Rabu, Mei 13, 2009

tunang..(pakcik din aku)

sabtu lepas pakcik aku tunang.tak banyak gambo yang aku leh ambik.sebabnya aku sampai jer rumah tunang pakcik aku majlis dah habis.kakak aku leh sesat2 jalan.datang nya dulu 4 tahun lepas.mau tak sesat jalan.tunang pakcik aku ni 1 ofis dengan kakak aku.tu yang kenal..

pak cik aku ni sepupu pada mak aku.jadi mesti la mak n ayah aku ada sama..kalau family aku tak de pakcik aku akan pujuk sampai kita orang pegi majlis dia.napa ntah.malas nak citer banyak.kite layan gambar2 dulu....




makan malam ni masa jumaat malam.mula2 plan nak bawak mak n ayah aku makan dekat dataran sebab ayah aku paling suka makan kat gerai2 lori nih (sebenarnya jumpa org kampung..).tapi oleh kerana lori yang perniaga yang ayah aku suka tu tak berniaga malam tu. aku n kakak aku tukar rancangan.aku bawak ayah dengan mak aku gi ZZ Corner jalan mahmoodiah.area kubur tu jalan tu.




ayah aku paling suka makan bersup2 nih..kat situ pulak popular dengan sup tulang.apa lagi aku layan kan jer.order sampai 2 mangkok sup.sebab nya cucu mengacau sama...tak pe aku layan kan jer wlau pun telinga dah kuar asap.


tunang pakcik orang felda adela.yang aku tau nama dia ayu.sepanjang perjalanan pakcik aku asyik call dan sms aku dengan kakak aku.aku yang naik risau.....



hantaran dari pihak lelaki..(maaf yer gambar kurang memuaskan.kalau aku lambat snap konferm dia orang bawak masok bilik) ate nya.kempunan la aku kang hehehe..gambar hantaran belah pempuan tak dapat nak ambik.nanti kalau dah ada aku letak.



ni la bakal makcik aku...wat masa nih panggil kak ayu dulu....



pakcik aku n tunang tersayang....berisinya sekali aku jumapa 2 orang nih..aku lain la dah memang comel nya..kuikuikui...










akudankehidupan: ni kali kedua pakcik aku bertunang..

Jumaat, Mei 08, 2009

leraikan apa yang kusut.....

malas nak hupdet blog.

banyak perkara datang dan kena urus kan 1 persatu. ada pulak yang datang kena fikir kan 1 persatu.

dugaan tuhan kan sapa tau.semua tu atas kehendak dia.

cuba jadi normal dan anggap perkara yang lepas tak kan berulang..





akudankehidupan: rasa bengong dan frust untuk beberapa minggu nih..hhmmm

Selasa, April 28, 2009

26/04/2009

kita enjoyyy.....


pagi tu aku terjaga dari tido sebab bunyi masej dari henpon aku.bila aku tengok mak aku yang hantar.tapi aku tak boleh nak faham apa yang dia tulis.last2 aku diam jer.mak aku hantar lagi sms dia.agak nya dia ingat aku tak dapat sms dia kot..dan aku memang kena la jwb sms mak aku mengatakan yang aku tak faham1 apa pun yang dia taip.

terus dia senyap tak masej2 aku.majuk kerrrr.tak pe biar kan dulu..aku pun ambik bakul sabun capai tuala nak mandi.aku tengok nana sebok didapur.rajin nampak..pas mandi tengok jam awal lagi.nana masok wat mee hoon goreng.dah lapo benor kata nya.kami makan berdua.

aku bagi tau dia yang aku nak cari kasut kat bandar.nana nak join tapi nak siap kan basuh dulu.sebelum tu nano ada cakap kak zainon nak cari barang.so, aku pun kuar bilik kebetulan kak zainon mcam nak masak.aku ajak sekali kak zainon join aku dengan nano gi jalan2 kat bando.dia kata dia puasa.aku cakap balik dari bando kang leh singgah paso malam kat stadium larkin.terus kak zai non kata ok.

tak buang masa.nano siap jer basuh.kita orang pun bersiap nak kuar.sementara tunggu kak zainon siap kita orang gi bayor sewa bilik dulu sambil nano bertanyakan atok pasal 'kakak' dia tu.sembang punya sembang kak zainon kuar.kita orang pun cepat2 ar kuar dari rumah atok.kalau tak tak de point nak kuar.dengar atok citer..

tempat pertama yang di tuju adalah City Square.macam dah tak de tempat lain.bila masuk area bandar jer jalan lenggang?macam tak percaya jer.bila aku pusing ke komtar untuk masuk ke parking bertingkat rupanya jalan belakang memang la jem.orang dok seboj wat jalan hari ahad tu.tak masal2 aku parking bertingkat kat tempat open.selalu tengok dari bangunan ofis jer.kali aku betul2 dapat park kat atas sekali..macam best pun yer..



ni si nano punya keje la ni. aku pun tak pasan dia ambik gambo aku tengah jalan.nak kena rotan la tu..




baju ungu tu nano.baju kurung ni kak zainon..dah aku kat belakang sekali dapat gambo pun belakang2 dia orang jer la..huhuhu..sekali masuk CS ni punya la ramai orang.sampai kasut yang aku nak cari tu pun aku dah tak nampak..terus aku ajak nano tukar plan.gi kotaraya lak. dah gi sana masuk UO la jawab nya..

sebelum masuk UO tu aku tengok ada orang sebok2 isi borang bagai.rupanya nak wat kad UO.aku pun teringin sama la..aku ajak kak zainon skali wat.nano nak wat tapi tak boleh sebab dia dah pernah buat.jadi dia punya kad kena renew jer. tapi dia kata kad dia hilang.memang kena bayor la kalau dia nak ganti kad..tapi tak de makna nya si nano ni nak gi cari kaunter wat kad dia yang hilang tu..



ni pun tak tau sampai bila kad ni bertahan ada pada aku..silap2 hilang.ntah mana2 aku letak kang.bila nak, bukan main lagi beriya2..

misi pertama cari pakaian untuk nano dulu.bila pilihan pakaian nano dah dapat turn aku lak cari kasut.smangat ni cari kasut.nak besukan katakan..kak zainon ikut jer mana kita orang gi.sian gak kat dia.puasa lak tu.jap2 kang aku tanya dia.agak nya dia pun naik risau dah aku asyik tanya dia ok ke tak?aku bukan apa.dia kan pose.wat nya aku dengan nano jalan kat depan dia pitam kat belakang.naya aku...

akhirnya dapat gak kasut.tapi aku tak ambik gambo pun..lupa ar..aku siap beli bantal lagi..sajer tambah koleksi bantal tido..kalau mak aku nampak tu mau di suruh aku tido alas bantal jer tak yah guna tilam bagai..

siap di kotaraya hari tu.misi terakhir kita orang adalah pasar malam stadium larkin.beli la agak2 yang nak di makan jer.siap beli makanan, beli air pulak.masa tu la hujan menurunkan dirinya.kelam kabut nak bayor duit air dan berlari ke keta.. basah la jugak.balik bilik dalam dekat kol 6 ptg.pala pun dah pening2..kena hujan tadi gak nya..aku makan nasi goreng.pas tu duduk2 jap tengok nano iron baju sambil aku layan DVD.hujan lak tu..baring2 terus terlena..ambik ko..

terjaga dah kol 9 lebih..kena bagun gak sebab aku lom mandi.bila aku terjaga turn nano lak tido.konon nya.tapi memang la dah terjaga siap mandi lagi.mata aku dah susah nak tido.tu pun off tv wat2 pejam mata.dalam kol 1pg gak la baru aku tertdo..nasib pagi leh dengar jam lonceng...kalau tak nano la kasi gegar katil aku kejut bagun tido..hahaha







akudankehidupan: seronok 2 hari habis kan cuti kat bilik jer.muka happy tapi hati kusut.mcam mana tu.

Isnin, April 27, 2009

25/04/2009

DURI rindu nano!!! ke sebalik nya???


minggu ni aku tak balik kampung.aku dah janji dengan kakak aku balik kampung 1 mei nanti.cuti pun 3 hari.kita orang nak kemas keliling rumah mak aku.ye la.tak lama lagi kan dah nak majlis kawen abang aku.ada 3 hari ni leh ar wat keje sket..

pagi sabtu ni aku bangun awal walu pun aku tido kul 3 pagi..aku rasa tak de apa yang aku nak buat jadi nya aku tido lagi bila terjaga dah pukul 9 pagi. nano tak de.dia dah mula dengan kelas memandu.sebok ar kekonon tu.patut gak dia blaja mandu untuk kesenangan dia gak nanti..ni pun bukan nak citer pasal dia sebenar nya..aku dah plan nak gi mana hari ni..tapi masa terlalu awal aku ngadap la citer katun dulu..

bila agak2 jam dah pukul 10.30 pagi baru la aku gi mandi dan bersiap2 memulakan aktivi yang terangcang...




aku gi GIANT taman suria.sensorang ok.aku gi sana pun macam biasa untuk beli barang2 ofis..gambo kat atas tu sekadar hiasan yer..aku tak sempat nak tunjuk risalah giant.ada sale kat giant hari tu. gi awal2 seronok gak. nak beli barang orang tak ramai lagi.nak bayar pun tak la nak kena beratur panjang.

pas beli barang2 ofis dan sedikit barang aku.aku gi bandar lak.kekonon nak tengok citer hantu indon 'HANTU JAMU GENDONG'.tapi aku tak servey pun pukul berapa tayangan tu.takut kena tunggu lama jer kang.akhirnya aku just jalan2 kat bandar..tengok orang jual barang kat area kaki lima.dah macam astro.mcam2 ada..

jalan2 tu terpandang gerai jual DVD.aku pun sajer2 la tengok.aku nak 1 citer jer tapi dapat 3 citer..budak tu kata gambo ok.siap janji bagai dengan aku..citer2 yang dia tunjuk tu semua nya baru kuar pawagam tak silap aku..




COMING SOON, RACE TO WITCH MOUNTAIN dengan MALL COP. nama pun cetak rompak kan..tak tau la mcam mana leh kuar citer2 ni dulu.agak2 dah penat jalan dan perot aaku dah rasa lapo.makanya elok aku balik.nak masak la.sebab nya masa kat giant tadi aku dah beli sayur.kena la masak.

masa aku tengah sebok siap2 kan bahan nak masak, atok (tuan rumah) datang.masa tu kak zainon tengah makan sambil melayan dengar aku bercerita tentang penyewa yang duduk bilik dia sebelum dia duduk.ada la sesi ngumpat sket..huhuhu..

aku ingat atok nak bagi tau ada penyewa baru nak masok tapi dia tanya aku pasal kak ros (duri-bukan nama sebenar).

atok: atok nak tanya ni pasal ros..masa dia duduk sewa kat bilik ni dia mcam mana?

aku: maksud atok?(dalam hati tertanya lagi knp kuar citer pasal duri nih)

atok: tak la, betul ke atok dengar dia suka wat hal.cari gaduh.sebab kak ida (bini atok) kata dia suka cari gaduh.hari nana kena dengan si ros ni betul ke?

aku: ermmm..betul tok.tapi napa?(was2 lagi nih)

atok: tak de la. semalam (jumaat) si ros tepon atok.cakap nak sewa semula kat sini.atok dah bagi jawapan memula.lepas tu kak ida kata kalau ros masuk tak susah kan ker budak kat bilik tu.tu yang atok datang tanya ni.dia kata dia tak serasi dok hostel.

aku: kak ros nak sewa semula?dia duduk HOSTEL!!!???bukan dia ada duduk rumah dia ke?sebab dia kata ada beli rumah.dia pindah pun sebab tak nak rumah yang dia beli tu kosong.kalau tak ambik boleh tak tok?mmg ateh (aku) dengan nana pun rasa tak serasi dengan dia.suka sangat cari pasal dengan kita orang. nasib ain yang duduk dengan dia tu leh tahan.tu pun kadang2 dengar gak dia gaduh dengan ain.

atok: tu la. saya pun tak suka dengan perangai ros ni.banyak dah kak ida ngadu pasal dia.tu saya nak halau jer dia.lom sempat saya halau dia nak pindah.

(yer la tu tok...ko kena marah dengan si ros ni pun ko diam jer..)

kira banyak la luah rasa pada atok petang tu..last2 atok kata dia dah tepon semula kak ros tadi cakap pada ros,dah ada orang lain sewa bilik tu. aku tau si ros tu akan naik hanginbila atok kata macam tu.tak nampak pun aku dah tau perangai dia.banyak sangat menipu dari cakap benar.bertambah la aku tak suka.atok cakap dia nak datang petang tu gak angkat barang2 dia..tapi nasib baik atok tepon dia bagi tau dia tak de bilik kosong dah.bagus la tok..kita orang kat sini tak rindu pun nak ngadap dia..nana aku tak tau la.sebab masa ni dia lom balik lagi..kakak kesangan la katakan..wakaka...

pas atok balik cepat2 aku siap kan masak.kak zainon masok bilik dia.tido gak nya.dan siap jer masak aku terus ambik posisi.posisi untuk makan la apa lagi...dah kebulur dah ni..ni jer yang aku sempat masak..



sayur kobis goreng...sayur2 ni wajib untuk aku kalau nak makan..



yang ni asam pedas ikan pari...sedappppp...(aku yang masak aku la puji..kalau tak leh tanya nano sebab dia yang perabih kan asam pedas aku)

24/04/2009

GYM




cerita di mulakan dengan botol dia atas. ni waktu lunch tengah hari aku.kita orang 1 ofis pergi NANDOS-Plaza Pelangi untuk farewell budak pektikal yang terbantut jumaat lepas.

diringkaskan citer gambo makanan memang la aku x fokus pun.tapi dok sebok possing sakan ambik gambo..


sedang membuat pilihan menu..bos aku n budak pektikal (zua).



yang belakang aku tu kak sue.dia memang malu2 sket kalau aku ambik gambo..tu yang ala2 terselit tu..hehehe..gambo nano xde dalam henpon aku so tak dapet la nak tepek kat sini..



pembuka selera.sup2 dulu..ayam tengah bako..masa ni sopan lagi..tunggu la time makan kang..jene..jeng..jeng..




yang ni dah last makan.kita orang kalau bab makan ada kureng malu sket..rejeki jangan di tolak..dah masing2 kekenyangan.tak de maknanya nak hbis makan kek aiskrim tu..masa aku sampai plaza pelangi, metrojaya ada wat sale.pakaian dalam wanita.tu yang tak de hati nak tayang gambo.yang lain2 tu sale bantal, cadar..benda2 biasa la..aku tengok2 jer..nama nak beli?malassss..aku memang tak pernah pun beli cadar2 ni.selalu mak aku yang belikan cadar tuk bilik aku...bagus kan!!!




balik keje aku singgah GYM.nak wat muscle katakan..hahaha..boleh masok angkat berat pas ni wakil johor..kui..kui..kui..GILA! aku gurau jer.sebenarnya aku nak gi gym ni pun sebab nak isi masa terluang yang dah terluang sangat2 (kononnya la).

tempat ni pun pak cik aku yang cadang kan.sebab dia biasa gak gi tempat ni.so dalam perjalanan balik keje aku singgah la untuk bertanya. budak kaunter tu bagi aku kertas kat atas ni. dia galak kan datang gym ni..soh aku bawak kawan2 datang skali.semangat nih.aku kena la pegi kan?tapi tak tau bila nak mula kan aktiviti bebas nih.bukan tak nak.memang nak gi sangat2.pas ni confirm pak cik aku call jer tanya dah gi ke belom..arrggghhh..nanti2 la pak din...