Selasa, Mac 31, 2009

kenduri

aku balik kampung hari tu sabtu pagi.tu pun paksa gak bukak mata kalau aku layan kan ngantok aku mesti aku tak gerak2 balik kampung.aku ngantok bukan sebab aku berjaga sampai pagi,tapi aku minum ubat batok terlabih dos gak nya.cara aku minum tak de nak sukat2 guna sudu.main tonggak jer..hebat kan!!tak tau la tekak ni gatal semacam jer.tu yang kena buat benda yang lain dari yang lain..

oleh kerana aku ni menjadi penjaga kepada kanak2 bernama haziq.makanya aku tak la dapat menolong masak kenduri kat mana2 rumah pakcik aku.mak aku dari hari jumaat lagi dah sibuk kan diri kat parit sulong.dia dapat tlong untuk majlis adik dia pun dah petang sabtu.tu pun goreng mee hoon dan ayam.kakak aku gerak dari JB terus singgah parit sulong.aku jer yang dok rumah tunggu dia orang balik untuk gi sama ke majlis kenduri kedua2 rumah ni.

pas maghrib mak aku ajak kita orang gi rumah atok aku dulu.sebab majlis tahlil yang adik mak aku buat tu kat rumah atok aku.konon nya tak lama nak gi majlis pakcik2 aku ni,tapi tak kan majlis tengah berlangsung nak tinggal kan..ada yang muncung leh ikat reben lak kang..(eii..apa2 jer la nak majuk bagai..) lagi pun ada sambutan harijadi untuk pakcik2 aku malam tu.dan hadiah nya dah pun aku siap kan..kenapa aku kata pakcik2???sebab nya adik mak aku ni kembar..mana yang abang tu aku tak pasti sebab masing2 ngaku diri tu abang..






2 pasang kemeja yang di bungkus rupa kemeja gak...hehehe



sebahagian makanan yang sempat aku snap gambo nya..

agak2 tetamu tahlil dah balik dan hanya ahli keluarga terdekat yang ada jadinya majlis potong kek di mulakan..meriah dan sedikit kecoh gak bila pasangan kembar berjumpa..


adik mak aku yang 2 orang di tengah..yang 2 orang lagi tu sepupu mak aku..dia orang pun kembar..pas sessi kembar sessi bersama keluarga lak


yang ni Pak Lang aku dan keluarga.anak dia 2 orang jer dedua pempuan..yang sulong tudung hitam tu.kerja kat jabatan menteri kat putrajaya.anak yang ke-2 sebelah kiri pak lang aku.dia bekerja sebagai askar kat KL.nama jer keje askar tapi 'gembeng' ok...


yang ni Pak Anjang aku dan keluarga..anak dia 4 orang..yang sulong masih belajar kat U.tak dapat balik sebab sibok exam katanya..yang kedua lelaki, tingkatan 4. ke-3 dan ke-4 pempuan..masing2 masih bersekolah..

selesai sessi ni dalam kol 10 lebih kita orang semua gerak semula ke parit sulong..sampai sana majlis baru jer habis..yang ada hanya lah sedara2 terdekat..kalau nak citer pasal suku sakat ni sampai esok atau hujung tahun pun lom tentu habis..ramai sangat keturunan..parit sulong ni keluarga sebelah abah aku..aku pun tak kenal sangat..yang mana biasa jumpa tu la aku kenal..bukan sombong ok..

bila dah kenal2 kan sedara sampai kedapur, aku dengan kak ipar aku tengok pinggan mangkok makan kenduri tadi tak sapa pun yang menyerah diri nak basoh..last2 aku ajak kak ipar aku basoh.bukan susah pun..lagi pun kita orang tak dapat nak tolong masa kenduri tadi.tengah aku dengan kak ipar basuh pinggan kakak aku datang join sekali..ok la kan ceoat sket siap..mak aku dengan kakak sepupu aku kak ani dan kak sal tolong lap pinggan dan susun sekali dalam almari..yer la nak wat hari ahadnya mana larat.lagi pun sian kan gak kat sepupu aku tu.dia 2 orang jer yang wat keje..alang2 penat biar penat terus..aku siap wat basuh pinggan tu dekat kol 1 pagi..

kita orang balik sg muda malam tu gak.sebab hari ahadnya dah ada program yang nak di buat...sampai rumah dalam kol 2 lebih.ngantok nya jangan cakap la.. sebab aku rasa baki2 ubat batok tu tak habis lagi..aku tido dengan tak salin baju pun.nulia pun sama.mana aku lending situ la dia nak numpang nyelit sama kat aku..

hari ahadnya tersado dak kol 9 pagi..mak aii lewat nya..jadinya masing2 berebut2 nak mandi kan anak dan diri masing2..siap mandi dan masak ( bukan masak pun, panaskan lauk kenduri jer) bagi budak2 makan pas tu aku, kakak aku, mak dan kak ipar aku gi mulakan misi kita orang kat batu pahat..ooppss lupa lak ada eskot...




ni la eskot nya...mula2 budak ini akan menagis semahu2 nya kalau dia tengok oarang yang dokong dia tu dia tak kenal..ni tengok muka maacam ok dah nak la tu..kalau tak harammm..mandang pun idokk..itu awek yang pangku adalah kakak ipar aku..




kita orang gi beli kain untuk majlis abang aku kawen nanti..banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak yang mana..last2 kakak aku yang gi pilih kain nya tapi aku dengan kak ipar aku gi belek baju lain..untuk aku gak baju tu..baju keje..alang2 beli kain beli la yang siap di jahit sekali..mudah dan senang sebab tengah separuh harga...

patu ada 1 lagi aku dapat...kirim berminggu2 tak penah dapat pun..



tadaaaaaaa...aku beli ni pun sebab nak dengar lagu kat tabong ni..tapi ok la puas hati gak akhir nya aku dapat benda ni..bila dah dapat letak jer la mana ko suka..hahaha..leh gi tu..aku kan?dah biasa dah wat perangai macam ni..best..best..

1 ulasan:

Only Me...Sue berkata...

Tak hengat pun nak belikan org. Nyampah I dgn U. Tak suka!!!!