Isnin, Februari 23, 2009

ikan keli..gambo tak de...

lagi2 jumaat..ni jer la citer aku yang di mulakan..pepaham jer eh.rehat hari jumaat aku dan kak sue macam biasa la jenjalan kat CS..dah puas meronda kak sue tanya nak port kat mana untuk isi perot..aku tak rancang pun nak makan apa tengah hari tu, akhirnya kak sue ajak gi food court kat CS tu..ok gak.bila dah sampai sana benda pertama yang aku nak adalah......




ni la tempat yang aku nak gi tu..sebab nya kat situ ada ayam penyet.dulu rajin port dengan kak sue kat 'benafe' makan ayam penyet kat sana.sekarang dah kurang masa dah untuk ke sana.tapi nasib baik la kat CS ni ada penggantinya..sedap memang la sedap sebab makanan ni simple jer kat rumah pun leh buat sendiri tapi tekak aku macam nak orang lain yang masak kan kot baru lagi sedap dan sedap jadinya..huhuhu..(alasan orang malas)



ni la ayam penyet nya...tapi sambal ni lagi sedap yang kat BENAFE..apa pun buurrpp..konyang di buatnya..ayam goreng sedap sungguh..tengok la sapa makan kan.saiz pun sedap jer kan..tapi yang paling2 aku pelik kak sue tak pulak ambik gambo menu makanan yang kita orang makan masa ni..aku tengok pas dia basoh tangan baca doa terus santap..mak aiii..mama long lapo eh..hehehe..(jangan marah)

habis waktu keje aku terus balik sebab nak sampai kampung awal..leh rehat2 sket kalau sampai awal..lagi pun hari sabtu mak aku nak ajak gi muar beli barang sket2 untuk majlis abang aku.sebab tu aku rempit keta biar cepat sampai..aku sampai kampung dalam kol 8 lebih.dari Jb aku gerak dekat kol 7ptg..harap2 tak kena 'speed trap'.amin...

masa sibuk turun kan barang dalam keta, si haziq sibuk sama nak kuar. bukan apa, dia kuar tu sebab nak masok kat dalam keta aku..mulut tak habis2 "acik..acik.." geram jer aku dengar.dia igt masa untuk jenjalan? selalu gak la pipi dia ni aku gigit..hehehe..nasib baik aku ajak masuk rumah dia nak.kalau dia kata tak nak tapi ko paksa gak suruh si haziq ni masuk..mau jantan kecik ni bantai melaung kat laman rumah..sabo jer la...




tengok la ni..kalau gi mana2 walau pun dia naik kereta dari pintu belakang dia tetap gi duk depan.masa ni kat depan kedai kat muar. mak aku gi beli barang.aku malas nak turun sebab askar ramai yang ikut.kang ada yang terbang barang kat dalam kedai tu kang.mau hilang sabo aku..korang x caya aku tunjuk eh..



ni enjin memasing baru nak panas...



tengok ni..keta aku kancil jer tapi leh dia orang ni berebut sapa dapat baring dulu..diam kan jer la..kalau orang tgok dari luar tengok keta aku goyang2 jangan nak syak yang bukan2 yer..

siap beli barang terus balik.malas nak jenjalan..mak aku ajak singgah ambik nulia tapi aku saje je cakap petang2 sket baru gi ambik..dan petang tu aku gi rumah kak ipar aku untuk ambik nulia kebetulan mak aku nak hantar bunga manggar yang dia baru beli tadi..oleh kerana memasing tak sabo nak tengok bunga manggar ni maka nya mak aku pun kekonon nak demonstrasi la sebatang lidi..dari pada 1 lidi trus habis sepapan manggar tu di siap kan..macam tak menyabo..tapi macam best pun yer..sebab aku pun cuba buat satu.best2..

balik rumah dalam kol 8 mlm sebab takut abah aku dah balik dari laut.mak aku gi bawak kunci rumah.selalu dia tinggal kan kunci tu kat tempat biasa (rumah kampung..main selit2la)..tapi nasib baik la abah aku lom sampai lagi.malam tu aku tak de aktivi pun,cuma dok depan tv jer layan majalah 3 dan cerekarama: AYAM GORANG COMEl..habis cite aku tengok memasing dah pengsan.aku pun gi la ambik port aku dan zzzZZZZzzzz.....

pagi ahad nya budak2 ni kejut aku bagai nak rak.aku tengok baru kol 7pg..mana aja la dia orang ni nak ajak gi..mak aku ajak gi sauk ikan keli kat rumah jiran, aku pun mandilah siap2..bila gi, makcik tu nak kuar dengan suami dia gi batu pahat..janji nya dalam tengah hari baru kita orang datang lagi.

mak aku: macam mana?
aku: tak pe la mak,sebelum balik JB kang kita datang lagi..
mak aku:habis ni nak gi mana?
aku:kita gi kolam jer la..sempat lagi ni..



budak2 ni dengar kolam jer suka banget..aku balik rumah ambik baju budak2 ni dulu.lagi pun adam dengan yuzi tak mandi lagi cuma haziq jer yang dah mandi pagi2 tadi..tapi aku tetap bawak kan baju haziq sebab pasti dia pun nak terjun sama main air nanti..

kolam yang aku nak gi ni kat kampung SG GERSIK selang sekampung jer dari kampung aku..tempat ni popular sebab ada kolam air panas..mula la nak bukak sejarah ni..ssikit ar aku citer..dulu ada 3 buah kolam, kolam air panas ni dan agak banyak la jugak citer2 misteri kat kawasan kolam ni..tapi sekarang dah baru dah tempat nya..kolam air panas tu di kekal kan 1 jer.tu pun yang besar..lagi dua di timbus..tu yang akau dengar la.tapi orang2 yang menjaga mengubah tempat ni buat kan 1 lagi kolam..kolam ni hanya air biasa je.tu pun hanya untuk budak2 jer..org tua jgn nak mengada...org tua gi berendam kat air panas sana..

sampai sana si adam tak sabar2 nak terjun.nasib baik aku perasan..baju tu bukak la dulu bagi aku.pakai yg dalaman jer ye..tu pun dia bukak agak kelam kabut..agak nya dia tengok air tu dah melambai2 kat dia..yuzi masih boleh di urus kan..dia tau apa yang dia kena bukak dan baru leh trun kolam dan mandi..si haziq lak walau pun dia ni dah mandi.macam aku kata la kan, dia tetap nak mandi lagi sebab nya dia memang suka main air..

ni pun adalah kali pertama dia mandi kolam..seronok kenakan haziq ni..walau pun dia nak main air ni, aku rasa perasaan takut dia tu memang menebal..orang tak pernah berendam..bila nulia pegang nak turun kan dia dalam kolam dia punya jerit..kalah pempuan..last2 aku yang layan dia mandi..



tengok tu dah leh lepas tangan sebelah...



tengok mata masing2 dah merah..mana tak nya dedua main selam2 dalam air. kekonon pandai la berenang..huhuhu..kalau okie tau pegi kolam pun tak bawak dia siap ar kang...

oleh kerana mak aku tak nak tunggu lama2 dia ajak balik sebab nak masak..alasan tol la mak ni..apa lagi anak2..moh kita balik..sebelum tu bersih kan diri dulu yer..bila aku suruh haziq sarung selipo dia mati2 dia tak nak..last2 aku cakap kita gi mandi kolam lain baru dia nak pakai selipo tu..nama nak dukong kem salam.tak pasal makcik basah sama..

balik rumah masak2 pastu gi balik rumah makcik yang aku cakap nak sauk ikan keli tu..dia tak de gak gi kedai tapi tunggu tak lama pun sebab tak lama pastu dia balik..oleh kerana sauk yang kita orang bawak nih amat lah kurang sesuai panjang nya maka kata sepakat oun di buat..mak aku dan adik ipar makcik tu turun dalam kolam tu..selamat aku tak kena tolong sama..amin!






ni cara terakhir yang dia orang buat untuk sauk ikan keli..tengok la tu siap pakai kawat lagi buat kepong2 ikan.kekonon meranduk la dalam kolam.tu pun ada gak ikan yang terlepas sebab dalam air keruh mana nampak. abang tu sauk ikan dapat 6 ekor.besor2..suka aku..
makcik tu suruh ambik semua.dah bini abang ni pun nak jugak aku bagi 2 ekor jer sebab yang makan tu pun bini dia jer. bini abang ni pun dalam kategori orang kampung yang aku kurang kenan perangai nya...hahahaha..ada aku kisah!

aku gerak balik JB semalam dalam kol 3 lebih (petang)..sampai parit raja hujan dah mula turun..bila aku tiba lapu isyarat parit botak, lebatnya sampai aku nak drive pun jalan tak berapa nampak..jadi aku pilih jalan lama..nak masok jalan lama dari air hitam air bertakung punya la dalam.bila lori lalu tersimbah dekat cermin kete aku.terkejam2 mata aku.aku rasa macam muka aku lak yang kena simbah air..huhuhu..pas tu aku gelak sensorang..



ni masa baru masuk jalan lama kat air hitam...lebat kan..



ni dah dekat area sedenak..masa ni hujan dah nak reda..hanya gerimis2 halus...



ni nak masuk highway sedenak..

aku sampai JB dekat kol 6ptg..letak jer barang aku terus tido..cuaca tengah sejuk.lagi pun masa drive penat aku buat aksi2 terlampau yang agak sopan la..sebabnya, nak layan kan mata aku nih..ngantok siot mandu sejuk2 pastu sensorang lak tu..siap konsert lagi dalam keta..leh gitu!

Tiada ulasan: