Jumaat, September 18, 2009

selamat bercuttiiii...rhayer dah woiii




ermm...dah nak raya dah.aku masih kat ofis lagi wat masa nih..hari ni dapat kebenaran untuk keje separuh hari.tapi oleh kerana ada tugas sedikit.aku balik ar macam biasa kot..

aku wat blog nih ada lah untuk ucap kan selamat menyambut HARI RAYA AIDILFITRI.hati2 pada korang yang nak balik jauh tu.termasok lah aku..huhuhu

aku gerak pas buker karang.pastu terus gi kluang ambik abg aku n wife dia.ni mata dah kelat2 gak nih.sempat la berlagu jap tadi..hehehe.

layan kan..aku pening gak nih.sebab nya masa cermin keta aku kena pecah cermin mata aku di ambil nya sekali.agaknya yang tukang pecah tu pun rabun ayam macam aku ker???hahaha

ni la yang jadi masalah pada aku.kalau aku gerak pas buker mesti cuaca dah gelap.kalau dah gelap mesti mata ku akan kabur2 gi tu pemandangan nya..harap2 aku berjaya sampai ke kluang.aminnn...











akudankehidupan:aku cuti raye 2 hari jer.rabu udah kerja lagi..

Khamis, September 17, 2009

kenapa aku!!!!!

aku baru masuk keje.dah kol 4 lebih baru masok keje? pelik ker..

sebenarnya aku patut cuti pun hari ni..tapi ada hal tu yang aku gi ofis balik.

aku bukan saja2 nak cuti hari2 macam ni. kalau tak kerana hal yang berlaku semalam.aku mesti keje macam biasa.sebenar nya sedih pun ada..kenapa lah aku yang menjadi pihan dia orang.lagi2 dah nak rhayer nih.sedih nya..korang nak tau apa yang terjadi??moh kita lihat...









tingkap keta aku kena pecah ok.aku tak perasan pun.kalau tak sebab nak hantar bosh aku balik memang ar..masa sampai kat keta aku terus gi kat site driver..

bosh aku: teh, tingkap awak...
aku:kenapa?

bila aku tekan alarm n buka pintu. aku tengok apa yang korang tengok kat gambo tu..sedih tol aku.tapi aku kontrol jer. sebab bosh aku ada.kalau tak dah meraung kedukaan aku kat situ.

aku rasa macam nak bakor jer pondok METRO PARKING yang ada kat situ.yang pengurusan pun satu. dah tau nak rogoh2 parking jangan la last minit buat.ni main suka2 jer suruh keta aku park kat tempat bodoh macam.memang sakit la hati aku..sebelum ni dengar jer orang kata pasak tempat park tu.ni tak masal2 aku kena pulak..

makkkkk.....








akudankehidupan:sedih sangat2....rayaaaaaaa















Isnin, September 14, 2009

wat kuih rayerrrr...walla!

rupa2 nya dah agak lama aku tidak menghirau kan blog aku nih.dan aku rasa masa seakan2 cepat berlalu.hujung minggu ni dah raya.eiii...best nya.

kak sue dah start coti2 rayer minggu nih..sonyi jer ofis tak dengar soura dia...huhuhu..miss u la nok!

tapi sekarang nih aku rasa ngantok sangat2..mana tak nya.aku gerak dari kampung untuk balik ke JB dalam sekitar 4 stgh pagi (waktu sahur)..aku bertunda dengan kakak aku.tapi agak2 nak sampai kulai pala aku rasa sakit sangat.agak nya kurang tido.aku pun up la kelajuan aku.bila aku pandang cermin belakang tak nampak pun kelibat keta akak aku.rupe nya singgah ke hentian sebelah..nak terkucil..

aku sampai rumah (JB) 6 lebih..sempat la nak 'beristirehat'..cuba2 gak tahan ngantok nih.tu yang terbawa2 sampai kat ofis...

aku gerak lewat2 pagi ni agak kekabut sikit.mana tak nya.semua baju kurung yang ada macam tak sesuai jer nak di gunakan untuk kepejabat.puas aku punggah almari pakaian aku sampai la ke mak aku (apa motif buka le mari mak aku) tak jumpa gak yang berkenan di amto ni hah.

kakak aku offer baju kurung dia.tak nak la aku.tapi jumpa gak baju aku yang aku nak pakai tuk keje hari nih.kak ipar aku pun balik time sahur.nasib dia jenis tak kisah.kami tolong siap kan order kuih mak aku.kol 1 pagi baru dapat rehat.kira siap la..penat jugak wat kuih ni ek...nak naik patah pinggang aku yang cute nih.. mana tak nya.dok lama ngadap kuih..kebas la jugak sendi2 khaki..pecah la lemak aku..hahahaha









petang semalam aku pasang pelita..lupa pulak nak ambik gambo..nanti la tunggu aku balik raya aku ambik gambonya k..

berusaha keras aku memasang pelita.tapi masih tidak mendatangkan kepuasan.tunggu jer la aku balik sok..budak2 tak sabar main bunga api..bior kan jer.janji jangan jari memasing yang jadi sumbu bunga api..

Khamis, Ogos 27, 2009

hari2 poser

lambat kan aku hupdet blog.memang hari sabtu tu nak kuar.tapi kat kampung aku jadi pemerhati untuk anak2 sedara aku.tahun ni tahun pertama bagi yuzi berpuasa.e'in n okie masuk tahun kedua berpuasa.adam, haziq n adreed tak kan nak paksa kan.kecik lagi.tapi aku cuba gak suruh adam belajar berpose.takde nya dia nak ikut..

tapi tak per la.bagi muke.tunggu la setahun dua lagi.siap ko.hehehe (ugut namapak...)

ok2..puasa kali ni rasa best sangat.tak tau napa.tapi aku har tu dah kata memang tak sabar2 nak balik kampung sambut poser dengan kuarga.

sebelum poser hari tu aku ada beli novel.bukan apa nak sahut seruan kerajaan.suruh kita rajin membaca.selalu membaca bila dapat sms jer.hahaha (keji kan...).masa2 ni lah nak sahut seruan kerajaan.

aku bukan apa.aku rasa masa puasa nila aku leh habis kan baca novel dengan cepat.kalau hari2 biasa.kem salam la.sampai naik debu buku novel tu pun belum tentu aku habis baca.

aku sampai kampung hampir kol 1 pagi jumaat hari tu.jemput kak ipar aku dekat senai baru la gerak balik kampung.

kakak aku ikut sama gi senai.sebab nak nak tunjuk jalan.lagi pun dia suruh bawak okie dengan adam sekali balik kampung.aku layan kan jer.

masa menunggu kak ipar aku.mula la karenah budak2 nih.karenah apa??sessi bergambar.macam berlakon bagai....tengok jer la.makcik dengan mama pun sama naik ko..









budak nih bila tengok abang2 dia dah berlari sana sini dia pun nak jugakkk..tak padan langsung.




ni duduk pun sebab aku cakap nak ambik gambo.pandai ok.cakap nak ambik gambo jer senyum.pastu thetap nak turun dari kerusi.




pastu turn kakak aku lak bersama anak2.kekonon aku temubual dia la...

aku: puan dari mana?suami tak ada sama?
akak kau: ana dari lubnan..
aku: bebenor jer puan nih.
akak aku: yer dik.betul2 bukan main2..(siap gelak2)
aku:fasih yer berbahasa melayu..sesat ker..
akak aku: tak sesat..kapal terhempas.tu yang duduk sini.pala pening.adik ambik gambo dik.nak wat kenangan...

masa nih aku dah pecah2 perot gelak.pas tu dia paksa aku lak bergambo.aku layan jer..




ni la bibik saya..akak aku kata okkk...bibik eh...ceria kan dapat datang malaysia..huhuhu




hari pertama berpuasa..layan kan jer e'in dengan yuzi..sian gak kat yuzi sebab 1st time poser.sedang kan dia tak sahur pagi tu.muka letih jer kan..




ni la novel yang aku beli tu. sanggup aku sengkang mata nak habis kan baca buku ni.citer nya memang best.ada 1 part tu leh buat aku emosi..nanti nak cari novel lagi..harap2..





akudankehidupan:tak tau nak makan apa hari nih...

Jumaat, Ogos 21, 2009

deria bau aku dah kembali pulih! (ayat leh tahan)



SELAMAT BERPUSA!! kak sue, Bosh (bosh tau ke blog aku?),Nano, Zua dan kawan yang mengenal diri ini secara langsung dan tak langsung.nak sebut ramai sangat...huhu (ucapan mcam menang anugerah jer...huhuhu)

tu shaiton pun give up.nak gi raya dulu la tu.pandai dia bawak diri.jadi, jangan jadik shaiton yer..

ok2..bermulanya citer pada hariiiii...


KHAMIS!

oleh kerana sabtu dah poser aku plan dengan Nana nak jumpa Kak Zai. Kak Zai ni yang sewa sebelah bilik aku dulu.masa dia pindah dari bilik aku kat kampung tak sempat jumpa pun.rasa rindu lak dan yang pasti banyak citer aku dengan nana nak bagi tau dia...(kang dah pose tak kan nak kumpul dose lak..huhuhu)

petang.

keje jalan punya la sesak.aku tak pasti kenapa.aku ni dah la terkejar2 masa sebab nya aku nak hantar keta aku gi servis.kalau wat hari ni tak sempat rasanya.tapi nasib baik aku sempat gak sampai kat bengkel tu.aku parking keta mintak servis.pastu balik rumah jalan kaki.teror kan aku,sanggup balik rumah jalan kaki.sebab nya bengkel tu depan mata jer kalau kuar rumah.tu yang jalan kaki.

kalau ambik 5km aku sanggup tunggu kat bengkel tu.aku balik mandi2 bersiap dulu.kang berebut2 dengan nana lak nak masok bilik air.pastu kuar balik gi ambik keta.malam kang baru kuar gi jumpa kak zai.

malam.
aku kuar kol 8 lebih.aku terus tunggu kak zai kat bus stand larkin.dah lama aku tak gi sana.bila tunggu kak zai kat sana rasa macam tunggu sedara jauh nak datang.siap berlakon bagai dengan nana kekonon tengah tunggu bas.kebetulan sebelah bangku yang kita orang duduk tu ada orang. agak nya mesti dia fikir bebukan.

agak2 lama menunggu. nana tepon kak zai.kak zai dah nak sampai.tpai ambik masa gak.sebab kak zai sesat kat bus stand.dia tak tau kat mana bas kuar.last2 nana gi carik kak zai sementara aku tunggu kat tempat bas kuar.bila nampak kak zai terus aku tergelak.dia macam biasa senyum jer.(memang sopan ok)

perjalanan di teruskan dengan ke kedai makan.aku dengan nana dah memang kebulur rasa nya.aku bawak tempat paling dekat iaitu di LARKIN PERDANA. port aku adalah kedai makan ANGGUN.kedai makan ni pun dah lama aku tak gi.

bila bab nak order makan.aku suruh kak zai order.tapi dia tak pasti.last2 dia suruh aku dengan nana yang order.kalau suruh ikut kata hati kita orang.memacam ada.




ni la kak zai.ni jer yang sempat ambik.bila makan macam aku dengan nana jer yang terlebih2 makan.kak zai tetap dengan gaya sopan nya.aduhh..tapi bab citer tethapp...

bila berborak aku terleka pulak dengan waktu.bila tengok jam hampir pukul 11 malam.wah, pukul berapa aku nak tido nih.baju lom basuh.esok (jumaat) nak balik kampung.aku dengan nana bayar bil.terus hantar kak zai balik.sampai rumah kak zai borak2 lagi.seronok pulak aku tengok area rumah 'baru' kak zai.tu yang lagi leka tuh.


JUMAAT....

oleh kerana esok dah bermulanya bulan puasa. aku dengan kak sue sibuk la memilih tempat menjamu selera.akhirnya aku wat keputusan nak makan kat batu. yer batuuu...jap eh aku bagi gambo..





tak faham lagih...
agak2 nampak tak kat tisu tuh.aku dengan kak sue gi kat stonegrill.2nd time bagi aku masuk tempat nih.aku klau tak ye2 tak masuk tak.kak sue beriya ajak.tapi lom ada kekuatan nak masuk masa tuh.hahaha
dah akhirnya....aku masuk gak.tapi tak tahu la tekak macam nak mencuba jer.masa 1st time tu aku just makan mee teow jer.yang pasti deria bau aku dah tak bau hanyir2 dah.. best..best..best..

tadi pertama kali nya aku minum air masam yang kak sue selalu order tu.ntah apa ntah nama minuman tu.kolot ek aku..hahaha..lantak la.nama pun nak cuba kan.naseb leh di terima oleh tekak air tu.sedap gak.




baru tau kesedapan nya...ish..ish..ish
jom! makan.




tak tau apa motif ada gambo nih.
sajer aku ambik gambo kaunter kedai batu nih.
ada lagi...



tak lama aku dengan kak sue duduk jer.ramai orang datang makan kat kedai batu nih..bagus kan kita orang.ada daya penarik..mana tak sehat.




bersih kan aku makan.pandai kan...SHEDAPPP..
nak agi..nak agi..jangan bulan poser aku teringat di siang hari udah ler..




kak sue n the baki air asam masam.aku dengan muke kekenyagan..bye nak balik dah.malam kang nak ambik kak ipo aku yang ke-3 kat airport senai.

kalau sempat esok aku hupdet blog ok.






akudankehidupan: tak sabar nak balik kampung..sambut poser..