Jumaat, Julai 31, 2009

tengok kadir 'n' doyok

aktiviti hari ni aku mulakan dengan ke pos ofis..




kalau tak nampak apa yang aku tulis atas gambo tu zoom la yer..

siap jer ke pos ofis aku ingat nak gi wat 1 urusan nih.tapi tak dapat sebab dia guna surat beranak daaaa..

dan perjalan di teruska ke...

PLAZA PELANGI....

masa ni aku dengan kak sue dah tak tau nak kemana.ni pun usul kak sue.aku tuju jer la. sampai sana aku meronda dulu.kak sue of coz ler ada yang menarik tertarik.aku nak jugak tapi tak pasti.pas makan kot baru gi tengok lagi..silap2 leh beli..bila kak sue siap membelek dan membeli kita orang gi makan di...jeng..jeng..jeng..


NANDOS...



kenapa kak sue berwajah begitu? itu adalah apabila anda sedang berfoto dan ada yang menerjah secara sengaja atau tidak akan terpamer lah begitu yer.. hahaha..cute kan??




ni menu aku..




yang tu confirm la kak sue punya..dah dia yang menuang sos bagai.memula semangat nak separuh ayam.kak sue tak bagi.sebab comfirm aku tak makan habis.aku bukan apa.saja nak tengok leh lepas ke tak.tapi kalau dah order ko tak habis kan melampau la.walaupun ayam yang di panggang je namanya. benda ni bukan murah2 yer..huhuhu

aku wat masa nih insya-allah....ada kudrat tuk makan lagi benda2 macam ni.panthang nampak ayam. nak jer..

pas siap makan sambong membeli jap.aku beli sos cili nandos extra hot.tapi tak yah la letak2 gambo benda tu.pastu aku gi tengok orang jual beg.ermmm..macam ada yang kenan.sebab dari sebelum makan tadi memang dah rasa nak pun beg tu.cuma tak pasti jer..dan aku pun $$$$$$..beli la..untuk suka2 jek..

balik ofis wat keje sket... pastu layang citer nih..




mamang aku tak leh tahan gelak giler2..kalau korang pernah tengok cite 2 orang pelakon nih mesti korang gian nak tengok lawak dia orang.aku sekarang tengah layan.....



yang ni aku nak tunjuk kan citer suka bertukar sedih.





so kalau korang nak wat lawak tu hati2 yer..sebab tak semua orang tahu dan suka apa yang kita buat..seram gak aku tengok benda nih..







akudankehidupan: aku boring dengan keadaan sekeliling.pura2 lebih.kul 9 gerak balik kampung.

Selasa, Julai 28, 2009

b'day haziq

aku ni asyik nak citer pasal birthday anak sdara aku jer.semalam ingat nak hupdet tapi mood tak de.penat pun yer.kat Jb semalam hujan dan hujan.syukur lah.lagi pun semalam manager aku tak de.sapa lagi kalau bukan kak sue..hahaha..gurau jer.

ok2..nak citer hal balik kampung.aku rancang nak buat b'day anak sedara aku 2 minggu lepas.tapi kan aku tak jadik balik.so aku pun wat la minggu lepas.dengan kaum keluarga aku jer..tapi hari sabtu tu jadual aku tol2 padat. ermm layannnn


ni susana pagi.pas subuh confirm la landing2 dulu.silap2 leh tido balik.tapi si haziq datang main2 sebelah aku.siap pegang henpon.suka mamat nih kalau cakap nak ambik gambo.tengok jer la aksi2 dia n kuda rempit dia..














pas sessi ambik gambo nih aku gi mandi dulu.bersiap nak gi pos ofis.ada tugas sket.kebetulan semenjak rumah atok aku di masuki 'tetamu' yang tak di kenali ni pakcik2 n mak ayah aku tak benar kan atok aku dok sesorang kat rumah. agak nya atok aku pun dah boring.dia pun menyuarakan hasrat untuk ikut aku ke pos afis.duk dalam keta pun tak pe.

aku sian gak kat dia.so angkut jer la walau pun perginya tak lama.balik pos ofis singgah kedai beli ikan n sayur nak wat masak tengah hari.bila nak beli mak aku kata abang aku dah beli n bayar tinggal ambik kat kedai jer.wah! lagi senang.save sket..hahahaha

balik rumah aku mula kan la sessi nak menyiang ikan.pastu nak siap kan bahan nak memasak pulak.mak aku duk tengok orang tengah cat pintu pagar anjung rumah.biar jer la.masak pun simple2 jer..asam padas kembong,goreng kobis, goreng ikan kisi dan ikan bawal masak pindang (ni lauk untuk anak2).

