Jumaat, November 28, 2008

best frend

seminggu nih kelopak mata aku gerak2..bukan sebab selama ni tak gerak tapi gerak yang denyut2 tu..ada yang kata nak nagis.ada yang kata nak jumpa orang jauh. tapi kalau orang jauh sapa lak..tak koser nak mikir..tapi kalau nak kena marah ker biasa nya kena marah pasal hal keje.tu komfirm aku risau..tapi tadi sebelum rehat tengah hari aku dapat SMS dari seseorang..tengok nama yang masok macam tak caya lak dia yang masej.baru2 ni aku rajin email jer.aku tak call dia kalau tak ada hal yang penting2.dia dah kawen so tak nak la ganggu. kang bini dia kasi maki kelate ckup2 baru tau..




ni la kawan aku.QADRI aka BLACK..kawan baik aku.sekarang baik gak tapi tak leh la nak baik sangat...kang kena sumpah dengan yang sebelah tu kang.lepas dia kawen aku jauhkan diri dari dia. yer la, aku cuma kenal dia bukan bini dia.aku kenal dia ni masa keje kat shah alam dulu..mula la nak kuar citer lama2 nih..(tak pe hari ni aku balik kampung aku punggah bilik aku carik album lama eh..).

aku dok shah alam dengan abang aku.jadik kojer pun tak ler jauh dari rumah abang aku.masa tu duduk kat section 27. keje CALTEX station minyak..masa ni zaman muda remaja la umur dalam 20 tahun gi tu..dalam 6 bulan kot aku keja sana si qadri ni masuk. masa tu pempuan yang keje kat caltex ni 3 orang je.aku, pastu ada lagi seorang juruwang dengan kerani.bila si qadri ni masuk habi 2 org pempuan tu pakat nak boikot dia. tu aku tak tau napa.yang pasti kalau 2 dah boikot dia mesti la dia akan jadi rapat dengan aku.aku dengan sapa2 pun aku kawan, lagi2 yang bernama LELAKI (huhuhu..dan-dan panggil sayang...) tapi dengan si qadri ni tak ler bersayang2.aku anggap dia kawan jer.memang kawan ok...lagi pun masa tu dia yang paling tua antara kita2 orang yang keje kat situ.selama aku kat situ mana dia atau aku gi mesti macam belangkas.keje situ tak der gosip2 eh..istilah kawan tu pada aku sangat2 la bermakna.macam tu gak dia.time aku takde dengan dia adalah bila dia berdating.tak kan aku nak ikut.kang kena pelangkong lak kang..bekas aweks dia ckup ramah aku suka.dia jenis2 rileks..memang cantik.macam cina.cuma bila sampai 1 masa aku terpaksa bagi tau dia yang aku nak berhenti keje macam gaduh gak tapi bising2 kat mulut jer la si qadri ni.last2 dia terpaksa mengalah..ala bukan aku berhenti tak jumpa lagi dah dia.leh jumpa pe..

panjang ar citer..penat taip..tapi demi kamu (ewah...) kalau bini dia baca ni masak aku...pendek2 jer la citer..kalau aku jumpa gambo2 lama aku, aku sambung citer eh, kalau tak aku cite apa yang aku ingat je ni.

sambung2...

pas behenti keje aku balik BP dan 3 bulan pastu aku keje station minyak gak, sebenar nya ikut bos lama aku masa keje caltex.caltex tu tak tutup cuma tukar pada owner baru..kat JB station yang aku keje ni BP sekarang dah nama glamour sket BHP kat TMN KEMAS, TAMPOI.pastu station kedua buka kat PERMAS JAYA dan seterusnya PLENTONG..banyak ar kes bila keje station ni.tahan tak tahan jer.tapi yang tak tahan nya mak aku la sebab keje ni nak cuti susah.kalau cuti pun macam tak cuti handpon asyik bunyi,bunyi dan bunyi.sama macam orang tak cuti.aku layan jer bila mak aku bising2...

aku jumpa balik dengan qadri ni masa akak aku kawen.di situ la terungkap segalanya..pas dia balik dari majlis kakak aku tu tetiba aku rasa RINDU kat dia?(keteranagan berani mati wooo...) tu dulu la..bukan sekarang..tapi oleh kerana hormat sebbagai kawan aku terus terang gak dengan dia pasal perasaan aku ni..aku dengan dia tak de selindong2..suka ke tak suka ke cakap terang2..tapi cari 1 port ar yang leh buat aku dengan dia bercerita.aku minta maaf kat dia sebab leh tebabas lak feeling rasa sayang kawan kepada kekasih..KEKASIH! macam lawak ok..kekadang bila teringat leh buat aku ketawa.bodoh jer rasa.dia kata kenapa dari dulu tak bagi tau..tetiba TE BA BOOO..macam kena letup jer..dia pun suke kat aku?hahahahaha...suka..suka..suka..masa tu jer la..tapi pas cite benda2 ni kat dia, aku dengan dia still ok lagi..tu la nama nya "KAWAN"..

aku tak tau bila dia tunang dengan bini dia ni.tau2 dia bagi tau aku dia nak kawen.aku ok jer.aku datang majlis dia.tapi tak leh la nak harap dia layan aku.cuma aku tak tau napa bini dia macam tak suka jer dengan aku.layan nak tak nak jer.bila aku datang KL dia punya muncung mak aii...leh ikat reben..pedih2...cemburu ke??? tapi kalau aku jadi bini dia aku cemburu tak? yang pasti kalau dia kenal sapa suami dia ni mesti dia tak cemburu.pada aku dia memang betol2 best..sebab tu kalau jumpa dia kadang2 terbabas gak gurau tu yang bini tarik muke..tengok ler anak dia, muke sapa? kan muke bini dia kan..eiii... (ayat dengki...hahaha) sory ar rose..orang kelantan ni tak sesuaiiii ok...pandai2 la bawak diri..
p/s: sory qadri kalau 1 hari nanti kamu terbaca blog ni buat kamu terasa..apa pun, kenangan yang ada tetap milik saya, kamu dah sesapa jer..citer benar beb! jangan marah...

Tiada ulasan: