Isnin, Jun 15, 2009

majlis kawen abang aku 2

lama nya aku nak hupdet blog kan?
keje aku tengah menanti2 sebenarnya..hari ni aku up lagi gambo2 masa majlis sanding abang aku.mestilah rumah belah lelaki pulak..macam biasa layan gambo yer..










aktiviti kat atas ni masa hari khamis..aku lak baru sampai dari JB. aku tengok dia orang tengah sibuk wat bunga telor..layan kan dulu wlau pun perot dah terasa berdentam dentum..hahaha lapor tuh..

siap buat bunga telor.aku gi dapor tengok2 mak aku masak asam pedas..hurrayyy..tapi jap jer hurrayy nya.mana tak nya aku tengok ikan yang mak aku masak ikan parang..tak masok tekak aku..last2 aku makan kuih jer. aku gi mandi siap2 nak gi JB semula ambik beras..ayah aku penat so aku la yang kena pergi..sampai ke batu pahat semula balik dari JB hampir jam 3 pagi..lajunya mandu masa tu jangan cakap la..

paginya bagun agak lewat gak..kol 9 pagi..hehehe.tak de yang kejutkan aku pun.ke aku yang tak sado orang kejut aku..hahaha..buruknya perangai..dah ngantok nak wat macam mana kan..kan..kan..

aku nak gi mandi jer aku tengok abang yang nak pasang sistem audio untuk DJ (abang aris) datang.kuar jer la dengan muka baru bangun tu.nak apa kan..tak kan nak suruh aku pakai topeng otomen lak..ada yang jadi bahan lawak seumur hidup kang..

siap jer dia pasang aku terus pecut rebut bilik mandi.penat badan msih terasa lagi.siap pembersihan diri baru la jengah muka anda di dapur.kakak ipar cakap mak dah on the way balik dari paso.jadinya kena la siap2 kan bahan untuk masak tengah hari..hari jumaat.makan selepas si suami balik dari masjid yer..aku mana ada suami..
aku bagi anak2 aku makan jer..anak sedara ok.bukan anak tekak..

hari tu tak la banyak keje. jadinya malam tu di penuhi agenda latihan kompang.tapi tak masal2 aku dengar orang menyanyi..wah! pantang gi tu..pantang tengok microfon yer...moh kite nyanyi dan nyanyi..yang paling sakan berkaraoke orang nih..



ni la orang nya.pak tam aku.dia ni la yang PANTHANG nampak microfon..siap pesan awal2 suruh sediakan banyak2 lagu 60an..ni la penangan nya.pastu baru bleh berkompang sakan.







majlis abang aku pada 06.06.2009.pagi tu kat rumah aku buat majlis potong jambul (qiqah) & khatam quran untuk anak sdra dan adik2 sepupu aku...



bersiap2 untuk budak khatam..kakak aku jadi jurusolek.adik aku pembantu jer.



adam dan adreen..selepas di 'kerjakan'...dasat tolll..



dari kiri: kak uda (spupu aku), nulia (anak sdara aku), zarith (spupu aku) dan wahida (spupu aku)



sebahagian tetamu dan sdara mara yang memeriah kan majlis pagi itu.


ayah aku menyambut tetamu yang datang...



pukul 12.15 tgh hari..budak2 ni standby nak berarak dengan pengantin..


ketibaan pengantin yang di nanti2 kan...









dah berkompang mesti la ada silat pengantin..bukan pengantin yang bersilat yer..raja dolu2 boleh la..ni silat untuk penghibur raja sehari kata kan..nak gak aku tunjuk skill.tapi takut mak puziyah dengan pak yasin mengucap panjang kang..hahaha..dan2 tak ngaku aku anak dia..









majlis2 macam ni biasa la.penat tu dah tentu...tapi semuanya ok.alhamdulillah..malam nya untuk berlibur aku buat pertandingan karaoke.pas majlis mencecet gi beli hadiah untuk pertndingan.nasib sempat..



sebahagian tetamu yang hadir dan menunggu giliran berkaraoke...


peserta yang mengambil bahagian..alamak gulap lak..



ha..nampak pun..


makcik aku dari kota..tak ketinggalan..dapat tempat ke-3 tu nyanyi..mana tak nya siap joget bagai..sporting giler ar dia orang malam tu..fun betul.








esok malam nya (ahad-07.06.2009) bawak la mak aku gi SABAK AWOR.kat bandar muar jer..aku pun tak pernah sampai tempat ni.abang long aku kata lebih kurang kat UMBAI MELAKA.sampai2 jer.dah berkemas..awal la jugak dalam pukul 10 masa tu.hajatnya nak sambut birthday mak aku.tapi dah tutup balik jer la jawabnya.ada 3 buah keta yang pergi..hampa..

agaknya nak suruh sambut hari sebenar birthday mak aku kot..esok sebelum yang lain2 berkemas nak balik aku keluar gi beli kek untuk mak aku..



mak aku pun terlupa hari jadi dia..senyum n terharu la dia..sebelum tiup lilin asyik cakap "apa ni? apa ni?"...last2 cucu yang tolong tiup kan lilin..



tengok la wajah masing2..haziq jangan cakap la..siap jer dia makan kek tu terus aku bawak dia mandi..tak sanggup aku tengok muke dia dah penuh krim kek.





akudankehidupan: happy sangat2.sory.malas nak taip panjang2.

Tiada ulasan: