Khamis, Disember 04, 2008

bilik sewa lagi....

hari ni badan aku sakit2 dan lengoh2 semacam jer..jangan ingat lain yer..huhuhu.malam semalam aku gi kemas bilik sewa yang bakal aku duduk.aku gi dalam kol 8 malam.kalau tak gi alamat nya nyesal aku kang..bukan nyesal apa pun.kalau dah duduk baru nak kemas memang penat ar badan di buatnya..memang tak jangka la apa yang aku fikirkan sebelum ni.mana tak nya aku ingat mudah nak kemas ni walau pun pada dasarnya memang mudah.tapi...(siap tapi2 lagi tu..dasar aku ni ek..) bila dah buat sikit2 baru nampak hasil nya ( sampah yang bertimbun2..leh caya tak?)

bermula nya cerita..(intro..hehehe..)

nama tuan rumah ni Hj Haron.dia ni kira terkenal ar kat kawasan tempat tinggal dia ni.mungkin dia ni di senangi dan di segani kat orang taman ni..dah dia ni bekas hakim johor tak kan ada orang yang tak kenal kat area ni (lain la aku).lantak ar..oleh kerana masa yang ada begitu terluang aku pun mula kan la aktivi nak mengemas bilik sewa.tak kan la dah masuk baru nak kemas.penat lak nanti.bilik ni kategori rumah gak la..cuma pakcik ni sewakan bilik..rumah ni belakang rumah pak aji ni jer aku tak alak ambik gambo rumah pak aji sebab kalau datang rumah dia tak de nya siang.malam manjang baru aku datang.dah sampai nya malam takde nya aku nak ambik gamboi kat luar rumah.kang ada lak yang numpang nak bergambar sama..( seram tak?) sampai rumah pakcik ni aku dengan member (si nano) bagi salam tak menyahut2..pintu grill tak berkunci terdedah jer.tak kan tak de orang kat lak rumah..kalau yer pun 'pening' tak kan kurang dengar lak?bini muda ok!tak kan wife pak aji ni pun tak dengar.mungkin dia ada sessi suai kenal dengan bini dia kot kat dalam rumah..tu yang aku bagi salam tak nyahut2..huahuahua..

bagi sesapa yang baru membaca kat sini mesti heran kan macam mana aku leh tau yang pakcik tu pening..
ni nama nya aku ni salah seorang rakyat malaysia yang berbudi bahasa..kan ke "BUDI BAHASA BUDAYA KITA"..dan2 guna slogan ni..aku tak hina pakcik ni..tak kan la aku nak cakap depan2 dia yang dia tu juling..kan kowang ajo tuh.ada yang makan bubur guna strow lak kang..aku dah kata aku tak hina tau..aku cuma ubah jer bior la sapa2 yang 'pening' ni tak terasa..aku bukan sengaja nak ganggu pakcik ni..aku pun tak nak terjerit2 bagi salam tapi tuan rumah tak nyahut..bukan terpaksa pun nak bagi salam tapi tak salah kan benda yang biasa di buat..kang bagi salam bisik2 sapa yang nak dengar lak..tak panggil kang kata aku ni main terjah jer lak bilik tu walau pun aku ni dah di kira sebagai penyewa bilik tu..tuan rumah kena la hormat.tapi dah tak jawab terjah jer la.masuk2 rumah tu gulap nya...menjajo cari suis lampu.nasib jumpa sebab masa memula datang tengok bilik tu pak aji ni dah tunjuk dah suis lampu rumah tu..apa lagi, mari kita mulakan kerja2 mengemas..





bilik ni banyak katil..jadi aku dengan nano dah fikir dah nak buat apa dengan katil2 ni..pak aji kata bilik ni dulu budak2 kilang yang sewa. masa tu ada la dalam 5,6 orang.jadinya bila masing2 dah kawen mereka pindah tinggal ler keadaan bilik ni macam ni jer.


kain kat katil tu aku punya..nak buat keje tudung tanggal ler..






nano nak guna dua katil dan buat blok guna almari supaya senang nak buat aktiviti sendiri. tak ler dia sibuk2 nak menempel jer depan muka aku...bosan tahu!




masa ni tengah kemas ruang tido untuk aku lak.tempat tido aku 2 tingkat..tapi aku guna yang bawah jer coz atas tu nak guna letak baki2 tilam yg melambak..tengok la susunan tilam yang belah atas tu.tak ke tinggi..




dah siap bahagian ni, nano nak tukar 1 posisi almari dia.tak kisah aku ok jer..tapi tarik almari sendiri yer.kan tulang besi kan...ala ringan jer almari ni..janji almari ni tak terhumban kelantai dah ler.jenuh nak angkat dirikan kang..



dah beralih pun...kuat kan dia..(hahaha)..pasni jangan kata tak buleh..tak buleh...tak cuba mana tau..tak gitu nano?




ni la bahagian yang last..tapi rasa macam dah kena semput dah kita orang semalam.mana tak nya tebal nya habok2 dengan sawang..gambor kabur2 coz memang dah penat giler..haus lak tu..dah siap2 kemas jumpa la dengan budak yang sewa 1 rumah ni.tak tegur kang kata sombong lak.nama dia Ain..nice girl la.pangkat adik gak ni.baru 20 tahun tapi tinggi dari aku wlau saiz lebih kurang aku..sementara rehat nak hilang kan penat megemas tu aku borak2 ar dengan ain..ramah budak ni..tu yang akau kata dia ni ok..ada seorang ladi penyewa, dia 1 bilik dengan ain, namanya ros budak sabah..aku jumpa dia ni pun masa aku dah nak balik.dia baru balik keje. aku tengok budak ros ni macam ada yang tak kena jer..tapi tak tahu la..tengok jer la kang apa jadi kalau aku dah dok sana...




balik singgah kedai ni gi minum sebab dah haus banget..kedai ni dekat jer dengan kuarters rumah yang aku duduk sekarang ni..aku order air minum 2 gelas. teh ais (yang ni wajib mana2 gi mesti order ni) 1 lagi air tembikai. si nano order air laici jer.tu pun terkial2 nak habis kan.kata haus tapi minum tak hbis2...kalau masok pertandingan konfem kalah dulu..

Rabu, Disember 03, 2008

kasut oh kasut...

ada la dalam minggu lepas (agak2 minggu lepas ni lama dah ke?kalau kira jam baru lama kot..hahahaha) aku gi jejalan CITY SQUARE rasa macam nak beli kasut tapi ntah pakai entah tak kalau beli tu...aku ni suka tengok kasut2 ni..lagi2 yang bertumit. tapi bila nak beli aku gi beli sandle.kalau kak sue yang teman mau kena bebel aku.dia akan kata "ko ni dah tak ada 'pesen' lain ke nak guna?tak pesen daun, mesti yang selipo"...jadi, oleh kerana dah di nasihatkan sebegitu aku pun beli le menatang nih...JOM KITA ENJOYYYY......

taaaddddaaaaaa...............



kak sue suwoh aku pakai kasut ni, biar aku leh biasa dengan kasut2 jenis ni tapi aku janji nak pakai kasut ni minggu ni.tapi nak buat macam mana kan?bukan hari senin tu aku tak nak pakai tapi aku terlupa.nasib baik kak sue pun lupa...sampai le ke hari ni. kekonon selamat la. tapi oleh kerana aku nak tunjuk kan dia gambo sejenis ikan tu leh pulak jari ni ter klik lelebih tekuar la gambaran ini kasut..apa lagi bermula enjin pemikiran kak sue bergerak teringat akan janji aku nak pakai kasut ni minggu ni.terpaksa janji next week.ni kalau aku tak pakai gak siap ler aku...ada yang anak orang hilang kasut sebelah..huhuhu..(ugut nampak...har..har..har..)
*p/s untuk kak sue: agak2 leh tak janji tu nenanti jer ateh buat :p

