Selasa, Januari 10, 2012

cerita haziq dan nurlia....

dah 10 hari dah 2012 menjelang.rasa cepat jer masa berlalu.bila nak hupdet blog tak pernah sempat.mengalahkan banyak keje sesangat.hehe..

keje tu memang la ada tapi semalam sebelom balik keje saya dok sebok main satu game nih dan akhirnya saya BERJAYA! poyo kan.balik keje lambat semata2 nak score game ni...




terasa bangga bila dapat habiskan game ni...


ok la, benti cite game tu.rasa tak menarik pun.saya cuma nak cerita tentang haziq dan Nulia di sekolah barunya. haziq tetap tadika lagi tapi berlainan sekolah untuk tahun ni. Nulia pulak telah saya suruh tinggal di asrama.biar dia belajar berdikari sikit..



KISAH HAZIQ

haziq di tukarkan ke tadika yang lain adalah kerana mak saya kata cikgu kurang perhatian pada murid. yang tu saya tak dapat nak pastikan kesahihannya..tapi dah mak kata nak tukar memang kena tukar la..mungkin untuk kebaikan haziq jugak.terlupa pulak mana letak gambar haziq masa daftar kat sekolah tadika baru hari tu..

tempat baru ni budak lelakinya 3 orang je.tapi sorang tu tak cekal hati.bila mak nya balik, memang budak tu meraung semahu2 nya.saya mesti la dah risau sebab haziq hanya mendiamkan diri je.tapi mujur ada sorang budak perempuan yang memang muke slumber.dia ajak haziq main sangat la senangnya. tak silap namanya PUTERI NUR AISHAH (saya curi2 tgok nama budak tu).dia datang kat haziq, tanya nama, pastu terussss pimpin tangan haziq ajak main....senang nya budak pempuan tu..sangat2 peramah!haziq hanya diam je...

bila saya dah selesai sesi pendaftaran dan nak balik. haziq tak bagi saya dan mak balik sebab budak lelaki yang tengah emo tu masih lagi sedang menangis semahu2nya. agak nya dia rasa sebak kot tengok budak tu meratapi nasib kena tinggal kat sekolah.tapi nak buat mcam mana kan, sekolah tetap sekolah. nak tak nak haziq terpaksa la redho walau pun dia tak rela.

esok paginya (05.01.2012) bila saya nak hantar ke sekolah....

Haziq: kita nak gi skolah mana acik?

Saya: sekolah semalam la..sekolah yang makcik dengan mak hantar tu..

Haziq: sekolah yang budak nangis tu ke?

Saya: ha'ah..*sambil tgok muke haziq.dapat nama baru la sekolah tu..hehe...*



KISAH NURLIA

Nurlia adalah cucu sulung dalam family saya dan merupakan anak kepada abg long saya. terpaksa suruh dia buat pilihan tinggal di asrama..tapi rasa macam tak percaya pulak terpaksa biarkan dia kat asrama.sebab ni pertama kali dia duduk asrama.teruja gi jengok dia kat asrama.




pemandangan pintu masok






blok asrama..masa ni dah sedia nak naik tangga sekali....



nampak tu papan merah tu kata apa...terus patah balik tunggu kat keta je..


menangis la jugak saya dengan dia...huhu..mengada kan?sedih memang tak boleh kontrol...gambar memang tak leh tunjuk sebab mate masing2 tengah merah.sangat memalukan...

hehe...bosan kan cite ni...

Isnin, Januari 02, 2012

selamat datang 2012

assalamualaikum semua...

Agak berkurun gak saya tak hupdet blog ni kan.dah naik berkulat baru terhegeh2 nak hupdet. sekarang ni rasa sekejap jer masa berlalu.sekarang dah pun masuk hari kedua di tahun 2012.usia pun makin bertambah...alhamdulillah..masih di beri kesihatan dan peluang menikmati hidup ni. azam?ermm.. saya punya azam yang utama tak lepas2 lagi.hehe..takpe2..akan di usahakan.haha..ok, tak kelakar.

disebabkan saya buat blog saya nie naik berkarat.jadi, saya akan menempel baki peristiwa yang berlaku sepanjang 2011.mungkin akan jadi panjang berjela bila korang baca or tgok.maaf kalau bosan..selamat mencuci mata di blog saya...


Bulan Jun
Majlis pertunangan adik sepupu (Ina)











Align Centre









Bulan Julai
Sambutan hari merdeka utk tadika daerah muar (termasok sekolah haziq)


















Bulan September
1. Majlis perkahwinan adik saya















2. Jamuan hari raya di ofis












Bulan Oktober
Majlis bertandang belah lelaki



















Bulan November
Mewarna bersama keluarga d Kolam Air Panas, Sg Gersik (sekolah tadika Haziq)


















Bulan Disember
1. Majlis perkahwinan adik spupu (zila)





























Majlis bertandang....


















2. Majlis pertunangan adik sepupu (Izah)







Sekian.

Rabu, Julai 20, 2011

virus kat FB

sekarang heboh kat FB pasal virus yang di hnatar dengan pelbagai cara.semalam aku baru baca pasal virus kat FB dan bagaimana virus itu di hantar.mula2 macam tak percaya tapi sebelum balik semalam sempat la layan lagi FB nie kat ofis.skali tu ada seseorg PM aku. aku tak layan dan terus logout.bukan sombong tappi nak cepat masa tu..

pagi tadi aku datang keje aku baca balik tentang ciri2 virus kat FB..korang pun bace lah ye..


VIRUS BARU KAT FACEBOOK !

PENERANGAN

1. virus tersebut tersebar melalui IM dimana dia bermula dengan chat........"hi. how are you?"

2. kemudian korang reply pd chat tersebut , dia akan hantar "Wanna laugh? "

3. selepas korang reply , dia akan menghantar kan "It is you on the video ?)) want to see?)"

4. then lepas tu , dia akan hantar satu LINK & link tu laa VIRUS
'KWN-KWN SEMUA HATI-HATI OK"




sedang membaca tu ada pulak yg PM aku.tapi nie guna nama org lain pulak..jadi aku layan kan la sebab nak tgok sejauh mana kesahihannya..hehe






terpaksa cover penama kedua yg PM aku tu sebab aku rasa ada orang guna nama dia.penama pertama semalam aku tak baca habis terus logout.jadi bila aku reply apa yg penama kedua ni tanya ternyata la betul dan sama..

tapi oleh kerana aku ambik masa nak menjawab.so penama kedua ni terus unavailable untuk BERBORAK dengan aku..jadi percubaan aku tadi hanyalah separuh jalan.kira ok la kan dari cube sepenuhnya.kang tak pasal2 aku punya lak kena serangan virus..hehe

jadi pada rakan2 aku tu hati2 ok.mencuba tu boleh tpi tak yah la dah kena baru nak menyesal.perkara ni pun dah di hebahkan supaya berhati2.
..