Khamis, April 09, 2009

sekali teringat daaaaa

dah lama aku nak paste gambo2 ni tapi terlupa mendang.hari tu kat kampung aku selongkar le lemari aku.kekonon nak carik baju kurung sebab nya yang aku jumpa kain nya jer mau aku tak selongkar.tapi lain aku cari lain lak yang aku dapat.aku terpandang album.ye.album lama.kenangan yang bermula bila aku bekerja jauh dari pandangan mak dan ayah aku.fikiran aku dengan pantas teringat akan kawan2 lama aku ini.

kenapa?mengapa?itu aku tak pasti. mungkin kerana meraka adalah sebahagian daripada kenangan aku dan kenalan aku hingga kini atau selamanya.kenangan ni semasa aku bekerja di pump minyak CALTEX SA27, S'gor dan sehinggalah aku bekerja di BHP(dahulu BP) Tmn Kemas, Plentong dan Permas Jaya1.(ayat skema....)



ketika ni usia aku awal 20-an. pengalaman pertama kali turun kan minyak.seronok.sebab kena panjat tangki lori minyak nih.rasa nak mengulangi pengalaman macam ni.tapi tak mungkin dapat.coz hanya orang yang berkenaan jer yang di benarkan buat keje ni.maksud aku pekerja.sebenarnya cara pakaian aku ni dah di kira salah.salah nya kerana aku buat kerja ni tanpa pakai uniform.jadi bila big boss datang buat 'spot chek' bisa di bambu kamu.masa ni aku masih brutal2 lagi. kalau sapa yang tengok cara aku dulu dengan sekarang mesti mereka2 ini tak kan percaya.kenapa yer.....???!!!!



yang nie Ayu nama dia.nama penuh aku dah lupa.gambo kabur?ambil gambo atas gambo ni la jadinya.dia ni kerani kat caltex. jadi bab apa2 pun kena blaja2 slow2 dengan minah ni.jangan cari pasal dengan dia ni.pala sama2 brutal.anak dah 2 masa nih.



yang ni along.sepupu ayu.lagi dasat minah ni.aku dengan dia kira aku la yang masok keje dulu.dia ada kelulusan tapi hobi suka tukar2 keje.masa mula2 masuk keje kat caltex ni along kata untuk sementara je keje kat situ. dalam sementara2 tu dekat setahun gak la minah ni keje.masa ni umur dia 24-25.sebelah dia tu aku la.



lie. nama penuh azlie.budak kelantan pior punya.masa baru2 masok keje memang payah la kita orang kat caltex ni nak faham apa yang dia cakap.rasa hangin gak la di buatnya.tapi lama2 ok dah.bila ada budak baru, kena la tunjuk garang baru ada rasa hormat sket.keji..keji..tapi jap jer garang.bila wat2 garang, si lie ni leh kata "eda, muka manis mana takut"..boleh gi tu.nak bodek aku kan...ada lagi 2 orang seorang Qadri. seorang lagi amer.amer ni gambo dia possing tak la sesuai di tunjukkan di sini.aku kena cari gambo amer yang tol2 sesuai baru aku paste kat sini.

qadri?untuk mendapat kan gambo dia sangat la susah ok.tu pun dah puas pelbagai cara nak ambik gambo dia tapi ko jangan harap.ayu dengan along tak suka kat qadri ni.kenapa?ada la....nama pun orang 'BANDO'.lu makan lu simpan la haaaa..

aku last keje kat caltex ni tahun 2002.sebab nya bos aku ajak aku keje dengan dia kat JB.. caltex ni tukar kepada owner melayu.en. azmi.bila en.azmi ambil alih.dia terpaksa memilih pekerja yang dia rasa dia betul2 nak.maksudnya ada diantara kami2 pada masa tu yang tak kan bekerja di bawah en. azmi.maksud aku di buang kerja.akhir nya.en.azmi wat kputusan dengan menamatkan kontrak ayu dan along.alasan en.azmi dia ada banyak sebab kenapa dia buat macam tu.tak kan aku,qadri,lie atau amer nak pertikai kan.terpaksa kita orang terima walau pun.....

en.azmi nak ambik orang baru.tu je yang aku di beritahu.dan aku wat kputusan untuk ikut bos lama aku ke JB.aku usul kan pada 3 mahlok2 ni.semua membantah.konon nya "kalau eda pergi mana ada bunga lain yang leh di kacau...".mengada ok! masa tu dah ada pun 3 orang budak baru masuk keje.tiga2 pempuan.semua en. azmi yang pilih.ye la dia kan bos..mana nak mintak pendapat.sekali duit cashier hilang dengan budak baru tu skali hilang.baru la nak tanya pendapat kita orang.bila aku bagi surat perletak kan jawatan en. azmi tak terima.aku mintak alasan (masa ni dalam ofis aku dan dia sahaja).private!

en.azmi: kalau awak berhenti sapa nak tolong kawan2 awak kat sini?
(tolong kawan2 aku ke tolong ko?)

aku: qadri ada.dia boleh tolong ajar budak2 baru.benda2 lain saya akan ajar dia nanti sebelom saya berhenti.lie dengan amer pun dah mahir gak tentang cashier ni.

diam jap

en.azmi: ok la macam ni.saya tak kan terima surat awk ni selagi dia orang tak betul2 ready leh buat keje2 kat station ni.
(dia ni berlagak ok.ckap jer la nak mintak aku tolong ko...kan senang.pantang tol aku)

aku: kalau macam tu saya tak payah la sign kontrak sambong kerja bawah en. azmi..
(aku saja jer cakap macam tu kat dia)

diam lagi...

aku: senang macam ni la.saya tolong mana terdaya saya.tu pun sebab saya kesian kat kawan2 saya..

aku terus keluar dari bilik tu.bila aku keluar mamat2 ni kekonon wat2 tak tau.padahal dah dok tekap telinga kat pintu ofis tu.mana aku tau?sebab aku pun wat yang sama gak kalau tetiba salah seorang dari kami di panggil atau nak berbincang sesatu perkara tu kena bincang dalam ofis.kan tak sabo tu nak tau apa beritanya..


kadang2 aku hangin gak dengan en.azmi ni.walau pun dia majikan aku masa tu aku akan buat suka hati aku jer.sebab nya aku dah sedia nak tinggal kan caltex ni..hahaha keji kan..mana tak nya, ni la 1 perangai orang melayu yang aku tak berkenan.berlagak jer tau.aku bukan nak pertikai kan orang yang bernama en. azmi ni..tapi, aku nak tolong dia.dia bermula tanpa ada pengalaman sebagai owner sebuah station minyak.dan dia tak belajar pun cara2 untuk menguruskan sebuah station minyak.jadinya pada sapa dia kena percaya.kalau tak kawan2 aku tu.kalau dia tak percaya kenapa dia pilih aku dah kawan2 aku tu.bila datang jer station suka buat muka badi.kadang2 tu naik menyampa!tu yang rasa nak blah jer cepat2..

masa aku turun kan dulu ilmu aku pada qadri,lie dan amer.memang banyak songeh ok dia orang semua ni.itu susah la.ini susah la.saja nak sabotaj aku.nasib la.jangan aku dah tak keje kang menggagau lak.tapi last aku dapat gak berhenti.aku jumpa en.azmi dan serah kan surat behenti keje aku.macam biasa tak kan ada penerimaan.aku just biar kan surat tu depan mata dia pastu aku blah jer kuar.kuang ajo ke tu.dah dia yang memperlekehkan aku sapa suruh.aku dah buat mana aku terdaya.terpulang la kat dia.

aku start keje kat BP Taman Kemas, Tampoi. ni tempat aku training. ye la aku kan keje untuk caltex jadi, aku kena la blaja sistem untuk BP lak. banyak hal bila aku mula datang JB.yang tu nanti jer la citer yer..aku sepatut nya bermula di BP plentong dan Permas Jaya.agak2 dah mahir guna sistem kat BP station ni baru la aku mulakan tugas aku kat permas.kenapa kat permas?sebab nya aku tolong bini bos aku..




ni la Shirley..ni gambo candid.amoi ni berhenti kerja di pejabat lawyer KL semata2 nak ikot laki dia (bos aku) datang JB.pendek kan citer..memang best keje dengan mereka berdua ni..tapi aku dapat ikut dia orang ni sampai 2004 jer. tu pun sebab ada la sesatu yang terlalu panjang kalau aku nak citer kat sini..ni pun dah terlebih2 citer nih..tapi sampai sekarang kita orang still contac.cuma tak pasti bila aku akan gi KL jumpa dia orang ni..



ni gambo pas aku dah tak keje station. masa ni kenduri kekah e-in..aku keje kat bandar Batu Pahat.bila dah dok kampung.dok dengan kuarga balik.lagi sedap la badan aku naik.banyak dah baju2 masa keje caltex aku dah tak leh pakai..dah kecik dah baju tu..ish..ish..ish





*8/04- selamat hari lahir wat abah aku yang ke 16 tahun! hehehe..
(aku dah wish dah cuma tak dapat nak balik jer semalam..)


- semalam duri cakap dia nak pindah.ok la tu.pas ni aku lak..ermm kena survey bilik kosong lagi la pas ni.nak dok sensorang lak..

Selasa, Mac 31, 2009

kenduri

aku balik kampung hari tu sabtu pagi.tu pun paksa gak bukak mata kalau aku layan kan ngantok aku mesti aku tak gerak2 balik kampung.aku ngantok bukan sebab aku berjaga sampai pagi,tapi aku minum ubat batok terlabih dos gak nya.cara aku minum tak de nak sukat2 guna sudu.main tonggak jer..hebat kan!!tak tau la tekak ni gatal semacam jer.tu yang kena buat benda yang lain dari yang lain..

oleh kerana aku ni menjadi penjaga kepada kanak2 bernama haziq.makanya aku tak la dapat menolong masak kenduri kat mana2 rumah pakcik aku.mak aku dari hari jumaat lagi dah sibuk kan diri kat parit sulong.dia dapat tlong untuk majlis adik dia pun dah petang sabtu.tu pun goreng mee hoon dan ayam.kakak aku gerak dari JB terus singgah parit sulong.aku jer yang dok rumah tunggu dia orang balik untuk gi sama ke majlis kenduri kedua2 rumah ni.

pas maghrib mak aku ajak kita orang gi rumah atok aku dulu.sebab majlis tahlil yang adik mak aku buat tu kat rumah atok aku.konon nya tak lama nak gi majlis pakcik2 aku ni,tapi tak kan majlis tengah berlangsung nak tinggal kan..ada yang muncung leh ikat reben lak kang..(eii..apa2 jer la nak majuk bagai..) lagi pun ada sambutan harijadi untuk pakcik2 aku malam tu.dan hadiah nya dah pun aku siap kan..kenapa aku kata pakcik2???sebab nya adik mak aku ni kembar..mana yang abang tu aku tak pasti sebab masing2 ngaku diri tu abang..






2 pasang kemeja yang di bungkus rupa kemeja gak...hehehe



sebahagian makanan yang sempat aku snap gambo nya..

agak2 tetamu tahlil dah balik dan hanya ahli keluarga terdekat yang ada jadinya majlis potong kek di mulakan..meriah dan sedikit kecoh gak bila pasangan kembar berjumpa..


adik mak aku yang 2 orang di tengah..yang 2 orang lagi tu sepupu mak aku..dia orang pun kembar..pas sessi kembar sessi bersama keluarga lak


yang ni Pak Lang aku dan keluarga.anak dia 2 orang jer dedua pempuan..yang sulong tudung hitam tu.kerja kat jabatan menteri kat putrajaya.anak yang ke-2 sebelah kiri pak lang aku.dia bekerja sebagai askar kat KL.nama jer keje askar tapi 'gembeng' ok...


yang ni Pak Anjang aku dan keluarga..anak dia 4 orang..yang sulong masih belajar kat U.tak dapat balik sebab sibok exam katanya..yang kedua lelaki, tingkatan 4. ke-3 dan ke-4 pempuan..masing2 masih bersekolah..

selesai sessi ni dalam kol 10 lebih kita orang semua gerak semula ke parit sulong..sampai sana majlis baru jer habis..yang ada hanya lah sedara2 terdekat..kalau nak citer pasal suku sakat ni sampai esok atau hujung tahun pun lom tentu habis..ramai sangat keturunan..parit sulong ni keluarga sebelah abah aku..aku pun tak kenal sangat..yang mana biasa jumpa tu la aku kenal..bukan sombong ok..

bila dah kenal2 kan sedara sampai kedapur, aku dengan kak ipar aku tengok pinggan mangkok makan kenduri tadi tak sapa pun yang menyerah diri nak basoh..last2 aku ajak kak ipar aku basoh.bukan susah pun..lagi pun kita orang tak dapat nak tolong masa kenduri tadi.tengah aku dengan kak ipar basuh pinggan kakak aku datang join sekali..ok la kan ceoat sket siap..mak aku dengan kakak sepupu aku kak ani dan kak sal tolong lap pinggan dan susun sekali dalam almari..yer la nak wat hari ahadnya mana larat.lagi pun sian kan gak kat sepupu aku tu.dia 2 orang jer yang wat keje..alang2 penat biar penat terus..aku siap wat basuh pinggan tu dekat kol 1 pagi..

kita orang balik sg muda malam tu gak.sebab hari ahadnya dah ada program yang nak di buat...sampai rumah dalam kol 2 lebih.ngantok nya jangan cakap la.. sebab aku rasa baki2 ubat batok tu tak habis lagi..aku tido dengan tak salin baju pun.nulia pun sama.mana aku lending situ la dia nak numpang nyelit sama kat aku..

hari ahadnya tersado dak kol 9 pagi..mak aii lewat nya..jadinya masing2 berebut2 nak mandi kan anak dan diri masing2..siap mandi dan masak ( bukan masak pun, panaskan lauk kenduri jer) bagi budak2 makan pas tu aku, kakak aku, mak dan kak ipar aku gi mulakan misi kita orang kat batu pahat..ooppss lupa lak ada eskot...




ni la eskot nya...mula2 budak ini akan menagis semahu2 nya kalau dia tengok oarang yang dokong dia tu dia tak kenal..ni tengok muka maacam ok dah nak la tu..kalau tak harammm..mandang pun idokk..itu awek yang pangku adalah kakak ipar aku..




kita orang gi beli kain untuk majlis abang aku kawen nanti..banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak yang mana..last2 kakak aku yang gi pilih kain nya tapi aku dengan kak ipar aku gi belek baju lain..untuk aku gak baju tu..baju keje..alang2 beli kain beli la yang siap di jahit sekali..mudah dan senang sebab tengah separuh harga...

patu ada 1 lagi aku dapat...kirim berminggu2 tak penah dapat pun..



tadaaaaaaa...aku beli ni pun sebab nak dengar lagu kat tabong ni..tapi ok la puas hati gak akhir nya aku dapat benda ni..bila dah dapat letak jer la mana ko suka..hahaha..leh gi tu..aku kan?dah biasa dah wat perangai macam ni..best..best..

Jumaat, Mac 27, 2009

menghitung hari......

semalam aku tak keje.ada urusan sedikit yang terpaksa membuat aku mengambil cuti. penat la jugak sebab kena jumpa orang dan orang..huhuhu

so citer aku bermula pada hari rabu..petang tu balik keje aku telah menunaikan hajat aku iaitu.....



mencuci kereta! aku dah lama nak cuci keta tapi bila niat jer mesti hujan giler2 punya..tapi pada hari tu aku nekad jer janji keta aku bersih..tapi bukan aku yang basoh.gi tempat yang sepatutnya la kan! (pandai kan aku...) selesai cuci kereta aku gi makan dulu.pas makan baru leh balik bilik sewa.tempat makan ni dekat2 dengan bilik sewa aku. kira 1 jalan gak la..makanan nya macam biasa.menu aku memang tak pernah lari punya..gi la mana2 kedai makan sekali pun aku tetap akan order makanan ni jugak..tapi tak la masok kedai yang takde menu ni aku nangis2 nak kan menu nih..melampau ko...



nasi goreng kampung, sup daging (tengok la daging kat badan aku lak..hahaha) dan satu lagi tu nasi goreng seefood (si nano punya)

hari khamis nya dari pagi sampai petang aku memang sibok (agenda bermula). balik dari berususan di luar aku memang penat giler dengan lapo nya jangan cakap la..tu la akuni kalau sopan depan orang tu sopan sangat.balik bilik menggagau aku cari makanan.akhirnya aku wat keputusan masak apa yang leh cepat di makan. bukan maggi yer..tu dah kira malas sangat baru aku masak ni masih ada aura2 rajin lagi ok!

siap makan aku basuh baju dan gosok baju2 kerja. senang sket tak yah nak lipat2..dasar malas ek.tapi dah gosok semua kira ok pe.tinggal sarong jer bila nak pakai..siap semua tu kebetulan petir bedentam detum,lena la aku jawabnya..mana tak nya bila dah hujan mesti la sejok.bila cuaca yang sebegitu mana leh lepas peluang.dapat baring jer lenanya sampai nano balik keje pun aku tak sedo langsung. aku terjaga pun sebab nak tengok SPA Q. aku tengok jam lagi 15 minit baru citer akan mula. jadi aku on la TV.rupa2 nya aku hanya melihat cerita itu didalam mimpi. bila aku terjaga jam dah pukul 7ptg..mak aiii..tesion siot.berangan nak tengok SPA Q akhir memang part yang akhir jer la ku dapat tengok.seessuuaaaiiii

pas maghrib aku kuar dengan nano.nano dah lapo sgt2 jadinya kita orang gi dekat "PAPAJO".mula2 nak cuba asam pedas sebab gambar kat bena tu macam sedap lak asam pedas tu.bila nak order leh pula tuan yang buat asam pedas claypot tu cuti..tak de rezeki la kan?
last2 kita orang makan yang memang betul2 wat aku dengan nano makan berhabis habisan..mengah seh nak habis kan..ni yang aku n nano makan












meriah tak meriah kita orang makan...pas makan aku gi GIANT Taman Suria (agaknya la nama tempat tu) konon2 aku nak gi beli barang ofis.tapi dah masing belek barang lain terus aku tak jadi beli..banyak la jugak.termasok stok barang kat rumah..

pagi ni masa aku bersiap2, Ain budak bilik sebelah beri salam kat bilik aku.ingat dia saja2 nak landing kat bilik aku sebelom gi keje.rupa2 nya dia nak bagi tau yang dia last dok sewa kat bilik sebelah coz dapat keje kat kajang sebagai guru KAFA..terperanjat jugak, tapi alhamdulillah la rezeki dia.dia pun muda lagi.senyap la sket nanti bila Ain takde. tak leh dah nak usik2 dia..ingat kan aku yang pindah dulu dari situ..nak tengok ke gambo ain???zaaasssss!!!!



ni la Ain..ada masa nanti kita jumpa lagi eh Ain..bila sampai ofis, aku siap kan dulu apa yang ptut lagi pun ada meeting hari senin nih.kena la sedia kan kertas2 yang perlu.dalam kol 11.30pg aku n kak sue gi pos ofis..kali ni tak la banyak..ada la dalam 3 kotak jer..siap jer keje kat pos ofis aku ajak kak sue singgah APOLLO..bukan apa,sian lak kat makcik cina yang asyik tanya mak aku, bila aku akan balik. dia suka kem aku beli kek2 apollo ni.



siap bershopping kat apollo aku dah tak tau nak lepak mana.akhir nya kak sue menyuaraka...TAMAN PELANGI!!!!
suka..suka..suka..sebab misi utama kat sana adalah...zasssssss



NANDOS CHIKEN..ni la yang aku tunggu2..dah lama tak makan kat sini..aku dapat cuci mata kat blog kak sue jer.nak gi mana ada masa (alasan kena kuat)..aku dengan bangga nya mintak yang ni..



ayam separoh ok...tamak nya..hahahaha kebetulan METROJAYA ada wat sales..kak sue bila makan mata asyik meling jer kat sales tu..jiwa dah meronta2 la tu..tak pe kasik aku perabih ayam aku ni dulu yer..







kak sue makan yang suku jer..pandai pun makan.habis tau..aku jer tak habis sebab dah pulun ayam separoh..mula la rasa semua tak kena.kentang goreng dah sejok la..air dah habis la (alasan kena kuat baru leh tinggal kan baki makanan)

siap makan kak sue pun ambik la port cari peluang mencelah di tengah orang ramai yang sama2 sibuk mencuci mata..dan akhirnya mencuci 'dompet' (gi bayor la..) apa barang nya? cari la blog kak sue.mesti ada punya..yang aku ada ni jer..




hari ni aku kena balik kampong sebab esok ada kenduri arwah untuk makcik aku dan kenduri doa selamat sempena ulang tahun adik mak aku.jadi standby le hadiah yer...kenduri untuk adik mak aku ni kita orang sefamily tak dapat nak gi lama.just tunjuk muka jap pastu semua kena bergegas balik kampung abah aku kat parit sulong untuk kenduri arwah malam nya..bersambong senin nanti yer,tu pun kalau aku selamat sampai ke kampong..amin.

Jumaat, Mac 20, 2009

aku malas nak hupdet BLOG!!!!

aku malas ar nak hupdet blog.belom ada mood..layan dulu eh video kat bawah nih..zasss!!


mati






cari ilmu biar betul




apa yang korang akan buat kalau korang jumpa..




contoh ni selalu jadik kat lif tempat keje aku...



korang jangan la jadik salah sorang orang macam ni..lif tu tetap kat situ punya..ada akal guna la kan?baru nama nya manusia..

Jumaat, Mac 06, 2009

lupa la...

cepat nya hari berlalu..tau2 dah tiba jumaat semula.ni aku nak tunjuk kan jer apa yang jadi pada tempe hari tu..



ni la jadi nya tempe tu.sambal goreng..agak nya la tu nama nya.hehehe..mak aku masak untuk kenduri arwah mertua akak aku hari ke-40..cepat kan masa berlalu..



yang ni ayam masak kicap..ada 1 lagi menu..paceri nanas..aku tak minat benda tu jadinya tak de la gambo makanan tu dalam senarai aku..banyak aktiviti yang aku buat cuti hari tu tapi nanti2 la..macam aku kata la kan.sibuk dengan persiapan majlis kahwin abang aku.

baru2 ni teringat lak filem2 lama.aku pun layan la you tube masa kat ofis..tu pun ambik part yang penting2 jer..tv dah tak main kan cite2 ni..kalau ada pun tak tau bila.ni masa aku budak2 la dulu dapat tgok citer ni..




ni jer yang leh aku download..2 lagi citer main2 hantu dengan setinggan tak leh ar nak download sini..kalau korang rasa nak tengok pandai2 la cari yer..bye!!!!