Rabu, Ogos 05, 2009

hari2 yang sakit

ISNIN.

bangon tido jer aku dah rasa tekak aku lain macam.

jadi, layan kan je.

sampai ofis.wat keje macam biasa.

kena batok2.mata mula rasa panas.

aik, nak demam ke?

alahan kot.

pas lunch....

badan rasa lain macam dah.sedap kan hati tak mungkin aku demam.

dalam kol 4.nana dapat sms dari budak bilik sebelah.bilik kena pecah masok!

errmm!! macam tergamam jap.

untuk confirmkan.call balik budak bilik sebelah (su kelantan). dia pulak dah masok keje.su suruh call sorang lagi (zaza).

zaza kat balai polis wat report.duit dia hilang.dia soh aku dengan nana balik sebab polis nak datang nak tengok bilik aku n nana skali.

dalam 4.30 petang aku sampai rumah.rasa gigil jer.terperanjat tengok tingkap bilik 3 dari bawah takde.

'orang' tu masok bilik kami dari tingkap? tak sabar nak tengok keadaan bilik.

sekali masok....


























masa aku sampai bilik polis dah sampai pun.tengah ambik gambo kat bilik budak sebelah.

pastu datang kat bilik aku lak ambik gambo.dia suh kemas dulu dan peksa kalau2 ada barang yang hilang.

nak kemas tu la yang satu hal.badan dah rasa lemah2 ni.

siap kemas aku makan ubat n terus tido.bila tejaga.nano nak kuar.nano tanya kalau2 aku nak wat pesanan apa2.mula2 koyup jer aku pesan.sebab pala pening.

pastu sms nano.tomyam masam tak nak pedas.oleh kerana tak tahan.call budak akaun.azmil.tanya klinik panel company.mel bagi KLINIK FAIZAL kat UDA.

mak aii..dekat nya.layannn

badan dah tak tahan.

dah confirm tempat.tunggu nano balik. nak gi klinik.nano kata abg dia nak ikut.

aku: dia pandai drive tak?
nano:pandai tapi tet..tet..
aku: nah kunci keta.kalau pa pe kang tukar balik.

sampai klinik punya ramai pesakit.tapi tunggu kan jugak.kang tak masal H wang N wang pulak.

dalam 15 minit.nama aku kena panggil.

doktor: sakit apa?
aku: sakit tekak, batok n demam rasanya..(sambil sengih)
doktor: dah berapa hari?
aku: baru hari ni..
doktor: (letak kertas kawalan suhu bandan kot kat dahi aku).ermm demam 30.6..macam mana la awk leh kot2 bab demam.
aku: (senyum jer)

dia peksa tekak aku.tekak aku merah2.macam kena jangkitan kuman.

doktor: ok.saya bagi awk antibiotik nanti.jangan risau ni bukan penyakit yang tengah menular tuh.
aku: gulrp..selisih (dalam hati la)

nak tunggu ubat pun lama gak.tapi alang2 dah sampai tunggu jer la.bila nama dipanggil ni la yang aku dapat beserta MC 1 hari (semalam).







SELASA.

tak de pa yang leh aku buat.

bangun tido.8 pagi. mandi.makan ubat.tanpa makan apa2.terus tido lagi.layan kepala.

terjaga dalam kol 9 pagi.badan rasa macam kuar haba.padahal aku berselimut.mata berair2.sedih la tu.

cuba gagah kan diri. gi kedai berhampiran rumah.beli roti.nak wat alas perot.nanti pas 4 jam nak makan ubat lagi.

semalam adalah merupankan hari bersejarah la kiranya.

coz aku drive keta seperlahan2 yang mungkin.

pedal minyak tu kira dah habis kuat dah aku tekan.tapi kelajuan nya 30-40 km/j.

teror gak aku. hehehe



RABU. (hari ni)


bangun tido nano yang kejut.tanya aku keje tak.bukak mata bagun.terus mandi.badan macam rasa panas2 lagi.tapi gagah kan jugak.

tengah bersiap.dapat sms dari kak sue.

dia EL. baru aku nak ajak kak sue teman gi makan tomyam kat secret receipe.nak ajak nano. dia pose.

husband kak sue demam.kak sue pun dah rasa2 sama.janji bukan penyakit yang teruk2 udah la yer..

rindu esok nak jumpa kak sue.





akudankehidupan: tak sabo nak tengok citer setem.

Isnin, Ogos 03, 2009

gambo baby spupu aku



masa aku sampai baby ni sedang menyusu badan.untuk pertama kalinya la dia minum.pastu tido n tido.bunyi la apa pun dlam bilik wad tu.tak menjadi kan halangan untuk dia tido..huhuhu..tegar nya ko dik.spupu aku kata nangis masa lahir jap jer.lahir.dengar suare baby.nurse letak atas perot.terus senyap.bersalin kol 3 pagi.

masa azan kan pun dia mata dia jer yang mandang keliling.pas azan baby bantai sambung tido sampai 12 tengah hari. takut gak sepupu aku.usik2 tak mau bangun.ngantok yer dik.






ni wife spupu aku. kak ita.





cute nya dia..








akudankehidupan:ramai yang datang petang tu.malas aku nak ambik gambo.sebab pakngah aku ada.cari pasal la tu dengan aku.

Ahad, Ogos 02, 2009

gi spital

pagi2 subuh tadi mak aku dapat sms dari sepupu aku.bagi tau wife dia dah bersalin.bukan dekat spital melaka tapi muar.bayi mereka awal 3 minggu. jadi nya aku tak la gi ke paso pagi semerah hari ni.nak masak cepat2 sebab nak gi tengok baby.

aku sampai spital kol 1tgah hari.mak aku kata wad 14 tingkat 2 tapi aku baca wad 14 tingkat 3.dah macam tu aku biorkan jer la.bila dah sampai tingkat 2 baru tercari2.

MAK: "aik, dah pindah tingkat lain ke wad nya"
AKU: tak de makna nya nak pindah2..dah sah2 terang2 tulis kat papan nih kata wad 14 tingkat 3

last2 sengih dengan aku ajak naik tangga.lenguh ok! hahaha dasar jer pemalas aku ni.

gambo tak de la hari ni.tapi aku janji esok aku masuk kan ok.pas maghrib aku nak balik Jb dah.ni pun sesaja jer balik spital singgah tempat tenet nih.takut esok tak nyempat2 aku nak hupdet.gambo aku tetap ingat nak masuk kan.

aku jadi teruja pulak tengok baby kat spital tadi. dan2 suruh mak up sorang lagi anak..wakakaka..dush!dush! kena belasah dengan mak aku.

sebelum balik kang kena jumpa kawan aku dulu.kalau aku tak lupa aku ambik gambo dia sekali eh.tapi perlu kah?hahah sapa dia tu ekk...

ok nak gerak dulu..mak aku dah nunggu dalam keta..bye!
sambong esok eh.





akudankehidupan: bosan tak hilang lagi.banyak benda nak kena ngadap.tetiba miss seseorang..bila nak jumpa nih?

Sabtu, Ogos 01, 2009

cemburu, atasi dan komen aku

jangan heran yer tetiba hari ni aku 'ter' rajin hupdet blog aku.aku baru sampai kampung pagi tadi.ni pun online kat cyber cafe sementara nak nunggu anak sedara aku balik sekolah.

tengah serve internet terpandang akan satu artikel nih..

Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bahawa pasangan

kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian utk melindungi kita atau dia akan mendatangkan masalah kepada kita?


Jadi kat bawah ni adalah apa yang biasa berlaku pada kita n pasangan bila kita rasa cemburu,tips mengatasi dan komen dari aku (nak jugak..)


tanda cemburu: dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah & kecewa bila
kita tiada.
tips mengatasi: t
erima hakikat bahawa sifat cemburu kita adalah masalah kita sendiri & kita
bertanggungjwb mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yang boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dalam apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pada diri sendiri, bukannya orang lain.

komen: pada aku benda nih biasa jer.tapi kalau dah sampai cemburu tak bertempat dan nak marah jer kojer nya.melampau la tu...tampo kang!


tanda cemburu: dia menelefon kita semasa sedang mesyuarat & apa pun alasan yang diberikan, dia tetap nak bercakap dengan kita. Sebab ingatkan ada hal mustahak, kita mungkin menjawab panggilannya tetapi merasa geram kerana dia hanya nak berbual je.
tips mengatasi: bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kita boleh berubah dalam masa yang singkat dan jangan berharap anda dapat bertahan dalam sebuah perhubungan hanya kerana cemburu.
komen: jenis tak reti bahasa la nih.nasib baik aku sayang kalau tak dah lama aku tinggal..eh emo jap.sory.macam la aku ada pakwe.


tanda cemburu: dia menuduh sesuka hati bahawa kita telah keluar dengan lelaki/wanita lain.
tips mengatasi: tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalau pun ini terjadi,
teruk sangat kah kesannya kepada kita. Kita mungkin sedih, kecewa & marah untuk sementara waktu sahaja tetapi tidak lah sampai mati. Lambat laun kita akan dapat mengatasinya juga. hormati perasaan pasangan kita. Seperti kita, dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dapat melakukannya, kita sudah dpt mengatasi sifat cemburu.
komen: kalau ada bukti confirm aku ngaku.kalau setakat terjah2 nih..lantak ar ko sana..huhu (aik, emo lagi)


tanda cemburu: dia mengugut membunuh diri jika kita meninggalkannya.
tips mengatasi: cuba berbincang dengan pasangan seperti ini agar berfikir dahulu dalam membuat keputusan.bercakap lah dengan nada yang lembut agar tidak terjadi salah faham.
komen: amal dah cukup sangat la tuh.dah tau eh masok syurga ke tak kalau bunuh diri ni.kalau la aku yang jadi pakar kaunseling.mau terus nekad bunuh diri jer orang macam nih...hahaha


tanda cemburu: dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya & marah walau pun kita keluar dengan teman2 wanita/lelaki lain.
tips mengatasi: ramai orang yang mempunyai perasaan & masalah cemburu suka menyalahkan orang lain. Mereka kerap mencari kesalahan orang lain & mahu pihak yang satu lagi mengubah sikap tetapi dalam masa yang sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat bahawa kita manusia sebenarnya tidak sempurna.
komen: cantik muke ko.


tanda cemburu: dia tidak suka pergi ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kita.
tips mengatasi: cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita daripada orang lain? Teruk sangatkah dia bila dia senyum pada seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiri pun pernah tersenyum pada wanita/lelaki lain?
komen: eh, aku cantik sangat ker..dush!dush! soklan bodoh ker pasangan yang bodoh?


tanda cemburu: dia menyoal seperti seorang polis, ke mana kita pergi & dengan siapa.
tips mengatasi: bagaimana erat pun hubungan anda berdua, terima hakikat bahawa masih ada lelaki/wanita lain yang lebih cantik/tampan, bijak & baik. Jadi janganlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dengan penuh kegembiraan. Jangan biarkan hubungan kita goyang dengan imaginasi kita yang karut.
komen: tu la..mak ayah soh skolah pepandai tak nak.bila bercinta nak pulak jadik pandai.


tanda cemburu: dia tidak peduli dgn penjelasan kita.
tips mengatasi: tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. marah? tidak tentu arah? menangis? geram? rasa malu? rasa bersalah? atau bertindak kasar? adakah kita ingin meneruskan hidup kita dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat2 lah berubah.
komen: bagus la tu perangai macam tu.sendiri yang bute hati..padan muke kalau kena tinggal..ish..ish..ish.kesian...



tanda cemburu: jangan terkejut bila dia menggeledah beg tangan,beg duit,henfon atau apa saja barang kita untuk mencari bukti sama da kita bermain kayu tiga.
tips mengatasi: bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kepada pasangan. Luaskan persahabatan dengan orang lain. bukan untuk curang. tetapi untuk meluaskan pandangan.
komen: kalau dah jadi suami tu bagi jer dia nak wat apa.hak dia pun..tapi kalau pak we?


so kepada anda2 semua yang penah,sedang atau mana tau akan menepuhi benda mcam ni aku ucap kan



GOOD LUCK!!


aku memang EMO jer kalau kena bab2 macam nih.ermm..tapi nama pun manusia kan.tak leh sempurna tapi boleh kan kalau cuba berubah.renung2 kan....











akudankehidupan: seram jer kalau aku yang kena macam ni.tahan ker...

Jumaat, Julai 31, 2009

tengok kadir 'n' doyok

aktiviti hari ni aku mulakan dengan ke pos ofis..




kalau tak nampak apa yang aku tulis atas gambo tu zoom la yer..

siap jer ke pos ofis aku ingat nak gi wat 1 urusan nih.tapi tak dapat sebab dia guna surat beranak daaaa..

dan perjalan di teruska ke...

PLAZA PELANGI....

masa ni aku dengan kak sue dah tak tau nak kemana.ni pun usul kak sue.aku tuju jer la. sampai sana aku meronda dulu.kak sue of coz ler ada yang menarik tertarik.aku nak jugak tapi tak pasti.pas makan kot baru gi tengok lagi..silap2 leh beli..bila kak sue siap membelek dan membeli kita orang gi makan di...jeng..jeng..jeng..


NANDOS...



kenapa kak sue berwajah begitu? itu adalah apabila anda sedang berfoto dan ada yang menerjah secara sengaja atau tidak akan terpamer lah begitu yer.. hahaha..cute kan??




ni menu aku..




yang tu confirm la kak sue punya..dah dia yang menuang sos bagai.memula semangat nak separuh ayam.kak sue tak bagi.sebab comfirm aku tak makan habis.aku bukan apa.saja nak tengok leh lepas ke tak.tapi kalau dah order ko tak habis kan melampau la.walaupun ayam yang di panggang je namanya. benda ni bukan murah2 yer..huhuhu

aku wat masa nih insya-allah....ada kudrat tuk makan lagi benda2 macam ni.panthang nampak ayam. nak jer..

pas siap makan sambong membeli jap.aku beli sos cili nandos extra hot.tapi tak yah la letak2 gambo benda tu.pastu aku gi tengok orang jual beg.ermmm..macam ada yang kenan.sebab dari sebelum makan tadi memang dah rasa nak pun beg tu.cuma tak pasti jer..dan aku pun $$$$$$..beli la..untuk suka2 jek..

balik ofis wat keje sket... pastu layang citer nih..




mamang aku tak leh tahan gelak giler2..kalau korang pernah tengok cite 2 orang pelakon nih mesti korang gian nak tengok lawak dia orang.aku sekarang tengah layan.....



yang ni aku nak tunjuk kan citer suka bertukar sedih.





so kalau korang nak wat lawak tu hati2 yer..sebab tak semua orang tahu dan suka apa yang kita buat..seram gak aku tengok benda nih..







akudankehidupan: aku boring dengan keadaan sekeliling.pura2 lebih.kul 9 gerak balik kampung.