Jumaat, Jun 12, 2009

majlis kawen abang aku

PART 1


rasa malas masih melanda. nak hupdet blog lagi la malas.aku betul2 malas.tak tau lah napa.keje memang mencabar la jugak wat masa nih.takpe2 leh wat overtime.kata nak tuttttt...


aku bagi tengok gambar jer la.mana yang leh di terang kan aku terangkan nanti..



aku pernah citer kan majlis untuk abang aku.jadinya gambar di atas ni menunjukkan mak aku sedang membeli barang2 terakhir untuk wat hiasan kat barang hantaran abang aku.masa ni sebahagian ahli keluarga dah bergerak menuju ke Nogori 9. yang berSMS tu adik aku.maknya si haziq.

tengah2 pilih barang ayah aku call soh cepat sket.haziq dah nangis kepanasan.ayah aku tak buka econ sebab dia alah.tu pasal la budak mata bulat tu meraung kepanasan.perjalanan diterus kan.






akhirnya sampai jugak ke tempat yang di tuju.abang aku nikah pada 31 Mei 2009.jadi, malam tu kita orang semua menginap di Marina Beach Resort.Bila dah masok baru tau kat dalam area MBR ni ada 5 kawasan penginapan.lebih kurang Aprtment la. kita orang menginap di Bay View tingkat 9 dan 10.kenapa ambik 2 rumah? sebabnya bila sebuah rumah akan jadi la sardin manusia.lagi2 orang saiz2 aku.muaiiii

dua perempuan dia atas yang sibuk berposiang sakan tu sepupu aku dan anak sedara aku.mana aku hala nak snap gambar ada jer menempel muka depan kamera aku.sabotaj gambo aku la tu..boleh la munggah barang2 yer anak2.




masa aku dan yang lain2 angkat barang.sedara sebelah perempuan datang.hantar barang2 makan malam.aku dah tak lalu nak makan.badan penat giler.sebab aku pun drive gak ke N9.

malam tu aku ajak abang aku keluar.nak gi cari baju tido.aku malas nak pack2 baju ni.saja jer nak ronda2 kat N9 ni.abang aku bawak aku gi Batu 4.area pasar malam.tapi memang best giler.tak pernah aku jumpa pasar malam ada band nyanyi.gi depan sket lagi jumpa tempat karaoke.aku tak pulak bawak henpon coz dedua henpon aku kehausan bateri.jadi baca cerita jer la yer...

jalan2 kat pasar malam yang luas giler tu aku dapat 2 helai t-shirt, 2 helai seluar pendek (paras lutut) dan sepasang baju kelawo.tu confirm la untuk tido malam.masa tu ingat dah habis shopping rupanya ada satu lagi tambahan iaitu selimut tebal..ni kakak ipar aku punya angkara.beriya2 goda aku suruh beli sama.aku pun layannnnnn





balik dari paso malam.aku tengok mak aku n kakak aku tengah sibok siap kan sirih junjung.aku bawak diri dulu ke bilik air.dah melekit2 dari petang tak mandi.

hari tu jer dekat kol 4 pagi baru aku dapat tido.semangat sangat nak buat keta berhias.ambik ko.aku heret sama pak din aku.yang ni pun aku serius menyesal.dah la penat2 buat keta berhias ni.last2 aku tak ambik pun gambo kat keta tu..bila abang aku pas sanding aku balik semula ke kereta tengok2 pakcik aku dah tanggei habis dah..huaaaa..penat sengkang mata panjat sana sini sampai pagi...

bila dah dapat lelap mata.tak masal2 dia orang kejut.belum pukul 6 pagi dah heboh serumah.suruh bagun awal.dia orang ni sajer tol la.abang aku kata kena gerak awal sebab orang sana dah sediakan sarapan.

bawak la diri gi mandi.tapi kena tunggu giliran.ahli nya ramai sangat.

dalam perjalanan.2 kali berhenti.sebab nya reben keta berhias terkibor2..ni pakdin la ni.nasib aku buat bahagian belakang..pas betul kan balik dan nak gerak semula ke rumah pengantin perempuan x-cident pulak...depan2 mata aku pulak tu..kaku la kejap.sebab aku terperanjat.tetiba mula la aku rasa mual.pening kepala..alergik la konon..tapi ni betol2 bukan main2..

BEGINI CERITANYA..aku citer eh...pas aku betul kan reben kat keta pakcik aku.pakcik aku dan beberapa buah kereta sedara aku gerak dulu. abang long aku mandu van dia berhenti depan keta aku.belakang keta aku keta ayah aku.bila abang aku tengok aku dah masok kereta dia gerak pelan2.sebelum masuk keta perasan ada motor kat selekoh.

bila motor ni lalu kat sebelah keta ayah aku.aku pasang signal (untuk standby nak keluar) sekali budak yang mandu motor ni marah gak nya dia ingat aku nak main kuar jer..dia pun main la minyak motor dia sambil pandang aku. bila dia pandang depan jer terus kuar babak stunt man..aku mesti la melaung bagai..dah buadak tu wat stunt man terguling2 bagai.yang lain2 dalam keta aku dah bunyi mcam orang azan pun ada..memang tak sangka benda ni nak jadi..

budak yang buat stunt man ni budak india.dah nama si stunt man ni gi sebat belakang van yang abang long aku pandu.tak dapet la nak mintak ganti rugi.kalau aku la yang kena.confirm aku bagi stunt man india tu duit.kesian siottt..

akad nikah pagi tu buat kat surau.tak jauh pun dari rumah pengantin perempuan.jadinya rombongan aku (bagi pihak pengantin lelaki) duduk berehat di surau jer. mak aku kan repoter.oleh kerana kami (3 buah kenderaan) yang lambat sampai.masing2 betanya la.biasa la bila dah tau cerita.makcik2 n yang lain2 terkejut.

dia orang pandang aku.nak kepastian kot.aku nak kata apa.masa tu pun aku tengah pening kepala.rasa mual tak habis lagi..

TAMAT citer x-cident.




ni abang aku.




ni ahli baru dalam keluarga aku. Nama MASNORLEANA




ni si haziq ni aku dah tak boleh nak kawal. masa imam tengah bagi peneragan pasal rumah tangga dia sibok lari sana sini dalam surau.last2 datang kat aku dengan cermin mata dan poteng di mulut. dia tau aku nak ambik gambo sekarang dah pandai possing ok..tengok la tu. pastu cakap "antikk..antikkkkk". cantik kerrr

Ringkasan..

alhamdulillah.pernikahan ni berjalan lancar.sekali lafaz jer sah la abang aku dah menjadi seorang suami.masa tu macam touching la suasana.mak aku dah menitis kan air mata (macam mak lak yang nikoh yer) aku sebak pun bukan sebab apa. sebab tengok mak aku nangis.dia happy sangat la tu.kakak aku pun sama naik..dia kata tak tahan nak tengok.sebak..hehehe kelako jer masa tu..






gambar keluarga..
dari kiri: abg ngah aku,pak ngah (abg ayah aku),ayah aku, nana (pengantin perempuan),boy(pengantin lelaki,mak aku, adik aku, kak long (kak ipar aku), along (abg aku),abg din (abg ipar aku.belakang k.long).
barisan depan dari kiri: kakak aku,adreen (yg d dukung), adam (anak kakak aku),yuzi (anak along aku), e-in (anak along aku), okie (anak akak aku),nulia (bju ungu-anak along aku),haziq (anak adik aku), aku.


ni sebahagian barang2 hantaran dari pihak lelaki untuk pihak perempuan..















malas la nak ambik gambo.boleh gi tu..mood kureng lagi masa nih..

bawah ni sanding belah pempuan.sekitak pukul 12 tgh hari...








penutup..




masa ni dah nak balik.tapi kakak aku la yang beriya2 suruh aku possing dulu.ni antara sebahagian hantaran dari sebelah perempuan. siap sanding terus balik rumah persinggahan untuk kemas barang2.sampai batu pahat sekitar 9 malam (banyak sangat menyinggah).

ada masa aku letak gambo majlis kat kampung aku pulak..nak balik dulu.

Tiada ulasan: