Khamis, April 09, 2009

sekali teringat daaaaa

dah lama aku nak paste gambo2 ni tapi terlupa mendang.hari tu kat kampung aku selongkar le lemari aku.kekonon nak carik baju kurung sebab nya yang aku jumpa kain nya jer mau aku tak selongkar.tapi lain aku cari lain lak yang aku dapat.aku terpandang album.ye.album lama.kenangan yang bermula bila aku bekerja jauh dari pandangan mak dan ayah aku.fikiran aku dengan pantas teringat akan kawan2 lama aku ini.

kenapa?mengapa?itu aku tak pasti. mungkin kerana meraka adalah sebahagian daripada kenangan aku dan kenalan aku hingga kini atau selamanya.kenangan ni semasa aku bekerja di pump minyak CALTEX SA27, S'gor dan sehinggalah aku bekerja di BHP(dahulu BP) Tmn Kemas, Plentong dan Permas Jaya1.(ayat skema....)



ketika ni usia aku awal 20-an. pengalaman pertama kali turun kan minyak.seronok.sebab kena panjat tangki lori minyak nih.rasa nak mengulangi pengalaman macam ni.tapi tak mungkin dapat.coz hanya orang yang berkenaan jer yang di benarkan buat keje ni.maksud aku pekerja.sebenarnya cara pakaian aku ni dah di kira salah.salah nya kerana aku buat kerja ni tanpa pakai uniform.jadi bila big boss datang buat 'spot chek' bisa di bambu kamu.masa ni aku masih brutal2 lagi. kalau sapa yang tengok cara aku dulu dengan sekarang mesti mereka2 ini tak kan percaya.kenapa yer.....???!!!!



yang nie Ayu nama dia.nama penuh aku dah lupa.gambo kabur?ambil gambo atas gambo ni la jadinya.dia ni kerani kat caltex. jadi bab apa2 pun kena blaja2 slow2 dengan minah ni.jangan cari pasal dengan dia ni.pala sama2 brutal.anak dah 2 masa nih.



yang ni along.sepupu ayu.lagi dasat minah ni.aku dengan dia kira aku la yang masok keje dulu.dia ada kelulusan tapi hobi suka tukar2 keje.masa mula2 masuk keje kat caltex ni along kata untuk sementara je keje kat situ. dalam sementara2 tu dekat setahun gak la minah ni keje.masa ni umur dia 24-25.sebelah dia tu aku la.



lie. nama penuh azlie.budak kelantan pior punya.masa baru2 masok keje memang payah la kita orang kat caltex ni nak faham apa yang dia cakap.rasa hangin gak la di buatnya.tapi lama2 ok dah.bila ada budak baru, kena la tunjuk garang baru ada rasa hormat sket.keji..keji..tapi jap jer garang.bila wat2 garang, si lie ni leh kata "eda, muka manis mana takut"..boleh gi tu.nak bodek aku kan...ada lagi 2 orang seorang Qadri. seorang lagi amer.amer ni gambo dia possing tak la sesuai di tunjukkan di sini.aku kena cari gambo amer yang tol2 sesuai baru aku paste kat sini.

qadri?untuk mendapat kan gambo dia sangat la susah ok.tu pun dah puas pelbagai cara nak ambik gambo dia tapi ko jangan harap.ayu dengan along tak suka kat qadri ni.kenapa?ada la....nama pun orang 'BANDO'.lu makan lu simpan la haaaa..

aku last keje kat caltex ni tahun 2002.sebab nya bos aku ajak aku keje dengan dia kat JB.. caltex ni tukar kepada owner melayu.en. azmi.bila en.azmi ambil alih.dia terpaksa memilih pekerja yang dia rasa dia betul2 nak.maksudnya ada diantara kami2 pada masa tu yang tak kan bekerja di bawah en. azmi.maksud aku di buang kerja.akhir nya.en.azmi wat kputusan dengan menamatkan kontrak ayu dan along.alasan en.azmi dia ada banyak sebab kenapa dia buat macam tu.tak kan aku,qadri,lie atau amer nak pertikai kan.terpaksa kita orang terima walau pun.....

en.azmi nak ambik orang baru.tu je yang aku di beritahu.dan aku wat kputusan untuk ikut bos lama aku ke JB.aku usul kan pada 3 mahlok2 ni.semua membantah.konon nya "kalau eda pergi mana ada bunga lain yang leh di kacau...".mengada ok! masa tu dah ada pun 3 orang budak baru masuk keje.tiga2 pempuan.semua en. azmi yang pilih.ye la dia kan bos..mana nak mintak pendapat.sekali duit cashier hilang dengan budak baru tu skali hilang.baru la nak tanya pendapat kita orang.bila aku bagi surat perletak kan jawatan en. azmi tak terima.aku mintak alasan (masa ni dalam ofis aku dan dia sahaja).private!

en.azmi: kalau awak berhenti sapa nak tolong kawan2 awak kat sini?
(tolong kawan2 aku ke tolong ko?)

aku: qadri ada.dia boleh tolong ajar budak2 baru.benda2 lain saya akan ajar dia nanti sebelom saya berhenti.lie dengan amer pun dah mahir gak tentang cashier ni.

diam jap

en.azmi: ok la macam ni.saya tak kan terima surat awk ni selagi dia orang tak betul2 ready leh buat keje2 kat station ni.
(dia ni berlagak ok.ckap jer la nak mintak aku tolong ko...kan senang.pantang tol aku)

aku: kalau macam tu saya tak payah la sign kontrak sambong kerja bawah en. azmi..
(aku saja jer cakap macam tu kat dia)

diam lagi...

aku: senang macam ni la.saya tolong mana terdaya saya.tu pun sebab saya kesian kat kawan2 saya..

aku terus keluar dari bilik tu.bila aku keluar mamat2 ni kekonon wat2 tak tau.padahal dah dok tekap telinga kat pintu ofis tu.mana aku tau?sebab aku pun wat yang sama gak kalau tetiba salah seorang dari kami di panggil atau nak berbincang sesatu perkara tu kena bincang dalam ofis.kan tak sabo tu nak tau apa beritanya..


kadang2 aku hangin gak dengan en.azmi ni.walau pun dia majikan aku masa tu aku akan buat suka hati aku jer.sebab nya aku dah sedia nak tinggal kan caltex ni..hahaha keji kan..mana tak nya, ni la 1 perangai orang melayu yang aku tak berkenan.berlagak jer tau.aku bukan nak pertikai kan orang yang bernama en. azmi ni..tapi, aku nak tolong dia.dia bermula tanpa ada pengalaman sebagai owner sebuah station minyak.dan dia tak belajar pun cara2 untuk menguruskan sebuah station minyak.jadinya pada sapa dia kena percaya.kalau tak kawan2 aku tu.kalau dia tak percaya kenapa dia pilih aku dah kawan2 aku tu.bila datang jer station suka buat muka badi.kadang2 tu naik menyampa!tu yang rasa nak blah jer cepat2..

masa aku turun kan dulu ilmu aku pada qadri,lie dan amer.memang banyak songeh ok dia orang semua ni.itu susah la.ini susah la.saja nak sabotaj aku.nasib la.jangan aku dah tak keje kang menggagau lak.tapi last aku dapat gak berhenti.aku jumpa en.azmi dan serah kan surat behenti keje aku.macam biasa tak kan ada penerimaan.aku just biar kan surat tu depan mata dia pastu aku blah jer kuar.kuang ajo ke tu.dah dia yang memperlekehkan aku sapa suruh.aku dah buat mana aku terdaya.terpulang la kat dia.

aku start keje kat BP Taman Kemas, Tampoi. ni tempat aku training. ye la aku kan keje untuk caltex jadi, aku kena la blaja sistem untuk BP lak. banyak hal bila aku mula datang JB.yang tu nanti jer la citer yer..aku sepatut nya bermula di BP plentong dan Permas Jaya.agak2 dah mahir guna sistem kat BP station ni baru la aku mulakan tugas aku kat permas.kenapa kat permas?sebab nya aku tolong bini bos aku..




ni la Shirley..ni gambo candid.amoi ni berhenti kerja di pejabat lawyer KL semata2 nak ikot laki dia (bos aku) datang JB.pendek kan citer..memang best keje dengan mereka berdua ni..tapi aku dapat ikut dia orang ni sampai 2004 jer. tu pun sebab ada la sesatu yang terlalu panjang kalau aku nak citer kat sini..ni pun dah terlebih2 citer nih..tapi sampai sekarang kita orang still contac.cuma tak pasti bila aku akan gi KL jumpa dia orang ni..



ni gambo pas aku dah tak keje station. masa ni kenduri kekah e-in..aku keje kat bandar Batu Pahat.bila dah dok kampung.dok dengan kuarga balik.lagi sedap la badan aku naik.banyak dah baju2 masa keje caltex aku dah tak leh pakai..dah kecik dah baju tu..ish..ish..ish





*8/04- selamat hari lahir wat abah aku yang ke 16 tahun! hehehe..
(aku dah wish dah cuma tak dapat nak balik jer semalam..)


- semalam duri cakap dia nak pindah.ok la tu.pas ni aku lak..ermm kena survey bilik kosong lagi la pas ni.nak dok sensorang lak..

Tiada ulasan: