Isnin, November 24, 2008

birthday e'in

macam biasa la hari jumaat aku akan balik kampung.minggu lepas aku tak balik sibuk cari bilik sewa lagi..ni pun masih cari2 gak..huhuhu entah bila dapat nya.aku gerak balik kampung pas maghrib sampai kampung dalam kol 9 suku gi tu.masuk2 rumah yang ada yuzi (anak sdara aku) dengan bapak aku.si kecik tu tido..aku tanya bapak aku mana lagi 2 orang.bapak aku kata gi tengok orang main badminton.aku pun trun kan ler barang2 dari keta habis trun barang jer pewot lapo lak rasa macam nak makan roti canai.tunggu2 yang 2 orang ni tak balik2 pun..aku baru nak suruh si yuzi gi panggil kakak2 dia balik eh sampai lak si farahin (e'in..kakak ke-2).macam tau2 jer makcik dia nak panggil balik.aku suruh farahin panggil kakak dia (nulia..akak yg tua) balik ada koje sket nak mintak tolong.farahin ni kalau aku pesan banyak2 kang lain lak sampai kat akak dia.kakak dia masuk rumah jer trus cakap roti canai tak ada.orang nya cuti..peh hampeh tol mana dia tau aku nak roti ni...simpan jer la hajat tu...

masa aku tengah mencari2 benda apa yang leh aku makan kat dapur si farahin merengek nak kan "benda" yang atas peti ais..aku cakap mana leh makan dah basi..aku tanya nulia sapa letak kuih atas ni tak buang.bila nulia tanya kuih apa, si e'in ni cakap tak de pa pe.aku biar kan jer la..pas tu si e'in ni tak puas hati gak, nak gak kuih tu. aku pun tanya nulia kuih apa sebenar nya yang e'in ni nak.rupanya "benda" yang aku sangka kuih tu inai..merengek tak sudah2..aku malas nak pakai kan nanti jari aku yang merah2 dah kena jadi tukang pakai mau tak kena..aku bagi alasan mak aku punya..eh...tak terima lak.si e'in ni siap bagi tau aku yang dia dah tanya mak yang inai tu mak tinggal untuk makcik (aku)..aik, mak tak de pun cite pasal inai2 nih bila aku tpon..lupa lak nak bg tau.masa aku sampai kampung mak aku takde kat rumah.bukan gi ngumpat kat rumah jiran...hehehe (ampun mak) tapi gi melawat orang sakit..dia gi jalan kaki dengan makcik sebelah rumah.

oleh kerana dah tak de benda nak di makan aku pun layan kan si e'in nak pakai inai..suka ok!bukan aku, tapi si e'in..masa sibuk2 pakai kan si e'in ni inai mak aku balik..

mak aku: "amboi.....sapa yang pepandai ambik inai mak ni?"
aku dengan nulia trus tunjuk si e'in..hahaha (dah memang dia yang nak)
mak aku: "pakai kan mak sekali" dan-dan hulur tangan tapi yang jadik mangsa nulia le..aku bz ok..




ni la si e'in..aku layan je dia nak apa sebab baru lepas birthday dia 19hb Nov hari tu..yang membelakang kan dia tu si yuzi. dia tak heran nya apa yang kita orang buat sebab dia dah dapat hadiah dia tu pun aku bagi lambat.kalau aku bagi bulan sembilan mau meraung si e'in. orang lain dapat dia tak dapat..tapi masa berinai ni aku tak bagi lagi pun hadiah bantal pelok tu..aku saje nak bagi dia jelous kat adik dia..tengok ar muka dia.aku tau dia nak.tapi aku biar kan jer.dia tak berani nak mintak2 dengan aku cuma dia kata "kenapa makcik bagi yuzi patung (bantal pelok) tu"...aku jawab "ibu kata hari jadi yuzi, makcik bagi la hadiah tu"..muka sedih seh...layannnnn

esok nya (sabtu) baru aku bagi dia bantal tu sian lak tengok dia asyik pegang2 bantal yuzi..hari ahad mak aku kata nak buat pulut kuning sempena harijadi e'in..aku diam jer la.malam nya kak ipar aku sampai..tak sabar2 si e'in dengan yuzi nak tunjuk apa yang dia orang dapat.malam tido tak lepas pelok benda tu.si nulia ar rajin kacau.ambik dua2 bantal tu pas tu sorok.kalau tak nangis adik2 dia tak sah..

sory yer pic untuk pulut kuning aku tak ambik pun.rendang ayam pun tak sempat aku nak snap gambo nya..malas nak pegang hp..abang aku soh gi beli kek pulak..kata nya dah janji dengan e'in.aku bawak le kakak ipar aku gi kedai..dia ni tau bawak motor jer.tu pun aku la cikgu yang ajo nya..lesen memang dia tak de.penah gak ajar bawak keta.sampai peluh2 dia.takut2...biasa la kali pertama mencuba..tapi ok jer.aku kan suka layannnn..ni kek e'in..budak kedai tu aku eja nama e'in lain dia pi tulis lain lak.takpe la janji bunyi ye tak? tengok ler...



kek ni beli kedai orang melayu, jadi lilin2 tak de yer...kalau nak tiup gak gi tiup api kat dapur masak sana..birthday ni takde jemput orang kampung pun. just saja layan kan anak sdara..kakak aku tak balik ada hal.jadinya pulut dah kek ni di agih2 kan jer pada rumah2 jiran..


e'in disamping hadiah (bantal palok) & kek


e'in & yuzi



budak ni lak lagi satu hal..masa ni dia dah tujah dah jari jemari dia kat kek e'in..seb baik kena tepi kek kalau tengah2 mau meraung si e'in...mana tak nya orang tak potong lagi dia dah terjah.tu la aku kata si haziq ni ko hap hep la macam mana pun dia tak endah punya..aku soh dudok dulu. seb baik nak.kalau tak sama melaung gak ni..sebab tak dapat pegang kek tu..





gambo kabur coz si yuzi ni gerak2..guna handpon macam ni le gambo nya



tengok, nak jugak..kak ipar aku layan kan..tengok kaki dia kena kek. tu penangan jari dia yang pegang kek la tu..




kak ipar aku bawak gi dapur pun si haziq ni still nak pegang lagi..ni sessi nak agih2kan pada jiran...



ni ar nulia..tu bukan keje sekolah tapi aku punya keje ofis.aku tak jumpa nama2 orang. jadi mintak ler tolong dia carikan nama2 orang tu..seb baik leh harap..upah tak bagi pun..huhuhu kejam kan!




aku gerak balik JB kol 6 lebih.masa ni masing2 tengah sibuk kat luar rumah.mak aku ler mintak tolong orang sabit kan daun kelapa.tak tau hangin apa nak kumpul lidi penyapu banyak2..abang aku lak sibuk buat ketupat guna daun kejong nih..tebiat gak nya...dia kata saja nak praktis ilmu..aku tengok tak praktis langsung..nak sambut krismas kot..hahaha.."jin gel bel..jin gel bel..."(lagu kesukaan aku, sebaris ni jer yang aku tau..) layannnnnnnn

Selasa, November 18, 2008

bilik atau RUMAH URUT?

semalam aku cuba call 1 iklan untuk bilik sewa nih, tempat ni area larkin perdana.bilik rumah kedai.aku dah tak sabar nak gi tengok.owner ni kata ada 2 pilihan bilik. 1 bilik berharga RM200.bilik ni kosong.kira barang2 kita bawak sendiri ar..dan 1 lagi bilik sewa dalam RM300,bilik ni lak ada perabot maksudnya ada katil, tv dan kipas.aku pun habis waktu pejabat je terus aku gi kat tempat tu.tungu2 tak tiba2 gak tuan yang nak tunjuk kan bilik nih.tak pe sabo..tak lama tu ada seorang ni tepon kira wakil tuan yang nak sewa kan ni la dia yang akan tunjuk kan aku bilik nya..aku pun tak tanya lak siapa nama budak tu dah budak tu dan2 datang trus tanya bilik yang mana 1 nak tengok?aku ikut jer.nama pun nak tengok....

budak ni bawa aku gi bilik yang RM200..tingkat 3 ok!macam nak tanggal kaki aku.dah la aku ni saiz2 comel..sosak nafas di buatnya..rasa bukan 3 tingkat tapi dah macam 5 tingkat dah..tapi control lagik...(hehehe)
bila sampai je mak aii..ni ke bilik nya..macam tak caya jer,sory ar bilik yang ni aku tak snap gambo pun oleh kerana dah sesak napas memang dah tak ingat apa pun..rasa macam nak cepat2 turun.budak tu macam perasan lak aku tak berapa kenan.dia kata tak pe kita tengok yang lagi 1..(jap lagi aku cite kenapa dengan bilik ni).

bilik yang ni pun tak berapa jauh dari bilik yang pertama tadi, so jadik la aktiviti jalan kaki dahn daki mendaki kat situ.nasib baik tingkat 1 jer bilik yang kedua nih..walau pun aku dah rasa macam naik 2 tingkat (semua tak kena,penat tau..)tak pe gi tengok dulu..

tadaaaa........



ni la bilik yang 'rega' 300 tu siap katil dan pelbagai la..gambo ni di ambil btul2 diri depan pintu bilik.so boleh tak bayang kan keadaan bilik nih.saiznya hanya muat2 saiz katil queen.kaki katil buat sendiri.so bila dah nampak macam tu aku pun akan kuar kan la ayat spotan..

aku: "agak2 awak (bdk yg tunjuk bilik) le, kaki katil ni kukuh ke untuk orang yang saiz2 saya
ni?"
budak penunjuk bilik: "cuba la naik atas katil tu.."

tebiat ke nak suruh aku pi cuba katil tu.dah la yang sewanya ramai lelaki..bila sampai kat tempat sewa jer semua tengok.macam la aku ni dari planet lain..seb baik aku seret kawan aku sekali.tapi kalau la buatnya aku tol2 landing atas katil tu, mau aku kena terjah kang. dah tu, owner nih gak nya memang nak buat duit ar..ada ke bilik saiz2 macam ni. dah kira salah ok.ni bukan bilik sewa.ni dah macam rumah urut jer aku rasa..nak panggil MAZIDOL la buat 360..(hahaha)....ada hati tu nak panggil2 orang tv datang..tapi nak jugak la.bahaya.tempat tu di buat suka2 hati jer.wayering (tak tau eja tol tak) dah la sana sini,leh jadi litar pintas.dan untuk 'anak dare' sangat la tak elok untuk keselamatan.alamatnya dapat free kang (huhuhu).apa pun layannnn..usaha gak carik bilik sampai dapat...hari ni nak gi cari lagi..doa2 kan yer..

Isnin, November 17, 2008

Okie nak GRADUATE???

ni sessi make up artis..budak kat bawah ni terlibat dengan konsert last TADIKA SRI ORKID JAYA untuk tahun 2008.aku cuma ikut jer.best..best..malas nak taip banyak2 tengok jer la apa yang ada...layannnn















































Khamis, November 13, 2008

TAHLIL

malam semalam aku tido rumah kakak aku,bukan sebab rumah kuarters tu dah roboh tapi sebab nak pergi rumah bos aku. dia buat kenduri arwah 40 hari untuk anak sedara dia.anak sedara dia ni meninggal masa raya ketiga hari tu.sedih aku.sepatut nya arwah ni kena jalani rawatan lanjut kat KL. tapi mungkin dah sampai ajal dia pergi secepat tu. aku tau pun bila dah naik cuti raya bos call ofis dan kakak ofis yang jawab ni sempat tanya kabar anak sedara (arwah) dia.tapi berita sedih tu yang kami semua terima.aku tau bos aku sedih sangat2 sampai sekarang ni kalau boleh aku dan kakak ofis ni x mau bukak citer pasal anak sedara dia.arwah ni budak nya cerdik sangat2.pernah beberapa kali dia datang ofis.seronok tengok telatah dia..lupakan la jap..

nak di jadikan citer aku balik rumah kakak aku bertiga. seorang kawan serumah merangkap satu pejabat dan seorang lagi tu pun satu ofis dgan aku iaitu kak sue.ko orang memang tak kenal sebab dah nama pun satu ofis dengan aku tak kan ko orang leh kenal lak kan...heran aku kalau ko orang leh kenal melainkan ko orang sedra mara kwan2 aku nih...hehehe.. rumah kak sue memang dekat2 gak degan rumah bos aku (bos dia gak) so masa turunkan dia aku janji akan datang ambil dia dan kita orang akan pergi bersama lepas isyak.sampai rumah kakak aku, aku ingatkan nak rileks2 jap.maklum la cuaca hujan dan sejuk.mata pun ala2 ngantok jer...dapat SMS dari kak sue dia tak dapat gi sebab ada emergency dalam masa yang sama bos lak tpon tanya aku sampai dalam kol berapa.bos nak pinjam bekas air.

aku pun kelam kabut ar dengan member bersiap dalam kol 8 aku dah terpacak depan pintu rumah bos..apalagi? dah tak reti2 nak buat keje datang kenduri rumah orang..aku tak sempat ar nak ambik gambo.kekonon sibuk bebenor kat dapur.tapi enjoy la wlau rumah bos yang buat kenduri.tapi yang tak bestnya kak sue takde.aku bukan boleh kalau aku gi mana2 yang ada kena mengena dengan sapa2 yang kat ofis ni dia tak de..dia penting bagi aku..(macam makwe lak..huhuhu)..aku buat la keje macam biasa sampai la siap makan dan basuh pinggan mangkuk.bos aku bising sebab aku sibuk buat tu kat dapur.biasala nama pun datang kenduri.tak kan nak duduk diam.tangan mesti nak jalan..aku balik pukul 10 lebih. hujan renyai2 dengan bunyi guruh.sampai rumah kakak aku, aku salin baju cuci muka terus tido sambil dengar lagu kat hand phone..esok kena bgun awal sebab kena kuar awal kalau tak sangkut la jem kat area PANDAN..

aku gerak dari rumah kakak aku hari ni pukul 6.35 pagi. sampai ofis dalam kol 7.05pagi..jem tak la truk.cuma sebuk dengan lori2 jer hari ni..dalam pukul 8 pagi aku tgok kak sue tak sampai2.aku try call dia tapi tak dapat.dalam masa yang sama bos call aku inform yang kak sue tak dapat datang.ada hal.dia buat aku risau ok.lepas bos call baru aku dapat SMS dari kak sue dia says sorry tak dapat masuk keje hari ni..tapi kenapa?puas aku fikir..aku tak nak benda tak baik jadi kat dia.cuma yang aku tau semalam masa kat ofis dia sakit kepala dan aku harap bukan tu yang mengganggu dia.dia cuma nak masa nak tenang2 kan hati dan fikiran..aku sedih la kalau tak leh dengar mmasalah dia..apa pun hari ni ofis sunyi dia tak ada.biarlah dia rileks2 dulu..mungkin badan penat gak nya.so, layannnn (ayat sedap kan hati...)

Selasa, November 11, 2008

pindah????

akak aku email tengah hari tadi. dia tanya pasal rumah kuaters yang aku duduk ni..rumah ni atas nama husband dia sebab dia keje kerajaan.oleh kerana dia dan husband dia dah pindah, dan menetap di teratak sendiri, aku jer la yang duduk kat rumah tu dengan kawan ofis aku.kenapa aku duduk situ? sebabnya ada barang2 lagi kat rumah kuarters ni.aku nak gi keje pun dekat.duit kuarters husband dia bayar tolak gaji (gaji suami dia, bukan gaji aku).tapi api air aku byar ok..dah lari ni tujuan asal email kakak aku tu

bukan apa email dia tu sebenar nya meminta aku mencari la rumah atau bilik sewa atau duduk sajer dgan dia dan membyar sewa pada dia (adik sendiri pun kena byr ke) dia bukan halau tapi kuarters yang aku duduk sekarang harus (wajib) dikosongkan kerana akan di robohkan..klau aku trus duduk situ ada yang silap2 bagun tdo tetimbun bawah runtuhan bangunan.tu kalau bangun, kalau x jwab ar soklan peksa kat alam lain..huhuhu.start merepek dah..aku bukan apa, aku x leh ar terima kejutan berunsur segera nih..mana nak buat bjet baru lagi..

pening ar mana nak cari rumah/bilik sewa. aku x tau nak kena mula dari mana. ikut hati tahun depan jer pindah.leh bjet baru. aku x rasa aku nak duduk rumah sewa sebab lagi banyak belanjer n barang aku kena bawak kang. kalau bilik, senang kot...balik masuk bilik jer. tak payah nak fikir2 hal lain.kalau ambik rumah nanti kena pindah lagi sebab ofis aku pun dah ada ura2 nak di pindah kan dari bangunan sekarang ni..byak nak kena fikir nih. tgok ar esok aku bagi tau dapat ilham x nak dok mana..balik ni nak gi servey apa yang patut.