Selasa, Disember 09, 2008
dah pindah dah....
walau pun sehari dah berlalu dan dah masuk hari kedua, aku tetap nak wish satu nih..ada yang tuntut ok! nama pun raya kan?tak de ucapan tak best la..apa pun terima kasih pada yang hantar SMS2 ucapan raya ni..memang best kat kampung semalam raya dalam hujan.aku rasa semua tempat sekarang ni memang merasa ar hujan sehari suntuk..tapi pada yang kena beraya dalam banjir tu harap2 sabar2 la ye.dugaan tuhan sapa tahu.kat kampung, aku tak gi pun tengok orang buat korban sebab hujan.dari aku basah kan diri dengan hujan baik aku kemas baju2 aku untuk balik JB sambil tu leh rehat kat rumah.penat pindah barang tak habis lagi.peha aku ni naik sengal..
aku dah pindah dah bilik sewa aku.semalam mula tido bilik sewa.dapat kemas sikit2 sebab badan aku terlalu penat. mana tak nya dari hari jumaat sampai hari ahad aku kena punggah barang2 yang nak di hantar ke kampung.nasib baik mak dan ayah aku datang hari jumaat tu untuk tolong kemas kan barang2 kat rumah, kurang sikit penat aku.malam tu pas maghrib aku ajak mak dengan ayah aku gi makan kat dataran.nama nak masak2 ni sory yer bila masa lak aku nak munggah barang dengan sibuk nak masak.memula mak aku tak nak gi.tapi aku pujuk2 baru jalan.bapak aku ok jer.dia layan jer makan kat mana2 pun boleh.janji halal.huhuhu..mak aku kalau tak kena gaya memang susah nak ajak makan luar.nasib la yang niaga kat dataran ni orang kampung mak aku..tu yang dia ikut tu... layannn...
tu si haziq tengah tak sabar tunggu aku suap kan makanan kat dia..aku kena jadi 'blender' untuk hancurkan makanan dia.last2 kat rumah aku yang lapar..
kekonon menghayati makanan...
masa ni ada 2 lagi askar yang ikut (adam dan okie)..jangan ingat haziq jer yang ada.tapi aku tak ler ambil gambo.tangan kotor malas nak pegang henpon. siap makan balik terus dan mulakan aktiviti mengemas..bila kumpul2 banyak tol barang2 yang nak di packing dan di packing. kalau ikut kan memang ler masa akak aku pindah dulu dah pack dah barang2 dia orang tapi ni bila nak kena kosong kan rumah tu lagi banyak rupanya barang2 yang lom di pack..tak pe buat pelan2..
mak aku balik petang sabtu pas siap kemas dan pack barang.mak aku nak balik pun sebab adik beradik aku yang lain nak balik kampung.kang dia orang sampai kampung tak de orang lak kat rumah..lagi pun lori yang nak datang angkat barang2 ni, hari ahad baru datang.jadi aku ajak mak dan ayah aku balik rumah kakak aku kat TIRAM.aku masak kat sana jer.lagi pun jimat sikit..hehehe..bukan berkira.tapi banyak dah aku bayar untuk bawak pindah barang2 ni.ingat senang2 jer nak pindah..dah nama pun zaman duit terpaksa la.sapa larat nak angkat barang2 tu semua.nak harap aku dengan nano jer?kem salam..ada yang nangis kat dalam rumah tu kang.nasib baik kuarga aku datang.kalau tak, mana nak aku nak cekau untuk bayar orang angkat barang..tu pun dah buntu takut tak de sapa nak tolong.last2 mak aku kata ayah dan abang aku datang sekali dengan lori yang nak angkat barang aku ni..alhamdulillah kurang beban sikit.
hari ahad tu dalam kol 10 pagi mak aku tepon bagi tau ayah aku dah gerak gi JB..aku siap2 dengan nano gi sarapan dulu, pastu aku terus gi bilik sewa sebab ada barang yang dari kampung untuk di turunkan di bilik sewa aku.dia orang sampai JB dalam kul 12 lebih..alang2 dah sampai bilik sewa aku mintak tolong abang aku repair kan pintu bilik sebab bila kunci guna mangga pintu ni renggang..bila dah renggang mesti la nampak yang dalam2 nya.aku sangat la tak suka..maklum la yang pasang kan tempat kunci ni pun tuan rumah.sah2 pakcik ni bertambah pening nak madan kan cara nak letak tempat mangga pintu ni..hahahah (jahat ek aku..tapi masih mengekalkan budi bahasa..tuih..tuih..) aku tak hina pun...
operasi memecah tempat mangga. baju biru golap tu la abang aku. tu abang yang kedua. yang baju merah tu abang gak tapi 'abang sayang'...huahuahua..(keji..keji...) dia la yang drive lori.dah memang keje dia pun.
sampai kat kuaters, kakak aku tepon tanya aku dah sampai mana.rupa2 nya kakak aku dan husband dia dah sampai kuarters dulu. patut le aku tengok kotak barang yang kita orang pack hari tu dah ada kat bawah..aku suruh nano naik dulu sebab aku nak park keta.lagi pun kakak aku tunggu kunci rumah.barang2 yang abang ipar ngan kakak aku angkat tu dah memang sedia ada kat luar pintu..bila park jer keta leh pulak hujan hari ahad tu.nak wat macam mana abang ipar aku pun panjat ler belakang lori tutup ngan 'kembes'.
tak lama abang ipar aku tutup belakang lori ni, hujan behenti. kita orang pun masuk kan ler barang2 yang dah di bawa turun. bila tengah nyusun barang2 ni leh pulak hujan semula.kelam kabut gak nak tutup balik.sebab kalau tak ditutup alamatnya basah ler kerusi sofa..mau 7 hari 7 malam tak kering kusi tuh..rasa macam kelako lak.bila buka kembes hujan bila pasang hujan lak behenti..last2 kita orang tutup jer..buat nya buka pastu hujan, sapa nak lari turun ke bawah.bukan setingkat dua.tapi tiga tingkat.mau main terjun jer kang..naya lak patah tulang bagai..tengah sibuk2 angkat barang terlupa lak aku nak citer yang ni..aku jumpa bayi yang ditinggal kan oleh mak kandung nya..masa sibuk angkat barang tu aku dengar ada suara bayi.tengok2 bayi lelaki tengah makan 'HANGER'..kuat gak bayi ni..anak sapa la ni.patut la mak dia tinggal kan bayi ni..aku sempat ambik gambo bayi ni..TENGOK JER LA KALAU TAK CAYA..
ni la bayi yang kena tinggal tu..betul kan aku cakap....bayi ni makan penyagkot baju...hahahaha..kalau akak aku tau ni mampos aku..
tengok ler keadaan lori nya..penuh.masa ni dah siap angkat dah.almari tu aku angkat berdua tapi setingkat jer yang aku berjaya bawa turun pastu aku pas kat abang aku suruh hantar sampai bawah.ada la beberapa jenis barang yang aku kena bawa turun kebawah.bila dah kena naik turun macam tu mau tak rasa nak tanggal lutut aku.dah ler aku ni mahluk tuhan yang gebu..dan2 rasa nak tukar diri jadi hijo...nak jadi shrekkkk..( kuat gak per shrek...).dah siap angkat2 barang ni aku possing jap soh nano ambik gambo aku.penat tu memang ar tapi saje jer tuk suka2..
lom habis lagi...pas ni gi TIRAM lak nak ambik katil kat rumah kakak aku.sampai je aku kat sana dia orang tengah angkat tilam.sementara dia orang angkat benda2 tu aku gi mandi sebab badan dah melekit.kena hujan lagi tadi...bila nak balik BATU PAHAT aku naik lori dengan nano.sajer nak dating..hehehe..(bukan dating dengan nano tapi dengan driver nya lah) time tak 'selisih lutut' ( salah 1 bahasa perumpamaan aku) ni naik apa pun kalau ada dia (abg driver) aku tak kisah..ayah, abang aku dan okie naik keta aku..masa untuk enjoy...
duduk jap ambik tenaga sebelum gerak balik batu pahat
aku turun kan nano kat air hitam.nak hantar dia ke kluang tak sempat sebab barang2 kat lori nak kena punggah turun balik.mak aku dah SMS tanya aku dah tiba mana.dia takut aku singgah gi makan asam pedas sebab dia dah masak asam pedas kat rumah.sampai rumah mak aku dalam kol 8 lebih..tu la sebahagian barang2 nya.yang lain ada kat luar rumah.siap turun barang aku kemas meja bagi abang sayang aku makan..(mesti la aku makan sekali semeja dengan dia)...best..best..best...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
ewah2....dengan abang tersayang konon.. eii... jelesnye aku....
Catat Ulasan