Isnin, Mei 21, 2012

aktiviti mak puziah dan my bujang haziq

semalam adalah aktiviti yang agak memenatkan diri saya.mana tak nya memenuhkan jadual untuk mak encik (mak puziah) dan tuan kecik (haziq).tak de masa untuk rehat sampai la saya balik JB pukul 5 petang.

hari sabtu malam, mak saya minta tolong hantar kan dia ke balai raya di kg parit bugis.katanya ada aktiviti untuk wanita.saya pun ok kan je.sebab lepas aktiviti untuk mak saya ada aktiviti untuk si bujang saya pula.haziq ada pertangdingan mewarna.mewarna lagi?layan kan je la..

jadinya pagi ahad tu kami pun bersiap2 nak gi hantar mak saya.kebetulan ada orang kampung nak tumpang.saya ok je sebab keta memang ada kekosongan.bila kami sampai tempat yang di tuju puas cari balai raya yang di maksudkan tapi kami tak jumpa.jadi mak saya minta kakak yang tumpang kami tu tanya kan semula di mana tempatnya.

sekali dia cakap bukan balai raya.tapi MASJID.hohemji!!??
jangan ingat saya ni takut dengan masjid ye.tapi saya....
bila sampai kat masjid mak ajak turun sekali.saya turun juga walau hati berat.
saya tau semua orang tengok saya.
bukan sebab saya ayu tapi sebab pakaian saya.ye pakaian saya.




semua yang hadir kat masjid tu pakai baju kurung.kecuali saya.saya hanya pakai jeans n blaus untuk majlis khatam al-quran.
saya ingat ada aktivit dari KEMAS.tak le saya nak berbaju kurung bagai..
tapi apa kan daya.nak tak nak,saya join gak majlis tu.tapi duk dekat dengan pintu utama senang nak kuar nanti dan yang penting sekali mesti duduk dekat sebelah mak saya.huhu





nasib la saya tak terasa dengan masa yang berlalu.sebabnya memang kami tak sempat nak tunggu majlis berikutnya.kami nak pergi aktiviti untuk haziq pula.

tapi sebelum balik mak ajak singgah gi beli pokok puding.sekarang orang tengah gile2 nak tanam pokok ni katanya.



tuan pokok adalah orang yang berbaju putih.wanita itu adalah kakak yang tumpang keta saya (kak ngah) dan si kecil itu adalah haziq.




akak yang tudung putih ni la yang tunjukkan rumah penjual pokok puding ni.siap beli singgah rumah hantar kak ngah sebab notor dia, dia park kat rumah mak saya dan nak salin kan haziq baju pastu terus ke jeti Nelayan, Prt Jawa.

suasana sangat la panas nya.alhamdulillah..masa tu hausnya tuhan je yang tahu.sampai je, cari balai raya sebab pertandingan nya di adakan kat situ.yang ni betul2 buat kat balai raya ye bukan kat masjid macam aktiviti mak saya tadi.hehe







dalam balai orang nya sangat la ramai.sampai dia orang kena buat kat luar balai sebab dah sesak dalam balai raya tu.

haziq duk dalam balai raya sebab murid tabika yang sama2 dengan dia semua ada kat situ.

pertandingan mewarna ni lebih kurang macam yang haziq pernah sertai masa kat sekolah tabika lama dia dulu.MEWARNA bersama KELUARGA.

bila dah mewarna bersama keluarga.apa lagi.mak saya pun join mewarna sama.kami di beri masa sejam je.ni la hasilnya bila mak,acik n haziq mewarna...



tengok dari jauh tak la nampak kesan cela pada lukisan itu.kikiki...








selesai mewarna kena tunggu di khemah hadapan sebab dia orang tunggu peserta memasak pula.

saya memang dah tak tahan panas kat situ.haziq lagi la.dah naik melengas saya tengok muka dia.saya minta balik awal dari cikgu haziq sebab masa tu dah pukul 2 petang.saya pun nak bersiap untuk balik JB.barang2 saya tak kemas lagi.



didalam khemah hadapan



saya balik tanpa tahu keputusan mewarna.tapi tak kisah la.datang pun sebab nak haziq enjoy mewarna je.

ni ada satu kes si haziq di cekau oleh kawan nya di tabika jumaat hari tu.



tengok la mate saya.....



inilah orang yang bertanggungjawab itu.....

Khamis, Mei 17, 2012

sakit belakang




sebenarnya dah seminggu saya mengalami sakit belakang.sampai nak tidur pun susah. pergerakan rasa terbatas sebab sakit sangat2..






tu dia bagi gambar tulang.memang sakitnya area2 tu la.agak nya sebab faktor usia kot.maklum la dah tua2 ni.sakit yang datang macam2.agaknya la.hehehe





malam ni nak wat operasi tampal 'koyok' tiger balm.saya dah cube 'koyok' salonpas tapi tak berkesan (agaknya lemak tebal sangat kot).jadi kita usaha ke arah 'koyok2' yang lain pula.

jumpa kat hupdet yang akan datang ok...

Jumaat, Mei 11, 2012

mulut macam bau longkang atau memang mulut longkang ek?

pagi2 dah dengar berita2 yang menyentap hati.apesal la suka sangat menyetan kan orang lain sesuka hati.saya tak kacau orang pun.tak ambil tahu hal orang pun.saya dengan keje saya je.buat hal saya.tu pun masih nak mengata?

pernah tak awak bau mulut awak sendiri?kalau awak guna produk pembersih gigi/mulut paling mahal,walau awak mampu bayar beribu pun.hati tu kalau busuk,pecaya la.produk tu tak berkesan untuk awak.awak ni mesti ada penyakit hati kan?patut la dapat rezeki tak cukup je.belajar2 la bersyukur wahai hamba allah.kalau awak rasa sakit mate dan hati dengan adanya saya di sini.jangan risau.saya tak lama dah pun kat sini.


*************************************************************




semalam semangat gi latihan boling sebab dia orang nak buat pemilihan sapa2 yang berbakat tu boleh la wakil syarikat masa sukan nanti.saya gi pun sebab dapat main free.hehe
saja2 pun ye dari tak de wat pa pe malam tadi.




main boling mula pukul 8.30 malam.masa saya sampai baru ada 2,3 orang dah sampai.jadi saya dan nurul (budak satu ofis dengan saya) duduk sambil tengok orang main boling sementara nak menunggu yang lain2 sampai.




bila semua dah sampai.masa untuk ambil kasut.eh, kaki sapa tu?





aksi nurul bersama bolanye.dia ni jaguh main masa sekolah dulu.mula2 kelongkang bila enjin dah panas.....





bila break je saya pun berjalan le ke tempat team lain main.budak peace tu Ema.dia budak praktikal kat tempat keje saya.main juga ni..dia cakap dengan saya,"kite sama kak". sama sebab tuju longkang je bola nye.kikiki








seronok juga dapat main boling ni.insya'allah bila dah mula main balik ni rasa memang nak gi dan gi lagi.point saya?tak yah la tunjuk sini.nanti dah pandai saya bagi tau ye.hehe


Khamis, Mei 10, 2012

kawan


gambar pembuka cerita...hehe


Semalam seorang kenalan lama tepon saya.mulanya memang tak cam suara.tapi bila di amati....




sebenarnya agak mengejutkan saya jugak.tapi saya tau dan dia pun tau kalau dia gunakan no. dia mesti saya tak mo jawab.dia tepon pun untuk minta maaf.ni kawan perempuan.jangan salah faham ye.hehe




dulu hubungan kami lebih kurang gambar hiasan diatas ni.sayang di sayang.berat memberati.payung di payung dan apa jua suasana dalam hubungan 'kawan' itu saya lakukan tanpa berkira,tambah,bahagi jauh sekali nak menolak.

tapi lepas peristiwa itu saya rasa saya lebih rela duduk diam2 dan asingkan diri dari dia atau sesapa pun yang berkaitan dengan dia.saya tak kacau awk dan awk tak yah kacau saya.kan? saya dah maafkan awak walau hati saya tetap terluka lagi.







mengadakan? nak terluka bagai.kalau di lenyek macam hewan tu.naik kuning pulak saya nanti.hehe...
saya perlukan masa.biarlah hari yang mendatang ni mengubati luka yang ada tu.dah ok esok2, saya cari awak ye.
wah, macam madah pulak rasanya.ngehehe
benti sini dulu ye.saya kena balik sekarang.sebab nak bersiap2.pas maghrib nanti saya nak gi main boling.kekonon untuk ofis.padahal nampak jer nama 30 terawal dapat main free.apa lagi.tak geti2 nak hantar nama walau pun tak geti main.ekekeke....




kena pegang kuat2 ni.takot jatuh..
tata semua...(nak lambai tak leh nanti tergolek pulak)

Selasa, Mei 08, 2012

hati yang terluka









saya dah tak di perlukan lagi.
family sedang uruskan apa yang di rancang selama ini.
saya akan pergi awal dari sini.insya'allah....
saya harap semua nya berjalan lancar.
semoga allah permudahkan semuanya...