Sabtu, Ogos 01, 2009

cemburu, atasi dan komen aku

jangan heran yer tetiba hari ni aku 'ter' rajin hupdet blog aku.aku baru sampai kampung pagi tadi.ni pun online kat cyber cafe sementara nak nunggu anak sedara aku balik sekolah.

tengah serve internet terpandang akan satu artikel nih..

Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bahawa pasangan

kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian utk melindungi kita atau dia akan mendatangkan masalah kepada kita?


Jadi kat bawah ni adalah apa yang biasa berlaku pada kita n pasangan bila kita rasa cemburu,tips mengatasi dan komen dari aku (nak jugak..)


tanda cemburu: dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah & kecewa bila
kita tiada.
tips mengatasi: t
erima hakikat bahawa sifat cemburu kita adalah masalah kita sendiri & kita
bertanggungjwb mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yang boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dalam apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pada diri sendiri, bukannya orang lain.

komen: pada aku benda nih biasa jer.tapi kalau dah sampai cemburu tak bertempat dan nak marah jer kojer nya.melampau la tu...tampo kang!


tanda cemburu: dia menelefon kita semasa sedang mesyuarat & apa pun alasan yang diberikan, dia tetap nak bercakap dengan kita. Sebab ingatkan ada hal mustahak, kita mungkin menjawab panggilannya tetapi merasa geram kerana dia hanya nak berbual je.
tips mengatasi: bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kita boleh berubah dalam masa yang singkat dan jangan berharap anda dapat bertahan dalam sebuah perhubungan hanya kerana cemburu.
komen: jenis tak reti bahasa la nih.nasib baik aku sayang kalau tak dah lama aku tinggal..eh emo jap.sory.macam la aku ada pakwe.


tanda cemburu: dia menuduh sesuka hati bahawa kita telah keluar dengan lelaki/wanita lain.
tips mengatasi: tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalau pun ini terjadi,
teruk sangat kah kesannya kepada kita. Kita mungkin sedih, kecewa & marah untuk sementara waktu sahaja tetapi tidak lah sampai mati. Lambat laun kita akan dapat mengatasinya juga. hormati perasaan pasangan kita. Seperti kita, dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dapat melakukannya, kita sudah dpt mengatasi sifat cemburu.
komen: kalau ada bukti confirm aku ngaku.kalau setakat terjah2 nih..lantak ar ko sana..huhu (aik, emo lagi)


tanda cemburu: dia mengugut membunuh diri jika kita meninggalkannya.
tips mengatasi: cuba berbincang dengan pasangan seperti ini agar berfikir dahulu dalam membuat keputusan.bercakap lah dengan nada yang lembut agar tidak terjadi salah faham.
komen: amal dah cukup sangat la tuh.dah tau eh masok syurga ke tak kalau bunuh diri ni.kalau la aku yang jadi pakar kaunseling.mau terus nekad bunuh diri jer orang macam nih...hahaha


tanda cemburu: dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya & marah walau pun kita keluar dengan teman2 wanita/lelaki lain.
tips mengatasi: ramai orang yang mempunyai perasaan & masalah cemburu suka menyalahkan orang lain. Mereka kerap mencari kesalahan orang lain & mahu pihak yang satu lagi mengubah sikap tetapi dalam masa yang sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat bahawa kita manusia sebenarnya tidak sempurna.
komen: cantik muke ko.


tanda cemburu: dia tidak suka pergi ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kita.
tips mengatasi: cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita daripada orang lain? Teruk sangatkah dia bila dia senyum pada seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiri pun pernah tersenyum pada wanita/lelaki lain?
komen: eh, aku cantik sangat ker..dush!dush! soklan bodoh ker pasangan yang bodoh?


tanda cemburu: dia menyoal seperti seorang polis, ke mana kita pergi & dengan siapa.
tips mengatasi: bagaimana erat pun hubungan anda berdua, terima hakikat bahawa masih ada lelaki/wanita lain yang lebih cantik/tampan, bijak & baik. Jadi janganlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dengan penuh kegembiraan. Jangan biarkan hubungan kita goyang dengan imaginasi kita yang karut.
komen: tu la..mak ayah soh skolah pepandai tak nak.bila bercinta nak pulak jadik pandai.


tanda cemburu: dia tidak peduli dgn penjelasan kita.
tips mengatasi: tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. marah? tidak tentu arah? menangis? geram? rasa malu? rasa bersalah? atau bertindak kasar? adakah kita ingin meneruskan hidup kita dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat2 lah berubah.
komen: bagus la tu perangai macam tu.sendiri yang bute hati..padan muke kalau kena tinggal..ish..ish..ish.kesian...



tanda cemburu: jangan terkejut bila dia menggeledah beg tangan,beg duit,henfon atau apa saja barang kita untuk mencari bukti sama da kita bermain kayu tiga.
tips mengatasi: bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kepada pasangan. Luaskan persahabatan dengan orang lain. bukan untuk curang. tetapi untuk meluaskan pandangan.
komen: kalau dah jadi suami tu bagi jer dia nak wat apa.hak dia pun..tapi kalau pak we?


so kepada anda2 semua yang penah,sedang atau mana tau akan menepuhi benda mcam ni aku ucap kan



GOOD LUCK!!


aku memang EMO jer kalau kena bab2 macam nih.ermm..tapi nama pun manusia kan.tak leh sempurna tapi boleh kan kalau cuba berubah.renung2 kan....











akudankehidupan: seram jer kalau aku yang kena macam ni.tahan ker...

Tiada ulasan: