Selasa, Mei 25, 2010

aku dan aktiviti hari minggu

hai..hai..hai..

minggu lepas aku betol2 sebuk.sebok dengan hal sendiri.yer la sejak jadi orang berharta nie (riak jap) aku kena buat macam2.kekonon dah berangan nak tukar henpon baru.tapi bila di fikirkan ada yang lagi penting dari henpon itu terpaksa la lupakan saja niat yang ada tu.so hari sabtu pun bermula la aktivi aku iaitu......





aku gi hantar keta aku pi servis.sian keta aku sebab aku asyik sebok mengutamakan henpon jer kalau jadi kaya sket.huhuhu

apasal dia kuar kan kusi aku ek???ermmm...

setelah di periksa.bnyak masalah otot rupanya keta aku ni..so tak salah la aku nak hantar dia pi servis.hihihi...semua ni ambik masa sehari.kiranya aku berpuas hati la dgan pembaik pulihan yang telah aku buat kat keta aku.settle.

hari ahad nya pulak pagi2 aku dah bangun sebab aku nak pi JUSCO TEBRAU.gi nya dgan family kakak aku.jadi, sebelom pergi sana kami kena singgah tadika adam untuk ambik penyata (dah macam rasa sekolah rendah jer siap ada hari ambik penyata).tu yang kuar awal sket tu..




okie n adam.masa ni dah sampai JUSCO.dua orang yang tak boleh di lepas pandang.kang ada jer aktiviti mereka2 ini..




ni la salah satu contoh nya.so layan kan jer.malas aku nak pi tukar token.bagi dia orang main2 dan pegang2 feeling2 berlumba dah la kan..kekonon macam real masuk kan token.




ini lah family kakak aku..bukan senang nak ambik gambar ada mereka2 ini semua.lagi2 si kecik tu.ada je nak bergerak sana sini..aku gi JUSCO sebab nak pi tengok wayang.semangat tak hingat....hahaha.aku nak pi tgok cite kegemaran aku.anak sedara aku tu aku tak tau la dia orang suka ke tak.yang aku tau dia orang semangat nak duk kat kusi dalam panggong tu je.





ni dalam panggong.dia orang asyik tanya bila leh tgok ceritanya.macam la aku yang jaga panggong tu..si adreen..mula nak mundar mandir depan aku.ingat makcik ni sekecik2 manusia ke?last2 aku duduk kan adreen atas pangku aku sampai wayang start.

cite apa aku tgok?




ni la cerita yang aku tgok tu..bestttttt...






akudankehidupan:



tengah kumpul shrek @ frends..tadi baru dapat dongkey..eik,ook..eik,ook..

Isnin, Mei 10, 2010

majlis kawen

salam semua..

entry lepas aku dah cite sket yang mak aku nak datang Jb kan. mak aku sampai jumaat tu hampir kol 9 malam.heran gak aku sebab lambat setengah jam.rupanya pemandu bas tu dok bawak aweks dia sekali.jadi nya, kalau sampai cepat kang cepat pulak hilang rindu kan.hehehe

aku sampai bus stand larkin dalam kol 9.bila tgok mak aku dgan makcik aku jer heran pulak sebab wajah kesayangan aku tu tak de.rupanya abah aku tak bagi bawak sebab nak buat kawan dengan dia kat rumah.eleh nak dengki aku la tu..tak pe sabo..sabtu kan jumpa.

hari sabtu tu gerak gi jemputan sekitar jam 11 pagi.tempat pertama kat skudai jer..tapi tetap kena awal gi sebab nak gi 1 lagi majlis kawen..ni pun aku ambik gambo nya tak banyak sangat..yang kawen ni pangkat dua pupu dgan aku.kiranya sedara sebelah mak aku la.aku kenal rupa dia orang tapi tak tau nama mereka2 itu sapa..kalau kenal nama dan orang pun ada la beberapa kerat jer.tu la kan, biasa kalau mak nak kenal kan sedara suka sngat buat2 sibuk..padan muke aku.

tapi tak pe lah.janji tau tu sedara kan..











yang ni pun pangkat dua pupu dengan aku..lama gak aku tak jumpa dia.selalu kalau jumpa, dia rajin usik aku.kadang2 kalau aku protes cara dia usik aku memang dia kena jeling la dengan aku.so dia akan faham.masa tu aku budak2 kan.rasa seronok pulak ingat kisah lama2 ni..sekarang buat2 tak kenal pulak.hehehe





masa ni jemputan nya pun terdiri dari ahli keluarga terdekat dan banyak yang aku kureng kenal berbanding kakak aku.dia ingat semua sedara mara belah mak aku ni.kalau nak harap aku leh tunjuk jer orang nya macam aku cite tadi.kalau tanya nama memang hancusss...

mak dan mak anjang aku apa lagi. sakan la berborak bila dah jumpa sedara.aku pun sebok berborak gak.borak dgan orang nih...







aku sebok borak dengan orang ni lah..panjang jugak la cerita yang kami borak kan..sebabnya jumaat tu baru aku ngumpat2 hal dia dengan adik sepupu aku..alih2 sabtu tu terjongol depan muka aku kat majlis kawen tu..ermmm..panjang umur.agak2 ada rasa tersedak tak? huhuhu..

rasa2 dah panas ponggong.perjalanan di terus ke pontian pulak..yang ni bukan sedara aku.tapi mana tau jadi sedara pulak kan nanti..eh, tet..tet..hohoh..

orang dah jemput kena la gi kan.kat majlis tu aku tak makan cuma minum jer.lagi pun masa kat skudai aku dah makan.macam tak leh nak masok lak tekak ni.hehehe..maklum la nasi minyak.tengok macam nak makan.tapi bila dah bau nasi minyak tu terus rasa kenyang pulak.








ni la raja sehari nya.bersanding 4 orang.pengantin lelaki (baju biru) dan pengantin perempuan (baju hijau) adik beradik.rasa macam ada tak kena bila aku tengok pengantin ni.hehehe...ni kalau kak sue ada mau join sekali gelak dengan aku masa ni..kenapa aku nak gelak? ermmm..perasaan aku kot sebab hepi sgat..alasan.

gambar kurang menarik sebab anak sedara aku si nulia yang pi snap gambar.aku malas sebab tgah layan si haziq.wajah kesayangan aku tu la..rindu tau...








akudankehidupan: pindah..pindah..pindah..alahaiiii

Jumaat, Mei 07, 2010

bestnya...

hari ni mak aku nak turun jb sebab esok nak pi jemputan rumah sepupu dia kira pangakt mak sedara aku jugak la kan... tapi yang best nya bukan sebab aku nak gi kenduri kawen tu tapi sebab benda ni..










tadaaaaa.....benda ni la..hehehe....Mr SHREK.suka.suka.suka...ni pun kak sue yang bagi tau aku semalam.so lunch time semalam aku gi beratur kat McD nak kan benda ni.kirim kak sue dia tak mau sebab segan nak beli.sebab kena beli set ni.....






set HAPPY MEAL..beli set ni baru leh dapat koleksi SHREK.best..best..best..






wajah kegembiraan..hohohoh..nak beli lagi pas ni..harap2 tak lupa..semangat ni.






akudankehidupan:dia tinggal kan aku pengalaman yang indah.best juga rupanya.nak lagi!