siap jer basuh ikan aku dengar mak aku melaung2 panggil dari laman rumah.ni apa hal ni.aku ingat dia saja2 nak teriak2.rupanya ada kes ko.pakcik aku x-cident.motor dengan motor.tol2 depan rumah aku..jadi kelam kabut di buatnya.dengan atok aku lagi.berteriak "anak aku..anak aku.." orang tua kan.biasa lah.risau.lagi2 kejadian tu depan mata dia.mak aku dah risau kan kaki pakcik aku.tekoyak belobang lak tu.ish..lemah aku nak ngadap.

bila aku nak hantar pakcik aku gi klinik atok aku nak ikut sama.ni lagi aku lemah.nanti jadi lagi kecoh di buatnya.last2 pakcik aku cakap dia ok.mak aku pujuk2 atok aku tak yah ikut.soh tunggu jer kat rumah.nasib atok aku ngalah..so, aku wat keputusan gi klinik swasta yang berdekatan jer.pakcik aku nak klinik kerajaan.aarrgghhh..aku nekad jer gi klinik swasta..

KLINIK SWASTA 1 (15 minit dari rumah aku mengahal ke B.PAHAT)

doktor: bila kena?
pakcik aku: baru jer
doktor:kena wat X-RAY dulu ni.baru leh jahit.tapi kat sini tak de X-RAY.
pakcik aku:jahit jer la terus.jari2 kaki saya leh gerak lagi.saya tak rasa pun tulang saya sakit.(tak sakit eh..aku tengok pun ngeri jer)
doktor:memang tak boleh.cuba gi klinik kerajaan.


KLINIK KERAJAAN bhgian KECEMASAN (tak jauh dari klinik 1)

pemb. perubatan: abang kena gi spital nih.
pakcik aku:kenapa?kan tak patah.tengok jari kaki saya (siap gerak2 kan lagi) elok jer leh gerak.
pemb. perubatan: bukan apa.takut tak nampak ada yang patah.abang gi spital batu pahat dekat sket.
pakcik aku: muar lagi dekat.tapi memang kena gi spital ker
pemb. perubatan: kena pergi spital.suruh X-RAY dulu.klau ada masalah kena tahan wad ni.untuk buat operation.

(biar betul mamat ni..aku tengok tak la bengkak kaki pakcik aku.layan jer)


KLINIK SWASTA 2 (20minit dari rumah aku menghala ke MUAR)

pakcik aku: 2 klinik dah saya masuk.semua tak nak jahit luka saya.dia orang kata patah.
doktor: cuba gerak kan jari kaki awak..(puas hati).ok saya jahit luka awak.
pakcik aku:bius tak.saya takut tertendang doktor jer.(sengih2)
doktor: mesti la jahit..

bayangkan lah berapa klinik yang aku kena gi.kalau la keadaan tenat dan ada orang nazak.confirm dah meninggal pasakit tu.sementara tunggu pakcik aku ni jer yang aku dapat ambik...




nama2 klinik yang seangkatan dengan klinik nih...




pakcik aku berbaju peach.nampak tu kaki kanan nya bertampal.3 jarum ok kena jahit.bila ingat2, aku yang naik seram.sakit tu.. balik dari klinik pakcik aku tengok budak2 kompang dia lom arak pengantin dia soh aku behenti jap.last2 dah jumpa kawan.dia soh aku balik dulu.dia nak main kompang dulu. amboi..aku tengok dia rileks jer.ok la tu kot..

sampai rumah je, atok aku tanya pakcik aku.aku cakap gi main kompang.terus berubah muka atok aku.mak aku dah sengih2 jer tengok atok aku.aku tau atok aku risau.aku cakap pakcik ok..tak de yang teruk pun.baru la atok aku nak masuk rumah.kalau tak dia dok luar jer mak aku kata.sudah nya.mak aku yang masak hari tu.

dalam kol 5 ptg aku gi batu pahat dengan mak aku.mak aku nak cari kain untuk wat hadiah cikgu blajar agama.aku nak beli kek untuk haziq.

balik rumah dekat kol 8 malam..aku pun naik heran bla sejak akhir2 ni keta banyak bebenor..jalan asyik jem jer.ntah lah..






majlis nak mula.....ni la kek haziq.




hari lahir yang ke-2 tahun..




tengok muka tu. tak sabo nak tiup api lilin...




sungguh2 muka dia mak aku suruh dia potong kek..eii..macam nak cubit jer pipi dia!hehehe




panthang aku ambik gambar kan..apa lagi.gunakan lah peluang yang ada..






sekian...........







akudankehidupan: kerana ikut kan perasaan akan menghancurkan sebuah perhubungan..fikirkan lah!

Isnin, Julai 20, 2009

Skrip 7707..patut ke kuar pawagam???

hari2 yang berlalu dengan begitu pantas.minggu ni aku tak balik kampung pun.patutnya pas keje sabtu hari tu aku balik kampung tapi dek kerana badan yang terlalau letih aku putus kan gerak awal pagi ahad jer.

bila dah bersiap2 semalam nak balik ke kampung.dapat call dari mak aku cakap tak payah balik sebab akan memenatkan badan aku.aku balik pun sebab nak jaga si haziq.mak aku ada yasinan.leceh nak bawak budak2 ni.lagi2 si haziq.sekarang nih tak leh dok rumah orang lain lama sikit dia dah ajak balik.at last aku soh mak aku ambik anak abang long aku (nulia).mintak tolong kaga kan haziq sementara mak aku nak gi yasinan.mak aku yer kan jer.

oleh kerana hari ahad aku tak balik kampung dan bila nak sambung tido pun mata dah tak ngantok.aku pun plan la nak makan apa tengah hari nya.bila dah bajet2 terus aku gi kedai beli barang2 untuk di masak.

tapi tujuan aku menaip blog nih bukan nak citer apa yang aku masak semalam.tapi nak bagi tau, hari tu aku gi tengok wayang.hehehe..bila aku tak survey kat internet waktu tayangan masa tu la jadi lak nak tengok wayang.bila dah sampai CS aku yang dengan semangat nak tengok wayang gi cari jadual tayangan..bila tengok2 citer yang aku nak tengok tu waktu tayangan nya kol 10 malam.sapa nak nunggu..tak masal aku kena tengok citer lain..ni pun ikut kesesuaian masa ok.

dan keputusan muktamad telah di buat..aku gi tengok citer nih..







peh...apa yang aku rasa pas tengok filem ni jangan cakap la..

tapi yang pasti aku memang rasa nak gelak kuat2..

citernya seram sangat..pada sapa2 yang nak sangat tengok citer ni.aku bukan tak galak kan tengok filem tempatan.tapi seelok2 nya tunggu DVD or VCD sudah..dasat tol aku rasa.sukar nak di gambar kan lah!







akudankehidupan: macam mana la filem ni leh kuar pawagam.masok kat KELIWON tv3 patutnya..

Selasa, Julai 14, 2009

sehari di b'day okie, adam n adreen

semalam terlupa pulak aku nak upload gambo sekitar majlis anak sedara aku..semalam ada lah hari yang jarang2 sibuk nya..hehehe

semalam kawan lama kak sue yang bernama kak lela yang merupakan staff lama kat tempat keje aku ni datang JB.aku tak pernah jumpa pun kak lela.
biasa dengar jer cite dia dari kak sue.pagi semalam kak sue ajak aku join dia sekali coz kak lela nak kenal aku.oh! teruja nya aku..bila dah jumpa n kenal.memang akan gelak dan gelak jer bila dah duduk sama dengan dia orang.

thanks kak sue kenal kan kak lela.n thanks kak lela coz sudi nak kenal ateh n banje ateh makan...(best sangat2)..gambo kami berdua tak de yer..kang i mintak dari blog kak sue jer.hehehe


OK! sekarang kita tayang kan gambo sekitar majlis 3 b'day boys...malas nak citer panjang2.mana yang boleh jer la yer..ni pun sebahagian nya nano yang tolong ambik kan...



sebelum majlis..kemas2 rumah n sessi angkat pindah perabot...



orang penting...pak din aku jaga bab2 bako membako...



okie n adam yang tak sabar nak potong kek..last2 mama yang ambik alih potong kek..



si kecik adreen..nak berenang eh dik..



antara kejiranan yang hadir....













akudankehidupan: hari tu aku banyak sangat masa didapur..jadik bibik.dengan pakdin aku sekali panggil aku bibik..layannnnn

Sabtu, Julai 11, 2009

mood yang bercampur2...

hari ini mood saya adalah....




























hari ni aku keje.tak dapat nak balik kampung.tak pe la.buat yang penting dulu.dalam sibuk2 ni ada gak keinginan nak gi tengok wayang dalam beberapa hari lepas.lagi2 ada citer seram..semangat nak tengok.tapi akhirnya terbantut di sebab kan hati aku yang telah terusik oleh kata2 seseorang.sapa orang tu? ada lah seorang hamba allah.. aku tak menafikan pun kata2 dia tapi......biarlah.

bukan sebab nak jaga hati sesapa tapi entah lah.mood aku terus hilang.rasa terkilan ke rasa kecik hati ke memang tak ada..sebab nya aku nak ignore jer benda2 macam ni.

esok akak aku nak buat majlis b'day anak dia...kakak aku dah pesan suruh tido rumah dia malam ni..balik keje ni kena la siap kan basuh baju baru leh gi rumah kakak aku..

senin aku upload gambo majlis tu ok!




akudankehidupan: #@@&&**!!(#*****!!!%

Khamis, Julai 02, 2009

DUSUN DAMAI

minggu lepas adalah hari2 yang penuh dengan kesibukkan kerja..tapi aku tetap dapat balik kampung minggu lepas.walau pun balik nya hari sabtu.dah ada agenda yang menanti sebenarnya. iaitu ke DUSIN DAMAI..dusun buah buahan.yang uatam sekali buah durian.tu yang beriya nak balik kampung.

hari sabtu tu aku gerak dari jb kol 3 petang..bila masok high way jer henpon pulak bunyi.lepas satu,satu yang call.tanya aku dah sampai mana..akhir sekali yang call kakak aku.dia dah sampai parit sulong.ada kat kedai bundle..aku pun dah masok yong peng masa tu..

sampai parit sulung jumpa kakak aku dulu.masa tu sekitar jam 5 lebih (petang).kakak aku suruh call mak aku tanya dia tunggu kat mana.rupanya tak sampai lagi.so, kami pun menuju la ke rumah pakcik aku.sebab mak aku kata yang lain2 dah ada kat sana.

bila aku park jer keta.pak tam aku tak bagi kuar.dia suruh undur.kang semua turun ada yang lagi lambat kang nak gi.bila keluar simpang rumah pakcik aku mak aku n ayah aku dah tunggu kat tepi jalan.tak sabar nya rasa nak sampai kat dusun tu.



lelaki yang menonggeng itu ada lah pangkat2 sepupu aku.dia yang jaga area dusun damai ni.panthang orang hulur durian terus di kopek nya.tu kakak aku menunggu giliran la tu.










puas hati gak dapat makan durian..tapi yang nak di bawak balik nya tak ada.kawan abang aku dari KL dengan pak tam aku yang borong sakan. lagi pun spupu aku kata dia tak jangka yang nak datang ramai mcam ni.kalau dia tau dia sediakan lagi banyak.

sedih jer aku dengar..tapi tak per la bagi yang jauh2 dulu..mak aku kata.kalau aku dah lama aku rebut.nasib la mak puziah ada..kekonon mengawal anak dia ni la..hahaha.sebab dia tau aku tak akan mengalah kalau bab2 buah durian ni..ish..ish..ish..keji tol..sebenarnya ada yang ayah aku beli tapi tak semua yang boleh di makan..untuk wat tempoyak boleh la..





ini adalah suasana balik dari dusun yer..masing2 mengadap buah manggis.aku tak berapa sangat.sebab tu gambo aku tak de kat team pemakan buah manggis nih..ni baru sket yang join..ada lagi yang nak join..haziq kat belakanh tu kekonon jer wat tak pandang.tapi jap lagi kang....




betul kan aku cakap..dah duduk sebelah kaka aku..yang mencangkung tu si adreen la tu.dan si baju oren adalah adam.yang datang menjoin kan diri sume budak2.mak puziah surender..suare dah serak ala2 erra tu.nak makan wat jamah boleh la..

ahad nya ada agenda lagi..petik rambutan.masa nih henpon aku tak pegang.mana nak pegang.kang memungut rambutan sambil memungut henpon.sebab henpon jatuh dari kocek.mau nangis kang..huhuhu

pas siap menyabit dah mentarah pokok2 rambutan mak puziah memasing bersiap..kakak aku nak balik jb dan aku aku nak gi batu pahat cari baju raya.lambat2 kang takde orang nak jahit baju aku.bila dia dengar jer aku nak cari baju raya.eh, nak ikut gak.pada hal malam nya ada dinner tu.dia pun lom beli baju gak katanya.layannnnn



aku gi jackel.begitulah ramai nya manusia.sampaiaku tak tau dah baju apa yang aku nak.pilih warna ni dah jadi tema kak long aku.pilih warna lain dah jadi tema kakak aku..akhirnya balik ke warna asal..huhu warna apa? tunggu la raya yer..



ini adalah sekadar iklan semata2..mato dah berpinor dah rasanya..

siap membeli. kakak aku gerak balik jb.aku nak gerak malam nya.tapi mata rasa ngantok.balik tu pulak baru mak aku bagi tau yang rumah kakak sepupu ada wat majlis kenduri arwah.kena la gi.tak kan nak ignore lak kan...





gambo majlis untuk lelaki tak ada..aku kan sopan mana leh main terjah2..hahaha..puuuiihh



yang ni pun sama jer..pantang aku ambik gambo.tetiga dok depan aku..



ni dalam keta on the way nak balik rumah...tak de kojer la tu kan...




akudankehidupan: nak gi makan durian lagi hari sabtu ni.harap2 dapat..