Khamis, November 13, 2008

TAHLIL

malam semalam aku tido rumah kakak aku,bukan sebab rumah kuarters tu dah roboh tapi sebab nak pergi rumah bos aku. dia buat kenduri arwah 40 hari untuk anak sedara dia.anak sedara dia ni meninggal masa raya ketiga hari tu.sedih aku.sepatut nya arwah ni kena jalani rawatan lanjut kat KL. tapi mungkin dah sampai ajal dia pergi secepat tu. aku tau pun bila dah naik cuti raya bos call ofis dan kakak ofis yang jawab ni sempat tanya kabar anak sedara (arwah) dia.tapi berita sedih tu yang kami semua terima.aku tau bos aku sedih sangat2 sampai sekarang ni kalau boleh aku dan kakak ofis ni x mau bukak citer pasal anak sedara dia.arwah ni budak nya cerdik sangat2.pernah beberapa kali dia datang ofis.seronok tengok telatah dia..lupakan la jap..

nak di jadikan citer aku balik rumah kakak aku bertiga. seorang kawan serumah merangkap satu pejabat dan seorang lagi tu pun satu ofis dgan aku iaitu kak sue.ko orang memang tak kenal sebab dah nama pun satu ofis dengan aku tak kan ko orang leh kenal lak kan...heran aku kalau ko orang leh kenal melainkan ko orang sedra mara kwan2 aku nih...hehehe.. rumah kak sue memang dekat2 gak degan rumah bos aku (bos dia gak) so masa turunkan dia aku janji akan datang ambil dia dan kita orang akan pergi bersama lepas isyak.sampai rumah kakak aku, aku ingatkan nak rileks2 jap.maklum la cuaca hujan dan sejuk.mata pun ala2 ngantok jer...dapat SMS dari kak sue dia tak dapat gi sebab ada emergency dalam masa yang sama bos lak tpon tanya aku sampai dalam kol berapa.bos nak pinjam bekas air.

aku pun kelam kabut ar dengan member bersiap dalam kol 8 aku dah terpacak depan pintu rumah bos..apalagi? dah tak reti2 nak buat keje datang kenduri rumah orang..aku tak sempat ar nak ambik gambo.kekonon sibuk bebenor kat dapur.tapi enjoy la wlau rumah bos yang buat kenduri.tapi yang tak bestnya kak sue takde.aku bukan boleh kalau aku gi mana2 yang ada kena mengena dengan sapa2 yang kat ofis ni dia tak de..dia penting bagi aku..(macam makwe lak..huhuhu)..aku buat la keje macam biasa sampai la siap makan dan basuh pinggan mangkuk.bos aku bising sebab aku sibuk buat tu kat dapur.biasala nama pun datang kenduri.tak kan nak duduk diam.tangan mesti nak jalan..aku balik pukul 10 lebih. hujan renyai2 dengan bunyi guruh.sampai rumah kakak aku, aku salin baju cuci muka terus tido sambil dengar lagu kat hand phone..esok kena bgun awal sebab kena kuar awal kalau tak sangkut la jem kat area PANDAN..

aku gerak dari rumah kakak aku hari ni pukul 6.35 pagi. sampai ofis dalam kol 7.05pagi..jem tak la truk.cuma sebuk dengan lori2 jer hari ni..dalam pukul 8 pagi aku tgok kak sue tak sampai2.aku try call dia tapi tak dapat.dalam masa yang sama bos call aku inform yang kak sue tak dapat datang.ada hal.dia buat aku risau ok.lepas bos call baru aku dapat SMS dari kak sue dia says sorry tak dapat masuk keje hari ni..tapi kenapa?puas aku fikir..aku tak nak benda tak baik jadi kat dia.cuma yang aku tau semalam masa kat ofis dia sakit kepala dan aku harap bukan tu yang mengganggu dia.dia cuma nak masa nak tenang2 kan hati dan fikiran..aku sedih la kalau tak leh dengar mmasalah dia..apa pun hari ni ofis sunyi dia tak ada.biarlah dia rileks2 dulu..mungkin badan penat gak nya.so, layannnn (ayat sedap kan hati...)

Tiada ulasan: