Selasa, November 24, 2009

zaza kawen

minggu lepas aku tak balik kampung coz hari ahad aku nak gi jemputan kat felda air tawo 2.memang semangat giler sebab aku ada sebab lain selain nak gi jemputan.haaa...nak gi mana tuh!




masa ni dah lepas kota tinggi dah.aku gerak dalam 11 pagi..tak de lah tepat2 pukul 11.sajer gerak awal sebab banyak agenda nak wat.

sebelum gerak tu aku peksa2 keta dulu pagi2 tu.nak jalan jauh jugak la katakan..
pastu binik tuan rumah tegur aku.dia tanya jalan nak ke TAMAN BESTARI INDAH.aku pun laju jer la terang kan.sah2 rumah akak aku kat area tu.tak masal2 dia ajak aku skali.katanya kawan kilang dia jemput gi rumah ada wat jamuan makan2.aik, dia ni bior betul.tak kan la dia lupa yang dia dan suami di jemput ke majlis kawen yang aku nak pegi sama nih.

**untuk pengetahuan korang majlis kawen yang aku nak gi nih adalah majlis kawen budak yang dok sewa satu rumah dengan aku (tapi bilik lain).sebulan awal dia bagi aku kad jemputan.harap sangat aku dengan nana gi.tak gi tak patut la.walau pun jarang jumpa tapi budak ni jenis manja2 sket orang nya.kiranya aku leh terima pakai lagi la cara dan perangai dia.kalau sekali sekala jumpa tu ada gak duduk melepak kat bilik (ngumpat adalah motif utama!) hohoh..dah nambah dosa.haiiii...**

aku pun malas nak ingat kan kat binik tuan rumah tu.masa aku sebok2 panas kan enjin keta dan masok kan barang2 dalam keta.binik tuan rumah tu panggil lagi.dia kata nak tumpang kan anak lelaki kesayangan dia sampai bus stand larkin.aku ok jer.jap pastu cakap tak jadik lak nak mintak numpang.ok jugak la pada aku.pastu..

binik tuan rumah: eh, nana dengan ateh tak gi rumah zaza ke?
aku&nana: ni nak gi la ni.
(aku dah berbaju kurung tak kan nak gi beraya haji lak..)
binik tuan rumah: atok nak tumpang boleh?dia nak mandu jauh tak larat.
aku: kak ida kan pandai drive.tak nak gi ke?
kita orang pas gi rumah zaza ada hal lain.nak ke ikut?takot balik lambat je.
binik tuan rumah: jauh2 akak tak berani la. tak pe la kalau macam tu.

aku pulak paling pantang dengan orang2 macam ni.kalau dah tak nak gi tu tak yah la buat2 bertanya kat aku ni.sebab nya kang jadi macam ni la.wat nampah dosa aku jer nak ngata orang.hakikatnya ko sebagai orang tua tak nunjuk pun yang elok kat aku yang mude belia nih..mude ke?erkk..muda..muda..muda..tet.

yang aku tau pasal tuan rumah ni bab jalan shopping bagai tu tak sakit lak.lagi2 binik dia nih.peh..kalau bab2 jualan murah ni tau sesajer.kira panas punggung kalau tak gi.satu lagi kalau ada perlawaan dari kawan.memang panthang..seboleh2 nak sampaikan diri tu.eiii...penat ar nak citer pasal orang2 tua jenis nih.tak de nyedor nya.

lantak la yang penting aku nak begumbira menuju ke sinun.

perjalanan di terus kan dengan jaya nya.tak perlu nak laju2 sebab jalan nak menuju ke felda tu memang tak sesak pun.nak kejor kan apa sangat.aku tiba pun dalam 12 lebih tengah hari.tak ramai lagi orang2 jemputan.tak tau la kalau awal pagi tadi dah ramai.

aku masuk dalam jumpa zaza dulu.dia terkejut gak sebab aku ada.sebab nya aku dah plan dengan nana cakap yang aku tak datang majlis dia.huhuhu

masa aku masuk bilik tu dia baru nak di 'kerjakan' mak andam.jadinya aku dengan nana gi makan dolu.siap makan masuk balik.sebab masih awal lagi kalau nak terus kan perjalanan.walau pun mata dah ternampak2 tempat yang nak di tuju tu.sabo2..

jam baru 1 suku.aku bajet pukul 2 pengantin bersanding.tapi bila tunggu2 hampir ke jam 2.oaran kompang pun aku tak nampak.dengor nya orang nyanyi karaoke je.bayang2 rombongan pengantin laki pun tak de.jadinya,terpaksa la masuk bilik pengantin lagi sekali untuk mintak diri.sebab ada misi lain..hehe

eh..lupa lak nak tunjuk gambo pengantin..









ni la tempat yang aku nak gi tu.hehehe..




bila nampak pintu gerbang nih.lagi bertambah2 semangat nya.tetiba nampak laut jer depan mate..dasat kan..aku dah lama giler tak gi tempat ni.last gi tak ingat langsung.lantak jer la kan?kan?

bila dah sampai tepi pantai aku tengok ombak nya mak aii..tinggi.aku dah agak.aku bajet mesti ada larang mandi punya.rasa sedikit hampa la bila aku tengok ramai yang dok tepi tengok laut.nana ajak gi tempat lain.tapi pada masa yang sama dia gi tengok laut.aku ikut kan jer.sekali nampak laut baru lah aku nampak orang2 yang sedang bermandi manda.apa di tunggu lagi...tukar la baju.

masa ni gambo2 takde.sebab tak de sapa pun yang nak jadi tukang ambik gambo.tu pun aku mintak tolong makcik penjaga bilik salinan pegangkan kunci keta aku.kira serah naseb ar..gara2 nak mandi laut.apa pun sanggup tinggal kan.

memang best giler.sampai naik mabok2 gak la sebab bila kena ombak jer dan terasa diri di tarik ke laut.jadik kelam kabut di buat nya..tapiii...memang best.pas ni dah ada plan dah nak gi lagi.tapi tempat lain pulak..hehehe

agak2 dah naik pening dan muke rasa panas.aku dengan nana terus naik. nak balik.kang nak singgah rumah makcik pulak.sebelom balik pose dolu..







aku masa nih dah naik kehausan walau pun dah makan ais krim.sebab nya tau2 la kan. bila dah mandi pastu air masin banyak termasuk dalam mulut.tekak jadik kering..masa ni nak air..air..air..




bila balik baru nak ambik gambo kiri kanan jalan..tapi tetap best dapat gi mandi gak kat desaru.








aku singgah makan kat RR Sg. Mas.tak tau kenapa aku pilih gerai makan yang ni.adakah sebab aku dah kehausan dan kelaparan?

layanan yang aku terima bila meletak kan ponggong di gerai ini adalah kurang bagus nya.kalau ada kertas suruh tinggal kan komen.konpem aku ambik sepuluh komen pasal gerai ni..



ni nana punya..cencol pulut..dan yang pasti pulut tu aku la yang kena makan kan untuk dia.dia tak leh makan pulut.nanti gagap.




aku minum air epal.dah takde air lain yang boleh di minta.kita orang makan nasi goreng kampong.nana tambah ayam kunyit.aku nak mintak yang tidak2 tak de la.sebab terbantot dek kerana muke dan layanan yang aku dapat dari gerai nih.jadi, makan dan cepat2 belah dari situ.




antara gerai2 yang ada di RR Sg. Mas.


aku sampai rumah makcik aku dah maghrib.saja tanya kabo.alang2 dah lalu simpang kota...aku tumpang solat dan duduk borak2 jap.kol 8 lebih aku minta diri sebab nak singgah rumah kakak aku lak.mak aku kirim laksa untuk aku.yum..yum..

sampai rumah dah pukul 10 lebih.badan rasa letih sangat2.pala lak makin denyut2.mabok kena ombak kot..malam tu tido memang lena.ngigau ke tak.tu dah tak tau.sebab masing2 dah penat.tapi rasa best sangat2.





akudankehidupan: terima kasih kak sue...

Tiada ulasan: