebab mak nak masak paceri nanas.budak ni nak aku suruh bawak skali takot kena dengki dengan anak2 abg long aku.nak tak nak angkot je la..aku tak bagi ikot bukan apa.nanti bila kte org tgh sebok buat keje takot terlupa budak ni merayau ntah kemana2.sebab kg ayah aku ni ada sungai tak jauh dari rumah akak spupu ni.aku tak nak le dia terikot budak2 kat situ ke tepi sungai..sorang ni memang tak leh di percayai.kalau dia ikot kata hati memang dia akan ikot je sapa yang ajak dia..












mak aku n mak utih aku (adik ayah aku)





aku balik rumah pun agak dah lewat malam jugak.esoknya (semalam) kena bagon awal2 pagi sebab nak kena tolong mak n mak utih aku masak lauk pantin.kak long aku pun kena tolong sekali..hihihi.ya allah...mengantok nya aku.mate rase x leh bukak.tapi dah mak panggil, anak sedara panggil terus le bangun untuk bersiap..gambar2 pada majlis semalam nie bukan aku yng ambik.tpi anak sedara aku.pandai2 le nak ambik gambo nulia...jom layan gambo.