Ahad, November 30, 2008

best fren1

sory yer tak sempat nak carik gambo.balik kampung tido semalam jer pastu sabtu dah balik JB.kekonon alasan nak kemas bilik..tapi memang nak kemas pun nanti tak la masa nak pindah baru nak kemas.sekarang ni aku kemas sket2 la.tadi aku bukak katil aku.mop lantai lagitetiba jadi sayu lak. yer la mana tak nya dah nak kena pindah.lama gak aku dok sini.tak sangka lak bangunan ni akhir nya sampai masa nak di robohkan jugak.. aku sampai semalam dalam 8.30 malam.janji nak junpa qadri tapi tak tau la dia kuar dari singapore kol berapa.aku tunggu2 gak, tapi aku yang tido.

pagi2 tadi aku SMS dia,tanya la gak dia balik dari singapore kol berapa.dia kata kol 1 pagi baru sampai hotel.dia kata dah lewat, aku dah tido gak nya tu yang dia tak SMS aku.takut ganggu.so, janji jumpa tuk sarapan.tapi tak jadi gak, sebabnya dia yang carik pasal dengan aku.pasal apa??tak perlu la aku bagi tau.biar aku dengan dia jer.tapi yang pasti memang dia buat aku sakit hati..aku cuma reply SMS dia kem salam kat bini dia dan take care.trus aku matikan henpon.pastu aku tido la..dah la bangun pagi2 nak jumpa dia.pastu saje nak duga aku kan..ko nak sangat...padan muke ko qadri...kang jangan kata aku tak nak jumpa kawan lak..yang gi cari pasal sapa suruh.dalam kol 12 tengah hari baru aku on henpon.ingat dalam 1,2 jer mesej yang masuk.sekali tu mak aiii..lebih dari tu..dekat 10 mesej aku dapat.semua qadri yang hantar.pastu 1 msg dari hotlink tunjuk 15 miscal pun dari qadri.tau pun rasa bersalah..aku tak balas pun mese dia,agak nya dia tengok mesej2 dia report penghantaran aku dah terima..dalam kol 1 tu dia tepon.memula aku tak jawab gak bukan sengaja ok!tapii masa tu aku tengah kemas bilik.henpon pun entah mana2 aku letak dan panggilan yang kedua baru aku jawab.jadi bila aku jawab kiranya benda tu settle la..aku ckap jumpa dia bila aku datang KL nanti tapi tu pun aku tak tau bila nak gi sana..

apa pun nenanti jer la aku cari gambo keje lama aku dengan qadri.buat masa ni tengah nak kemas rumah dulu untuk angkat barang.pastu nak gi kemas bilik sewa baru, nak buang barang yang tak di perlukan.aku pun tak tau yang aku ni leh suaikan diri dengan keadaan baru tu nanti ke tak..harap keadaan kat bilik sewa ni ok.tengok la apa perkembangan nya.kembang ke kuncup.hahaha...layannnnnnnnn

Jumaat, November 28, 2008

best frend

seminggu nih kelopak mata aku gerak2..bukan sebab selama ni tak gerak tapi gerak yang denyut2 tu..ada yang kata nak nagis.ada yang kata nak jumpa orang jauh. tapi kalau orang jauh sapa lak..tak koser nak mikir..tapi kalau nak kena marah ker biasa nya kena marah pasal hal keje.tu komfirm aku risau..tapi tadi sebelum rehat tengah hari aku dapat SMS dari seseorang..tengok nama yang masok macam tak caya lak dia yang masej.baru2 ni aku rajin email jer.aku tak call dia kalau tak ada hal yang penting2.dia dah kawen so tak nak la ganggu. kang bini dia kasi maki kelate ckup2 baru tau..




ni la kawan aku.QADRI aka BLACK..kawan baik aku.sekarang baik gak tapi tak leh la nak baik sangat...kang kena sumpah dengan yang sebelah tu kang.lepas dia kawen aku jauhkan diri dari dia. yer la, aku cuma kenal dia bukan bini dia.aku kenal dia ni masa keje kat shah alam dulu..mula la nak kuar citer lama2 nih..(tak pe hari ni aku balik kampung aku punggah bilik aku carik album lama eh..).

aku dok shah alam dengan abang aku.jadik kojer pun tak ler jauh dari rumah abang aku.masa tu duduk kat section 27. keje CALTEX station minyak..masa ni zaman muda remaja la umur dalam 20 tahun gi tu..dalam 6 bulan kot aku keja sana si qadri ni masuk. masa tu pempuan yang keje kat caltex ni 3 orang je.aku, pastu ada lagi seorang juruwang dengan kerani.bila si qadri ni masuk habi 2 org pempuan tu pakat nak boikot dia. tu aku tak tau napa.yang pasti kalau 2 dah boikot dia mesti la dia akan jadi rapat dengan aku.aku dengan sapa2 pun aku kawan, lagi2 yang bernama LELAKI (huhuhu..dan-dan panggil sayang...) tapi dengan si qadri ni tak ler bersayang2.aku anggap dia kawan jer.memang kawan ok...lagi pun masa tu dia yang paling tua antara kita2 orang yang keje kat situ.selama aku kat situ mana dia atau aku gi mesti macam belangkas.keje situ tak der gosip2 eh..istilah kawan tu pada aku sangat2 la bermakna.macam tu gak dia.time aku takde dengan dia adalah bila dia berdating.tak kan aku nak ikut.kang kena pelangkong lak kang..bekas aweks dia ckup ramah aku suka.dia jenis2 rileks..memang cantik.macam cina.cuma bila sampai 1 masa aku terpaksa bagi tau dia yang aku nak berhenti keje macam gaduh gak tapi bising2 kat mulut jer la si qadri ni.last2 dia terpaksa mengalah..ala bukan aku berhenti tak jumpa lagi dah dia.leh jumpa pe..

panjang ar citer..penat taip..tapi demi kamu (ewah...) kalau bini dia baca ni masak aku...pendek2 jer la citer..kalau aku jumpa gambo2 lama aku, aku sambung citer eh, kalau tak aku cite apa yang aku ingat je ni.

sambung2...

pas behenti keje aku balik BP dan 3 bulan pastu aku keje station minyak gak, sebenar nya ikut bos lama aku masa keje caltex.caltex tu tak tutup cuma tukar pada owner baru..kat JB station yang aku keje ni BP sekarang dah nama glamour sket BHP kat TMN KEMAS, TAMPOI.pastu station kedua buka kat PERMAS JAYA dan seterusnya PLENTONG..banyak ar kes bila keje station ni.tahan tak tahan jer.tapi yang tak tahan nya mak aku la sebab keje ni nak cuti susah.kalau cuti pun macam tak cuti handpon asyik bunyi,bunyi dan bunyi.sama macam orang tak cuti.aku layan jer bila mak aku bising2...

aku jumpa balik dengan qadri ni masa akak aku kawen.di situ la terungkap segalanya..pas dia balik dari majlis kakak aku tu tetiba aku rasa RINDU kat dia?(keteranagan berani mati wooo...) tu dulu la..bukan sekarang..tapi oleh kerana hormat sebbagai kawan aku terus terang gak dengan dia pasal perasaan aku ni..aku dengan dia tak de selindong2..suka ke tak suka ke cakap terang2..tapi cari 1 port ar yang leh buat aku dengan dia bercerita.aku minta maaf kat dia sebab leh tebabas lak feeling rasa sayang kawan kepada kekasih..KEKASIH! macam lawak ok..kekadang bila teringat leh buat aku ketawa.bodoh jer rasa.dia kata kenapa dari dulu tak bagi tau..tetiba TE BA BOOO..macam kena letup jer..dia pun suke kat aku?hahahahaha...suka..suka..suka..masa tu jer la..tapi pas cite benda2 ni kat dia, aku dengan dia still ok lagi..tu la nama nya "KAWAN"..

aku tak tau bila dia tunang dengan bini dia ni.tau2 dia bagi tau aku dia nak kawen.aku ok jer.aku datang majlis dia.tapi tak leh la nak harap dia layan aku.cuma aku tak tau napa bini dia macam tak suka jer dengan aku.layan nak tak nak jer.bila aku datang KL dia punya muncung mak aii...leh ikat reben..pedih2...cemburu ke??? tapi kalau aku jadi bini dia aku cemburu tak? yang pasti kalau dia kenal sapa suami dia ni mesti dia tak cemburu.pada aku dia memang betol2 best..sebab tu kalau jumpa dia kadang2 terbabas gak gurau tu yang bini tarik muke..tengok ler anak dia, muke sapa? kan muke bini dia kan..eiii... (ayat dengki...hahaha) sory ar rose..orang kelantan ni tak sesuaiiii ok...pandai2 la bawak diri..
p/s: sory qadri kalau 1 hari nanti kamu terbaca blog ni buat kamu terasa..apa pun, kenangan yang ada tetap milik saya, kamu dah sesapa jer..citer benar beb! jangan marah...

akhirnya......

semalam balik keje badan rasa penat sangat2, bila dah penat mesti la malas nak masak.jadi untuk mendapatkan makanan dengan segera aku gi jer la kedai order makan.tak uah nak susah2 ye ta?masa makanan sampai mak cik aku call bagi tau pasal bilik sewa.dia kata gi tengok sekarang pun boleh...ye tak ye je makcik aku ni.yer la mana tak nya.masa tu hampir pukul 9 malam.kang ngamok lak tuan rumah memalam ko datang nak tengok bilik.dah tak boleh nak tunggu siang......tapi tak pe makcik aku kata tepon dulu tanya.sebab dia dah tepon tadi.tuan rumah tu kata boleh datang kalau nak tengok.aku cepat2 ar sudah kan makan.macam teruja sket ar..kalau yang ni ok aku dok bilik ni jer..tapi dalam otak dah macam2 fikir..huhuhu

aku gi tengok bilik tu of coz ler dengan nana kawan serumah, sekerja dan se apa2 la..tido n mandi lain2 eh..aku soh nana call dan ckap sendiri dengan pakcik tu.tu pun terkial2 nak cakap.entah apa yang nak takut ntah.suruh tanya boleh tengok bilik ke tak pun takut.kang ko tido mesjid kang kalau rumah kuarters tu roboh..hahaha pada muke (terasa ke?ada aku kisah!) kejam kan aku..tu baru sket...aku ni memang ler biasa lalu kat are perumahan tu tapi aku memang tak pasan nama2 jalan kat situ..siap tanya2 orang lagi..tapi bagus la, tanya orang baru tak sesat jalan yer tak?walau pun masa tu dah kuar sana sini simpang dah tapi cuba dan cuba akhir nya jumpa.

aku tak ambik gambo rumah tu. tapi keadaan nya ok la dari pada bilik yang macam rumah urut tu.sapa nak.orang lelaki boleh la..aku pendek kan citer la ye..sebab bos dah panggil..huhuhu (ni masa untuk sarapan sebenor nya).aku puas hati dengan keadaan rumah tu dan dah confirm dengan pakcik tu yang aku nak sewa kat situ.hari senin baru aku datang semula bayar sewa.pas ni siap ler ko nana kena standby bayor tambang naik keta aku.berapa aku nak cas ek!!fikir fikirkan...layannnnnnnn