Jumaat, Oktober 12, 2012

World Hunger Relief


hai..hai..hai..ni citer minggu lepas.nak hupdet tak sempat2.
ntah apa la yang sibuk sangat tu.
Sapa tau/pernah join World Hunger Relief?
Untuk orang seperti saya.ini adalah yang pertama kali.
saja nak beramal sambil berhibur.cewah..
meh tgok gambar.cite banyak2 kang bosan semua..




(dari kiri: zati, cik srek.ijo dan nurul)
ni masa baru sampai putrajaya.
kami diminta memakai pakaian merah dari JB sebab wakil syarikat induk.
eh, betul ke ayat saya ni?betul la tu kot.
dah sampai putrajaya baru di beri t-shirt.
tapi sedih sebab baju saiz saya tak de.
kata pihak pengurusan kite orang, mungkin budak KL dah tukar sebab saiz yang selalu kite orang pakai akan dapat saiz kecil.
jadi kalau awak pakai saiz S kena ambil saic M, saiz M kena ambil saiz L begitulah seterusnya.

mula2 sedih sangat2.
tapi tak pe la.bukan rezeki saya untuk baju tu.
dapat join pun dah ok rasanya.
jadi, kami solat dulu di masjid kemudian siapa yang ada baju yang serasi di badan boleh lah tukar sekali. 
 




ni la t-shirtnya.
yang zati pakai tu baju saya.tapi bukan saiz yang saya minta.
tak pe la kan.pinjamkan pada yang boleh pakai.
saya suka sangat2 t-shirt ni sebab warna t-shirt tu warna pebret saya.huhu
jangan la tertipu dek kotak pizza tu.pizza nya hanya sepotong jek..
jadik la wat tambah tenaga untuk jalan nanti. 






aktiviti jalan lambat lagi.
oleh sebab cuacanya panas, kami bertiga gi jalan2 cari bekalan air sejuk buat pelega tekak yang kering ni.
yang lain2 tak tau gi mana.
gi bergambar kot.hehe





kite orang dah dapat air. harus la tenaga bertambah.
apa lagi, pi jalan2 kat khemah2 yang ada.
nak bergambar la apa lagi.hehe
zati dengan nurul semangat nak naik motor.
layan kan je.kang takot ngigau dalam bas sebab tak dapat naik motor.



dah jalan2 ni dengar pengumuman nak mula dah aktiviti jalan kaki.
kelam kabut gi cari yang lain2.
orang memang ramai.
nak bezakan pun susah sebab masing2 pakai warna baju yang sama.
tapi kita orang jumpa 





ni baru sikit yang jumpa.
patut nya ada lagi.
yang lain tu gi ambil gambar,jadi guna kamera saya untuk dia orang possing. 

 

 



ni la sebahagian rombongan kami.
masa ni baru nak mula berjalan
tapi benti kejap untuk posse sebab dia orang takot nanti tak jumpa.
ada yang memang dari kl dan ada yang datang sendiri.
jadi elok sangat la bergambar dulu walau orang lain dah mula berjalan.
 





tengok.bergambar lagi...
pantang ada kesempatan kite orang ni.
sebenarnya seronok join aktiviti macam ni.
jumpa macam2 ragam orang.
yang berusia pun sporting2 semua jayakan jalan kaki amal ni.
jadi yang muda ayuh kite!

tak larat lari kita jalan je pelan2.janji sampai garisan penamat.
dapat macam2 kat sini. 
tahun depan kalau saya masih ada, di panjang kan usia memang nak sangat join lagi.
best sangat2..

 






bila dah naik bas masing2 mengelupur kelaparan.
pihak pengurusan bagi rasuah jajan n roti untuk bekal perot yang tengah gelodak.
Kl nak ke hentian pagoh.jauh tu weii..
nak tak nak kena la makan.
kalau tak tanggung sendiri kelaparan tu.hehe