Isnin, Mei 10, 2010

majlis kawen

salam semua..

entry lepas aku dah cite sket yang mak aku nak datang Jb kan. mak aku sampai jumaat tu hampir kol 9 malam.heran gak aku sebab lambat setengah jam.rupanya pemandu bas tu dok bawak aweks dia sekali.jadi nya, kalau sampai cepat kang cepat pulak hilang rindu kan.hehehe

aku sampai bus stand larkin dalam kol 9.bila tgok mak aku dgan makcik aku jer heran pulak sebab wajah kesayangan aku tu tak de.rupanya abah aku tak bagi bawak sebab nak buat kawan dengan dia kat rumah.eleh nak dengki aku la tu..tak pe sabo..sabtu kan jumpa.

hari sabtu tu gerak gi jemputan sekitar jam 11 pagi.tempat pertama kat skudai jer..tapi tetap kena awal gi sebab nak gi 1 lagi majlis kawen..ni pun aku ambik gambo nya tak banyak sangat..yang kawen ni pangkat dua pupu dgan aku.kiranya sedara sebelah mak aku la.aku kenal rupa dia orang tapi tak tau nama mereka2 itu sapa..kalau kenal nama dan orang pun ada la beberapa kerat jer.tu la kan, biasa kalau mak nak kenal kan sedara suka sngat buat2 sibuk..padan muke aku.

tapi tak pe lah.janji tau tu sedara kan..











yang ni pun pangkat dua pupu dengan aku..lama gak aku tak jumpa dia.selalu kalau jumpa, dia rajin usik aku.kadang2 kalau aku protes cara dia usik aku memang dia kena jeling la dengan aku.so dia akan faham.masa tu aku budak2 kan.rasa seronok pulak ingat kisah lama2 ni..sekarang buat2 tak kenal pulak.hehehe





masa ni jemputan nya pun terdiri dari ahli keluarga terdekat dan banyak yang aku kureng kenal berbanding kakak aku.dia ingat semua sedara mara belah mak aku ni.kalau nak harap aku leh tunjuk jer orang nya macam aku cite tadi.kalau tanya nama memang hancusss...

mak dan mak anjang aku apa lagi. sakan la berborak bila dah jumpa sedara.aku pun sebok berborak gak.borak dgan orang nih...







aku sebok borak dengan orang ni lah..panjang jugak la cerita yang kami borak kan..sebabnya jumaat tu baru aku ngumpat2 hal dia dengan adik sepupu aku..alih2 sabtu tu terjongol depan muka aku kat majlis kawen tu..ermmm..panjang umur.agak2 ada rasa tersedak tak? huhuhu..

rasa2 dah panas ponggong.perjalanan di terus ke pontian pulak..yang ni bukan sedara aku.tapi mana tau jadi sedara pulak kan nanti..eh, tet..tet..hohoh..

orang dah jemput kena la gi kan.kat majlis tu aku tak makan cuma minum jer.lagi pun masa kat skudai aku dah makan.macam tak leh nak masok lak tekak ni.hehehe..maklum la nasi minyak.tengok macam nak makan.tapi bila dah bau nasi minyak tu terus rasa kenyang pulak.








ni la raja sehari nya.bersanding 4 orang.pengantin lelaki (baju biru) dan pengantin perempuan (baju hijau) adik beradik.rasa macam ada tak kena bila aku tengok pengantin ni.hehehe...ni kalau kak sue ada mau join sekali gelak dengan aku masa ni..kenapa aku nak gelak? ermmm..perasaan aku kot sebab hepi sgat..alasan.

gambar kurang menarik sebab anak sedara aku si nulia yang pi snap gambar.aku malas sebab tgah layan si haziq.wajah kesayangan aku tu la..rindu tau...








akudankehidupan: pindah..pindah..pindah..alahaiiii

Tiada ulasan: