Jumaat, Januari 18, 2013

Novel

hupdet blog sambil layan maharaja lawak mega minggu ke-9..penat ketawa
ye saya tau awak semua dah tengok.saya tak tengok sebab rumah sewa saya tak astro.sian kan?selalu dapat tengok cerita dari astro bila balik kampung je.
orang kata ketawa lebih2 pun tak elok
tapi saya ketawa sebab nak hilangkan tekanan..
tapi kalau dah ketawa memang akan telajak punya la..hehe

takpe2..malam ni saya tengok live final MLM.
bukan dekat stadium dan bukan juga sebab rumah sewa saya dah guna astro ye.
tapi saya balik rumah akak saya.dulu pernah kot saya cite saya menetap sementara di rumah akak saya..tak pe.lupekan..hehe

ni nak citer pasal novel dulu..
sejak akhir2 ni.rasa nak membaca sangat la membuak2 nye.jadi untuk permulaan saya telah membaca novel ISTERI SEPARUH MASA.

awak2 semua patot baca.time sakit hati jangan cakap la.time kelakar pun ada.jadi memang tak rugi pun bace novel ni.



 



meh saya bagi sinopsis citer novel ni.

"Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti? 

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. 

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?" 


kena dapat kan tau awak di luar sana.saya janji awak akan suke jalan cerite ni.
sekarang sedang sebuk membaca novel SEHANGAT ASMARA.
ye saya tau drama nya akan disiarkan.oleh kerana rumah sewa tak ada astro kena la baca ceritenya..hehe
bila mula bace buku ni saya rasa macam saya pernah membaca novel ni.cume saya dah tak ingat sangat jalan ceritanya.jadi untuk mengingati balik saya kena membaca semula.



 
 
 
sinopsis untuk novel ini...
 
"SEHANGAT ASMARA Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.
Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya...."
 
 
 
jadi pada yang minat membace tu.apa lagi?gi beli cepat2 novel ni..
saya tak dapat pa pe pun promo kan novel ni.tapi awak yang kat luar sana akan dapat la tau novel apa yang menarik untuk di baca..
 
 
#kalau saya hupdet blog tapi tulisan nye berubah dari yang biasa saya guna.itu maknanye saya hupdet dari tablet saya..harap maklum..hehe#

2 ulasan:

LaiLaiKuMaR! berkata...

best novel nie.. sekarang main di wayang suda

ateh shrek ijo berkata...

LE: best kan?suke sgt2 jalan cite novel ni..