Isnin, Januari 31, 2011

kursus

26hb-28hb minggu lepas aku kena gi kursus bina insan kat kem asahan.ni kira kaki gunung ledang.aku memang malas nak pergi.ye la, keje tengah menanti sebab ada sorang kerani tengah cuti sakit.tapi nak tak nak tetap kena pegi walau 1000 alasan aku bagi.huhuhu
sedih2.

hari selasa malam tu aku tak buat apa2 pun just longgok je baju kat bilik.biasa la nak memberontak.masa tu mcam nak lari jer rasa.hihihi...tapi nasib la aku ni duduk dengan akak aku.dia la yang tolong kemaskan baju n siap masukkan dalam beg.kalau nak harapkan aku...hampeh!

pagi tu (rabu) abg ipar aku yang hntar aku gi persada.kalau aku drive sure kena tinggal keta 3 hari kat persada.kebetulan cik grey ada masalah sket hari tu.tak pasal2 dia mati kat traffic light.tu yg aku tinggal je kat rumah akak aku senang nnt akak or abg ipar aku tolong hntarkan ke bengkel..hihihi..untungkan aku.semua ada orang tolong buatkan..

sambong sedih lagi ni..yang kena pi kem ni semua dari jabatan berlainan.tapi ada yang hntar 2 orang staff dalam 1 jabatan.aku dan ada kot sorang dua yang dihantar sorang je mewakili jabatan untuk kursus ni.tak pe la.redho jek...



ni dah nak bergerak ke kem asahan




ni berhenti sarapan kat hentian pagoh.masa ni pala macam nak pecah.sakit migrin.tak pasal2 jek.




ni dah nak sampai kat gunung asahan..sejok je kan pemandangan.dah le hujan je sepanjang perjalanan.







ni dah sampai pun..tak tau apa fungsi bangunan ni.mungkin rumah guard kot.sebab terletak kat sebelah kanan pintu masuk.tapi tak nampak pun guard nya.

layan gambo lagi.....

















ni baru turun bas..kena masuk kelas untuk sesi suai kenal dan ambik kunci bilik..



sesi suai kenal....



area aku tak tau nak suruh sapa ambik kan pic..juast snap jer la mana yang boleh...




masa ni tengah mencari arah bilik.hujan belom benti lagi masa ni.so kena pastikan btol2 bangunan yang di tuju tu arah bilik kita orang.kalau salah leh lencun dalam hujan tu semata2 nak cari bilik.bila dah pasti baru le kita serrrbbuuu...

pala masih berdenyut2 walau dah telan panadol 2 biji masa ni.



ni la biliknya..

yang gi kursus ni wanita hanya ada 8 orang.jadinya yang ada dalam bilik ni hanya enam.lagi 2 orang duduk bilik lain yg khas ada 2 katil.hanya 3 katil ini je yang hujung kepala ada tingkap.untuk 3 katil lagi hujung kepala adalah dinding..bila pandang tingkap nampak la hutan2.bila malam pandang luar hanya nampak kegelapan yang membuat hati aku, serius kecut!

tak banyak pic yang aku ambik sebab time kelas tak boleh pegang henpon.leh di denda tu kalau ada yang pegang tanpa sebab.termasuklah bila kena jungle tracking.ikutkan banyak benda yang boleh di snap.tapi henpon dah tinggal nak wat mcam mana kan..huhuhu...


ni malam pertama sementara tunggu kelas malam..sempat tengok berita.



hari kedua...ni pose ala cute sebelom gi panjat gunung...




ni adalah selepas panjat gunung ledang..masing2 dah lepak.puas la memasing jatuh n mengelongsor.kena derma darah kat si pacat lagi..sakit2 badan masa ni.padahal ada imam muda dari pejabat agama melaka datang bagi tazkirah pas maghrib.tapi aweks2 ni dah penat sangat.semua bantai pengsan.terlindung balik tabir la katakan..




tu dia...siap menyarap lagi.renggang2kan otot....




ni hari ketiga..masa nie dalam bas n dah nak balik dah..tetap hujan.tapi aku yang dah tak sabar nak balik.nak baring kat bilik.tak tahan kepala makin sakit n di tambah sakit2 badan.nak jalan pun susah.



baca doa dulu sebelom bas bertolak balik...



*hari ini genap 3 hari pemergian orang yang pernah berada di hati aku.yang pernah menjadi kekasih dan kawan hingga akhir hayat hidup nya dan semestinya akhir hayat aku.bila teringat kisah dengan arwah dan gurauan bersama arwah buat aku rasa sedih sangat2... " saya btol2 rindu awak!
pasnie dah takde orang akan call saya 1,2 pagi lagi...."



arwah zulkifli @ zulkarnain

AL-FATIHAH....




MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Tiada ulasan: