Rabu, Disember 09, 2009

ngantok nya....

ya,allah..hari ni aku susah betol nak bangon pagi.mungkin sebab semalam aku makan ubat dan ubat tu belom reda lagi kesan nya.

bayangkan lah aku dah mandi sekalipun.mata still leh nak lelap lagi.padahal sejuk giler.ptot nya mesti ar teros segor mata tu.ni ewah..mata semakin longgar otot nya untuk di buka.




dapat lelap macam ni sedap nya...puas aku pujuk2 mata nih.rasa ngatok tu still ada.menyesal aku ambik ubat tu.tapi kalau tak makan memang kepala aku berdenyut2.

ubat ni mak aku yang bagi.leh makan waktu malam saje.kesan nya selain mengantok.bila bangon pagi akan rasa kehausan sangat2.

pagi tadi sebelom kuar rumah aku dah minum dah air.dalam perjalanan nak gi keje pun suruh nana belikan air mineral sebab dia nak beli surat kabo.pastu singgah beli sarapan aku tapow air gak bawak balik ofis.habis jer air tu aku minum air kosong lak.sebab tekak aku memang rasa kering sangat2..

dah nak mati ke rasa haus sangat2 nih??? aku ada buat perangai yang buang tebiat tak?kalau ada tu tegur 2 kawan sekeliling yer.. sebab nya aku tak pernah minum air byak2 macam nih.kalau tapow pun aku jarang ar dapat habis kan.kalau habis pun aku tak de nya nak minum2 lagi air kat ofis nih.dan kalau beli lagi memang tak habis punya.tu yang pasti.

tak pe lah.untuk sedap kan hati anggap jer la air dalam badan aku dah kurang..hehehe
tu yang dok sebok2 cari air tuh..haus..haus..

semalam lupa pulak nak bagi tau aku dah boleh bedal benda2 sejok nih..batok tinggal suam2 hati jek..mula2 tengah hari tu aku makan nih....



kak sue ajak gi singgah OLD TOWN.aku tak moh makan berat2 sebab pagi tu dah makan mee hoon goreng.kenyang masih terasa.tapi roti aku di ganti putih coz roti biasa dah habesh..redho jer la..memang sedap.

bila aku selak lagi menu yang lain tekak lagi rasa nak makan.tapi sabo2..kak sue kata lain hari jer.sebab ada yg lain lagi menanti..huhuhu




taaaraaaaa....aku dapat minum cool blog dan wafer! memang la orang lain tak rasa apa2. tapi aku dah rasa teruja nak benda2 ni dari minggu lepas lagi.kalau tak sebab batok dan selsema.dah lama aku terjah jer benda ni.lagi2 cool blog.shedap sangat.

tapi semalam aku tak dapat minum yang capucino.tukar order ambik perasa mocha tanpa pearl..hari ni tak tau la dah ada ke belom perasa capucino tuh..harap2 jer la





akudankehidupan: mato ngantok ni weiiii.....

Sabtu, Disember 05, 2009

batok oh batok....

hari ni xde yang menarik pun.batuk aku tak surut2.agaknya nak suruh aku makan ubat batok kot.aku makan ubat.tapi bukan ubat batuk ar.just ambik pil selsema.ais lagi la tak minum seminggu ni.

tapi hari ni aku langgar jer pantang.dah tu makin aku minum air yang hangat2 makin tak hilang gak batuk nya.bedal saja lah.



yer..air teh ais..lega rasanya dapat air nih.pas tu ambik ko batok tak henti2.tapi galak minum lagi tu..huhuhu...degil kan aku.tak pe malam kang aku minum ubat batok.




neskepi ssss....







akudankehidupan:keputusan yang aku kena pertimbangkan..

Selasa, Disember 01, 2009

selsema yang tak berkesudahan

balik hari tu jalan jem giler.walau pun aku guna kan 'touch n go' line tu tetap la macam tak bermakna.naik kebas kaki aku tunggu turn.keta yang lain tu biasa la.kena pemandu yang berhemah macam aku tunggu ikot giliran.kena yang jenis bute hati dan mato main selit mana boleh jer.




apa dia ingat aku ni tengah tido ke dalam keta?memang hangin gak bila jumpa perangai pemandu yag macam ni.tau la nak cuti raya.tapi sabo2 la.kebetulan lak hari tu nana aku tumpang kan sekali sampai air hitam.so tak la boring aku mandu balik hari tu.

tapi memang penat belaka.hampir 3 jam setengah baru aku leh sampai kampung.
sepanjang highway tu kemalangan jangan cakap la.tu la tak sabo sangat kan.kan dah dapat.walau pun hanya kemalangan kecil.tapi pada aku kalau keta dah tekemek ke,tecalar ke.mau terguris sama hati aku nih.naseb aku sabo dan selamat sampai kampong.alhamdullillah...

sambutan raya haji kat rumah aku ala kadar jer.ketupat tu wajib ar ada.tapi aku tak makan ketupat2 nih.aku makan nasi.huhuhu




dia orang nih pantang aku cakap nak ambik gambo.sebok berpossing bagai..

tapi malam tu mak aku masak sup tulang macam nak wat kenduri mana tak nya.mak aku masak satu piuk besar.memang tak dan aku nak ambik gambo.aku makan esok nya.malam2 aku nak makan sup tulang.oh, tidak.lemaknya tebal ar..lagi pun esok masih ada kan.kang kata buruk lantak lak.

hari sabtu tu aku dgan yang lain dah plan nak bawak mak n abah aku gi makan2 kat muar.port kita orang biasa la.mana lagi kalau bukan bus stand bas xpress muar.ayah dan mak aku suka gi situ.jadi tak payah la kita orang nak susah payah nak fikir menu apa yang nak kena order.sah2 tau dah makanan kegemaran dia orang.






kak long aku dengan akak aku tak tau pun aku nak sambut harijadi dia orang sekali.sebab nya aku hanya cakap hari jadi ni untuk farahin.bila aku kuarkan kek.ketawa la memasing bila tengok nama ada kat atas kek.

surprise!

farahin lagi la suke.bila aku nak nyanyi jer akak aku kata jangan la.malu ar..
geli jer nak malu2.
tapi malam tu memang best..gambo yang lain2 tak sempat ambik sebab tangan aku dah kotor.nak suap haziq lagi.dia bukan nak ikut mummy dia.asyik berkepit jer duk dekat aku..layan kan jer.sayang tuh.

balik malam tu pala dah start sakit dan bersin2 aku makin menjadi2.makan ubat terus tido.

akibatnya.pagi ahad tu aku bangun awal subuh terus mandi.jarang ar aku mandi waktu sejok bute.tapi badan aku masa tu macam merelakan jer.lagi ar pas mandi aku bersin tak berhenti2.pas tu meleleh2 lak kuar kat hidung.tu yang jadi leceh.pala aku dah jadi makin berat.aku just makan ubat selsema. sambil2 tengok tv tapi makin mengalir jugak cecair kat hidung aku.aku makan lagi ubat up 2 biji.terus aku tido.

tapi tak leh lena sebab badan aku rasa panas sangat.aku asyik terjaga jer.mungkin sebab tu aku rasa tak selesa.entah kali ke berapa aku terjaga aku tengok suasana senyap jer.aku bangun badan rasa sakit2 sangat.aku tengok jam hampir 6 ptg.macam mana aku nak drive balik nih.pala makin berdenyut.

aku just baring jer.mak aku tanya larat tak.soh aku gi klinik.aku diam jek.agak nya sebab badan ni panas.bila aku baring mata kuar air.bukan nagis ok.bab2 ni la yang buat aku lemah.haziq memang tak kacau.macam tau2 jer aku tengah demam.pas maghrib aku terus tepon bos aku minta cuti.naseb dapat pelepasan.pastu call kak sue n nano.aku tak larat nak taip msg.pas bagi tau dia orang terus aku makan ubat dan tido.

esok nya aku cuba bangun seawal yang boleh.nak gerak awal konon nya.tapi pala makin terasa berat nya.aku gi mandi dulu.pastu aku duduk untuk selesakan badan.aku nak balik.nak hantar nulia rumah kakak aku.last2 tengah hari baru aku gerak.tu pun gagah kan diri drive keta.

kelajuan aku masa tu 60-70 km/j..dah habis rasa laju dah.sampai rumah kakak aku hampir kol 4.aku hanya baring jer kat rumah kakak aku.agak2 rasa ringan sket.pas waktu maghrib aku gerak balik larkin.sampai hari ni hidung masih tak ok lagi.selsema yang terok setakat ini.pada sapa la aku nak pas selsema nih..






akudankehidupan:kak sue cuti 4 hari.aku baru cuti sehari tinggal kan dia..minggu depan baru jumpa kak sue.huhuhu

Khamis, November 26, 2009

hari nih gi keje lengang jek jalan.
sampai ofis hanya aku dengan nana.aku pandang dia, dia pandang aku.paling2 bising pun soure radio.
bosan nya.ramai dah coti2 malaysia nampak nya.kak sue pun xde..buat kuih raya.eh, masak untuk raya..aku pas keje nih terus balik kampong. tak sabor lak rasa nya.sebab minggu lepas aku tak balik.ni yang rasa beriya2 nih nak balik.

untuk kalian semua aku ucap kan...


Glitter Words



dan walau pun kak sue tak de di sisi kala ini aku dah ada pengganti...



hehehe..jangan mare..selamat hari raya haji kak sue!







akudankehidupan: balik kampongggg..lalalala

Selasa, November 24, 2009

zaza kawen

minggu lepas aku tak balik kampung coz hari ahad aku nak gi jemputan kat felda air tawo 2.memang semangat giler sebab aku ada sebab lain selain nak gi jemputan.haaa...nak gi mana tuh!




masa ni dah lepas kota tinggi dah.aku gerak dalam 11 pagi..tak de lah tepat2 pukul 11.sajer gerak awal sebab banyak agenda nak wat.

sebelum gerak tu aku peksa2 keta dulu pagi2 tu.nak jalan jauh jugak la katakan..
pastu binik tuan rumah tegur aku.dia tanya jalan nak ke TAMAN BESTARI INDAH.aku pun laju jer la terang kan.sah2 rumah akak aku kat area tu.tak masal2 dia ajak aku skali.katanya kawan kilang dia jemput gi rumah ada wat jamuan makan2.aik, dia ni bior betul.tak kan la dia lupa yang dia dan suami di jemput ke majlis kawen yang aku nak pegi sama nih.

**untuk pengetahuan korang majlis kawen yang aku nak gi nih adalah majlis kawen budak yang dok sewa satu rumah dengan aku (tapi bilik lain).sebulan awal dia bagi aku kad jemputan.harap sangat aku dengan nana gi.tak gi tak patut la.walau pun jarang jumpa tapi budak ni jenis manja2 sket orang nya.kiranya aku leh terima pakai lagi la cara dan perangai dia.kalau sekali sekala jumpa tu ada gak duduk melepak kat bilik (ngumpat adalah motif utama!) hohoh..dah nambah dosa.haiiii...**

aku pun malas nak ingat kan kat binik tuan rumah tu.masa aku sebok2 panas kan enjin keta dan masok kan barang2 dalam keta.binik tuan rumah tu panggil lagi.dia kata nak tumpang kan anak lelaki kesayangan dia sampai bus stand larkin.aku ok jer.jap pastu cakap tak jadik lak nak mintak numpang.ok jugak la pada aku.pastu..

binik tuan rumah: eh, nana dengan ateh tak gi rumah zaza ke?
aku&nana: ni nak gi la ni.
(aku dah berbaju kurung tak kan nak gi beraya haji lak..)
binik tuan rumah: atok nak tumpang boleh?dia nak mandu jauh tak larat.
aku: kak ida kan pandai drive.tak nak gi ke?
kita orang pas gi rumah zaza ada hal lain.nak ke ikut?takot balik lambat je.
binik tuan rumah: jauh2 akak tak berani la. tak pe la kalau macam tu.

aku pulak paling pantang dengan orang2 macam ni.kalau dah tak nak gi tu tak yah la buat2 bertanya kat aku ni.sebab nya kang jadi macam ni la.wat nampah dosa aku jer nak ngata orang.hakikatnya ko sebagai orang tua tak nunjuk pun yang elok kat aku yang mude belia nih..mude ke?erkk..muda..muda..muda..tet.

yang aku tau pasal tuan rumah ni bab jalan shopping bagai tu tak sakit lak.lagi2 binik dia nih.peh..kalau bab2 jualan murah ni tau sesajer.kira panas punggung kalau tak gi.satu lagi kalau ada perlawaan dari kawan.memang panthang..seboleh2 nak sampaikan diri tu.eiii...penat ar nak citer pasal orang2 tua jenis nih.tak de nyedor nya.

lantak la yang penting aku nak begumbira menuju ke sinun.

perjalanan di terus kan dengan jaya nya.tak perlu nak laju2 sebab jalan nak menuju ke felda tu memang tak sesak pun.nak kejor kan apa sangat.aku tiba pun dalam 12 lebih tengah hari.tak ramai lagi orang2 jemputan.tak tau la kalau awal pagi tadi dah ramai.

aku masuk dalam jumpa zaza dulu.dia terkejut gak sebab aku ada.sebab nya aku dah plan dengan nana cakap yang aku tak datang majlis dia.huhuhu

masa aku masuk bilik tu dia baru nak di 'kerjakan' mak andam.jadinya aku dengan nana gi makan dolu.siap makan masuk balik.sebab masih awal lagi kalau nak terus kan perjalanan.walau pun mata dah ternampak2 tempat yang nak di tuju tu.sabo2..

jam baru 1 suku.aku bajet pukul 2 pengantin bersanding.tapi bila tunggu2 hampir ke jam 2.oaran kompang pun aku tak nampak.dengor nya orang nyanyi karaoke je.bayang2 rombongan pengantin laki pun tak de.jadinya,terpaksa la masuk bilik pengantin lagi sekali untuk mintak diri.sebab ada misi lain..hehe

eh..lupa lak nak tunjuk gambo pengantin..









ni la tempat yang aku nak gi tu.hehehe..




bila nampak pintu gerbang nih.lagi bertambah2 semangat nya.tetiba nampak laut jer depan mate..dasat kan..aku dah lama giler tak gi tempat ni.last gi tak ingat langsung.lantak jer la kan?kan?

bila dah sampai tepi pantai aku tengok ombak nya mak aii..tinggi.aku dah agak.aku bajet mesti ada larang mandi punya.rasa sedikit hampa la bila aku tengok ramai yang dok tepi tengok laut.nana ajak gi tempat lain.tapi pada masa yang sama dia gi tengok laut.aku ikut kan jer.sekali nampak laut baru lah aku nampak orang2 yang sedang bermandi manda.apa di tunggu lagi...tukar la baju.

masa ni gambo2 takde.sebab tak de sapa pun yang nak jadi tukang ambik gambo.tu pun aku mintak tolong makcik penjaga bilik salinan pegangkan kunci keta aku.kira serah naseb ar..gara2 nak mandi laut.apa pun sanggup tinggal kan.

memang best giler.sampai naik mabok2 gak la sebab bila kena ombak jer dan terasa diri di tarik ke laut.jadik kelam kabut di buat nya..tapiii...memang best.pas ni dah ada plan dah nak gi lagi.tapi tempat lain pulak..hehehe

agak2 dah naik pening dan muke rasa panas.aku dengan nana terus naik. nak balik.kang nak singgah rumah makcik pulak.sebelom balik pose dolu..







aku masa nih dah naik kehausan walau pun dah makan ais krim.sebab nya tau2 la kan. bila dah mandi pastu air masin banyak termasuk dalam mulut.tekak jadik kering..masa ni nak air..air..air..




bila balik baru nak ambik gambo kiri kanan jalan..tapi tetap best dapat gi mandi gak kat desaru.








aku singgah makan kat RR Sg. Mas.tak tau kenapa aku pilih gerai makan yang ni.adakah sebab aku dah kehausan dan kelaparan?

layanan yang aku terima bila meletak kan ponggong di gerai ini adalah kurang bagus nya.kalau ada kertas suruh tinggal kan komen.konpem aku ambik sepuluh komen pasal gerai ni..



ni nana punya..cencol pulut..dan yang pasti pulut tu aku la yang kena makan kan untuk dia.dia tak leh makan pulut.nanti gagap.




aku minum air epal.dah takde air lain yang boleh di minta.kita orang makan nasi goreng kampong.nana tambah ayam kunyit.aku nak mintak yang tidak2 tak de la.sebab terbantot dek kerana muke dan layanan yang aku dapat dari gerai nih.jadi, makan dan cepat2 belah dari situ.




antara gerai2 yang ada di RR Sg. Mas.


aku sampai rumah makcik aku dah maghrib.saja tanya kabo.alang2 dah lalu simpang kota...aku tumpang solat dan duduk borak2 jap.kol 8 lebih aku minta diri sebab nak singgah rumah kakak aku lak.mak aku kirim laksa untuk aku.yum..yum..

sampai rumah dah pukul 10 lebih.badan rasa letih sangat2.pala lak makin denyut2.mabok kena ombak kot..malam tu tido memang lena.ngigau ke tak.tu dah tak tau.sebab masing2 dah penat.tapi rasa best sangat2.





akudankehidupan: terima kasih kak sue...