Isnin, April 27, 2009

25/04/2009

DURI rindu nano!!! ke sebalik nya???


minggu ni aku tak balik kampung.aku dah janji dengan kakak aku balik kampung 1 mei nanti.cuti pun 3 hari.kita orang nak kemas keliling rumah mak aku.ye la.tak lama lagi kan dah nak majlis kawen abang aku.ada 3 hari ni leh ar wat keje sket..

pagi sabtu ni aku bangun awal walu pun aku tido kul 3 pagi..aku rasa tak de apa yang aku nak buat jadi nya aku tido lagi bila terjaga dah pukul 9 pagi. nano tak de.dia dah mula dengan kelas memandu.sebok ar kekonon tu.patut gak dia blaja mandu untuk kesenangan dia gak nanti..ni pun bukan nak citer pasal dia sebenar nya..aku dah plan nak gi mana hari ni..tapi masa terlalu awal aku ngadap la citer katun dulu..

bila agak2 jam dah pukul 10.30 pagi baru la aku gi mandi dan bersiap2 memulakan aktivi yang terangcang...




aku gi GIANT taman suria.sensorang ok.aku gi sana pun macam biasa untuk beli barang2 ofis..gambo kat atas tu sekadar hiasan yer..aku tak sempat nak tunjuk risalah giant.ada sale kat giant hari tu. gi awal2 seronok gak. nak beli barang orang tak ramai lagi.nak bayar pun tak la nak kena beratur panjang.

pas beli barang2 ofis dan sedikit barang aku.aku gi bandar lak.kekonon nak tengok citer hantu indon 'HANTU JAMU GENDONG'.tapi aku tak servey pun pukul berapa tayangan tu.takut kena tunggu lama jer kang.akhirnya aku just jalan2 kat bandar..tengok orang jual barang kat area kaki lima.dah macam astro.mcam2 ada..

jalan2 tu terpandang gerai jual DVD.aku pun sajer2 la tengok.aku nak 1 citer jer tapi dapat 3 citer..budak tu kata gambo ok.siap janji bagai dengan aku..citer2 yang dia tunjuk tu semua nya baru kuar pawagam tak silap aku..




COMING SOON, RACE TO WITCH MOUNTAIN dengan MALL COP. nama pun cetak rompak kan..tak tau la mcam mana leh kuar citer2 ni dulu.agak2 dah penat jalan dan perot aaku dah rasa lapo.makanya elok aku balik.nak masak la.sebab nya masa kat giant tadi aku dah beli sayur.kena la masak.

masa aku tengah sebok siap2 kan bahan nak masak, atok (tuan rumah) datang.masa tu kak zainon tengah makan sambil melayan dengar aku bercerita tentang penyewa yang duduk bilik dia sebelum dia duduk.ada la sesi ngumpat sket..huhuhu..

aku ingat atok nak bagi tau ada penyewa baru nak masok tapi dia tanya aku pasal kak ros (duri-bukan nama sebenar).

atok: atok nak tanya ni pasal ros..masa dia duduk sewa kat bilik ni dia mcam mana?

aku: maksud atok?(dalam hati tertanya lagi knp kuar citer pasal duri nih)

atok: tak la, betul ke atok dengar dia suka wat hal.cari gaduh.sebab kak ida (bini atok) kata dia suka cari gaduh.hari nana kena dengan si ros ni betul ke?

aku: ermmm..betul tok.tapi napa?(was2 lagi nih)

atok: tak de la. semalam (jumaat) si ros tepon atok.cakap nak sewa semula kat sini.atok dah bagi jawapan memula.lepas tu kak ida kata kalau ros masuk tak susah kan ker budak kat bilik tu.tu yang atok datang tanya ni.dia kata dia tak serasi dok hostel.

aku: kak ros nak sewa semula?dia duduk HOSTEL!!!???bukan dia ada duduk rumah dia ke?sebab dia kata ada beli rumah.dia pindah pun sebab tak nak rumah yang dia beli tu kosong.kalau tak ambik boleh tak tok?mmg ateh (aku) dengan nana pun rasa tak serasi dengan dia.suka sangat cari pasal dengan kita orang. nasib ain yang duduk dengan dia tu leh tahan.tu pun kadang2 dengar gak dia gaduh dengan ain.

atok: tu la. saya pun tak suka dengan perangai ros ni.banyak dah kak ida ngadu pasal dia.tu saya nak halau jer dia.lom sempat saya halau dia nak pindah.

(yer la tu tok...ko kena marah dengan si ros ni pun ko diam jer..)

kira banyak la luah rasa pada atok petang tu..last2 atok kata dia dah tepon semula kak ros tadi cakap pada ros,dah ada orang lain sewa bilik tu. aku tau si ros tu akan naik hanginbila atok kata macam tu.tak nampak pun aku dah tau perangai dia.banyak sangat menipu dari cakap benar.bertambah la aku tak suka.atok cakap dia nak datang petang tu gak angkat barang2 dia..tapi nasib baik atok tepon dia bagi tau dia tak de bilik kosong dah.bagus la tok..kita orang kat sini tak rindu pun nak ngadap dia..nana aku tak tau la.sebab masa ni dia lom balik lagi..kakak kesangan la katakan..wakaka...

pas atok balik cepat2 aku siap kan masak.kak zainon masok bilik dia.tido gak nya.dan siap jer masak aku terus ambik posisi.posisi untuk makan la apa lagi...dah kebulur dah ni..ni jer yang aku sempat masak..



sayur kobis goreng...sayur2 ni wajib untuk aku kalau nak makan..



yang ni asam pedas ikan pari...sedappppp...(aku yang masak aku la puji..kalau tak leh tanya nano sebab dia yang perabih kan asam pedas aku)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MEMAG SEDAPLA IKAN ASAM PEDAS KAK TEH NI.. LAIN HARI LEH MASAK LAGI KAN...HEHEHEH.. KITA TUKAR IKAN LAIN LAK YER....IKAN KALOI NANA ADA LAGI...HEHEHEH

Tanpa Nama berkata...

amoboiiiiii....sedapnya berkata2..kang rasa panas!panas!panas!