Khamis, Disember 04, 2008

bilik sewa lagi....

hari ni badan aku sakit2 dan lengoh2 semacam jer..jangan ingat lain yer..huhuhu.malam semalam aku gi kemas bilik sewa yang bakal aku duduk.aku gi dalam kol 8 malam.kalau tak gi alamat nya nyesal aku kang..bukan nyesal apa pun.kalau dah duduk baru nak kemas memang penat ar badan di buatnya..memang tak jangka la apa yang aku fikirkan sebelum ni.mana tak nya aku ingat mudah nak kemas ni walau pun pada dasarnya memang mudah.tapi...(siap tapi2 lagi tu..dasar aku ni ek..) bila dah buat sikit2 baru nampak hasil nya ( sampah yang bertimbun2..leh caya tak?)

bermula nya cerita..(intro..hehehe..)

nama tuan rumah ni Hj Haron.dia ni kira terkenal ar kat kawasan tempat tinggal dia ni.mungkin dia ni di senangi dan di segani kat orang taman ni..dah dia ni bekas hakim johor tak kan ada orang yang tak kenal kat area ni (lain la aku).lantak ar..oleh kerana masa yang ada begitu terluang aku pun mula kan la aktivi nak mengemas bilik sewa.tak kan la dah masuk baru nak kemas.penat lak nanti.bilik ni kategori rumah gak la..cuma pakcik ni sewakan bilik..rumah ni belakang rumah pak aji ni jer aku tak alak ambik gambo rumah pak aji sebab kalau datang rumah dia tak de nya siang.malam manjang baru aku datang.dah sampai nya malam takde nya aku nak ambik gamboi kat luar rumah.kang ada lak yang numpang nak bergambar sama..( seram tak?) sampai rumah pakcik ni aku dengan member (si nano) bagi salam tak menyahut2..pintu grill tak berkunci terdedah jer.tak kan tak de orang kat lak rumah..kalau yer pun 'pening' tak kan kurang dengar lak?bini muda ok!tak kan wife pak aji ni pun tak dengar.mungkin dia ada sessi suai kenal dengan bini dia kot kat dalam rumah..tu yang aku bagi salam tak nyahut2..huahuahua..

bagi sesapa yang baru membaca kat sini mesti heran kan macam mana aku leh tau yang pakcik tu pening..
ni nama nya aku ni salah seorang rakyat malaysia yang berbudi bahasa..kan ke "BUDI BAHASA BUDAYA KITA"..dan2 guna slogan ni..aku tak hina pakcik ni..tak kan la aku nak cakap depan2 dia yang dia tu juling..kan kowang ajo tuh.ada yang makan bubur guna strow lak kang..aku dah kata aku tak hina tau..aku cuma ubah jer bior la sapa2 yang 'pening' ni tak terasa..aku bukan sengaja nak ganggu pakcik ni..aku pun tak nak terjerit2 bagi salam tapi tuan rumah tak nyahut..bukan terpaksa pun nak bagi salam tapi tak salah kan benda yang biasa di buat..kang bagi salam bisik2 sapa yang nak dengar lak..tak panggil kang kata aku ni main terjah jer lak bilik tu walau pun aku ni dah di kira sebagai penyewa bilik tu..tuan rumah kena la hormat.tapi dah tak jawab terjah jer la.masuk2 rumah tu gulap nya...menjajo cari suis lampu.nasib jumpa sebab masa memula datang tengok bilik tu pak aji ni dah tunjuk dah suis lampu rumah tu..apa lagi, mari kita mulakan kerja2 mengemas..





bilik ni banyak katil..jadi aku dengan nano dah fikir dah nak buat apa dengan katil2 ni..pak aji kata bilik ni dulu budak2 kilang yang sewa. masa tu ada la dalam 5,6 orang.jadinya bila masing2 dah kawen mereka pindah tinggal ler keadaan bilik ni macam ni jer.


kain kat katil tu aku punya..nak buat keje tudung tanggal ler..






nano nak guna dua katil dan buat blok guna almari supaya senang nak buat aktiviti sendiri. tak ler dia sibuk2 nak menempel jer depan muka aku...bosan tahu!




masa ni tengah kemas ruang tido untuk aku lak.tempat tido aku 2 tingkat..tapi aku guna yang bawah jer coz atas tu nak guna letak baki2 tilam yg melambak..tengok la susunan tilam yang belah atas tu.tak ke tinggi..




dah siap bahagian ni, nano nak tukar 1 posisi almari dia.tak kisah aku ok jer..tapi tarik almari sendiri yer.kan tulang besi kan...ala ringan jer almari ni..janji almari ni tak terhumban kelantai dah ler.jenuh nak angkat dirikan kang..



dah beralih pun...kuat kan dia..(hahaha)..pasni jangan kata tak buleh..tak buleh...tak cuba mana tau..tak gitu nano?




ni la bahagian yang last..tapi rasa macam dah kena semput dah kita orang semalam.mana tak nya tebal nya habok2 dengan sawang..gambor kabur2 coz memang dah penat giler..haus lak tu..dah siap2 kemas jumpa la dengan budak yang sewa 1 rumah ni.tak tegur kang kata sombong lak.nama dia Ain..nice girl la.pangkat adik gak ni.baru 20 tahun tapi tinggi dari aku wlau saiz lebih kurang aku..sementara rehat nak hilang kan penat megemas tu aku borak2 ar dengan ain..ramah budak ni..tu yang akau kata dia ni ok..ada seorang ladi penyewa, dia 1 bilik dengan ain, namanya ros budak sabah..aku jumpa dia ni pun masa aku dah nak balik.dia baru balik keje. aku tengok budak ros ni macam ada yang tak kena jer..tapi tak tahu la..tengok jer la kang apa jadi kalau aku dah dok sana...




balik singgah kedai ni gi minum sebab dah haus banget..kedai ni dekat jer dengan kuarters rumah yang aku duduk sekarang ni..aku order air minum 2 gelas. teh ais (yang ni wajib mana2 gi mesti order ni) 1 lagi air tembikai. si nano order air laici jer.tu pun terkial2 nak habis kan.kata haus tapi minum tak hbis2...kalau masok pertandingan konfem kalah dulu..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nanti da pindah, bila la dapat mkn kat sini lagi... bnyak kengan n sbg2 encem yang tak dapat aku lupakan tau..hehhhe