Selasa, April 28, 2009

26/04/2009

kita enjoyyy.....


pagi tu aku terjaga dari tido sebab bunyi masej dari henpon aku.bila aku tengok mak aku yang hantar.tapi aku tak boleh nak faham apa yang dia tulis.last2 aku diam jer.mak aku hantar lagi sms dia.agak nya dia ingat aku tak dapat sms dia kot..dan aku memang kena la jwb sms mak aku mengatakan yang aku tak faham1 apa pun yang dia taip.

terus dia senyap tak masej2 aku.majuk kerrrr.tak pe biar kan dulu..aku pun ambik bakul sabun capai tuala nak mandi.aku tengok nana sebok didapur.rajin nampak..pas mandi tengok jam awal lagi.nana masok wat mee hoon goreng.dah lapo benor kata nya.kami makan berdua.

aku bagi tau dia yang aku nak cari kasut kat bandar.nana nak join tapi nak siap kan basuh dulu.sebelum tu nano ada cakap kak zainon nak cari barang.so, aku pun kuar bilik kebetulan kak zainon mcam nak masak.aku ajak sekali kak zainon join aku dengan nano gi jalan2 kat bando.dia kata dia puasa.aku cakap balik dari bando kang leh singgah paso malam kat stadium larkin.terus kak zai non kata ok.

tak buang masa.nano siap jer basuh.kita orang pun bersiap nak kuar.sementara tunggu kak zainon siap kita orang gi bayor sewa bilik dulu sambil nano bertanyakan atok pasal 'kakak' dia tu.sembang punya sembang kak zainon kuar.kita orang pun cepat2 ar kuar dari rumah atok.kalau tak tak de point nak kuar.dengar atok citer..

tempat pertama yang di tuju adalah City Square.macam dah tak de tempat lain.bila masuk area bandar jer jalan lenggang?macam tak percaya jer.bila aku pusing ke komtar untuk masuk ke parking bertingkat rupanya jalan belakang memang la jem.orang dok seboj wat jalan hari ahad tu.tak masal2 aku parking bertingkat kat tempat open.selalu tengok dari bangunan ofis jer.kali aku betul2 dapat park kat atas sekali..macam best pun yer..



ni si nano punya keje la ni. aku pun tak pasan dia ambik gambo aku tengah jalan.nak kena rotan la tu..




baju ungu tu nano.baju kurung ni kak zainon..dah aku kat belakang sekali dapat gambo pun belakang2 dia orang jer la..huhuhu..sekali masuk CS ni punya la ramai orang.sampai kasut yang aku nak cari tu pun aku dah tak nampak..terus aku ajak nano tukar plan.gi kotaraya lak. dah gi sana masuk UO la jawab nya..

sebelum masuk UO tu aku tengok ada orang sebok2 isi borang bagai.rupanya nak wat kad UO.aku pun teringin sama la..aku ajak kak zainon skali wat.nano nak wat tapi tak boleh sebab dia dah pernah buat.jadi dia punya kad kena renew jer. tapi dia kata kad dia hilang.memang kena bayor la kalau dia nak ganti kad..tapi tak de makna nya si nano ni nak gi cari kaunter wat kad dia yang hilang tu..



ni pun tak tau sampai bila kad ni bertahan ada pada aku..silap2 hilang.ntah mana2 aku letak kang.bila nak, bukan main lagi beriya2..

misi pertama cari pakaian untuk nano dulu.bila pilihan pakaian nano dah dapat turn aku lak cari kasut.smangat ni cari kasut.nak besukan katakan..kak zainon ikut jer mana kita orang gi.sian gak kat dia.puasa lak tu.jap2 kang aku tanya dia.agak nya dia pun naik risau dah aku asyik tanya dia ok ke tak?aku bukan apa.dia kan pose.wat nya aku dengan nano jalan kat depan dia pitam kat belakang.naya aku...

akhirnya dapat gak kasut.tapi aku tak ambik gambo pun..lupa ar..aku siap beli bantal lagi..sajer tambah koleksi bantal tido..kalau mak aku nampak tu mau di suruh aku tido alas bantal jer tak yah guna tilam bagai..

siap di kotaraya hari tu.misi terakhir kita orang adalah pasar malam stadium larkin.beli la agak2 yang nak di makan jer.siap beli makanan, beli air pulak.masa tu la hujan menurunkan dirinya.kelam kabut nak bayor duit air dan berlari ke keta.. basah la jugak.balik bilik dalam dekat kol 6 ptg.pala pun dah pening2..kena hujan tadi gak nya..aku makan nasi goreng.pas tu duduk2 jap tengok nano iron baju sambil aku layan DVD.hujan lak tu..baring2 terus terlena..ambik ko..

terjaga dah kol 9 lebih..kena bagun gak sebab aku lom mandi.bila aku terjaga turn nano lak tido.konon nya.tapi memang la dah terjaga siap mandi lagi.mata aku dah susah nak tido.tu pun off tv wat2 pejam mata.dalam kol 1pg gak la baru aku tertdo..nasib pagi leh dengar jam lonceng...kalau tak nano la kasi gegar katil aku kejut bagun tido..hahaha







akudankehidupan: seronok 2 hari habis kan cuti kat bilik jer.muka happy tapi hati kusut.mcam mana tu.

Isnin, April 27, 2009

25/04/2009

DURI rindu nano!!! ke sebalik nya???


minggu ni aku tak balik kampung.aku dah janji dengan kakak aku balik kampung 1 mei nanti.cuti pun 3 hari.kita orang nak kemas keliling rumah mak aku.ye la.tak lama lagi kan dah nak majlis kawen abang aku.ada 3 hari ni leh ar wat keje sket..

pagi sabtu ni aku bangun awal walu pun aku tido kul 3 pagi..aku rasa tak de apa yang aku nak buat jadi nya aku tido lagi bila terjaga dah pukul 9 pagi. nano tak de.dia dah mula dengan kelas memandu.sebok ar kekonon tu.patut gak dia blaja mandu untuk kesenangan dia gak nanti..ni pun bukan nak citer pasal dia sebenar nya..aku dah plan nak gi mana hari ni..tapi masa terlalu awal aku ngadap la citer katun dulu..

bila agak2 jam dah pukul 10.30 pagi baru la aku gi mandi dan bersiap2 memulakan aktivi yang terangcang...




aku gi GIANT taman suria.sensorang ok.aku gi sana pun macam biasa untuk beli barang2 ofis..gambo kat atas tu sekadar hiasan yer..aku tak sempat nak tunjuk risalah giant.ada sale kat giant hari tu. gi awal2 seronok gak. nak beli barang orang tak ramai lagi.nak bayar pun tak la nak kena beratur panjang.

pas beli barang2 ofis dan sedikit barang aku.aku gi bandar lak.kekonon nak tengok citer hantu indon 'HANTU JAMU GENDONG'.tapi aku tak servey pun pukul berapa tayangan tu.takut kena tunggu lama jer kang.akhirnya aku just jalan2 kat bandar..tengok orang jual barang kat area kaki lima.dah macam astro.mcam2 ada..

jalan2 tu terpandang gerai jual DVD.aku pun sajer2 la tengok.aku nak 1 citer jer tapi dapat 3 citer..budak tu kata gambo ok.siap janji bagai dengan aku..citer2 yang dia tunjuk tu semua nya baru kuar pawagam tak silap aku..




COMING SOON, RACE TO WITCH MOUNTAIN dengan MALL COP. nama pun cetak rompak kan..tak tau la mcam mana leh kuar citer2 ni dulu.agak2 dah penat jalan dan perot aaku dah rasa lapo.makanya elok aku balik.nak masak la.sebab nya masa kat giant tadi aku dah beli sayur.kena la masak.

masa aku tengah sebok siap2 kan bahan nak masak, atok (tuan rumah) datang.masa tu kak zainon tengah makan sambil melayan dengar aku bercerita tentang penyewa yang duduk bilik dia sebelum dia duduk.ada la sesi ngumpat sket..huhuhu..

aku ingat atok nak bagi tau ada penyewa baru nak masok tapi dia tanya aku pasal kak ros (duri-bukan nama sebenar).

atok: atok nak tanya ni pasal ros..masa dia duduk sewa kat bilik ni dia mcam mana?

aku: maksud atok?(dalam hati tertanya lagi knp kuar citer pasal duri nih)

atok: tak la, betul ke atok dengar dia suka wat hal.cari gaduh.sebab kak ida (bini atok) kata dia suka cari gaduh.hari nana kena dengan si ros ni betul ke?

aku: ermmm..betul tok.tapi napa?(was2 lagi nih)

atok: tak de la. semalam (jumaat) si ros tepon atok.cakap nak sewa semula kat sini.atok dah bagi jawapan memula.lepas tu kak ida kata kalau ros masuk tak susah kan ker budak kat bilik tu.tu yang atok datang tanya ni.dia kata dia tak serasi dok hostel.

aku: kak ros nak sewa semula?dia duduk HOSTEL!!!???bukan dia ada duduk rumah dia ke?sebab dia kata ada beli rumah.dia pindah pun sebab tak nak rumah yang dia beli tu kosong.kalau tak ambik boleh tak tok?mmg ateh (aku) dengan nana pun rasa tak serasi dengan dia.suka sangat cari pasal dengan kita orang. nasib ain yang duduk dengan dia tu leh tahan.tu pun kadang2 dengar gak dia gaduh dengan ain.

atok: tu la. saya pun tak suka dengan perangai ros ni.banyak dah kak ida ngadu pasal dia.tu saya nak halau jer dia.lom sempat saya halau dia nak pindah.

(yer la tu tok...ko kena marah dengan si ros ni pun ko diam jer..)

kira banyak la luah rasa pada atok petang tu..last2 atok kata dia dah tepon semula kak ros tadi cakap pada ros,dah ada orang lain sewa bilik tu. aku tau si ros tu akan naik hanginbila atok kata macam tu.tak nampak pun aku dah tau perangai dia.banyak sangat menipu dari cakap benar.bertambah la aku tak suka.atok cakap dia nak datang petang tu gak angkat barang2 dia..tapi nasib baik atok tepon dia bagi tau dia tak de bilik kosong dah.bagus la tok..kita orang kat sini tak rindu pun nak ngadap dia..nana aku tak tau la.sebab masa ni dia lom balik lagi..kakak kesangan la katakan..wakaka...

pas atok balik cepat2 aku siap kan masak.kak zainon masok bilik dia.tido gak nya.dan siap jer masak aku terus ambik posisi.posisi untuk makan la apa lagi...dah kebulur dah ni..ni jer yang aku sempat masak..



sayur kobis goreng...sayur2 ni wajib untuk aku kalau nak makan..



yang ni asam pedas ikan pari...sedappppp...(aku yang masak aku la puji..kalau tak leh tanya nano sebab dia yang perabih kan asam pedas aku)

24/04/2009

GYM




cerita di mulakan dengan botol dia atas. ni waktu lunch tengah hari aku.kita orang 1 ofis pergi NANDOS-Plaza Pelangi untuk farewell budak pektikal yang terbantut jumaat lepas.

diringkaskan citer gambo makanan memang la aku x fokus pun.tapi dok sebok possing sakan ambik gambo..


sedang membuat pilihan menu..bos aku n budak pektikal (zua).



yang belakang aku tu kak sue.dia memang malu2 sket kalau aku ambik gambo..tu yang ala2 terselit tu..hehehe..gambo nano xde dalam henpon aku so tak dapet la nak tepek kat sini..



pembuka selera.sup2 dulu..ayam tengah bako..masa ni sopan lagi..tunggu la time makan kang..jene..jeng..jeng..




yang ni dah last makan.kita orang kalau bab makan ada kureng malu sket..rejeki jangan di tolak..dah masing2 kekenyangan.tak de maknanya nak hbis makan kek aiskrim tu..masa aku sampai plaza pelangi, metrojaya ada wat sale.pakaian dalam wanita.tu yang tak de hati nak tayang gambo.yang lain2 tu sale bantal, cadar..benda2 biasa la..aku tengok2 jer..nama nak beli?malassss..aku memang tak pernah pun beli cadar2 ni.selalu mak aku yang belikan cadar tuk bilik aku...bagus kan!!!




balik keje aku singgah GYM.nak wat muscle katakan..hahaha..boleh masok angkat berat pas ni wakil johor..kui..kui..kui..GILA! aku gurau jer.sebenarnya aku nak gi gym ni pun sebab nak isi masa terluang yang dah terluang sangat2 (kononnya la).

tempat ni pun pak cik aku yang cadang kan.sebab dia biasa gak gi tempat ni.so dalam perjalanan balik keje aku singgah la untuk bertanya. budak kaunter tu bagi aku kertas kat atas ni. dia galak kan datang gym ni..soh aku bawak kawan2 datang skali.semangat nih.aku kena la pegi kan?tapi tak tau bila nak mula kan aktiviti bebas nih.bukan tak nak.memang nak gi sangat2.pas ni confirm pak cik aku call jer tanya dah gi ke belom..arrggghhh..nanti2 la pak din...

Khamis, April 23, 2009

hari2 yang murung



minggu ni aku rasa down sangat.banyak masalah datang. semalam pun sama.nasib baik kakak aku ajak kuar kalau tak mati kutu la aku layan masalah yang melanda ni.aku nak kuar tapi macam malas.bilik sewa lom gi servey lagi.hati tengah tak tenang.kadang2 rasa nak nangis.tapi sampai bila kan.mungkin tuhan nak duga aku atau keluarga aku.nama pun hidup kan?tak pe tenang2 kan hati 2,3 hari ni..

semalam aku gi lepak dengan kakak aku kat dataran.kita orang makan kat gerai2 lori.lagi pun antara peniaga2 kat situ aku kenal.sebab ada yang orang kampung aku.rasa2 dalam entry yang lepas2 ada kot aku citer.aku dok gerai yang ni pun ada sebab.sebabnya....tut..tut..

hahahaha

ada yang bengang la tu.maaf la pada seseorang tu.semalam aku memang tak de mood pun masa makan.sian dia asyik pandang2 aku.sapa yang pandang2 aku?tu yang kat gambar tu..tengok2 la..

pas siap makan, akak aku ajak aku gi paso borong pandan.nak beli stok peti 's' katanya.aku dengan pantas pegang henpon.call nano. mana tau dia nak beli barang.nano kata dia nak tido.tido?nak cakap banyak2 malas.lantak la.aku just nak standby jer.dah orang tak nak.biarkannnnnn.

sampai sana tak ramai lak orang kali ni.kiranya leh lari2 lagi ar dalam paso tu.tapi bukan aku la yang lari.kang wat gaya stunt women lak kat paso borong tu.lantai dah ler basah.bila basah mesti la licin..jadi jalan sopan2 yer.mata meligat tak pe..huhuhu

bila aku tengok syur atau ikan.aku memang rasa nak beli gak.tapi aku tak tau apa yang aku nak.rasa malas nak masak tu masih menebal dalam hati aku ni.kalau makan pun kena la masak betul2 tuk sendiri.kalau tak membazir je.puas kakak aku tanya nak beli apa.aku memang tak leh nak pikir.otak macam serabut.

last2 aku beli ikan pari..sajer siap2 dalam peti 's'.mana tau aku dah rajin nak masak, leh masak ikan ni.pas beli ikan pari, aku ajak akak aku cari CD/DVD.lama gak aku tak beli CD/DVD baru.tapi tak de 1 pun yang menarik.dah kata otak serabut.tak leh nak pikir apa.tetiba budak yang jual tu tunjuk kan aku 1 citer nih..



THE UNINVITED. bukan citer ni baru lagi ker?tapi dah ada kat pasaran.mesti la yang cetak rompak.ish3..pelanggan CD/DVD cetak rompak rupanya aku ni.budak2 yang jual CD/DVD ni tak kan soh aku beli kalau pic citer ni tak elok.jadinya kau pun membeli la jugak.2 DVD citer seram.minat giler.dan balik jer dari paso borong aku siap2 kan dulu menggosok baju sambil layan citer ni..



JANGAN TIDUR LAGI...memang aku tak tido lagi pun..dah aku nak gosok baju2 aku.nanti senang.nak keje tinggal sarung jer baju2 nya.tapi tak de la aku layan citer ni terus. artis dia SITI n FERHAD.ferhad aku 'sayang..tengok muka n badan la..tapi tang minah tu aku kureng..aku tak minat la pempuan macam dia ni.jenis pura2.mana2 la pempuan sekali pun,aku susah nak percaya.sebab tu aku tak suka ada kawan pempuan.jangan salah faham lak.bukan aku ni lesbian ke atau yang seangkatan dengan nya la.tapi aku tak suka ar nak layan jenis yang ngada2.

aku kalau dah tak suka orang. aku sanggup matikan hati aku terus.bukan nak bunuh diri.tapi aku buat hal aku sendiri dari terus membodohkan diri jadi insan baik (baik kerrrr) hahahaha

biasa la kena la puji diri lebih kan.kata kak angkat aku, " kalau kamu (aku) jumpa orang yang jenis suka ambil peluang pada kita ni".. siap bagi peribahasa ni.."orang ni umpama 'kamu bagi kawan kamu susu tapi kawan kamu bagi aku tuba (racun)'. senang jer nak ajar orang macam tu. kalau akak jadi kamu la.dah lama akak wat perangai YAHUDI."

terbeliak nok mata aku.....

yahudi? teruk nya sampai kena jadi macam tu.zalim nooo...kalau zaman aku muda2 dulu tu boleh la.nak wat2 perangai kat orang. ni dah tua.rasa tak sampai hati lak..

ke laut lak aku nih..tapi aku memang kurang ar kawan2 pempuan.yang ada pun leh di kira dengan jari.yang leh di percaya ada 2 orang jer..erm..sapa tu! lupakan la.dah menyimpang sangat ni..

apa pun aku tak suka orang yang hipokrit.benci..benci..dan benci...





akudankehidupan: layan gak DVD The Uninvited ni sampai kol 1 pagi..memang best citer ni.tapi aku tak nak la 'marah kan nyamuk kelambu aku bako'.renung2kan!

Isnin, April 13, 2009

JANGAN TEGUR...best giler!

ngantoknya keje hari ni.biasa la hari senin.kemalasan masih melanda dalam diri ni.lagi2 kak sue cuti sebab kurang sehat.tak dapat la dengar muzik latar..hahaha

sepatut nya aku balik kampung pada hari jumaat.sebab dah janji nak jumpa abang aku kat air hitam. ada barang yang dia nak kirim.entah apa kena dengan hari jumaat hari tu gak nya,dekat sejam baru aku leh sampai ke rumah.jalan dari bandar JB punya la jem.kalau leh tabur roti tak pe gak.dah nama pun jem kan..hahaha..

masyaallah..penat aku asyik brek.gerak tak lama jer kang dah nak kena tukar gear.kalau auto ye la jugak.sampai rumah jer aku makan dulu. pastu dok2 jap tengok tv.dah tengok tv mulut menguap jer la.cpat2 aku masej abang aku suruh dia kirim barang dia tu pada kakak aku jer.dia kata ok..naseb.kena bertindak segera.kang tak masal2 ngamok lak tunggu aku kat air hitam berejam2.

aku pun baring2 la dulu.konon2 nak gerak balik lewat sket.last2 terjaga pukul 1 pagi, dengan aku masih berpakaian keje lagi.pehhh..bila dah tdo pasti la malas nak mandi.pagi2 bute macam tu.sejuuukkkk

akhir nya sabtu tengah hari tu baru aku gerak balik batu pahat.aku sampai kampung dalam pukul 2 ptg.tu pun dah habis sopan dah aku mandu.tapi mak aku tak de rumah.dia gi jemputan kat labis.sedara katanya.tak pe la.kat rumah pun yang ada anak2 sdara aku.nulia cakap mak aku dah masak kan asam pdas.ermmm..yum..yum..pas solat apa lagi..jom kita terjah dapur..sedaap nya.......

masa mak aku sampai rumah aku tengah melayan si haziq main.pastu mak aku ajak gi air hitam.nak beli bunga telor katanya.makcik aku pun ikut sekali sebab nak cari bunga telor untuk majlis khatam anak dia masa kahwen abang aku nanti.aku ok jer.kakak aku pun nak balik gak hari tu.aku call suruh dia tunggu kita orang kat air hitam jer.


sessi pemilihan barang..kakak aku dengan mak aku.rancak berbincang...



yang ni pantang ada troli.sibok nak menyorong.dah sibok2 kat situ aku aku suruh la okie ni possing.bila nak snap je, masa ni la nak mandang mama dia (kakak aku).

siap membeli aku ajak kakak aku gi makan.sebab dah malam dan perot aku dah lapor giler.gambo makanan tu tak lah dapat aku ambik sebab bila makanan sampai jer aku la orang pertama yang ngan dulu.baca doa ok!sampai rumah aku gi hantar makcik aku dulu.sebab petang nya aku ambik dia kat rumah.jadi, tak kan nak soh dia balik sendiri kan..derhaka jer.

balik ari hantar makcik aku masing2 beriya2 nak lipat kotak telor.aku layan kan jer.nama pun ramai budak kat rumah kan.last2 aku serender dulu penat dah bersila lama2.nulia yang sambong habis kan lipat kotak telor tu.aku nak tido sebab hari ahad nya aku dah plan baik punya...

bangun pagi solat subuh mata aku tak leh tido sebab hidung aku dah berair2..bersin tak henti2.kat kampung biasa la cuaca sejok giler.aku layan Astro Kirana.pas akak aku siap wat sarapan dia ajak gi paso.aku layan jer.sampai paso dan jumpa tempat yang di tuju, sementara tunggu kakak, mak dengan kak ipar aku pilih barang2 dia orang.aku pun tengok2 la barang2 untuk aku.kan nak kuar jap lagi...hehehe...dan aku dah dapat...


baju dan tudung! suka..suka..suka..minggu ni kalau balik kampung lagi aku nak beli lagi baju macam ni..tak sabar nya..(corak lain ler..)

balik dari paso aku suruh nulia siap2.mak aku tak dapat nak ikut coz ada kelas agama kat surau.tak pe mak.bagi anakanda dan cucuanda gerak dulu ke batu pahat.hati ini membuak2 rasanya..


jalan agak jem dekat jambatan batu pahat.orang sebok wat jalan.tak pe sabo2 kan..sampai SUMMIT Batu Pahat nak parking kena naik yang bertingkat coz parking bawah sebahagian nya tengah di betol kan..haiii banyak tol nak buat ubah suai jalan.nak buat jalan guna emas gak nya.aku dapat park keta betol2 tingkat paling atas.tak pe la.janji dapat park.dan misi harus di terus kan.




ni la yang aku terkejar2 kan..cite JANGAN TEGUR.nulia jer yang aku bleh angkot.kang bawak yang lain kang jadik wayang tol kang.wayang ni start pukul 2.20ptg.aku tengok jam baru 1.30tgh hari..sementara menanti kol 2 aku dengan anak sdara aku dok kat McD..



sebenarnya masing2 masih kenyang.tapi bila beratur jer kat kaunter tu terus mulut sebut benda nih..nasib habis..kenyang ker lapo sebenar nya nnih..bila tengok jal dah kol 2.10minit..aku ajak nulia g tandas.kang ada yang menahan rasa lak sejok2 kat dalam wayang tu..

ni kira 1st time nulia masok panggong.sebelom nih nak gak bawak dia atau adik2 dia tapi masa aku lak yang tak de.dia rasa seronok sangat dapat gi.tapi dalam panggong tadi ke main lagi benam2 muka kat sebelah aku..memang betul la citer jangan tegur ni best..tak sia2 aku gi..nak ajak kak sue, dia meraung lebih dari tengok kang..hahahaha






*akudankehidupan: aku balik rumah basah kuyup pas tgok wayang semalam.tapi berbaloi.cerita di atas harus di ringkas2 kan.harap maklum.

Khamis, April 09, 2009

sekali teringat daaaaa

dah lama aku nak paste gambo2 ni tapi terlupa mendang.hari tu kat kampung aku selongkar le lemari aku.kekonon nak carik baju kurung sebab nya yang aku jumpa kain nya jer mau aku tak selongkar.tapi lain aku cari lain lak yang aku dapat.aku terpandang album.ye.album lama.kenangan yang bermula bila aku bekerja jauh dari pandangan mak dan ayah aku.fikiran aku dengan pantas teringat akan kawan2 lama aku ini.

kenapa?mengapa?itu aku tak pasti. mungkin kerana meraka adalah sebahagian daripada kenangan aku dan kenalan aku hingga kini atau selamanya.kenangan ni semasa aku bekerja di pump minyak CALTEX SA27, S'gor dan sehinggalah aku bekerja di BHP(dahulu BP) Tmn Kemas, Plentong dan Permas Jaya1.(ayat skema....)



ketika ni usia aku awal 20-an. pengalaman pertama kali turun kan minyak.seronok.sebab kena panjat tangki lori minyak nih.rasa nak mengulangi pengalaman macam ni.tapi tak mungkin dapat.coz hanya orang yang berkenaan jer yang di benarkan buat keje ni.maksud aku pekerja.sebenarnya cara pakaian aku ni dah di kira salah.salah nya kerana aku buat kerja ni tanpa pakai uniform.jadi bila big boss datang buat 'spot chek' bisa di bambu kamu.masa ni aku masih brutal2 lagi. kalau sapa yang tengok cara aku dulu dengan sekarang mesti mereka2 ini tak kan percaya.kenapa yer.....???!!!!



yang nie Ayu nama dia.nama penuh aku dah lupa.gambo kabur?ambil gambo atas gambo ni la jadinya.dia ni kerani kat caltex. jadi bab apa2 pun kena blaja2 slow2 dengan minah ni.jangan cari pasal dengan dia ni.pala sama2 brutal.anak dah 2 masa nih.



yang ni along.sepupu ayu.lagi dasat minah ni.aku dengan dia kira aku la yang masok keje dulu.dia ada kelulusan tapi hobi suka tukar2 keje.masa mula2 masuk keje kat caltex ni along kata untuk sementara je keje kat situ. dalam sementara2 tu dekat setahun gak la minah ni keje.masa ni umur dia 24-25.sebelah dia tu aku la.



lie. nama penuh azlie.budak kelantan pior punya.masa baru2 masok keje memang payah la kita orang kat caltex ni nak faham apa yang dia cakap.rasa hangin gak la di buatnya.tapi lama2 ok dah.bila ada budak baru, kena la tunjuk garang baru ada rasa hormat sket.keji..keji..tapi jap jer garang.bila wat2 garang, si lie ni leh kata "eda, muka manis mana takut"..boleh gi tu.nak bodek aku kan...ada lagi 2 orang seorang Qadri. seorang lagi amer.amer ni gambo dia possing tak la sesuai di tunjukkan di sini.aku kena cari gambo amer yang tol2 sesuai baru aku paste kat sini.

qadri?untuk mendapat kan gambo dia sangat la susah ok.tu pun dah puas pelbagai cara nak ambik gambo dia tapi ko jangan harap.ayu dengan along tak suka kat qadri ni.kenapa?ada la....nama pun orang 'BANDO'.lu makan lu simpan la haaaa..

aku last keje kat caltex ni tahun 2002.sebab nya bos aku ajak aku keje dengan dia kat JB.. caltex ni tukar kepada owner melayu.en. azmi.bila en.azmi ambil alih.dia terpaksa memilih pekerja yang dia rasa dia betul2 nak.maksudnya ada diantara kami2 pada masa tu yang tak kan bekerja di bawah en. azmi.maksud aku di buang kerja.akhir nya.en.azmi wat kputusan dengan menamatkan kontrak ayu dan along.alasan en.azmi dia ada banyak sebab kenapa dia buat macam tu.tak kan aku,qadri,lie atau amer nak pertikai kan.terpaksa kita orang terima walau pun.....

en.azmi nak ambik orang baru.tu je yang aku di beritahu.dan aku wat kputusan untuk ikut bos lama aku ke JB.aku usul kan pada 3 mahlok2 ni.semua membantah.konon nya "kalau eda pergi mana ada bunga lain yang leh di kacau...".mengada ok! masa tu dah ada pun 3 orang budak baru masuk keje.tiga2 pempuan.semua en. azmi yang pilih.ye la dia kan bos..mana nak mintak pendapat.sekali duit cashier hilang dengan budak baru tu skali hilang.baru la nak tanya pendapat kita orang.bila aku bagi surat perletak kan jawatan en. azmi tak terima.aku mintak alasan (masa ni dalam ofis aku dan dia sahaja).private!

en.azmi: kalau awak berhenti sapa nak tolong kawan2 awak kat sini?
(tolong kawan2 aku ke tolong ko?)

aku: qadri ada.dia boleh tolong ajar budak2 baru.benda2 lain saya akan ajar dia nanti sebelom saya berhenti.lie dengan amer pun dah mahir gak tentang cashier ni.

diam jap

en.azmi: ok la macam ni.saya tak kan terima surat awk ni selagi dia orang tak betul2 ready leh buat keje2 kat station ni.
(dia ni berlagak ok.ckap jer la nak mintak aku tolong ko...kan senang.pantang tol aku)

aku: kalau macam tu saya tak payah la sign kontrak sambong kerja bawah en. azmi..
(aku saja jer cakap macam tu kat dia)

diam lagi...

aku: senang macam ni la.saya tolong mana terdaya saya.tu pun sebab saya kesian kat kawan2 saya..

aku terus keluar dari bilik tu.bila aku keluar mamat2 ni kekonon wat2 tak tau.padahal dah dok tekap telinga kat pintu ofis tu.mana aku tau?sebab aku pun wat yang sama gak kalau tetiba salah seorang dari kami di panggil atau nak berbincang sesatu perkara tu kena bincang dalam ofis.kan tak sabo tu nak tau apa beritanya..


kadang2 aku hangin gak dengan en.azmi ni.walau pun dia majikan aku masa tu aku akan buat suka hati aku jer.sebab nya aku dah sedia nak tinggal kan caltex ni..hahaha keji kan..mana tak nya, ni la 1 perangai orang melayu yang aku tak berkenan.berlagak jer tau.aku bukan nak pertikai kan orang yang bernama en. azmi ni..tapi, aku nak tolong dia.dia bermula tanpa ada pengalaman sebagai owner sebuah station minyak.dan dia tak belajar pun cara2 untuk menguruskan sebuah station minyak.jadinya pada sapa dia kena percaya.kalau tak kawan2 aku tu.kalau dia tak percaya kenapa dia pilih aku dah kawan2 aku tu.bila datang jer station suka buat muka badi.kadang2 tu naik menyampa!tu yang rasa nak blah jer cepat2..

masa aku turun kan dulu ilmu aku pada qadri,lie dan amer.memang banyak songeh ok dia orang semua ni.itu susah la.ini susah la.saja nak sabotaj aku.nasib la.jangan aku dah tak keje kang menggagau lak.tapi last aku dapat gak berhenti.aku jumpa en.azmi dan serah kan surat behenti keje aku.macam biasa tak kan ada penerimaan.aku just biar kan surat tu depan mata dia pastu aku blah jer kuar.kuang ajo ke tu.dah dia yang memperlekehkan aku sapa suruh.aku dah buat mana aku terdaya.terpulang la kat dia.

aku start keje kat BP Taman Kemas, Tampoi. ni tempat aku training. ye la aku kan keje untuk caltex jadi, aku kena la blaja sistem untuk BP lak. banyak hal bila aku mula datang JB.yang tu nanti jer la citer yer..aku sepatut nya bermula di BP plentong dan Permas Jaya.agak2 dah mahir guna sistem kat BP station ni baru la aku mulakan tugas aku kat permas.kenapa kat permas?sebab nya aku tolong bini bos aku..




ni la Shirley..ni gambo candid.amoi ni berhenti kerja di pejabat lawyer KL semata2 nak ikot laki dia (bos aku) datang JB.pendek kan citer..memang best keje dengan mereka berdua ni..tapi aku dapat ikut dia orang ni sampai 2004 jer. tu pun sebab ada la sesatu yang terlalu panjang kalau aku nak citer kat sini..ni pun dah terlebih2 citer nih..tapi sampai sekarang kita orang still contac.cuma tak pasti bila aku akan gi KL jumpa dia orang ni..



ni gambo pas aku dah tak keje station. masa ni kenduri kekah e-in..aku keje kat bandar Batu Pahat.bila dah dok kampung.dok dengan kuarga balik.lagi sedap la badan aku naik.banyak dah baju2 masa keje caltex aku dah tak leh pakai..dah kecik dah baju tu..ish..ish..ish





*8/04- selamat hari lahir wat abah aku yang ke 16 tahun! hehehe..
(aku dah wish dah cuma tak dapat nak balik jer semalam..)


- semalam duri cakap dia nak pindah.ok la tu.pas ni aku lak..ermm kena survey bilik kosong lagi la pas ni.nak dok sensorang lak..