Selasa, Januari 10, 2012

cerita haziq dan nurlia....

dah 10 hari dah 2012 menjelang.rasa cepat jer masa berlalu.bila nak hupdet blog tak pernah sempat.mengalahkan banyak keje sesangat.hehe..

keje tu memang la ada tapi semalam sebelom balik keje saya dok sebok main satu game nih dan akhirnya saya BERJAYA! poyo kan.balik keje lambat semata2 nak score game ni...




terasa bangga bila dapat habiskan game ni...


ok la, benti cite game tu.rasa tak menarik pun.saya cuma nak cerita tentang haziq dan Nulia di sekolah barunya. haziq tetap tadika lagi tapi berlainan sekolah untuk tahun ni. Nulia pulak telah saya suruh tinggal di asrama.biar dia belajar berdikari sikit..



KISAH HAZIQ

haziq di tukarkan ke tadika yang lain adalah kerana mak saya kata cikgu kurang perhatian pada murid. yang tu saya tak dapat nak pastikan kesahihannya..tapi dah mak kata nak tukar memang kena tukar la..mungkin untuk kebaikan haziq jugak.terlupa pulak mana letak gambar haziq masa daftar kat sekolah tadika baru hari tu..

tempat baru ni budak lelakinya 3 orang je.tapi sorang tu tak cekal hati.bila mak nya balik, memang budak tu meraung semahu2 nya.saya mesti la dah risau sebab haziq hanya mendiamkan diri je.tapi mujur ada sorang budak perempuan yang memang muke slumber.dia ajak haziq main sangat la senangnya. tak silap namanya PUTERI NUR AISHAH (saya curi2 tgok nama budak tu).dia datang kat haziq, tanya nama, pastu terussss pimpin tangan haziq ajak main....senang nya budak pempuan tu..sangat2 peramah!haziq hanya diam je...

bila saya dah selesai sesi pendaftaran dan nak balik. haziq tak bagi saya dan mak balik sebab budak lelaki yang tengah emo tu masih lagi sedang menangis semahu2nya. agak nya dia rasa sebak kot tengok budak tu meratapi nasib kena tinggal kat sekolah.tapi nak buat mcam mana kan, sekolah tetap sekolah. nak tak nak haziq terpaksa la redho walau pun dia tak rela.

esok paginya (05.01.2012) bila saya nak hantar ke sekolah....

Haziq: kita nak gi skolah mana acik?

Saya: sekolah semalam la..sekolah yang makcik dengan mak hantar tu..

Haziq: sekolah yang budak nangis tu ke?

Saya: ha'ah..*sambil tgok muke haziq.dapat nama baru la sekolah tu..hehe...*



KISAH NURLIA

Nurlia adalah cucu sulung dalam family saya dan merupakan anak kepada abg long saya. terpaksa suruh dia buat pilihan tinggal di asrama..tapi rasa macam tak percaya pulak terpaksa biarkan dia kat asrama.sebab ni pertama kali dia duduk asrama.teruja gi jengok dia kat asrama.




pemandangan pintu masok






blok asrama..masa ni dah sedia nak naik tangga sekali....



nampak tu papan merah tu kata apa...terus patah balik tunggu kat keta je..


menangis la jugak saya dengan dia...huhu..mengada kan?sedih memang tak boleh kontrol...gambar memang tak leh tunjuk sebab mate masing2 tengah merah.sangat memalukan...

hehe...bosan kan cite ni...

Tiada ulasan: