Selasa, April 26, 2011

makan tengah hari

hari ni makanan tengah hari aku sandwich ikan tamban a.k.a sardin. kak sue yang beli semua barang2.aku cuma bawakan bawang dan cili je.hihihi...

yang membancuh nya jugak kak sue.mesti la dia,biar lebih afdol..wakaka...aku tolong sket je.tolong tgok banyak la.




bahan2 nya...yg lain lupe nak snap..hihi



tu dia..sudah di lenyek2 kan..nyum3...


pas siap selet apa yang patut kak sue gak yang bakar dan kuarkan..hihi..memang sedap sangat2..kak! buat lagi kak...




gmbar ni di ambil pas aku dah makan utk yg kedua kalinya...huahuahua
bukan sengaja tak ambil gmbar.tpi memang terlupa sebab sedap banget!

Isnin, April 18, 2011

menyibukkan diri di majlis kawen

semalam dalam perjalanan balik jb ada kemalangan kat ayer hitam.masa tu aku benti kat area pasar malam tengah tunggu dalam keta kot2 ada keta nak kuar leh aku ganti parking tempat tu.hehe

tengah menunggu tu aku dengar bunyi kuat sgt2..bila aku pandang cermin pandang belakang keta aku.....



haaa..tu dia.keta proton merah tu gi sondol keta waja yang ada kat depan dia.pemandu keta proton pemuda cine.keta waja pulak pakcik 50an..keta Myvi tu kedudukan dia di belakang proton.pas belanggar,keta Myvi tu trus park sebelah keta proton.tiba2 aku tgok pemandu proton merah tu kelam kabut kuar dari keta belari ke pintu penumpang depan.bila dia kuar kan penumpang tu aku tgok muke penumpang tu berlumuran darah.



keta waja yang di sondol...


aku rasa macam tengah tgok dvd je.sebab memang aku nampak macam mana berlakunya pelanggaran tu (rasa mcm wartawan buletin utama lak) hehe..pastu bleh pulak aku syok sendiri dalam kereta layan sakit kepala tibe2.bedenyut2 rasanya.dah mcam aku lak yang terlibat dalam kemalangan tu.nama pun kemalangan kan.mesti la jalan jem seketika.ramai la yang bagi bantuan.tolong tumpang kan mangse ke hospital,kawal lalu lintas sementara polis datang..yang nie memang aku respect la kat org2 mcm ni..bila sakit macam ada tak de.aku pun teruskan balik perjalanan balik jb..


sebenar nya sepanjang cuti hujung minggu dalam dua minggu berturut2 ni,masa aku terhad sangat2.sebab nya sepupu belah ayah buat majlis kahwen anak sulong mereka.kang aku tak datang rasa tak paut pulak.anak pertama katakan.masa majlis nikah 9.04 hari tu aku tak dapat hantar sebab aku keje.lagi pun majlis nikah tu buat siang.so, memang aku tak dapat nak join la..tu pun kakak sepupu aku dah sebok tanya kat mak aku sebab dia tak nampak muke aku.

last2 sebelom balik jb aku ikot gi hantar anak spupu aku sanding rumah pempuan kat yong peng.tak sangka jugak aku jauhnya nak sampai ke rumah pengantin pempuan.mungkin sebab aku tak pernah masuk kawasan kampong tu.tu yang buat perjalanan terasa jauh.



sementara menunggu penganting lelaki bersiap..






setelah siap..baju merah hati tu la kakak sepupuku..yg pengantin sure la anak sedaraku.termasuk budak pempuan yg menyangkung itu..hehehe.lupa lak yang sorang lagi tu..tu la mak pujiah (mak aku)


apa lagi..mulakan kompang...







tol dah ready..masa ni aku tak snggup tunggu sebab keadaan cuacanya sgat la panas.sudahnya aku tunggu kat tepi jek..lama la gak nak melepasi tol ni..yang byar tol tak pandai mengayat..huhuhu..laluan masuk kerumah kena lalu bawah khemah makan,alhamdulilah..redup sket.tapi sesak la sebab rmai tetamu yang baru smpai
masa tu dan berjalan untuk mengambil makanan.agak2 aku la..haha




lepas je laluan bawah khemah.sekali tu laluan nak masuk ke dalam rumah pulak jem.rupanya depan pelamin dah di penuhi oleh sanak saudara pantin pempuan.macam mana aku nak msok ni.mak aku dah dok memanggil2 jer.kalau ikot sedap hati aku memang aku rempuh je org yang diri depan aku.tapi aku kan insan yang comel dan sopan.mana leh buat macam tu..no..no..no..noty tu!

oleh kerana aku ni insan2 yang sobar..make dapat la gak ke depan pelamin.bukan untuk 'mencanai' pengantin ye.tapi untuk ambik gambar je..hehe. pas ambik gambar sekeping dua aku tunggu mak aku kat luar rumah.tak sanggup aku nak berhimpit..hilang pulak rasa comel tu karang...huahuahua





.

.

.

.

.

.




ni masa hari sabtu 16.04..mesti la datang rewang masa ni sebab mak nak masak paceri nanas.budak ni nak aku suruh bawak skali takot kena dengki dengan anak2 abg long aku.nak tak nak angkot je la..aku tak bagi ikot bukan apa.nanti bila kte org tgh sebok buat keje takot terlupa budak ni merayau ntah kemana2.sebab kg ayah aku ni ada sungai tak jauh dari rumah akak spupu ni.aku tak nak le dia terikot budak2 kat situ ke tepi sungai..sorang ni memang tak leh di percayai.kalau dia ikot kata hati memang dia akan ikot je sapa yang ajak dia..












mak aku n mak utih aku (adik ayah aku)





aku balik rumah pun agak dah lewat malam jugak.esoknya (semalam) kena bagon awal2 pagi sebab nak kena tolong mak n mak utih aku masak lauk pantin.kak long aku pun kena tolong sekali..hihihi.ya allah...mengantok nya aku.mate rase x leh bukak.tapi dah mak panggil, anak sedara panggil terus le bangun untuk bersiap..gambar2 pada majlis semalam nie bukan aku yng ambik.tpi anak sedara aku.pandai2 le nak ambik gambo nulia...jom layan gambo.
































































Selasa, Mac 15, 2011

pasni sapa panggil aku hoi2..siap kau!

tajuk macam keji je kan?haha..saje je wat gimik kat tajuk tu.

sebenarnya hari ni dapat satu benda baru iaitu NAME TAG.dulu aku ingat time sekolah je yang kena guna.tapi sekarang keje pun dah kena praktik kan sebab senang nak panggil nama.katanya la...





tu dia name tag aku.tipu la kalau aku kata pas sekolah aku tak pernah guna name tag.pengalaman keje yang memerlukan aku guna name tag ni masa aku bekerja kat station minyak BP sekarang dikenali BHP.

dan sekarang kena la guna balik untuk menyenangkan orang memanggil anda..agak2 berkesan ke? hehehe...




ayu je kan kalau nak posse ambik gambar.huhu






*hari ini malam ke-3 kenduri tahlil untuk arwak kakak sepupu aku...sejahtera keatas dirinya disana*

Selasa, Mac 08, 2011

cik grey yang terluka..







nie gambo pagi tadi..kol 6 lebih.time aku nak gi keje.letak gambo cik grey ni bukan sebab nak jual ye tapi ada insiden yang berlaku.

akak: cik..cik.. (akak aku jerit sbb aku kat bilik atas)
aku: ye.. (sambil kuar dari bilik)
akak: awak xciden ke semalam?
aku: ?? (blur jap)..xde la. nape?
akak: pintu keta awk kemek truk..cuba awak tgok..

masa akak aku ckap kemek aku masih tak boleh bayangkan kemek tu macam mana.tapi masa pakai tudung tadi rasanya paling cepat dari biasa.sebab tengah bersiap2 nak gi keje.aku turun ambik kunci rumah sekali terus keluar. masa tu dah tak sabar nak tgok cik grey..bila aku tgok jer.







huaaaaa....hukhukhuk...teruk ok cik grey aku.sapa la yang punya keje ni.dah la langgar cik grey pastu lari lak tu.tak pasal2 hujan malam tdi masuk air keta aku.sebab belah atas pintu renggang akibat 'geselan' manje dari pemandu keta durjana itu.

akak aku kata dia dengar bunyi berlanggar.tapi bila abg ipar aku jengah tak de pa pe pun kat luar rumah..kecik hati tgok cik grey terluka mcam tu.




gambo ni aku ambik masa dah sampai kat park ofis..lupa pulak nak snap bahagian atas pintu yang terbuke sket tu..kepada orang yang dah bgi hadiah kat cik grey ni.tolong2 la datang cakap maaf..sejok sket hati aku kalau dengar maaf dari orang yang berhati 'mulia' itu..ermmmm...

Jumaat, Mac 04, 2011

stor oh stor

sakit nya kaki ni.semalam kena masok stor kemas untuk pindahkan semua dokumen yang ada ke stor yang lain.kiranya pasni dah tak sewa kat rumah yang kita orang buat stor ni.


ni la stor nya..pic ni di ambil semalam pas lunch.sementara tunggu yang lain aku pun buat la apa yang ptot..hehe (ambik gamabar la apa lagi)





ni adalah sarapan beberapa hari sebelom semalam.hehe..lama gak aku tak makan kat kedai mamak ni.biasa gi sini dengan kak sue.tu pun tgok gak kenapa..biasa nya sebab nak ke stor so, sarapan adalah di restorem mamak rosmerah.

pas siap sarapan terus gi stor sebab ada rombongan merisik nak datang.pejalanan tak jauh pun.drive pun tak perlu la drift.agak2 macam tengah belajar memandu.tapi sekali sampai stor tak de 5 minit perot aku meragam.balik rumah kak sue.tumpang buang air..hihi.darurat.tak leh tahan..eiii...

agak2 tengah pose maut kat rumah kak sue.kak sue call rombongan merisik tanya dah sampai mana.oleh kerana mereka kata mereka dah hampir.kenalah bergegas ke stor semula dan tak lama selepas itu tibalah mereka2 ini...




setelah selesai membelek dan (abg jo di sebelah keta hitam) mengambil tahu kebajikan orang sebelah.jadi kata putus di buat untuk membuat operasi di stor ini.hari itu adalah semalam..

cite banyak pun tak guna kot.kang merapu jer lebih aku nie..moh, layan gambar..
dan kerja2 pembersihan pun bermula..








oleh kerana di bawah dah ramai yg buat keje2 pelupusan.aku pun tolong la kaum adam di tingkat atas...



stor di bahagian bawah...



stor bahagian atas...



sebelom kemas ambik gambar dulu..hihihi..ngada kan?



baru kemas sket..



suku yang dah di seal...




bila aku turun aku tgok dia org pun dah siap nak seal kotak (bahagian yang dia org buat la..).ok la tu keje yang diberi masing2 selesaikan jugak.senang sket.tinggal uruskan beberapa dokumen je lagi yang nak di bundle kan..




kemas apa yang ptot sblom balik.sebab nanti kena dtg lagi untuk sessi kemas kali terakhir sebelom barang2 di hantar ke stor baru.


balik terasa la gak sakit2 kaki dan badan.urat2 tekejut kot sebab tiba2 aku macam nak buat muscle..hahaha.hari ni kurang sket sebab malam dah sapu minyak.aduhhhh...






**kena start jimat dan jimat dari sekarang sebab dah kira kos yang aku nak gunakan nanti...**