Rabu, Februari 03, 2010

tikus oh tikus

agak lama jugak aku malas nak hupdet blog nih.bukan tak de benda nak tepek kat sini.ada..
cuma malas jer nak hupdet.

ok2..kita lupakan jer pa yang dah berlaku pada minggu yang sudah.aku just nak citer apa yg aku dah buat malam semalam..

dah lama dah aku nak buat pojek nih..tapi oleh kerana asyik terlupa.maka,sampai naik lemak dan gemok lah haiwan nih.haiwan yang aku maksud kan ni adalah CIK TI.bukan si TARI TIRANA tu yer..ni cik tikus.orang kata tak baik nak maki2 haiwan spesis nih..sebab nya tak pasal2 dia bawak lari barang2 rumah kang.tu kalau barang masak tak per.wat nya dia pun sama nak meng'test" spenda or 'cemin mata' seksi tu.sapa nak jawab?

tapi oleh kerana aku dah terlebih manjakan haiwan ini maka aku telah nekad untuk mendenda hewan ini..apa lagi...





tu dia..habuan untuk cik ti semalam..puas gak la aku dengan nana nak cari papan untuk letak gam tikus nih..last2 papan frame yang jadi mangsa..




umpan di tengah2 adalah tongkeng ayam..saja bagi cik ti selera sket..nana yang letak benda ni.aku tolong sket2 jek.bau ini gam..masya'allah..kuat engko.

aku target cik ti tak kenan punya.sebab bau tongkeng ayang goreng tu pun tenggelam..bila lampu terpadam jer.mula la episod hewan ini berlari berkejaran..

sekali tu..hah! hambik ko..bising mulut cik ti nih bila terlekat. nana jadi lagi semangat pulak nak pasang 1 lagi letak kat dapur..aku yer kan jer.samapi tido semalam pun aku bukak lampu.takot punya pasal.tido pulak tu jenis tersentak2..kejap2 tgok bawah lemari tikos tu bunyi lagi tak..buat nya sekali tersedo hujung kaki aku.mau melaung azan malam2 bute tu..

bila aku keluar nak gi mandi pagi tadi..tersentak aku tgok ada 2 ekor cik ti kat luar melekat pada gam yang nana pasang kat luar tu..melaung gak la pagi tu..tapi melaung sopan jek..bila nak masuk bilik memang aku tak pandang pun cik ti..geli siot..






akudankehidupan:balik nak baung cik ti..tapi macam mana nak buang cik ti yang dah melekat tu ek..mak, tolonggg..eiii..geli nya!

Isnin, Januari 18, 2010

jom wayang!

minggu ni aku tak balik kampung.dah rooger pada mak dah yang aku tak balik.saja nak melayan perasaan kat jb.padahal nak gi meluangkan masa minggu untuk mencuci mate.

hari jumaat gi makan kat SR port biasa aku denagn kak sue..dalam jalan2 tu aku tgok kedai kasut MIXIT wat sale giler2 murah.aku dah test dah sepasang dua kasut.kira ada yang berkenan la.kak sue dah ok kan dah kasut yang aku cuba.tapi aku tak tau nak ke tak.kalau ikut peratus nak tu, dah 99.99% dah aku nak kasut tu tapi leh pulak aku ikot kata hati 0.01% kata nanti2 leh dapat..

padah nya bila aku datang balik jangan harap leh dapat kasut yang aku nak tu.dah sold out.shedih nya..padan muka aku.wat lagi perangai cam tu.dah la kaki tu **tet**tet**.leh pulak main tarik2 tali..tapi apa kan daya.aku pilih kasut lain.ok kot..gambo tak de.

hari sabtu aku gi cuci mate kat CS gak.aku gi tgok wayang..citer apa lagi kalau bukan yang sedang hangat di tanyangkan..





memang berbaloi ok kalau korang gi beli tiket wayang tgok citer nih..sakit perot aku ketawa..ada part macam touching gak pada aku la.tapi bila kena yang lawak memang tak leh nak tahan punya..

apa lagi?layannnnn...






akudahkehidupan: 'mata ke mata, turun kehati, hati ke hati, berhati2..' bermakna tol lirik lagu ni.

Selasa, Januari 05, 2010

ek' eh...baru nak hupdet?

dah 5 hari masuk tahun baru.baru aku nak sebok2 citer.padahal..malas tahap gaban.banyak perkara berlaku.kadang2 sampai tak tahu patut atau tidak aku luah kan di sini.maklumlah azam sekarang nak sopan2 kan diri.

tapi kalau aku terlanggar azam tak pe kot.hohohoh..aku bukan sengaja nak bagi 'pandangan ikhlas' pada mahluk2 ciptaan tuhan ni.dah lalu depan mata aku.tu yang sedap jer nak terkeluar kata2 ikhlas ni.benda tu spotan..aghstafirullah halazim...

aku just nak citer apa yang aku buat di akhir hayat tahun 2009..layan!


cuti krismas aku tak balik kampung.aku dengan nana gi bercuti ke TANJONG BALAU.ni kes main redah jer.suasana mandi di sana adalah biasa2 saja.sebab aku dah pernah gi.kita orang siap sewa bilik hotel.yang murah2 je.sebab sabtunya kekonon nak mandi air terjun lak.

gambar tak yah la sebab.orang mandi semua.dosa tau tengok.aku dah terambil nak wat cam ne.simpan sudah..hehehe

sabtu tu dalam kol 11 gi cari makan sebelom nak mandi air terjun.pas siap makan boleh pulak hujan kat bandar kota.tak kan nak gi mandi gak.kang kuar surat kabo lak nama aku.lemas di air terjun..hish..subhanallah..di jauh kan..kan aku lom kawen.tak kan dah sampai masa kot.....tetiba nak mak..

aku dengan nana jalan2 jap pastu balik bilik sambong tido.kol 5 petang gerak balik larkin.balik apa lagi aku masak la.jangan manjakan diri sangat ye.masak yang simple2 je.

tepon mak.mak cakap haziq demam.sian nya.nak balik tak kan sehari jer.sebab esok nya aku ada jemputan.tak nak la terkejar2.haziq dengar aku call dia sebok nak cakap.rasa rindu kat dia pulak masa tu.

hari ahad nya dalam kol 2.aku siap2 nak gi majlis kawen Mel budak 1 opis..sampai sana jumpa la bos lama.tapi tak ambik gambo pun.ada la beberapa orang yang aku kenal kat majlis tu.tapi aku wat kering jer..terok kan aku...aku sampai pun pengantin dah siap makan.nak balik tu aku gi jumpa si pengantin dulu.nak wish..






mel n family..mel pengantin lelaki ye..kang ada yang igt mel tu nama pempuan.gambar aku dengan pengantin ada dalam henpon nana..lupa lak nak ambik.


malam tahun baru pulak.aku tak kemana2 pun sebab 1st january kena bagun awal2.gi persada.tu pun kira aku lambat gak ar.tapi keadaan terkawal lagi..





bila dah agak lama duduk dalam dewan tu.apa lagi.datang ar tebiat aku n de geng..




masa ni dah tak dengar dah yang kat depan tu cakap apa..kalau aku hayati kata2 orang yang bercakap tu, mau tetiba aku mengangguk2 faham/setuju.kang confius lak orang depan,belakang n sebelah aku.jadi apa lagi..moh buat pojek possing sakan..hilang ngatok kau!




masa ni dah di beri pelepasan untuk gi mengisi pewot..




ni adalah apa yang terdaya aku makan..ok la kan dari tak makan langsung..bila makanan banyak.jadi tak tau nak milih aku di buatnya.pas makan benda2 ini.yang lain aku dah tak ngadap lagi..senak perot aku.






akudankehidupan:hupdet blog macam *tet* kan...

Rabu, Disember 09, 2009

ngantok nya....

ya,allah..hari ni aku susah betol nak bangon pagi.mungkin sebab semalam aku makan ubat dan ubat tu belom reda lagi kesan nya.

bayangkan lah aku dah mandi sekalipun.mata still leh nak lelap lagi.padahal sejuk giler.ptot nya mesti ar teros segor mata tu.ni ewah..mata semakin longgar otot nya untuk di buka.




dapat lelap macam ni sedap nya...puas aku pujuk2 mata nih.rasa ngatok tu still ada.menyesal aku ambik ubat tu.tapi kalau tak makan memang kepala aku berdenyut2.

ubat ni mak aku yang bagi.leh makan waktu malam saje.kesan nya selain mengantok.bila bangon pagi akan rasa kehausan sangat2.

pagi tadi sebelom kuar rumah aku dah minum dah air.dalam perjalanan nak gi keje pun suruh nana belikan air mineral sebab dia nak beli surat kabo.pastu singgah beli sarapan aku tapow air gak bawak balik ofis.habis jer air tu aku minum air kosong lak.sebab tekak aku memang rasa kering sangat2..

dah nak mati ke rasa haus sangat2 nih??? aku ada buat perangai yang buang tebiat tak?kalau ada tu tegur 2 kawan sekeliling yer.. sebab nya aku tak pernah minum air byak2 macam nih.kalau tapow pun aku jarang ar dapat habis kan.kalau habis pun aku tak de nya nak minum2 lagi air kat ofis nih.dan kalau beli lagi memang tak habis punya.tu yang pasti.

tak pe lah.untuk sedap kan hati anggap jer la air dalam badan aku dah kurang..hehehe
tu yang dok sebok2 cari air tuh..haus..haus..

semalam lupa pulak nak bagi tau aku dah boleh bedal benda2 sejok nih..batok tinggal suam2 hati jek..mula2 tengah hari tu aku makan nih....



kak sue ajak gi singgah OLD TOWN.aku tak moh makan berat2 sebab pagi tu dah makan mee hoon goreng.kenyang masih terasa.tapi roti aku di ganti putih coz roti biasa dah habesh..redho jer la..memang sedap.

bila aku selak lagi menu yang lain tekak lagi rasa nak makan.tapi sabo2..kak sue kata lain hari jer.sebab ada yg lain lagi menanti..huhuhu




taaaraaaaa....aku dapat minum cool blog dan wafer! memang la orang lain tak rasa apa2. tapi aku dah rasa teruja nak benda2 ni dari minggu lepas lagi.kalau tak sebab batok dan selsema.dah lama aku terjah jer benda ni.lagi2 cool blog.shedap sangat.

tapi semalam aku tak dapat minum yang capucino.tukar order ambik perasa mocha tanpa pearl..hari ni tak tau la dah ada ke belom perasa capucino tuh..harap2 jer la





akudankehidupan: mato ngantok ni weiiii.....

Sabtu, Disember 05, 2009

batok oh batok....

hari ni xde yang menarik pun.batuk aku tak surut2.agaknya nak suruh aku makan ubat batok kot.aku makan ubat.tapi bukan ubat batuk ar.just ambik pil selsema.ais lagi la tak minum seminggu ni.

tapi hari ni aku langgar jer pantang.dah tu makin aku minum air yang hangat2 makin tak hilang gak batuk nya.bedal saja lah.



yer..air teh ais..lega rasanya dapat air nih.pas tu ambik ko batok tak henti2.tapi galak minum lagi tu..huhuhu...degil kan aku.tak pe malam kang aku minum ubat batok.




neskepi ssss....







akudankehidupan:keputusan yang aku kena pertimbangkan..