Selasa, November 18, 2008

bilik atau RUMAH URUT?

semalam aku cuba call 1 iklan untuk bilik sewa nih, tempat ni area larkin perdana.bilik rumah kedai.aku dah tak sabar nak gi tengok.owner ni kata ada 2 pilihan bilik. 1 bilik berharga RM200.bilik ni kosong.kira barang2 kita bawak sendiri ar..dan 1 lagi bilik sewa dalam RM300,bilik ni lak ada perabot maksudnya ada katil, tv dan kipas.aku pun habis waktu pejabat je terus aku gi kat tempat tu.tungu2 tak tiba2 gak tuan yang nak tunjuk kan bilik nih.tak pe sabo..tak lama tu ada seorang ni tepon kira wakil tuan yang nak sewa kan ni la dia yang akan tunjuk kan aku bilik nya..aku pun tak tanya lak siapa nama budak tu dah budak tu dan2 datang trus tanya bilik yang mana 1 nak tengok?aku ikut jer.nama pun nak tengok....

budak ni bawa aku gi bilik yang RM200..tingkat 3 ok!macam nak tanggal kaki aku.dah la aku ni saiz2 comel..sosak nafas di buatnya..rasa bukan 3 tingkat tapi dah macam 5 tingkat dah..tapi control lagik...(hehehe)
bila sampai je mak aii..ni ke bilik nya..macam tak caya jer,sory ar bilik yang ni aku tak snap gambo pun oleh kerana dah sesak napas memang dah tak ingat apa pun..rasa macam nak cepat2 turun.budak tu macam perasan lak aku tak berapa kenan.dia kata tak pe kita tengok yang lagi 1..(jap lagi aku cite kenapa dengan bilik ni).

bilik yang ni pun tak berapa jauh dari bilik yang pertama tadi, so jadik la aktiviti jalan kaki dahn daki mendaki kat situ.nasib baik tingkat 1 jer bilik yang kedua nih..walau pun aku dah rasa macam naik 2 tingkat (semua tak kena,penat tau..)tak pe gi tengok dulu..

tadaaaa........



ni la bilik yang 'rega' 300 tu siap katil dan pelbagai la..gambo ni di ambil btul2 diri depan pintu bilik.so boleh tak bayang kan keadaan bilik nih.saiznya hanya muat2 saiz katil queen.kaki katil buat sendiri.so bila dah nampak macam tu aku pun akan kuar kan la ayat spotan..

aku: "agak2 awak (bdk yg tunjuk bilik) le, kaki katil ni kukuh ke untuk orang yang saiz2 saya
ni?"
budak penunjuk bilik: "cuba la naik atas katil tu.."

tebiat ke nak suruh aku pi cuba katil tu.dah la yang sewanya ramai lelaki..bila sampai kat tempat sewa jer semua tengok.macam la aku ni dari planet lain..seb baik aku seret kawan aku sekali.tapi kalau la buatnya aku tol2 landing atas katil tu, mau aku kena terjah kang. dah tu, owner nih gak nya memang nak buat duit ar..ada ke bilik saiz2 macam ni. dah kira salah ok.ni bukan bilik sewa.ni dah macam rumah urut jer aku rasa..nak panggil MAZIDOL la buat 360..(hahaha)....ada hati tu nak panggil2 orang tv datang..tapi nak jugak la.bahaya.tempat tu di buat suka2 hati jer.wayering (tak tau eja tol tak) dah la sana sini,leh jadi litar pintas.dan untuk 'anak dare' sangat la tak elok untuk keselamatan.alamatnya dapat free kang (huhuhu).apa pun layannnn..usaha gak carik bilik sampai dapat...hari ni nak gi cari lagi..doa2 kan yer..

Tiada ulasan: