Selasa, November 11, 2008

pindah????

akak aku email tengah hari tadi. dia tanya pasal rumah kuaters yang aku duduk ni..rumah ni atas nama husband dia sebab dia keje kerajaan.oleh kerana dia dan husband dia dah pindah, dan menetap di teratak sendiri, aku jer la yang duduk kat rumah tu dengan kawan ofis aku.kenapa aku duduk situ? sebabnya ada barang2 lagi kat rumah kuarters ni.aku nak gi keje pun dekat.duit kuarters husband dia bayar tolak gaji (gaji suami dia, bukan gaji aku).tapi api air aku byar ok..dah lari ni tujuan asal email kakak aku tu

bukan apa email dia tu sebenar nya meminta aku mencari la rumah atau bilik sewa atau duduk sajer dgan dia dan membyar sewa pada dia (adik sendiri pun kena byr ke) dia bukan halau tapi kuarters yang aku duduk sekarang harus (wajib) dikosongkan kerana akan di robohkan..klau aku trus duduk situ ada yang silap2 bagun tdo tetimbun bawah runtuhan bangunan.tu kalau bangun, kalau x jwab ar soklan peksa kat alam lain..huhuhu.start merepek dah..aku bukan apa, aku x leh ar terima kejutan berunsur segera nih..mana nak buat bjet baru lagi..

pening ar mana nak cari rumah/bilik sewa. aku x tau nak kena mula dari mana. ikut hati tahun depan jer pindah.leh bjet baru. aku x rasa aku nak duduk rumah sewa sebab lagi banyak belanjer n barang aku kena bawak kang. kalau bilik, senang kot...balik masuk bilik jer. tak payah nak fikir2 hal lain.kalau ambik rumah nanti kena pindah lagi sebab ofis aku pun dah ada ura2 nak di pindah kan dari bangunan sekarang ni..byak nak kena fikir nih. tgok ar esok aku bagi tau dapat ilham x nak dok mana..balik ni nak gi servey apa yang patut.

Tiada ulasan: